Sebelum aku tutup Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah, aku nak beritahu yang korang still boleh hantar penyertaan sebelum 12 tengah hari 1 Februari 2012. Selepas 12.01 pm, sebarang penyertaan tidak akan dilayan walaupun korang gadis yang seksi ataupun lelaki kacak. Harap maklum.
Apapun, aku cuma nak tanya korang tentang satu benda ni. Tentang Skim Sara 1Malaysia atau nama panjangnya, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia. Apa yang korang rasa tentang skim yang aku rasa macam ada bau-bab bacang macam DailyPro atau Studiotraffic ni? Ada iras-iras Swisscash, ABBfund, Fical dan lain-lain tak? Cuma bezanya dengan program ni, ianya buah tangan dari kerajaan yang mahu membantu golongan berpendapatan rendah. Yang kaya-kaya tak boleh join Skim SARA 1Malaysia ni.

Apa yang aku musykil, masih tak ada lagi pendapat atau hujah dari ustaz ataupun mufti tentang isu ini. Sebab apa yang aku tahu, kita tak leh terima atau join pelaburan yang keuntungannya sudah ditetapkan setiap bulan. Sebab tu juga ASB ada yang kata harus sebab keuntungannya tak tetap setiap tahun. Mungkin benda ni masih dalam perbincangan dipihak mereka. Benda ni haruskah? haramkah atau bagaimana? Mufti negeri-negeri macam mana pula? Kalau ASB tu ada yang kata ini haram dan ada yang kata ini harus. Jadi, ada yang berpegang pada hukum yang haram dan ada yang berpegang pada hukum yang harus. Tapi bagaimana pula situasinya dengan SARA 1Malaysia?
Dengan Skim SARA 1Malaysia ni, korang boleh melabur RM5000 dan dapat RM134 setiap bulan. Kalau tak sentuh selama 5 tahun, korang berjaya kumpul Rm13000. Memang banyak tu. Dah boleh kahwin tu. Tapi kalau golongan berpendapatan rendah ni takde RM5 ribu tu macam mana pula? Ehh, boleh juga sertai program Skim SARA 1Malaysia ni. Tapi bagaimana?

Korang boleh buat pinjaman sebanyak RM5000 dari bank-bank yang dibenarkan macam Maybank dan CIMB. Dan bulan-bulan, korang kena bayar RM80 pada pihak bank dan RM50 sahaja keuntungan yang korang dapat. Â Haa, itu yang aku dapat faham tentang benda ni. Jadi, aku tak tahu nak kata apa sebab aku masih belum pasti lagi kedudukan Skim ini walaupun ianya dibawa khas dari kerajaan. Cuma aku tetap nak tahu pelaburan ini pelaburan apa, apa mufti kata, apa ustaz-ustaz kata dan apa hukum join benda ni. Agak-agak, Ustaz Harun Din, Ustaz Don dan Ustaz Azhar kata apa agaknya tentang Skim SARA 1Malaysia ni??
Bila aku teringatkan zaman kegemilangan Swisscash. Perbezaaan antara Swisscash dan Skim SARA 1Malaysia yang ketara. Swisscash takde lesen nak kutip duit dari kita. Tapi SARA 1Malaysia ada lesen. Dan SARA 1Malaysia takde sistem affiliate atau sistem pairing. Tapi Swisscash ada. Aku risau kalau ada bank tempatan atau koperasi atau mana-mana group yang akan buat skim yang sama dengan Skim SARA 1Malaysia kerana sudah ada yang jadi perintis.
Aku dah nampak banyak blog cari trafik dengan kata kunci “Download Borang SARA 1Malaysia”
Jadi, siapa yang nak trafik yang akan panas sepanjang tahun ni. Sila buat 2-3 siri artikel berkaitan dengan SARA 1Malaysia dan juga main keyword panas yang menjadi carian rakyat Malaysia. Untuk tips cari trafik dan permainan keyword ni, korang boleh baca artikel yang MamaMurai tulis tentang cara nak dapatkan trafik.
Ps: Aku dah pening baca artikel korang semua. Nakal belaka. Menyeksa aku untuk memilih artikel terbaik daripada lebih 30 orang blogger yang kacak-kacak belaka..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content





















