Yap. Seperti tajuk diatas, aku nak promosikan intensif tunai yang dibuat oleh Mamamurai.com kepada semua pembaca blog ini. Saban hari, ada sahaja yang tanya aku macam mana nak buat duit dengan blog masing-masing. Aku bukanlah seorang yang pakar. Cuma, aku ni memang sukakan duit. Dan cabaran membuat duit adalah salah satu perkara yang aku cukup suka buat sejak aku menceburi dunia menulis blog. Jadi, memang aku sentiasa mencari intensif seperti ini ketika aku mula-mula menulis blog. Jika nak dibandingkan dunia blogging Malaysia pada awal 2007 dulu, berapa kerat aje yang sanggup bagi intensif atau buat pertandingan dan bagi hadiah wang tunai. Ya, mungkin faktor kurang pendedahan dan tidak berani bagi duit kat orang membuatkan ramai blogger waktu itu tidak berani buat benda macam ini. Bukan apa, takut tak cukup duit aje nak bayar. Jadi, memandangkan blogger Mama Murai ini berani dan sanggup buat intensif ini, jadi aku nak sebarkan benda ini agar korang semua pun boleh dapatkan something dari blog Mama Murai ni.
Aku kenal Mama Murai ini dalam tahun lepas. Aku jarang komen kat blog dia. Tapi sejak aku suka cara dia yang agak lepas cakap dan berani meluahkan pendapat walaupun kadang-kadang aku pun macam terasa dengan tulisan beliau, jadi aku rasa aku patut cerita tentang blog ini pada korang semua. Tak, tak. Aku tak dibayar untuk tulis tentang artikel ini. Korang semua lebih afdal dan kenal yang mana satu artikel berbayar dan yang mana satu artikel yang aku tulis.

Walaupun blog ini bukanlah blog hiburan atau blog buat duit, tapi blog ini akan bagi korang sesuatu. Ada perbezaan yang ketara berbanding blog lain. Korang mungkin boleh dapat apa yang aku dapat ketika membaca blog tersebut walaupun yang menulis blog tersebut adalah seorang perempuan. Tapi cara beliau menulis ada nilai kekacakan yang aku rasa sesuai dengan bacaan dan pemikiran orang Malaysia. Aku memang suka baca blog jenis macam ini dan aku suka baca hari-hari. Jadi, kalau korang nak baca blog yang agak lain sikit dari segi pemikiran dan style penulisan, korang boleh baca blog ni walaupun kekadang cuma tulis pendek aje. Berbeza dengan aku yang suka tulis panjang berjela macam baca novel tak bersiri. Haha..
Tentang intensif tunai MamaMurai.com ini, korang akan dibayar jika berjaya bawa trafik ke blog tersebut. 1 trafik dibayar Rm0.03. Beliau akan check melalui google analytic kot. Dan cuma 10 orang yang berjaya bawa trafik tertinggi pada setiap bulan akan layak terima intensif tersebut. Sesiapa sahaja boleh berbuat demikian. Tak ada paksaan. Tak ada yuran penyertaan. Syarat pun tidak menyusahkan. Tak perlu nak jadi kacak macam aku. Tak perlu nak baring kat jalan raya atau tak perlu nak kena bom helikopter. Yang perlu korang buat, bawa trafik ke blog tersebut. Mudah bukan?
Untuk tahu dengan lebih lanjut. Gi sini >> Intensif tunai dari MamaMurai.com
Ada banyak SuperMak dikalangan blogger di Malaysia. Selain, Kak Jie, PuanBee, Cikgudahlia, yanmieonline, Mama Murai juga merupakan salah seorang SuperMak yang agak berjaya mencari duit melalui blog-blog mereka. Semua SuperMak ni ada akaun Innity. Dan pastinya korang tahu, siapa ada akaun Innity, memang sudah pasti blog mereka cukup kacak dan disukai dikalangan para pembaca. Huhu, makcik-makcik ni..bukan sahaja pandai masak aje dan pandai mengarut dalam blog aje. Tapi diorang ni pandai juga buat duit dengan kacak tauu. (Habislah aku kena amuk dengan diorang lepas ni) Dan dari pandangan aku, blog mereka ni semua aku kategorikan Superblog kerana isi kandungan yang mantap, mempunyai akaun Innity, berjaya dapat duit melalui blog, mempunyai peminat kipas susah mati sendiri, disukai ramai dan mempunyai trafik yang mantap setiap bulan. Err..jangan marah aa. Nanti tak kacak tauu.
Ps: Betul, Mama Murai tak bayar aku untuk tulis benda ni. Apsallah korang tak percaya haa..



Err..blog Superbapa bro tidak minat juga ker?
baru aku tahu mengenai mama murai nih….laser?? Susuai dgn nama blog tu kot??
akubiomed. Errr..lain entri la. Tak leh campur aduk. Nanti ada orang marahhh..
yas. Sebab tak ramai yang tahulah aku nak bagi korang tahu. Hehe..
supermama la nie,,,
hatiputera. Lebih kurang la. Tapi supermak lebih tradisional sikit. Lebih kacak bunyinya. Haha..
hemm..ada aje cara nak buat duit dari ko ye bro. macam manalah agaknya ko leh fikir ni semua ye..
wah2..taktik baru nk dpt duit nie..hehe
Kalau boleh bagi insentif tunai macam denaihati dan mamamurai kira classs nak mamposss OOOOooo … hanya blogger yang ‘gila blog’ sahaja boleh mencapai hikmat ke-10 jurus insentif tunai ni … Titan yang kacak ni bila lagi nak sampai tahap ke-10 jurus tu ?
pernah masuk blog ni tapi tak selalu.bukan tak nak, terlupa.hehehhe
Boleh try juga ni …. tetapi trafik ke blog Benjy masih semput2 ni susah juga nak tersenarai dalam top 10 tu … top 10 kebawah adalah
Nak buat cara muslihat lain takut tertangkap …. hahahahaha
mesti ramai orang akan join intensif ni. siapalah yang tak nak duit kan? haha
hemm..
tu dia peluang baru untuk buat duit. tak susah. just promosi aje. kalau ada rezeki, akan dapatlah incomenya kan..
percaya…
hehe.. macam denaihati buat tu ek.. bagus jugak cara ni kan, mmg berkesan dapat tarik pembaca ni.. tapi blog tu kena best la kan.. lau tak, org dtg sekali je..
kalau baca blog ni memang akan rasa macam baca cerpen 5000 patah perkataan..hehe….kadang2 rasa macam kena bebel pun ada…
pernah juga gi blog mama murai sebelum ni. Nak cuba nasib juga lah
first time dengar mamamurai ni..thanks for sharing
blog mama murai ni lantang , tapi guna bahasa asli untuk suarakan pendapat .. metafora bagai .. tu yg sy suka .. hehehe ..
maceh kate blog kita kacak ..
Cikgu ini satu insentif kan? Bukan intensif. Hanya blog2 kacak je yang boleh bagi insentif ni
akazuma. Hehe..tau takpe.
AceSpade. Bolehlah kot. Haha..
b3njy. Aku tak berani lagi nak bagi insentif macam ni. Aku lebih suka buat pertandingan. Lebih kacak. Haha..
Lizz. Ko dari dulu lagi ada penyakit amnesia kan? kan?
rina. betul tu.
fiezaradzi. Haa, kena gi dulu blog tu. Baru tahu best atau tidak.
bardboo. Aii..terasa kerr. hehe..
syaisya. Cuba aje. Cuba..
ROJAK. sama-sama.
puanbee. Memang ramai yang suka dan akan suka..
adamfaiz. Haha..akhirnya, ada juga yang nak betulkan kesilapan aku. Aku tunggu dari malam tadi. Pagi ni baru ada orang nak betulkan. Haha..
yezza,blog mamamurai mmg lntang , bguslah xhipokrit kan …
correction , cikgudahlia masih single okeyy … erm , kak jie pakai innity ker ? xpasan lak …
Ummi Hanie. Errkk..single lagi? Biar betul. Salah teka la aku ni..haha..
Yap. Kak jie pakai innity.
yah mak2 hebat tahu hee
suri. tunggu suri dapat upgrade jadi supermak plak. hehe..
secara x langsung..menulis artikel ni pun da byk membntu kan kan..ehehe
bagusnya.. tak payah bom helikopter. aha
aku rasa macam pernah nampak je blog mamamurai ni
chi. Hehe. Tau takpee..
Khidir. Betul. Tak yah beli. Mengarut aje nak bom helikopter.
tehr. Mesti pernah nampak punya. Kan? kan?
nak jadi super dara boleh tak? ajarlah kita nk dpt duit byk2…