Ya. Kalau korang menonton perlawanan akhir Badminton Super Siri Terbuka Korea 2012 tadi, pasti korang dah menjerit kegembiraan kerana Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan setelah sekian lama memanjang kalah sahaja dengan Lin Dan dan Chen Long. Kali ini, dendam untuk kedua pemain china itu telah berbalas kerana telah berjaya menjadi Juara Terbuka Korea 2012 kali ini. Untuk pengetahuan semua, ini kali keempat berturut-turut Chong Wei berjaya layak ke final Terbuka Korea.
Sejujurnya, aku kecewa dengan permainan Chong Wei pada set pertama. Memang bermula dengan baik. Tapi banyak trik dan strategi beliau berjaya dibaca oleh Lin Dan dengan tenang. Memang sakit hati tengok muka Lin Dan tadi. Rilek dan cool aje tanpa ada masalah. Jadi, secara logiknya, Chong Wei kalah set pertama.

Masuk set kedua, memang cuak gila set kedua nih. Chong Wei dan Lin Dan main kejar-kejar. Kejap Chong Wei leading, kejap Lin Dan potong balik. Sampai satu tahap, Chong Wei dah pegang angka 20. Jadi, memang susah dah Lin Dan nak kejar. Dan secara logik akal, Chong Wei menang kerana berjaya kekal tenang walaupun dibantu sokongan padu dari awek-awek di sana. Serius, memang bingit dan bising gak bila awek-awek ni menjerit bila sokong Chong Wei. Tapi mungkin ini juga jadi penyebab, Chong Wei menang tadi. Hehe..
Set ketiga, memang Lin Dan langkah kiri. Tak menjadi. Kena tinggal jauhh punya. Chong Wei pula jarang buat silap dan Lin Dan banyak bolanya keluar dan sangkut dijaring. Jadi, tidak hairanlah set ketiga secara logiknya, sekali lagi adalah milik Chong Wei. Dah lama aku tunggu saat ini. Akhirnya..tiba juga.
Ps: Sori Lin Dan. Terbuka Korea, Chong Wei punya. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Tandukan pemusnah Effa Owona. | Kenapa Ezani yang menang MasterChef Malaysia? »
















Eh salah terbuka Korea…hahaha
Apapun,sama juga seperti saya,memang sakit hati tengok Lin dan ni..Muka cool je…muka yang penuh dengan tipu muslihat..
nasib juga tak main kat tumpat
hahaha
Lin dan tertekan sangat tadi masa set ketiga..