Ok, hari ini aku akan umumkan keputusan Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com yang berlangsung pada tahun 2011. Kepada yang menang, aku ucapkan tahniah. Kepada yang tak berjaya, cuba lagi dalam siri-siri pertandingan yang akan aku anjurkan. Ya, akan ada satu lagi pertandingan yang akan aku anjurkan dalam masa terdekat ini. Sempena masih ada semangat tahun baru ni, mungkin korang akan lebih berminat untuk mentertai pertandingan tersebut.

Dalam pertandingan ini, 10 blogger kacak telah menyertai pertandingan 3 Artikel Berpengaruh di Blog Earncent.com. Tak kira menang atau kalah, korang merupakan blogger-blogger kacak kerana sanggup mengikuti pertandingan tersebut. Oleh itu, ini adalah senarai pemenang? Keputusan muktamad. Aku malas dah nak bersengkang mata mengira jumlah komen dan malas nak peningkan kepala yang tengah serabut dengan macam-macam masalah. Kalau ada yang tak puas hati, sila cuba pada pertandingan yang akan datang.

Pemenang Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

1. Bluedianthus
2. Tehr
3. Cik Tom
4. Syaisya
5. Ohbuku

Pemenang Pertandingan Komen di Blog Earncent.com

1. FarahAznil
2. Sjiehan
3. Tehr
4. Yas
5. Syaisya

Dan pemenang yang bertuah yang berjaya menewaskan artikel aku sendiri dalam cabaran SEO adalah tak lain dan tak bukan..

pemenangciktom 10 Blogger blogger kacak yang berpengaruh
Sila copy dan paste gambar ke browser untuk paparan yang lebih kacak.

Jadi, kepada tuan punya artikel tersebut, sila hantarkan kepada aku nama penuh, alamat rumah dan no telefon untuk memudahkan aku hantar hadiah misteri kerana berjaya menewaskan artikel kacak aku. Hadiah tu cuma beliau sahaja yang tahu dan aku harap beliau akan cerita dan kongsikan hadiah tersebut dalam blog beliau. Aku yakin, hadiah misteri itu cukup istimewa dalam hidup beliau. Lebih-lebih lagi, blogger lelaki yang kacak macam aku yang hadiahkan. Betul tak? Haha..

Kepada pemenang yang lain, sila hubungi aku melalui ruang contact. Sila bagi nama penuh, dan nombor akaun bank. Aku cuma terima Maybank, CIMB atau akaun paypal sahaja. Akaun bank lain, aku tak layan. Harap semua pemenang boleh berbuat demikian dengan secepat mungkin. Jangan lupa kepada setiap pemenang untuk buat 1 artikel tentang kemenangan korang agar korang boleh jadikan artikel itu salah satu moment terindah dan kenangan terkacak yang pernah korang alami.

Terima kasih juga kepada para sponsor. Semoga boleh sambung buat sponsor lagi pada tahun 2012 ini. Aku jangkakan sekurangnya akan ada 3 pertandingan dalam blog ini pada tahun 2012 ni. Walaupun tak banyak macam sesetengah blog yang lain, tapi ini yang aku mampu. Apa yang aku dapat dari hasil menulis blog, aku kongsikan dengan korang melalui pertandingan seperti ini. Nak aku bagi saje-saje, nanti korang rasa tak best kan? Jadi, melalui pertandingan inilah aku gunakan untuk berkongsi hasil menulis blog sekaligus mengasah skill menulis review dan mempertajam skill bermain SEO.

Aku nak ajar sorang-sorang bab SEO dan menulis review ni, aku tak mampu. Jadi, melalui penulisan aku dalam blog ini dan juga hint-hint yang aku sampaikan samada secara sengaja atau tak sengaja dan juga melalui pertandingan yang aku anjurkan, aku harap dapat berkongsi pengalaman aku bersama korang. Biarpun tak banyak, tapi lebih baik dari tak ada langsung bukan?

bloggerkacak 10 Blogger blogger kacak yang berpengaruh
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Ronaldmohoni.com, Sayacomel, ArtisMalaysiaTerkini.com, Hazman Fadzil, Abrablog.com dan PanduanTnx.com.

Semoga hidup blogger-blogger kacak yang berpengaruh ini akan lebih kacak pada tahun 2012. Jadikan kemenangan ini sebagai salah satu booster dan penggerak yang baik untuk tahun 2012 ini dengan lebih bermakna.

Ps: Tema gambar hari ini - Tun Mahathir yang kacak.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 39 comments. Apa plak komen korang?
sukacuka - 02 Jan 12 at 15:33:25
alar,,kalau perempuan takkan nak kacak..nak ayu macam i ni,,,hahaha
kimmie - 02 Jan 12 at 15:52:43
tahniah kpd pemenang, korang mmg kacak sbb menang.
Petua Emak Hot - 02 Jan 12 at 16:08:39
perghhh.. hebat2 semua.. tahniah diucapkan…
akazuma - 02 Jan 12 at 16:11:54
hehe..betul. semuanya kacak belaka. tahniah kepadablogger kacak yang menang.

Apalah hadiha misteri tu agaknya ye..
anakulucheka - 02 Jan 12 at 16:53:49
tahniah kepada semua blogger kacak dah yg menang tu jgn lupa belanja heheh

jom la turun UC :)
bardboo - 02 Jan 12 at 19:29:25
ok, nak tunggu contest yg seterusnya dari blog ni..
UpProfits - 02 Jan 12 at 22:29:38
Tahniah kpd blogger2 kacak tersebut..maybe korang menang sbb lbh kacak drp org len..hehe..Good Luck!
sjiehan - 03 Jan 12 at 00:16:32
tahniah… kepada semua pemenang…

hahaha…

kalah jugak aku dalam top5.. semua power2 ni… huhh
rina - 03 Jan 12 at 01:55:14
tahniah pada para pemenang. memang yang menang tu layak menang.

tahniah. tahniahh.. :D
Budak Nakal - 03 Jan 12 at 02:17:25
terbaik ar^^
cik tom - 03 Jan 12 at 02:23:24
alhamdulillah menang…tahiah pada semua pemenang…
xnak kacak nak comel je..hehee
em agak2 ape hadiah misteri yg istimewa tue ek? :)
Maya - 03 Jan 12 at 03:33:43
Hi…… :)
faiz - 03 Jan 12 at 04:27:34
kacak bto dieorng yg menang ni..hehe
bluedianthus - 03 Jan 12 at 04:44:31
Terlambat pula tahu keputusan contest ni. Tak online 2 3 hari ni. Syukur ada rezeki..Apapun kepada yang join contest-contest titan ni, sila ucapkan tahniah pada diri masing-masing sebab memeriahkan pertandingan ini. Mudah-mudahan empunya blog mendapat rezeki yang banyak untuk tahun 2012 ini. Happy New Year 2012 Titan. Kejap lagi akan hantar details kat contact.
bluedianthus - 03 Jan 12 at 04:46:29
Noted with thanks. Akan buat artikel tentang kemenangan dalam contest ni, gerenti!
Sya Isya - 03 Jan 12 at 05:46:12
hik2..sangkut juga nama Sya untuk kategori komen tu ek. ingatkan tak menang. Alhamdulillah, ada lagi rezeki aku kat blog ni. will wait for other contest.
b3njy - 03 Jan 12 at 05:57:53
Alahai Tun Mahadir tu memang kacak Oooo tetapi kalau dia senyum ter ‘over’ kacak pula …
b3njy - 03 Jan 12 at 05:59:12
Dari senarai 10 blogger kacak dan lawa tu Benjy cuma kenal 2 je Tehr dan Yas yang lain tak kenal lagi … mungkin lepas ni nak kenal juga …
b3njy - 03 Jan 12 at 05:59:55
Alamak hari tu memang Benjy nak join contest ni … aduhhh ! macam mana boleh terlupa pula ni …
b3njy - 03 Jan 12 at 06:01:10
Tetapi idea cabaran SEO tu memang idea yang bagus tu Broo … alahai apasal kau kalah dalam SEO entry sendiri ni … aduhhh !! … sepatutnya kaulah menang Titan ….
b3njy - 03 Jan 12 at 06:02:09
Bilalah agaknya Benjy akan menjadi kacak di blog Titan ni yer … aperr ? ingat benjy tak Kacak ke ? … :)
Sya Isya - 03 Jan 12 at 06:32:40
wokey entri kemenangan dah siap. malas nak tangguh buat entri. huhu..walaupun niat asal nak tangguhkan juga :D
debtrunner - 03 Jan 12 at 06:42:59
bertambah dah blogger yang diiktiraf kacak oleh titan. tahniah pada yang berjaya.. :D
akubiomed - 03 Jan 12 at 07:03:53
Tanniah kepada bro TehR kerana 2 kali menang. :-)
Izzat Aziz - 03 Jan 12 at 07:45:48
tahniah kepada pemenang semua.
yas - 03 Jan 12 at 07:51:58
Pehh…seb bek ada jugak sangkut kat komen…hehehehe
sabree hussin - 03 Jan 12 at 08:04:47
ish next time aku nak menang pulak :p
Ikhwan - 03 Jan 12 at 11:14:46
Cis, kalah lagi. (ayat org iri hati)
shraqs - 03 Jan 12 at 13:44:12
tahniah kat semua pemenang.
tehr - 03 Jan 12 at 14:01:03
tahniah daripada aku kepada aku dan semua pemenang juga yang tak menang sama ada lelaki perempuan yang aku nampak kacak2 belaka
ariff - 03 Jan 12 at 15:22:32
adei. lupa pulak nak join
padin - 03 Jan 12 at 15:45:41
hehe tahniah kepada yang join dan menang, ciktom menang? ekekee hebat2
Lizz - 04 Jan 12 at 07:09:20
disebabkan aku kalah sebab aku tak join, akku merajuk.hahahahahaha
cik tom - 04 Jan 12 at 07:12:08
eleh padin ko pn komen cn…huhu
Ronaldmohoni - 04 Jan 12 at 07:20:37
Tahniah kepada pemenang. Yang menang pengiklanan banner di blog Ronaldmohoni dan artismalaysiaterkini.com, sila email kod banner 125X125 ke ronaldmohoni.com@gmail.com, selewat-lewatnya hari ahad ini. Jika tak ada banner, abaikan komen ini, saya akan buat banner untuk anda dan naikkannya minggu depan. Sekian .
suri - 04 Jan 12 at 11:30:58
wah2 mmg kacak heee…syabat pd smua yg joint dan menang
sjiehan - 04 Jan 12 at 15:28:41
@ronald

camna nak taw menang banner?
bukit gambang - 05 Jan 12 at 15:49:41
tanhniah yang berjaya!
sukacuka - 11 Jan 12 at 03:07:41
wah lepas ni nak join gak lah..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011