Ya. Kisah ni dah cukup lama. Semuanya berlaku ketika aku darjah satu dulu. Aku teringat balik kisah ni bila aku tengok budak-budak pergi sekolah pagi-pagi tadi. Nampak budak-budak yang mata masih tertutup berjalan kaki ke sekolah. Nampak budak-budak yang berlumba basikal untuk sampai dulu ke sekolah. Nampak budak-budak beli nasi lemak dan macam-macam lagi.

Aku teringat masa aku masuk darjah satu dulu. Nama sekolah, Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Langat. Lepas, aku blah dari sekolah tu, sekolah tu tukar nama. Nama dulu dah tak kacak. Jadilah nama, Sekolah Kebangsaan Sri Langat. Dan lepas aku balik dari UMS, barulah aku dapat tahu nama sekolah dah bertukar lagi. Dapat pula Sekolah Kluster. Pehh, sekolah kluster ni bila aku tanya kelebihannya dengan mak abah aku. Diorang serba-serbi lengkap. Apa hendak, mesti dapat. Kalau guru besar sekolah tu nak cikgu yang bagus dari sekolah yang berdekatan, memang dapat. Kalau ada guru besar tak puas hati dengan cikgu yang tak bagus dan mahu singkirkan cikgu tersebut, tak ada masalah. Janji, prestasi sekolah tu mantap. Tapi aku tak tahulah kalau benar seperti yang mak abah aku cakap sebab memang banyak keistimewaan sekolah kluster ni. Cikgu-cikgu perempuannya pun comel-comel belaka. Cikgu lelaki, of courselah kacak-kacak belaka. Orang Bantinglah katakan, mesti orang lelaki dari Banting semua kacak-kacak macam aku. Apapun, dari satu sudut aku hormat dan suka sekolah ni walaupun dah bertukar rupa 100%. Masih ada lagikah sirap 10 sen tu? Ahh, makin rindu pula aku dengan sekolah. Dan yang paling kacak sekali, sekolah ni dapat gelanggang futsal. Pehh, zaman aku takde pun..

titan6kenanga Pipi kacak kena lempang..


Ok. Kita masuk cerita utama. Aku dah terbabas jauh dari cerita asal. Kisahnya macam ni. Masa tu dah masuk ujian pertengahan tahun. Biasalah, masa tu kalau ujian memang aku ni jenis redah aje. Aku pun tak ingat dari darjah 1 hingga darjah 6, tak pernah pun aku study. Balik sekolah, gi sekolah agama. Balik sekolah agama, terus gi main bola petang-petang. Nak maghrib, baru ingat rumah. Sampai rumah, abah aku dah pegang rotan panjang punya. Kalau kaki banyak lumpur, aku dapat double triple petang tu. Sampai satu tahap, aku dan adik laki aku terpaksa menyorokkan rotan-rotan abah. Haha..

Yela. Yela..aku dah terbabas lagi dah ni. Masa dalam ujian tu, kalau tak silap aku adalah ujian matematik. Ujian dah mula. Tapi baru start 5 minit, aku dah menggelupur. Bukan kerana soalan tu susah. Tapi sebab aku terlupa bawa pemadam. Jadi, dengan kacaknya aku toleh belakang dan pinjam pemadam dari budak perempuan yang dok belakang aku. Secara jujur, aku dah tak ingat siapa budak perempuan tu. Muka dia pun samar-samar aje dalam ingatan aku. Yang buat aku tersilap, aku tercakap kuat sikit bila nak pinjam pemadam tu. Kena pula cikgu dah bilang, jangan bercakap atau buat bising masa dalam ujian. Jadi, aku langgar tatatertib dan peraturan ujian yang masa itu dipandang serius oleh para guru. Akibatnya, bila cikgu datang dan tanya. Tanpa dapat aku beri penjelasan yang sebenarnya, pipi kacak aku tu ditampar tanpa belas kasihan oleh cikgu perempuan tu. Huh, perempuan. Itulah, suka menampar aje kerjanya.

Ya. Aku nangis selepas kena lempang. Aku tak malu mengaku. Sebab masa tu, aku rasa penampar cikgu tu ketiga paling kuat aku pernah rasa dalam hidup aku selepas abah dan mak aku. Jadi, cuak dan takut gak la. Takkan aku nak pergi cari bendera cikgu perempuan tu, pastu aku nak turunkan pula. Takkanlah aku nak buat mogok dan berbaring kat dataran sekolah akibat kena lempang dengan cikgu? Tak berbaloi. Guru besar mesti buat bodoh aje dengan aku. Jadi, politik aku masa darjah satu tamat disitu kerana aku sedar penampar cikgu tu ada makna dan hikmahnya. Mak abah aku bayar yuran, beli baju sekolah, beli buku teks, sanggup berlapar dan kerja susah-susah nak bagi aku kenal apa itu ABC dan mahu aku belajar bersungguh-sungguh. Mak Abah  tak suruh pun aku baring atas jalan raya. Kat rumah mak abah aku dah beli katil. Walaupun murah, tapi tetap enak untuk tidur. Apa hal pula aku nak baring atas jalan raya pula kan? Apa hal pula nak tunjuk simbolik tak suka dengan cikgu perempuan tu pula? Dan sebenarnya aku rasa kemenangan tu berpihak pada aku selepas cikgu tu sendiri datang minta maaf dan belanja aku aiskrim. Bukan sehari, tapi banyaaakkk kali. Dan cikgu tu menjadi cikgu feveret aku sampai hari ini. Dia ajar aku banyak benda. Sampai bila-bila aku takkan lupa.

Anyway, Kelas 1 Siantan adalah kelas paling hujung sekali. Dari darjah 1 hingga darjah 4, aku kekal dalam kelas Siantan. Masuk darjah 5, aku masuk kelas 5 Ros. Kelas paling pandai sekali. Tapi masa darjah 6, aku jatuh ke kelas 6 Kenanga kerana subjek english aku teruk. Hoho..dan oleh sebab aku malas nak cite panjang-panjang. Aku tamatkan disini. Habis dah cerita, boleh sambung baca blog orang lain pula ye. Hehe..

Ps: Secara jujurnya, aku bosan hari ini. Tak tahu kenapa..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 36 comments. Apa plak komen korang?
Sya Isya - 04 Jan 12 at 12:15:20
Sya dulu masa sekolah rendah, kena lempang tak pernah lah, tapi tangan kena ketuk dengan pembaris kayu, adalah. :D
farahaznil - 04 Jan 12 at 12:32:57
ngiah3x…..pipi kacakss kono polompang…huhuhuhuhu
Afiffuddin - 04 Jan 12 at 12:33:40
Aku pernah kena lempang, time tu ada cinta monyet dengan seorang kawan perempuan nie. Time tu darjah 6, aku pengawas kena lempang dengan cikgu sukan sebab main bola masa waktu rehat. Kena lempang dekat tangga tingkat atas sekolah, time tu geng kelas 6 Biru ramai2 lalu turun tangga sekali dengan kawan perempuan aku nie. Malu gila kena lempang depan dia. Hahaha! Pengawas lain juga report. kaki report betul la!!
sukacuka - 04 Jan 12 at 12:42:35
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha…mesti bengke je hati tu kena lempang.. Aku dulu paling sakit hati bila kena tarik side burn.. sakit dia, memang tak terhingga..!!!!
Chipcoklat - 04 Jan 12 at 12:52:42
Ala kene lempang biasa bagi ku.. acap kali kerna aku suka main bola dalam kelas..hahahhaa….tapi entri ni macam ade maksud tersirat jek..hehehhehe… terbaik bro titan…
akubiomed - 04 Jan 12 at 14:13:54
Guru-guru dulu dihormati kalau kena denda sekali pun tidak akan mengadu kepada orang tua. Sebab itu jadi orang.
Amry - 04 Jan 12 at 14:17:41
aku tak pernah kena lempang..tapi otot bahu dekat dengan leher kena tekan…sakit wooo..tak cayo.cubo la…mengeiat gak la den…sebabnya berlari n buat bising kat koridor bilik darjah..hehe
akazuma - 04 Jan 12 at 14:26:56
aku kena ketuk ketampi..lari keliling sekolah..kena lempang..kena berdiri sampai habis kelas..kena tarik sideburn..kena macam-macam..

pendek kata, zaman sekolah dulu..memang best gila. kalau orang lain kena denda..memang puas hati tengok. haha..
Shahrul - 04 Jan 12 at 14:53:54
hehe…ada hikmah di sebalik kejadian, dapat eskrem
zool - 04 Jan 12 at 15:08:02
Hahahaha padan kena lempang.. aku dah sekolah menengah baru kena lempang.. huhuhuhu
Cyza - 04 Jan 12 at 15:25:42
Bro…

1. Banyaknya cerita tersimpang!!!

2. Banyaknya mesej tersirat dalam entri ni.

3. Masa sekolah rendah sampai menengah, alhamudlillah, aku berada dalam kelas terbaik/terpandai…bukan nak action…tapi ntah camna…aku pun tak tau…tapi aku sebenarnya rasa aku ni average je…
anak Malaysia - 05 Jan 12 at 00:58:55
banyak kenangan zaman sekolah dulu…
Noriz - 05 Jan 12 at 03:46:09
entry yg byk pengajaran :)
kimmie - 05 Jan 12 at 03:46:49
aku pun pernah kena rotan dgn cikgu masa darjah 3…sebab buat matematik salah..
tp ada hikmahnya kan cikgu marah
nurmisnan - 05 Jan 12 at 07:19:47
Biar betik kena lempang sapi tiga kali.. pedis tuh.. hik3

Zaman sekolah rendah memang seronok lagi2 zaman remaja tingkatan 1 - 6.. byk kenangan.. teringat lagi aku kena jemur kat luar tgh hari terik gara2 baling buku dgn budak perempuan kelas sebelah.. poyo betul masa tuh.. har3…
Shukor - 05 Jan 12 at 07:31:29
Aku masuk darjah satu dah kena sebat dengan rotan sebab patahkan pembaris kayu panjang cikgu.

Masa tu cikgu takda, budak2 buat bising..konon nak jadi herolah nak senyapkan bebudak..hayun pembaris kayu cikgu kat meja…prap patah.

Bebudak bukan makin senyap, makin bising adalah :D
Juan - 05 Jan 12 at 07:37:07
walau camner pon citer ko ni best, buat aku teringat kisah aku ni, nk nak hamoir serupa jer jalan cerita tapi lain kes
Denaihati - 05 Jan 12 at 07:42:52
penampar ikhlas n mahal dr seorang cikgu. setuju dengan biomed, sebab itu jadi orang.
Tuan Tanah - 05 Jan 12 at 08:20:07
penampar dr cikgu takpe bro..silap2 dgn penampar itu la kita menjadi…
suri - 05 Jan 12 at 09:41:52
sy rasa cikgu kacak waktu tu ..pasl tu ar kena lompang jheeeee
suri - 05 Jan 12 at 09:43:00
mmg tak dapat dinafikan guru2 dulu mmg garang d banding guru2 skrg hee..sebaliknay guru yg takut murid.silap rotan..sakit..cept2 anak mangadu kat ibu bapa ni ha lebam guru yg buat heee
suri - 05 Jan 12 at 09:43:48
tak per a bro titan yg penting ko dh jdi guru mmg ar kacak..sure mak ayah bangga dg kejayaan mu. heee
rina - 05 Jan 12 at 13:27:54
tu dia.
kena tampar dah pipi dia yang kacak tu. Pinjam lagi pemadam. Lenkali bawa banyak-banyak gi sekolahh. hehe..
Ronaldmohoni - 05 Jan 12 at 14:38:29
Hmm,
saya? lempang tak pernah, tapi rotan pernah.
titan - 05 Jan 12 at 14:56:54
Syaisya. kena ketuk dengan pembaris tu kira denda normal. kena lempang baru kacak. haha..

farahaznil. Wehh..bagi aku nombor akaun ko. Aku tak save sms ko tu.

Afiffudin. Ko tau la pengawas camana. Kaki report. Balaci. haha..

sukacuka. Bab tarik sideburn..memang sakit jiwa la dibuatnya. Aku banyak kali kena.

Chipcoklat. Hehe..memang ada yang tersirat dan tersurat.

akubiomed. Sebab tu ramai yang tak jadi orang sekarang. Tak kena lempang masa sekolah dulu..

Amry. Yang ko gi lari-lari kat koridor tu apa pasal? Haha..nasiblah..

akazuma. Haa, padan muka ko!

shahrul. HOho..sampai aku darjah 6..dia masih belanja aku aiskrim tauuu

zool. Kalau kat sekolah menengah, lagi malu gila kalau kena lempang. haha

cyza. Hehe..faham-faham sudah la. haha

anak Malaysia. Haa..tau takpe. Hehe

Noriz. Hehe.. :D

kimmie. Cikgu tu, bukan saja-saja lempang atau denda kita. hehe

nurmisnan. Nak buat macam mana, kita semua memang poyo masa kecik dulu.

Shukor, yang ko gi patahkan pembaris kuning tu apasal. Ingat murah kerr? hehe..

Juan. Setiap orang, ada kes tersendiri masa sekolah dulu.

Denaihati. Hehe..tak tahulah ikhlas atau tidak. Aku pasrah ajela..

Tuan Tanah. Hehe..ada sape yang nak kene lempang hari ini?

suri. mesti tak pernah kene lempang kan? kan? suri kan budak baikkk..

rina. Tak best. Pinjam pemadam orang perempuan baru lebih kacak.

Ronaldmohoni. Hehe..aku selalu sangat kena rotan. Kalau lempang tu..haa..ini yang paling sedih sekali. haha..
tehr - 05 Jan 12 at 16:01:16
wah, malu gak tu kalau kena kat ramai orang
titan - 05 Jan 12 at 16:15:04
tehr. Nak buat macam mana. Tahan ajelah. Nasib aku kecik lagi masa tu. Takde rasa malu sangat. haha
padin - 05 Jan 12 at 17:06:07
wahahaaa.. aku pun ada kenangan kena lempang sebab pensel khat… huu
lazaac - 05 Jan 12 at 17:37:02
aku plak xbrapa nak ingat kenangan zaman sekolah dlu… byk sgt kenangannya..
titan - 05 Jan 12 at 18:23:52
padin. Wahh, ada juga geng kena lempang. Haha..pensel khat?? apa kesnya?

lazaac. Ko ingat punya. Saje je buat-buat lupa. haha..
padin - 06 Jan 12 at 13:06:31
minggu tu aku lupa bawa pensel khat.. tiba2 ada ujian mengejut… ustaz nak siap dalam sejam guna apa cara pun.. aku guna la pensel mekanikal.. panggg kena… tak paham aku, buat pun salah, tak siap nanti kena lempang jugak, huu

dengan izin bro, http://www.padinno.com/2010/04/penangan-kena-penampor.html
ahmad kamil - 06 Jan 12 at 16:37:50
guru2 dulu mmg garang….

tapi itu yg murid2 jd baik dan hormati cikgu…walaupun sebab utamanya takut kat cikgu..hehe
ahmad kamil - 06 Jan 12 at 16:41:33
bab harga air 10sen tu mmg nostalgia.. hehe

sekarang paling murah pun 20sen kot..
cik tom - 08 Jan 12 at 05:18:33
nostalgia gile entry ni..teringt plk kenangan dl2..best kan masa kecik2..ciktom pernah kena tampar tp ms sek menengah..sadis ceritanya..huk3
titan - 08 Jan 12 at 05:24:11
padn. Hehe..macam tu punye sebab pun leh kena lempang ker? haha..jahat tol cikgu ko yee..hehe

ahmad kamil. Memang nostalgia gila. Teringin betul nak minum air sirap tuu..

cik tom. Wahh, tak sangka ciktom pun kena lempang gak..apa ceritanya? cecite, cecitee..
cik tom - 13 Jan 12 at 19:00:51
nanti ciktom cerita dlm entry ptandingan denda tue..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011