Ya, kejap lagi akan berlangsungnya perlawanan pertama Liga Super antara Selangor menentang Negeri Sembilan. Negeri Sembilan telah melakar sejarah dengan menjadi Juara Piala Malaysia dan merangkul Piala Sumbangsih untuk tahun 2011. Kini, aku yakin Negeri Sembilan nak buat rekod baru dengan menjadi Juara Liga Super dan merampas kembali dari tangan Kelantan. Adakah mereka mampu berbuat demikian untuk memecahkan dominasi pasukan super seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor? Jadi, malam ini adalah permulaannya.

Selangor pastinya mahukan kemenangan untuk menjadi booster terbaik untuk tahun ini. Setelah gagal untuk menjadi Juara Liga Super, Juara Piala Malaysia apatahlagi menjeling Piala Sumbangsih, jadi tahun 2012 ini adalah tahun penentu untuk mengembalikan misi 33 mereka. Harap mereka akan berjaya dan aku akan duduk depan tv untuk menyokong Selangor. Aku nak korang menang. Boleh? Dan jaga itu Effa Owona. Jangan bagi dia sepak bola atau tanduk bola. Dia pergi mana pun, korang mesti ikut. Kecuali kalau pergi tandas. Faham? Kalau korang menang, Selangor memang kacak dan bakal jadi Juara Liga SUper tahun 2012. Haha..mulut aku ni, kekadang masin bila bab-bab bola ni. Haha..ye, aku tahu mesti ada geng Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu bengkek dengan aku. Betul tak?

selangorvsnegerisembilanligasuper10januari2012 Selangor vs Negeri Sembilan. Siapa menang?


Apapun, kita tunggu ajelah apa akan jadi malam ini. Baru akan tahu keputusan. Esok, pagi-pagi beli surat khabar kosmo atau sinar untuk lihat keputusan terkini perlawanan pertama Liga Super 2012. Mesti ramai yang akan gembira dan tak kurang juga yang kecewa. Tapi kalau Selangor kalah, esok pasti akan jadi hari yang tak kacak untuk hidup aku. Hmmm..

Jika ketika Negeri Sembilan menentang Kelantan ketika Piala Sumbangsih dan Negeri Sembilan menentang Terengganu ketika Piala Malaysia aku menyokong Negeri Sembilan. Tapi malam ini, aku kena sokong Selangor sebab Banting dalam daerah Selangor. Aku pula anak jati Banting dan lahir di Banting. Of course aku kena sokong Selangor juga kan? Lagipun, mak aku orang Selangor. Takkan aku nak derhaka kat mak aku pula kan?

Update: Aduh..dah ketinggalan 0-2. Ni semua, Effa Owana punya angkara. Aku dah kata, jaga mamat tu. Jangan bagi dia sepak. Dia pandai sikit bab berlakon dan melarikan diri dari kepungan. Amri, Amirulhadi, Safik, Salihuddin dan Asrarudin..aku harap korang leh buat sesuatu masa separuh masa kedua nanti. Masih ada masa lagi. Grr..

Akhirnya, dua jaringan gol dari AmirulHadi dan Safik berjaya menyelamatkan maruah Selangor. Fuhh, tak sia-sia aku dan mak aku menyokong dirumah. Hoho..apapun, ini keputusan terkini perlawanan pertama dalam Liga Super 2012:

Felda United 2 - 0 Sabah
Singapore LIONSXII 1 - 2 Kelantan
Sarawak 2 - 0 Kuala Lumpur
Negeri Sembilan 2 - 2 Selangor
T-Team 3 - 0 Kedah
Perak 1 - 0 Terengganu
PKNS FC 1 - 2 Johor FC


#Siapa pernah guna LinkTrackr? Bagus ke benda ni??

Ps: Kepada geng orang Nogori, kalau kalah malam ni. Jangan marah aa..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 29 comments. Apa plak komen korang?
oyobahmab - 10 Jan 12 at 13:36:32
keep SELANGOR x cekap
Farahaznil - 10 Jan 12 at 13:47:45
mamat afrika join ke mlm ni??haha
Farahaznil - 10 Jan 12 at 13:48:39
abislah……..si afrika mengganas mlm nih !!
Farahaznil - 10 Jan 12 at 14:13:08
yeayyyy…goalll…amirul hadi penyelamat selangoR!!!!!!!weehuuu
Farahaznil - 10 Jan 12 at 14:21:21
weeeeeeeeeeeeeee~~~goal ke 2 selangor !!!..hahahaha
Farahaznil - 10 Jan 12 at 15:16:26
bye effa raziah..heheh
Wizurai - 10 Jan 12 at 15:35:02
Selangor bernasib baik mlm ni… kalau tak…
titan - 10 Jan 12 at 15:44:45
oyobahmab. Apa yang tak cekap??

Farah..Effa gol 2 biji. Tapi 2nd half..tak banyak bola dapat ke Effa. Dia semput kot? Hoho..

Bagi aku, Solihin yang jadi penyelamat. 2 gol Selangor disebabkan oleh Solihin. Appaun, kredit juga kepada AmirulHadi dan Safik yang berusaha keras pada separuh masa kedua. Diorang berdua ni, kejap ke kiri, kejap ke kanan. Pening dah aku tengok.

Wizurai. Hehe..aku rasa Negeri Sembilan yang bernasib baik. Selangor patut leh sumbat 1-2 gol masa 2nd half. Tapi takde penyudah aje..

kalau Negeri sembilan kalah tadi..malu woo. dah leading 2 gol, kalah plak..main lagi kat tempat sendiri. Nasib baik seri aje. Hehe..
tehr - 10 Jan 12 at 16:38:36
aku tak kisah pun kalau selangor kalah
asal saja kelantan menang
haha
sukacuka - 10 Jan 12 at 17:25:46
congkak tak de ke?? adoi..
Farahaznil - 10 Jan 12 at 18:19:39
ok..pasni owana leh jadi Effa Raziah…heheh
Cyza - 10 Jan 12 at 23:27:35
Nampak gaya N9 ni macam ada power sikit dek kerana pemain import berbisa baru ni…tapi apa pun kita tgk je la nanti…
nurmisnan - 10 Jan 12 at 23:41:50
yeahhh.. Johor FC pun menang 2.
tahniah untuk semua negeri2..

kau habis satu teko kopi ker tgk bola mlm tadi.. hik3…
anak Malaysia - 11 Jan 12 at 01:18:02
dh elok2 leading!!huhuhu
adamfaiz - 11 Jan 12 at 02:04:27
aku sokong Pahang :)
akubiomed - 11 Jan 12 at 04:32:02
Tanniah kepada Selangor. Nampak sangat N9 lebih bernafsu setelah menundukkan Kelantan. Selangor main filem hero Hindustan dengan tewas dulu lepas bangkit balik. :-)
yas - 11 Jan 12 at 05:35:56
Keputusan seri 2-2 aku rasa kira ok dah tu ….
esempoi - 11 Jan 12 at 06:30:21
janji kelate menang.. hehe
azura - 11 Jan 12 at 07:51:22
anak selangor tetap sokong selangor menang kalah…tapi semalam tak tengok bola pun…
titan - 11 Jan 12 at 08:51:29
tehr. Heha..aku pun nak kelantan menang sebab bekas awek-awek aku orang sana. haha..

sukacuka. Takde. Apsal kena mengena dengan congkak plakk???

farahaznil. Ko benci sangat ke kat owona ni? dia pun kacak gak apa.

cyza. Aku tengok owona ni memang gila nak jaringkan gol. Haha..

nurmisnan. Haha..habis satu jag aje.

anak malaysia. Kesian gak dengan negeri sembilan. dah leading 2 gol tu. Tapi 2nd half..diorang tak berapa menjadi. Aku dah agak..leh dapat 2 gol selangor ni. Tak sangka..jadi plakk..

adamfaiz. Aku pun sokong pahang gak. Hehe..

akubiomed. Hehe..diorang lebih bersemangat. Tapi takpe, red giant dia bagi chance dulu. Biasalah tu…

yas. Ok dah. Tapi aku ingat selangor leh menang malam tadi. Grrr..

esempoi. Hehe..suka plak ko ye. Tapi penyokong kat singapura, macam biasalah..tak puas hati punya. Siap boo lagi pemain kelantan.

azura. La..nape tak sokong plakk..rugi tauu..
Farahaznil - 11 Jan 12 at 10:57:32
haha..tak suka owana time dia blasah selangor je..tp klu dia blasah klantan..aku no komen…kah kah kah

jap…keputusan seri kan??tapi aku msh samar2..selangor mnang ke tak??ke seri je??hahahhaa..bagi aku smlm slngor mcm dah menang bsr je..hehe
titan - 11 Jan 12 at 11:05:17
Farah. nampak sangat ko tak tengok semalam. aku dah tulis besar-besar dah. takkan tak nampak gakk..
padin - 11 Jan 12 at 12:46:40
hoh, memang lega bila dapat gol balas.. 1st half tu dah kena 2 bijik.. memang tak senang duduk..
zool - 11 Jan 12 at 16:12:58
Memang terbaek game ni malam tadi..
akazuma - 11 Jan 12 at 16:20:37
terer ahh kelantan. selangor plak seri aje..
chii - 11 Jan 12 at 16:45:48
fine..x tgk dan tak tau pun ada game semlm..ekek..apa pun..nama effa sudah seringkali meniti di bibir peminat bola sepak :p
rina - 12 Jan 12 at 07:38:20
yahh, kelantan menang!
acapz - 12 Jan 12 at 12:39:18
ok la seri. huhu
eiela - 15 Jan 12 at 15:31:11
artikel nih masuk ke blog la. hmm tengok jugak aritu, tapi memang tak best la tengok negeri sembilan main dah, hambar. Half ke dua macam malas nak berlari. seri pun ok la, letih tuh nak berlari kat padang..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011