Ya. Pertarungan antara Doktor Gigi dan Pekebun dalam bab masak-memasak dalam perlawanan akhir MasterChef Malaysia akhirnya dimenangi oleh Ezani Farhana. Seorang doktor gigi muda yang berusia 26 tahun dan rasanya macam masih bujang dan pastinya akan ramai orang lelaki pergi ke klinik atau hospital doktor Ezani ni.

Sejujurnya, walaupun aku memang bias dan menyokong Wahidan kerana dia seorang lelaki, tapi aku dah boleh agak Ezani boleh jadi Juara MasterChef Malaysia untuk musim pertama ini. Bukan apa, kalau kita pandang dari sudut pakej, Ezani tampak lebih berguna dan lebih sesuai berbanding Wahidan. Mengapa? Ezani muda dan masih bujang. Jadi, kalau ada event untuk promosi MasterChef pada masa hadapan dan juga dalam macam-macam perkara, Ezani mungkin lebih sesuai berbanding Wahidan yang dah berkeluarga. Ya, muda dan bujang. Senang nak dipanggil dan diarah ke sana ke mari. Lagi plak, aku tak rasa rancangan Masterchef ni sampai disini sahaja. Mesti ada musim kedua, ketiga dan banyak lagi. So, pendek kata. Ezani cukup pakej. Cantik, bergaya dan bertudung. Nak jadi model pun senang. Nak masuk majalah pun senang. Nak masuk tv pun senang. Mana tahu, diundang berlakon pun senang. Yela, kalau orang tu cantik, berbakat, tinggi pendidikan dan pandai pula memasak. Memang orangnya akan laku dan disukai ramai. Lepas ini..kompem masuk muka depan majalah memasak dan majalah orang perempuan. Tapi kompem tak masuk majalah Maskulin atau Motor Trade mahupun Majalah Kreko. Haha..
Jika kita lihat perbezaan markah cumalah 7%, jadi aku rasa memang takdelah jauh sangat bezanya. Dari pemerhatian aku, hidangan Wahidan lebih ringkas tetapi sedap. Hidangan Ezani nampak berat tetapi unik. Sebab tu aku rasa ramai pengkritik dan yang datang tadi, nampak suka hidangan Ezani. Tapi ramai juga yang suka hidangan Wahidan. Tengok aje Florence Tan, sekali dia komen. Boleh cair dibuatnya. Haha..apapun, bagi aku, Wahidan kalah tipis aje dan bila markah nampak lebih kurang aje..jadi pihak Astro danTiga Chef  berbadan besar tu mungkin akan memilih Ezani yang mempunyai banyak kelebihan dari segi pakej. Overall, Ezani lebih layak menang dari pelbagai aspek. Lagipun, setiap minggu dia jarang betul masuk penyingkiran dan sentiasa konsisten. Jadi, malas aku nak cakap banyak. Peminat Ezani mesti suka sebab aku sendiri terpaksa mengaku Ezani lebih layak menang berbanding Wahidan.

Tapi kalau hidangan Wahidan benar-benar menjadi dan lebih sedap berbanding Ezani, aku yakin Wahidan akan menang untuk Masterchef Malaysia kali ini. Â Soal pakej akan jadi cerita lain. Tapi, oleh sebab dua-dua hidangan rasa sedap dan tak sedapnya pun lebih kurang sama sahaja. Jadi, advantage akan pergi ke Ezani. Itu yang aku rasa. Tapi kalau ada yang tak suka. Aku peduli apa. Aku masih terkilan lagi ni sebab Wahidan tak menang. Mungkin sebab aku pernah belajar 4 tahun di Sabah dulu. Jadi rasa terkilan aku double berbanding orang lain. Tapi aku tahu, Wahidan punya terkilan lagi double triple dari aku yang kacak ni. Waa…
Ps: Apapun, dah 3 minggu berturut-turut aku tak miss tengok MasterChef Malaysia. Masa mula-mula tu aku rasa bosan. Tapi bila dah nak habis ni, rasa macam seronot plak. Terima kasih Astro kerana memeriahkan hari aku pada hari ini. Tak sia-sia langgan Astro walaupun bapak aku yang bayar tiap-tiap bulan. Aku tumpang tengok aje. Haha..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Lin Dan tumpas. Chong Wei menang. | Mahkamah kata, pakcik Anwar tidak bersalah. »
















Walau bagaimanapun tanniah kepada Izani.
Nanti ezani bukak restoran kat bawah, kat tingkat atas bukak pulak dental practice….fuh….lepas makan kat bawah kedai silap-silap ramai lelaki naik atas gi klinik buat scaling pulak…hehehe…anyway congrats dr ezani!!!!
tahniah ezani
saya tak tgok bro titan heee..tahu2 kat blog jer ha hiiii
aku tak pilih sebelah mana2 sebab aku tak tengok
tahniah urk ezani.