• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Innity makin ketat-petat.

January 13, 2012 2:23 am / 46 Comments / admin

Ya. Dalam 2-3 hari ini, aku ada masuk beberapa group difacebook. Semuanya dok bercerita pasal Innity yang makin lama makin ketat peraturannya. Jika dulu, cuma minta 20k unik visitor dan 100k impression. Tapi untuk tahun 2012 ini, sekurangnya mesti ada 40 ribu unik visitor dan 200k impression sebulan. Maksudnya kena ada trafik yang dua kali ganda berbanding syarat sebelum ini. Dan ini juga bermakna, sesiapa yang mahu sertai program Innity kena usaha berkali-kali super kali ganda untuk layak diterima ke dalam keluarga Innity. Yang dah lepas tu, nasiblah. Rezeki korang. Haha..

Dan trafik itu cuma syarat dari segi trafik. Ada kriteria lain yang perlu dititikberatkan. Tak boleh macam dulu dah. Dan antara syarat utama yang perlu korang tau. Ini dia. Aku translate dari website Innity. Kalau salah tafsir, maafkan aku. Maklumlah, subjek English dulu aku dapat 7E masa SPM..

- Website atau blog korang kena hidup. Tak boleh under construction lama-lama. Kalau sejam dua atau sehari dua tu boleh diterima. Tapi kalau dah berbulan-bulan. Itu tak boleh.
- Tak boleh ada kandungan orang dewasa. Korang faham kan?
- Tak leh main kopi-kopi. Teh dan kertas pasir pun tak boleh. Mesti original.
- Tak leh letak video download filem, streaming filem, atau kongsi file mediafire yang selalu macam korang buat tu. Tak leh letak dahh link video download atau kongsikan file Ombak Rindu Mediafire 380MB tu..
- Blog mesti update setiap hari. Seminggu sekali.
- Trafik tak leh main tipu. Autosurf, skrip autosurf dan yang seangkatan dengannya dilarang sama sekali. Tapi kalau berani, leh cuba. Kalau berani la..

innity

Ok. Itu syarat sebelum korang hantar penyertaan blog baru ke Innity. Bagaimana pula yang dah terlepas? Adakah masih boleh buat benda-benda diatas? Kalau nak cari pasal, buatlah. Tapi sebolehnya dikurangkan dan sampai satu tahap, elakkan. Untuk kes budak-budak yang nak masuk keluarga angkat Innity ni, jangan buat. Sebab CONFIRM kena reject punya.

Ok. Mengapa Innity ni makin ketat-petat?

Aku bukan nak salahkan orang lain. Tapi memang fitrah orang Malaysia ni pantang nampak benda boleh buat sedikit, diorang akan cari cara untuk manipulasi sistem. Bagi orang yang tinggi level dan kacak macam aku ni, korang akan faham maksud sebenar aku buat artikel ni. Disebabkan orang-orang yang agak pandai nilah, Innity terpaksa mengetatkan pengambilan ahli baru ke keluarga mereka. Ramai yang abuse sistem dan ramai yang pandai manipulasi trafik dalam blog mereka. Kalau abuse secara tak terkawal atau tak sengaja tak apa lagi. Tapi ini abuse secara sistematik dan dipantau setiap hari.

Haa, bagaimana tu? Korang tengok aje syarat diatas. Dari 5 syarat tu, aku boleh cerita 1001 macam perkara yang membuatkan ramai orang senang cari makan dengan Innity sampai boleh jana ribu-ribu dengan program ni. Lepas tu, pergi bagitau satu dunia, dia senang-senang dapat 2-3 ribu dari Innity. Kalau aku pun, aku boleh buat. Tapi aku tak nak buat. Dapat RM100-300 sebulan dari Innity, dah cukup bagus dah bagi aku. Kalau dapat lebih, itu bonus la kiranya.

Jadi, tak perlu nak tuduh atau kecam Innity ni macam-macam. Korang dah buat onar, nak salahkan orang lain pula. Kalau yang tak buat tu, tak ada masalahlah la. Tapi kalau yang dok buat onar tu, fikirlah sikit. Ingat korang aje nak cari makan dengan Innity? Orang lain pun nak juga. Sebab sesegelintir yang tamak ni memanipulasi trafik dan mengambil kesempatan, mak ramai dah blogger susah nak join Innity. Nanti kalau kena ban, diam-diam sudah. Jangan nak meroyan macam cerai bin keempat dengan talak tiga pula.

Cuba fikir. Macam mana nak dapat 200k impression dan 40k unik visitor dalam masa sebulan? Senak perut tau. Leh batuk berdarah dibuatnya. Kalau blog baru, paling cepat pun..4-5 bulan. Kalau blog lama, paling cikai pun kena establish dari segi trafik dalam 1-2 tahun. Baru senang nak lepas kelulusan Innity. Kalau ada lagi awal dari 4-5 bulan tu, itu cara paling cepat dan OF COURSE, blogger tu memanipulasi sistem dan buat perkara-perkara yang dilarang. Dan blog-blog yang ada paparkan iklan Innity sekarang pun, majoritinya cuma berjaya maintain 20-40 unik visitor dan 100-200 impression setiap bulan. Itupun kekadang lepas. Tapi banyak yang tak lepas. Mereka lepas untuk dapat kelulusan dari Innity aje. Lepas dah lepas, buat entri biasa-biasa aje. Dah tak kerja kuat macam dulu.

Aku cakap ni bukan aku dengki ke apa. Aku pun ada buat salah gak. Tapi beringatlah sikit. Aku tau korang terer. Tapi itu market tempatan aje. Kalau berani main cara macam ni, main market luar. Ada berani ke tak berani? Masa tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Nak dapat 10 dollar pun lom tentu boleh dapat kalau tak kena caranya. Korang abuse sikit sistem, terus kena ban tanpa budi bicara. Kalau nasib baik, ada surat amaran. Tapi biasanya, memang terus ban. Ingat lagi kes Clickbank? Kes Payloadz? Kes Bidtraffic? Kes Widgetbucks? Kes Tradebit? Sebab ada yang abuse sistem dan bijak memanipulasi kelemahan sesebuah program, terus dia ban orang dan trafik dari Malaysia. Tak ke sedih tu?? Jadi, sebelum buat apa-apa, fikir dulu buruk dan baiknya. Aku tak halang korang cari rezeki. Tapi berpada-padalah sebab ada yang buat kerja online atau menulis blog ni adalah pendapatan utama mereka. Kalau tertutup rezeki mereka disebabkan ada kawan kita yang buat tahi, apa perasan diorang? Apa perasaan korang kalau korang ditempat mereka?

Ps: Okeh, aku tau paling cikai pun ada 10 orang blogger akan benci selepas baca artikel aku ini. Confirm. Tapi mereka tak berani mengaku punya. Haha..

Related Posts

  • Komisen ke 19 dari InnityKomisen ke 19 dari Innity
  • Komisen ke 15 dari InnityKomisen ke 15 dari Innity
  • Komisen ke 16 dari InnityKomisen ke 16 dari Innity
  • Komisen ke 17 dari InnityKomisen ke 17 dari Innity
  • Komisen ke 14 dari InnityKomisen ke 14 dari Innity
  • Komisen ke 18 dari InnityKomisen ke 18 dari Innity
Posted in: Innity, recommend, review / Tagged: advertise online, advertises website, advertising internet, advertising on the internet, affiliate networks, apa itu innity, apa itu super blog, apply innity, banner ad design, banner ad rates, banner ads, banner advertising rates, banner exchange, banner network, bayaran komisen ke 10 dari innity, bayaran komisen ke 9 dari innity, believe, best online advertising, blog advertising, blog kuasa innity, buat duit dengan blog, buat duit dengan Innity, buat duit dengan nuffnang, buat duit online dengan innity, cara nak buat duit dengan innity, cek Innity, cpc ads, cpc advertising, cpm ads, cpm advertising, Definisi Superblog pada pandangan lemah aku., digital advertising, digital advertising agency, direct mail advertising, direject dari innity, effective advertising, first cheque from innity, free banner advertising, free website advertising, great content, great traffic, healthcare advertising, increase web traffic, Innity, innity ads, innity advertisement, innity advertiser, innity advertising, innity cheque, innity latest payment, innity proof payment october, innity reject blog saya, innity requirement, innity website requirement, interactive advertising, interactive advertising agency, interested with innity, internet advertising agencies, internet marketing business, internet marketing consultant, internet marketing online advertising, internet marketing promotion, internet marketing strategies, internet online marketing advertising business, Komisen ke 11 dari Innity, kuasa innity, Kumpul duit nak kahwin, local online advertising, make money with Innity, make money with nuffnang, menghasilkan super blog, miracle, misi menulis blog, nuffnang, nuffnang ads, online advertising agencies, online advertising agency, online advertising companies, online advertising firm, online advertising rates, online advertising revenue, online business marketing, online marketing agency, online marketing company, online marketing services, online marketing strategy, page impression, paid search marketing, panduan tnx, pay per click ad, pay per click advertising, pay per click campaign, pay per click campaigns, pay per click search engine marketing, pay per click search engines, payment from Innity, pengiklanan di innity, proof payment from innity, search engine advertising, search engine marketing agency, search engine optimization marketing, search engine promotion, small business advertising, social media advertising, super blog, superblog malaysia, syarat nak apply innity, syarat-syarat daftar innity, syarat-syarat innity, syarikat pengiklanan tempatan, targeted internet marketing, Teringin nak dapat RM500 dan ke atas dari Innity, tujuan buat blog, ultrablog, unique visitor, web advertising agency, web design agency, web internet marketing, web site advertising, web site marketing

46 Thoughts on “Innity makin ketat-petat.”

  1. akazuma on January 13, 2012 at 2:34 am said:

    wahhh..makinketat plak. 40k sebulan? celah mana mau cari tu. 200k impression? blog biasa-biasa tak lepaspunya. haha

    Reply↓
  2. anakulucheka on January 13, 2012 at 3:11 am said:

    lama dah cuba apply x de respon pun
    sampai skrg x applly dah

    Reply↓
  3. sukacuka on January 13, 2012 at 3:22 am said:

    kalau 200 sahaj boleh ke? adoi..hahaha

    Reply↓
  4. Abg Kacak on January 13, 2012 at 3:24 am said:

    Hah makin ketat,hmm lagi setahun jawabnya baru boleh letak iklan ni.

    Reply↓
  5. akubiomed on January 13, 2012 at 4:34 am said:

    Agak terkejut dengan syarat ketat Innity makin tidak ada peluanglah jawabnya. :-(

    Reply↓
  6. nurmisnan on January 13, 2012 at 5:03 am said:

    Aku pernah sekali apply.. esok dia reply tak layak lagi coz unik visitor target kureng…

    kalau ceta betul apa salahnya terima. kerana kesilapan sendiri tak pasal2 orang lain naik jadi anak angkat tak dapat.. kesian kami..

    Reply↓
  7. Amry on January 13, 2012 at 5:10 am said:

    nuffnang jer lah jawabnya blog aku tu… :( tu pun baper kupang la aku dapat kumpul….hmm

    Reply↓
  8. azura on January 13, 2012 at 5:36 am said:

    bulan lepas capai 100 impresion tu tapi unique tak…kalau bulan ni nak try ke 400 er er

    Reply↓
  9. shaharil on January 13, 2012 at 7:08 am said:

    Makin susahlah nak mohon innity ini.
    Cepat betul innity naikkan syarat kalau nak mohon.

    Reply↓
  10. Ibu Mifzal Arsyad on January 13, 2012 at 7:48 am said:

    itu lah..makin ketat..susah nak apply..sy nya dah byk kali reject n rs cam dah malas dah nak apply..kesian kt org yg baru nak apply bila yg lama dah onar…huhu..x pe..x semuanya gitu kan..

    Reply↓
  11. rina on January 13, 2012 at 8:52 am said:

    makin susah la orang kita nak lepas join innity nih. kena susu setitik, rosak kari seperiuk..

    Reply↓
  12. bardboo on January 13, 2012 at 9:35 am said:

    aduh..punah harapan ku..hancur berderai dibawa ombak rindu…haha..sepuluh tahun berblog pun kompem aku tak kan dapat pakai innity ni..takpela, redha je..

    Reply↓
  13. b3njy on January 13, 2012 at 9:51 am said:

    Biasalah tu … hehehehe kalau aku jadi Bos innity pun aku buat macam tu … baru korang tahu betapa kacaknya innity tu … hehehehe :D

    Reply↓
  14. zie fauzi on January 13, 2012 at 10:25 am said:

    adehh…makin syarat ketatnya… baru bulan lepas apply,ptut la xde reply rupanya syarat dah berubah… confirm xda harapan jadi family angkat innity ni….. :)

    Reply↓
  15. Nadri on January 13, 2012 at 10:40 am said:

    Hebat sgt kena income dr innity nie bro klu dibanding dgn adsense @ nuff…

    Reply↓
  16. debtrunner on January 13, 2012 at 11:01 am said:

    sapa dapat innity, memang kacaklah.

    maitain dengan adsense ajelah..2-3 bulan dapat 1 cek..dah ok sangat dah tu..

    Reply↓
  17. b3njy on January 13, 2012 at 1:29 pm said:

    Jangan pakai seluar ketat sudahlah :D

    Reply↓
  18. b3njy on January 13, 2012 at 1:30 pm said:

    Namun fulltime blogger jadi mangsa orang tidak bertanggungjawab … itu satu perkembangan yang tak bagus.

    Reply↓
  19. muazfaris on January 13, 2012 at 1:51 pm said:

    maaf jika komen ni takde kaitan dgn innity atau ape2 dalam post.

    sekadar berkongsi.. tulisan di blog ni agak kecil.. Sakit mata saya utk fokus membaca nya.. hrp maklum

    -mf

    Reply↓
  20. kulanz on January 13, 2012 at 2:17 pm said:

    huh.. makin ketat tu..
    nak capai UV 40k sebulan alhamdulillah setakat ni tiada masalah.. tapi nak capai 200k impression tu yang susah sikit.. nak kena fikir ni strategi tingkatkan impression tu..

    Reply↓
  21. eiela on January 13, 2012 at 2:36 pm said:

    memang makin ketat nak apply innity nih. tuh la bukan senang nak dapat duit kan. diorang suruh usaha tu.

    Reply↓
  22. chii on January 13, 2012 at 3:40 pm said:

    wat masa ni setia ngan nuffy je..innity ni..mmg x la kan..lgik2 dengn syarat yg semakin ketat ni

    Reply↓
  23. hatiputera on January 13, 2012 at 4:25 pm said:

    nampaknya kena berusaha dengan lebih gigih lagi,,,

    Reply↓
  24. cik tom on January 13, 2012 at 6:56 pm said:

    yg syarat uv n pv dulu tue mmg lepas cuma xlepas dgn innity je sbb jrg update n content blog xmenarik agaknye..huhu…

    yg syarat baru uv lepas,..pv ckit je xlepas…huk3 ;(

    Reply↓
  25. cik tom on January 13, 2012 at 6:58 pm said:

    off topic..erm nk tnye titan pakai hosting dr mn ek?

    Reply↓
  26. Juan on January 13, 2012 at 7:45 pm said:

    ni yg tension, ni dah lah aku tengah nak target innity, last last peraturan di doublekan la plak, ishhhhh

    Reply↓
  27. titan on January 13, 2012 at 9:58 pm said:

    akazuma. nak wat camana. kena terima seadanya.

    anakulucheka. Kalau takde respon..macam tak dapat la agaknya. Kalau lulus, cepat diorang balas.

    sukacuka. Haha..boleh kot? kot la..

    Abg kacak. Hehe..itu aku tak tahu. Aku sendiri struggle nak capai tahap yang diorang nak.

    akubiomed. Takpe, cuba lagi. Cuba dan jangan lupa untuk apply sampai dapat.

    nurmisnan..kalau syarat trafik yang ni tak lepas, syarat lain apatah lagi..

    Amry. Takpe, cuba dan cuba lagi. Takkan nak mengaku kalah pula kan?

    azura. Hehe..boleh punya. Kena usaha kuat sikit lagi la.

    shaharil. Sebab tu kena apply cepat-cepat. Nanti dia naikkan lagi plakk..

    Ibu Mifzal Arsyad. Yap, tak semua blogger macam tu. Ada yang ok gak.

    rina. Haa, tau takpe. Rosak kari dibuatnya. Haha..

    bardboo. Alaa, takkan dah putus asa pulakk. Tak kacak la camtu..

    Reply↓
  28. titan on January 13, 2012 at 10:03 pm said:

    b3njy. Diorang terpaksa ubah sebab ramai sangat buat onar.

    zie fauzi. Ehh, masih ada harapan lagi. Jangan mudah putus asa.

    Nadri. Market Malaysia, Innity yang pegang sekarang. Sebab tu ramai yang dok kejar innity nih.

    debtrunner. Sebab tu, aku jadi kacak gak. Haha..

    muazfaris. Jadi, silalah pakai kanta pembesar. Aku tak tahu camana nak besarkan font dalam blog ini dan aku suka font dan saiz untuk blog ni. hehe..

    kulanz. Betul. Nak dapat 40k tu takde hal. 200 impression tu, mau termuntah-muntah juga dibuatnya.

    eiela. Haa, tau takpe. :D

    chii. Hehe..kena jadi gila dan kacak sikit. Barulah leh lepas innity ni.

    hatiputera. Yap. Itu seharusnya.

    cik tom. Banyak. kalau blog ni, guna Netkl aje. Tempatan, pakai onebytes, netkl, baitulbytes dengan fivio. Kalau luar, guna hostgator.

    Juan. Jadi, usaha pun kena double triplekanlah. barulah leh join innity. KO terer kan? Mesti bulih punyaaa..

    Reply↓
  29. anif on January 14, 2012 at 3:11 am said:

    Makin susah woo mau cari makan guna blog!

    Reply↓
  30. kakyong on January 14, 2012 at 5:14 am said:

    blog kakyong tak cukup jelita nak letak innity..
    dah pernah apply sekali.. masa tu trafik memang kencang.. tp ada pulak syarat lain yg tak menepati..

    la ni trafik pun suam2 kuku jer..

    Reply↓
  31. yas on January 14, 2012 at 6:42 am said:

    Yang nyata aku bukan dr 10 blogger yg ko kata tu…hahaha

    Reply↓
  32. ciksembang on January 14, 2012 at 7:04 am said:

    bukan setakat innity je yg ketat petat ,google adsense juga semakin ketat

    Reply↓
  33. ciksembang on January 14, 2012 at 7:06 am said:

    selepas ini saya nak juga cuba innity ni, blog titan boleh jadi panduan

    Reply↓
  34. sabree hussin on January 14, 2012 at 7:42 am said:

    apa nak kata eh titan, kalau kita main kotor ni, senang dia sekejap je. Susah dia yang panjang.

    Siapa yang pandai-pandai manipulate memang boleh riak dengan income ribu-ribu, tapi niat tak menghalalkan cara la

    Reply↓
  35. Lizz on January 14, 2012 at 9:17 am said:

    aik, ada ke cara nak manipulate trafik tu? tak tahu pulak aku dah tak kuasa nak tahu.wahaha!! alhamdulilah, ok je rezeki dengan dengan innity n sumber lain2. cukulah walaupun tak beriban.wakikiki.

    Reply↓
  36. titan on January 14, 2012 at 9:24 am said:

    anif. Tak susah. Ini bermaksud, orang kita dah makin bijak cari duit guna blog. Diorang nampak kelebihan yang ada pada blog. Sebab tu, kalau nak fikir, dah makin senang dah. Cuma dari kita aje..

    kakyong. Takpe kakyong. Nuffnang pun ok jugak apa. hehe..

    yas. Ehh, bukan ye. Baguslah. Haha..

    cik sembang. Adsense lagi gila. Innity ni kira ok lagi. Haha..takpe. Cuba aje. Mana tahu, boleh terlepas kerr. hehe..

    sabree hussin. Masalahnya, diorang bukan senang sekejap aje. Diorang ni konsisten, fokus dan bersistematik. Sebab tu leh dapat ribu-ribu. Kalau kejap buat kejap tak..dapat sikit ajela. Haha..

    Lizz. Ada. Tapi aku tak nak bagitau ko. Nanti ko gatal nak buat pula. Haha..

    Reply↓
  37. afendi on January 14, 2012 at 11:25 am said:

    ketat ketat..hahaha..
    aku bukan 10 blogger yang benci tu.sebab aku pun nuff2 je..trafik pun macam air paip je..x banyak..hahaha..

    Reply↓
  38. zuls on January 14, 2012 at 12:50 pm said:

    aku memang jauh la nak merasa innity.. :D

    Reply↓
  39. sjiehan on January 14, 2012 at 4:40 pm said:

    mmg x mampu lagi.. bulan depan tgh dok pulun jugak! grr

    Reply↓
  40. esempoi on January 15, 2012 at 1:12 am said:

    setia ngan satu blog je la yang ada innity..hehe

    Reply↓
  41. Affan Ruslan on January 15, 2012 at 3:57 am said:

    Rasanya selain ada yang tipu trafik, innity ketatkan syarat sbb fenomena fanpage.
    Ada blog baru seminggu buat dah boleh apply innity haha. Kalau aku jadi staff innity pun aku was2 nak bagi hehe

    Reply↓
  42. Farahaznil on January 15, 2012 at 5:26 am said:

    ok aku benci…aku tak benci innity tapi aku benci kpd yang buat onar dan menutup jalan org lain tu..huhu

    Reply↓
  43. cik tom on January 15, 2012 at 6:20 am said:

    setuju dgn farah..benci dgn org yg buat onar…so sbbkn tue prob org lain nak apply jgk..

    Reply↓
  44. nuriz on January 16, 2012 at 7:26 am said:

    memang ketat jugak ye yg terbaru ni

    Reply↓
  45. hafidz on January 17, 2012 at 7:08 am said:

    uiii.. janganlah buat onar dengan innity. nanti dorang lagi garang karang. huhu.

    pada yang nak pakai iniity tuh silalah jujur sejujurnya ya.

    aku pun tak dapat pakai innity lagi ni. masih lagi “berangan” nak pakai innity huhu :lol:

    Reply↓
  46. Ummi Hanie on February 27, 2012 at 8:28 am said:

    muntah berdarah pun belum tentu dpt innity ni… den dahle ade ank kecik lg,laki lagi,rumah lg nak jaga,takkan nk hadap blog 24 jamsemata2 utk innity je betul tak…

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.
  • 8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog

Recent Comments

  • akubiomed on Ulu Lubai.
  • akubiomed on Esok.
  • akubiomed on Gua di #SBDdB13
  • Sya Isya on Gua di #SBDdB13
  • Hafizul on Gua di #SBDdB13
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress