Ok. Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 1 Februari 2012. Sebolahnya aku tak nak buat lama-lama pertandingan ni. Kalau sampai 1 Februari tu cukup ada 10 blogger yang menyertai pertandingan ini, aku dah cukup bersyukur kerana ada 10 blogger kacak yang sanggup mencabar diri sendiri untuk memenangi pertandingan yang tak seberapa ini. Jadi, kalau ada yang berminat nak join. Boleh join dan bagitau sahabat dan awek-awek korang untuk sertai pertandingan ini. Nak join cepat boleh. Nak join lambat pun boleh. Lantak koranglah. Aku tak kesah. Haha..

Pertandingan ni aku buat sebab sekarang ni masih panas dengan musim budak masuk sekolah. Jadi, aku nak korang kongsikan pengalaman korang kena denda masa di sekolah tu. Kena rotan ke, kena denda lari keliling sekolah ke, kena jalan itik ke, kena hentam dengan pembaris kuning tu ke, kena marah dengan guru besar ke, pipi kacak kena lempang dengan cikgu ke..cerita ajelah. Selagi kena dengan tajuk pertandingan ini, itu dah cukup.

Entri terbaik dan yang paling aku suka akan dipilih untuk jadi pemenang dalam pertandingan ini. Kriteria yang aku akan pilih berdasarkan kekreatifan artikel, jujur dan tidak berpura-pura, unik dan asli, komen dan mampu buat aku terhibur dan gelak kaw-kaw dengan bahasa dan imaginasi korang. Itu dah cukup. Tak perlu kena undi dan like banyak-banyak macam sesetengah pertandingan yang lain.  Oh ya, tajuk artikel adalah bebas. Tapi selagi kena dengan pertandingan ini, itu dah memadai.

comelpelajarbelajarsembahyang Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Syarat mudah untuk sertai pertandingan ini adalah korang kena pilih nak subscribe blog aku ni atau like fanpage earncent.com atau add aku kat twitter atau kat facebook. Mana-mana pun boleh. Aku tak suruh semua. Cuma sekadar memenuhi syarat sahaja. Pilih satu. Bukan semua. Tapi kalau korang ni memang jenis manusia tamak, subscribe semua, like aje semua. Aku tak kisah punya.

Hadiah:

1. RM70
2. RM50
3. RM30
4. RM20
5. RM10
6. RM10
7. RM10
Cabaran SEO.

Ok. Mudah sahaja. untuk kata kunci Pengalaman kena denda di Sekolah, siapa yang berada dalam first page dan mengalahkan artikel aku, akan memenangi hadiah MISTERI untuk cabaran SEO ini. Hadiah misteri akan aku berikan. Bukan wang tunai. Tetapi sesuatu yang agak berbaloi untuk beritahu pada orang kampung atau orang tersayang dalam hidup korang.

Buat masa ini, ini sahaja yang aku akan tawarkan dulu. Guna duit poket aku sendiri. Tapi kalau ada yang berhajat nak jadi penaja dan sponsor pertandingan ini, boleh hubungi aku melalui ruang contact. Korang nak taja dari segi pengiklanan banner ke, review ke, botol kicap ke, nak bagi pendrive ke..nak bagi iPhone ke..boleh. Selagi logik dan tak mengarut. Tapi kalau nak bagi wang tunai, minimum adalah RM30. Kalau lagi banyak, lagi bagus. Link penaja akan ada disetiap artikel aku yang berkaitan dengan pertandingan ini dan perserta yang menyertai pertandingan ini.

kenadendadisekolah Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Setiap peserta wajib letak link penaja diblog masing-masing. Dan link penaja baru akan diupdate dari masa ke semasa. Anda semua dialu-alukan untuk menjadi penaja untuk pertandingan ini. Harap maklum.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Aku rasa pertandingan ini antara yang termudah sekali pernah aku anjurkan. Jadi, aku harap ramai yang akan sertai dan ramai penaja yang akan sudi berkongsi hadiah dengan para peserta. Walaupun hadiahnya tak seberapa, tetapi itu yang aku dapat fikirkan buat masa ini. Nanti aku tambah lagi kalau ada hadiah lain yang aku rasa sesuai untuk bagi kat korang. Jadi, sertai pertandingan ini untuk asah skill menulis review, bermain SEO dan juga asah skill dan menguji tuah korang untuk menang pertandingan macam ini.

Ps: Teringat pula masa kena ngorat dengan 2 orang perempuan secara serentak. Ketar lutut. Macam tak percaya pun ada sebab dua budak perempuan tu memang wanted budak-budak laki masa tu. Hoho..


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 78 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 05 Jan 12 at 17:18:51
patutlah rajin tulis kena lempanglah..kena marah la..rupanya nak buat pertandingan. haha..

serius, banyak kenangan masa kat sekolah dulu. yang pahit dan manis. yang kelakar lagilah banyakk.
sukacuka - 05 Jan 12 at 17:23:32
ah..aku nak sponser selipar jepun ley..nanti aku buat entiri tuk contest ni ye,,hehehe
farahaznil - 05 Jan 12 at 18:00:22
ok aku join!!!syiokkk….hahah..tpi takde comment contest ke?heheh
titan - 05 Jan 12 at 18:11:12
merahkatak. Saje je bagi hint tu. Haha.. ko tak nak join ker wehhh..

sukacuka. Leh aje. Tapi ko la kena hantar selipar jepun tu nanti. Haha..

farahaznil. Wehh budak. Sms aku nombor akaun bank ko. Ko nak duit tak? Haha..

komen kontest takdakk. Asyik ko aje menang. Bagi la orang lain menang plak wehh..
farahaznil - 05 Jan 12 at 18:27:22
nnt aku msg ko..hahaha……alah….tu je contest paling best kat blog ko…heheheheeh…takpe2…best juga main seo…nnt aku asah mr.google tu..aku sekeh dia kalau aku tak jadi yg 1st..ngeh3x
titan - 05 Jan 12 at 18:44:52
Farahaznil. Lagi satu, apa lagi hadiah yang ko tak dapat? Email aku. Jangan dok main komen aje. Manalah aku larat nak cek semua komen kat sini..ko kan terer main seo. Aku tak pandai cam ko. haha..
Amiruddin Nawawi - 05 Jan 12 at 19:31:41
Leh cuba setai jugak nih. mana tahu untung sabut timbul ker.
Lizz - 05 Jan 12 at 22:23:06
SEO. aku suka yang ini. yang ini boleh kot try. topik pun sah-sah aku byk kisah benar.bahahahaaha
bardboo - 05 Jan 12 at 22:28:10
nak kena korek balik memori2 lama ni..dah berkarat..huhu…
Cikgu Hairul - 06 Jan 12 at 00:53:38
Salam bro.. camna nak hantar penyertaan ni?
titan - 06 Jan 12 at 00:59:03
Amirunddin Nawawi. Haa, cubalah. Mana tahu, ada rezeki. Hehe..

Lizz. Haha..ko wajib join. Tak leh lari lagi dahh..

bardboo. Hehe..korek ajelah. Mesti ada yang terpendam lama tu..

Cikgu Hairul. Tulis dalam blog. Buat satu artikel. Dah siap, letak link kat ruang komen.
sabree hussin - 06 Jan 12 at 01:33:03
ni peluang baik ni hhe
akazuma - 06 Jan 12 at 03:49:24
huhu..tak sangka. Ada udang disebali mee maggiii…
penyubiru - 06 Jan 12 at 07:42:22
menarik ni..tapi aku nak kena ingat semula aa samaada aku pernah kena denda atau tak.maklumlah aku budak skema masa skolah dulu.hehe
tehr - 06 Jan 12 at 07:49:09
aku ingat2 lupa dah
tapi kes yang aku bagi denda ada banyak
hehe
b3njy - 06 Jan 12 at 08:18:18
Wow ! ni kontes aaa ….manyak bestt OOOooo … kalau tak join kali ni … memang Benjy tak kacak dipandangan mata isteri Benjy … :D
b3njy - 06 Jan 12 at 08:21:11
Kalau kata pengalaman tu manyakkk OOooo tetapi kalau nak tulis secara kreatifff mesti kena masuk unsur ‘KACAK’ sikit baru classss … :D
b3njy - 06 Jan 12 at 08:22:35
Tetapi kalau nak bertanding SEO nampaknya url adress Benjy memang tak KACAK di pandangan Google … biasalah pakai domain free .co.cc … :(
b3njy - 06 Jan 12 at 08:24:41
Sorrylah Titan nampaknya Benjy belum kacak lagi nak jadi sponsor contest engkau ni … blog sendiri pun tak lepas lagi ni :(
b3njy - 06 Jan 12 at 08:26:41
Benjy rasa engkau ni betul2 kacak lah Titan kalau tak … tak kan sampai 2 orang wanita yang cun nak mampos tu mengorat engkau sekali gus … :D
shraqs - 06 Jan 12 at 08:59:17
contest lagi ke bro. Aku segan la nak citer :)
earnic - 06 Jan 12 at 09:06:09
aku baik. tak pernah kena dende haha
Sobri Mansor - 06 Jan 12 at 09:22:06
Terbaekkkk contest nih…. Kalau aku yang baca perkongsian kenangan kena denda masa sekolah dulu dekat blog kengkawan, mau terburai tali perut aku dek kerana gelak. MEsti banyak yang kelako…. hehehe
Ronaldmohoni - 06 Jan 12 at 09:29:50
Haha,
kali ini saya nak join. :)
chii - 06 Jan 12 at 10:12:23
pengalaman kena denda? aduhaii…mcm x bnyk je..almaklumlah,,dulu budak baik..huhuh
b3njy - 06 Jan 12 at 14:55:47
OK benjy dah memenuhi syarat tu … benjy dah add titan si budak kacak ni kat facebook … jangan kata tak add yer siap engkau :D
sukacuka - 06 Jan 12 at 14:57:15
titan.. macam ni boleh ke? http://www.sukacuka.com/2012/01/pengalaman-kena-denda-di-sekolah/ kalau boleh, aku da join..hehehe
kimmie - 06 Jan 12 at 15:34:06
syarat2 yang dikenakan sudah diikuti, cuma tinggal taip entri je
kimmie - 06 Jan 12 at 16:10:42
Farahaznil - 06 Jan 12 at 16:25:55
ok…rmi gila join..jelesss aku!!haha
OrangAkaun - 06 Jan 12 at 17:23:10
organizer dah skang…nanti kalau lapang aku nak join gak la..
tapi masalahnya mood menulis tak mari lagi..
b3njy - 06 Jan 12 at 17:23:18
Kalau kau baca entry Benjy ni, kau memang kacak daripada Benjy http://www.benjystanis.co.cc/2012/01/pengalaman-kena-denda-di-sekolah.html
azura - 06 Jan 12 at 18:57:50
pengalaman kena denda…segan nak ingat titan…tapi tajuk pertandingan macam ni memang best…
Amiruddin Nawawi - 06 Jan 12 at 19:09:10
Wuhuhuuuuuu dah join jugak dah… Mintak2 ada ong la yer..hahaha


http://amirnawawi.com/pengalaman-kena-denda-di-sekolah/
muhammad fakhruddin - 06 Jan 12 at 19:54:10
Tak sempat nak join kali ini. All the best kepada yang menyertai.
Cyza - 07 Jan 12 at 04:05:23
Haha…masalahnya aku tak pernah kena denda la…mungkin sebab aku ni budak baik kot…

So, kalau takleh share pengalaman, aku boleh sponsor hadiah je la…Titan, ko contact aku boleh…supaya aku boleh bagi hadiah…hehe…
zool - 07 Jan 12 at 05:58:40
Ini macam boleh masuk.. nanti buat entri..
yas - 07 Jan 12 at 07:10:22
Hahaha,..ini punca sebab musabab ko ropenya…
Norizwan - 07 Jan 12 at 08:57:13
heheh seronok baca pegalaman orang ni hehe….
sjiehan - 08 Jan 12 at 02:14:23
ramainya yg masuk~
cik tom - 08 Jan 12 at 05:24:17
wah pertandingan lg..kl sempat nanti ciktom join..mcm biasa last minute kot br join..cr idea..heee…

ciktom dh dpt hadiah hari jumaat..nanti ciktom bt entry ye..thanks =)
zool - 08 Jan 12 at 11:51:46
Aku pun dah masuk pertandingan ni.. Sementara ingat tu
http://ligakampung.com/blog/pengalaman-kena-denda-di-sekolah/
akubiomed - 08 Jan 12 at 17:07:09
Setiap orang mesti melalui pengalaman suka duka ketika di bangku sekolah tapi situasi saya agak berbeeza kerana hukuman dennda dirotan telah digagalkan oleh rakan saya sendiri. http://akubiomed.com/2012/pengalaman-kena-denda-di-sekolah/
acapz - 09 Jan 12 at 08:12:45
nk tulis entri yg lmh ni. haha. tahniah la pada blogger yg mng nnti. hee
eiela - 09 Jan 12 at 14:46:10
nak join, tapi ada SEO plak tuh yang tak reti nih. hentam je la ye.
Fahmi Raazali - 09 Jan 12 at 22:10:04
Amry - 10 Jan 12 at 07:41:24
bro..den pun nak join gak..hehehehe
den dah like fan page yo…
ni link den
http://amry85.blogspot.com/2012/01/pengalaman-kena-denda-di-sekolah.html
Fitrihadi - 11 Jan 12 at 03:47:19
bro..aku nak join. Kalau ada apa-apa yang kurang bagitau ar kot-kot aku terlepas pandang. Thanks :)

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah Yang Hampeh
hafizmd - 12 Jan 12 at 06:57:32
aku kena recall dulu, maklumlah..jarang sgt kena denda, denda org lain adalah…hahaha
Juan - 14 Jan 12 at 10:32:09
bro titan, jap lagi aku buat entry ni, tp aku akan join pada hujung bulan ni supaya waktu SEO tu aku berada kat first page kat atas sekali, wahahahahahaa, ehhehe, jgn marah, ehhehe
yas - 14 Jan 12 at 10:59:37
Zida - 15 Jan 12 at 17:53:52
Nak join tapi nak kena tunggu habis exam dulu, nak cari idea sket. Hehe :P P
Amirez - 16 Jan 12 at 07:37:30
sekarang jugak buat karangan :D
Amirez - 16 Jan 12 at 10:53:48
puan kutu - 16 Jan 12 at 14:41:03
dh add kt fb n like fanpage. Sy join yer..

http://www.puankutu.com/2012/01/pengalaman-kena-denda-di-sekolah.html

tq..:)
azura - 16 Jan 12 at 16:28:40
ok ini kisah saya kena denda… jangan kritik dah la http://papankekunci.com/2012/01/pengalaman-kena-denda-di-sekolah/
Amirez - 17 Jan 12 at 12:59:43
bro, tajuk entri mesti guna Pengalaman kena denda di Sekolah atau Pengalaman Kena Denda di Sekolah? Ke..tak kisah mana2?
Naurah Alwani - 18 Jan 12 at 09:17:35
alamak.. nak join tapi,, tapi.. emm.. alahh segan la. =__=
akazuma - 22 Jan 12 at 16:10:07
Okeh. Sudah joiinnnn.

http://akazuma.info/2012/01/21/pembaris-kuning-yang-jahat/

harap menang. hehe
abdfatah - 24 Jan 12 at 04:50:55
wah… ramainya yang join.

selamat maju jaya aaa…

aku tumpang tengok aje laaa…

oh farah aznil dah join…
[…] PERTANDINGAN PENGALAMAN KENA DENDA DI SEKOLAH oleh Blog Earncent.com […]
abdfatah - 26 Jan 12 at 04:03:09
http://abdfatah.com/blog/aksi-pelajar/pengalaman-kena-denda-di-sekolah-budak-sekolah-kena-denda.html

ini dia aku punya hantaran artikel yang tak seberapa kacak… wahahahahaa
iza - 26 Jan 12 at 09:31:07
Nak join juga walaupun dah tau tak ada harapan langsung…PR dah jatuh sejak tukar domain..
iza - 26 Jan 12 at 09:31:34
auc dot com - 26 Jan 12 at 20:31:51
cuba memberanikan diri
bersama lelaki kacak di sini

http://www.anakulucheka.com/pengalaman-kena-denda-di-sekolah/
Jai - 26 Jan 12 at 22:12:46
yas - 27 Jan 12 at 01:14:24
Ummi Hanie - 27 Jan 12 at 04:40:49
dgn segala hormat dan rendah dirinye sy juin …

http://ummihanie.com/pengalaman-kena-denda-di-sekolah/
W.HabibuRahman - 27 Jan 12 at 15:00:09
Aku rasa aku ni kacak jugak.So,aku nak join skali……

http://coretancyber.com/2012/01/pengalaman-kena-denda-di-sekolah/
W.HabibuRahman - 29 Jan 12 at 17:26:29
Oh!! tak ada org ka dibawah saya yg ingin setai….hohoho
hafizmd - 30 Jan 12 at 05:21:24
Sya Isya - 31 Jan 12 at 15:59:01
W.HabibuRahman - 31 Jan 12 at 17:15:18
Tamatlah contest pengalaman kena denda di sekolah pada ketika ini…tata..
Pejuang Kesenian Extreme - 11 Feb 12 at 23:09:34
Kenapa aku boleh tak perasan pertandingan ni…Peh mengirap ekk..

*tengah kecewa ni



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011