Archive for December 2011


Hari ini update ringkas aje. Aku nak update bayaran terkini dari program TNX. Ya, dah cukup lama aku cuba program ini dan ini adalah bayaran yang ke 87 kali dari program Tnx. Biarpun, makin lama makin sikit point tnx yang aku berjaya perolehi setiap hari, tapi itu dah cukup memadai untuk beritahu aku bahawa program Tnx ini masih bayar kita sampai hari ini. Sekurangnya, kalau ada orang lain nak cuba buat duit dengan program Tnx ini, tidaklah rasa macam program ini langsung tak bayar atau lambat bayar macam program Advertlets tu. Sekurangnya, Tnx bayar walapun kekadang lambat. Paling lambat yang pernah aku dapat adalah selepas seminggu. Paling cepat? Adalah dalam tempoh 24 jam. Bayaran ke 87 ini adalah contoh bagi bayaran yang aku terima selepas buat request semalam. Petang ini saja, dah dapat bayarannya. Hehe..

tnxlatestpayment Komisen ke 87 dari TNX


Jadi, kalau ada sesiapa minat nak buat duit dengan Tnx, bolehlah dapatkan Panduan TNX 2.0 yang aku sendiri tulis. Sudah ramai yang berjaya buat duit dengan TNX selepas buat apa yang aku cerita dalam ebook tersebut dan ramai juga yang berjaya selepas baca kebanyakkan artikel yang berkaitan dengan TNX dalam blog earncent ini. Ada 2 cara kalau korang nak faham dengan teliti untuk buat duit dengan Tnx ini. Pertama, cara paling pantas, beli ebook aku tu dan ikut trik dan tips yang aku beritahu. Yang kedua, cara yang agak susah sikit. Baca semua artikel dalam blog ini yang berkaitan dengan Tnx. Insya-Allah, korang boleh dapat duit dollar yang pertama dalam hidup korang asalkan korang tak putus asa. Kekadang, ada yang dapat cepat. Kekadang, ada yang dapat lambat. Bergantung pada usaha dan tuah korang.

Ya. Bila bercerita dengan tuah. Memang aku rasa sedikit sebanyak aku memang bergantung pada tuah dan bertawakal saja. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, tak dapatlah. Dan jangan berharap atau bergantung bodoh macam itu saja. Of courselah kena usaha dulu, kena berdoa sentiasa dan berharap. Jangan tengookkk aje. Orang malas, takkan dapat apa-apa. Even orang kaya pun, tahu kalau dia malas, dia takkan dapat apa-apa dari mak bapak dia yang kaya tu.

Berminat nak join TNX? Daftar sini: Tnx.net

Pelik. Aku rasa macam aku pernah taip artikel ni dulu. Tapi bilalah. Apa ye kalau orang panggil kita situasi macam ni. Kita rasa macam kita pernah nampak atau kita pernah buat. Walhal, kita belum pun buat apa-apa atau kita baru aje nak buat. Tapi feelnya, macam kita pernah nampak aje..

Ps: Hari ini hari yang agak best. Jadi, jangan sedih-sedihkan hari anda. Hehhe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku boleh maafkan kalau ada orang berhutang. Tapi berusaha untuk membayarnya. Aku boleh terima orang minta tolong dengan aku asalkan diorang bayar hutang mereka. Aku boleh terima bila orang perempuan minta aku belanja makan tanpa pernah sekali pun membalas cinta-cinta aku. Aku boleh halalkan lagi kalau kawan aku takde duit tapi pau maggi aku tiap-tiap malam. Aku boleh terima hakikat jika ada kawan aku pinjam duit aku sebanyak 3-4 ribu walaupun cuma bayar rm50 sahaja tiap-tiap bulan selama 3 tahun. Tapi aku tetap sukar nak terima bila aku dah kerja penat-penat, tapi ada syarikat atau orang yang tak bayar hasil kerja aku tu. Dan aku paling sukar nak terima kalau aku terpaksa minta duit aku beberapa kali tetapi diorang boleh pula buat bodoh setelah sekian lama. Perangai macam ni, memang sukar aku nak terima. Lagi pula, tak pernah reply email yang atau balas apa-apa even aku dah contact memacam cara.

advertletstitan Advertlets, bila mahu bayar hutang? Dohh?
Aku boleh aje terjah kat facebook atau twitter. Tapi aku yakin, mesti diorang buat dek aje seperti mana yang diorang buat kat blogger lain. Takkan aku nak kena tunggu 2 tahun macam bayaran pertama dulu, barulah dapat apa yang patut aku dapat?

Sedangkan sekarang ni, diorang dah rotate iklan dari Innity. Takkan takde duit nak bayar blogger picisan macam aku ni? Bukannya aku tak layak. Bukannya aku tak lebih dari 45 hari yang diperkatakan. Tapi kalau dari bulan Julai..sampailah dah nak habis penghujung tahun 2011 ni..takkan bayaran bulan Julai 2011 masih tertangguh?

Aku cuma minta beberapa perkara agar pihak Advertlets perbaiki masalah mereka. Sistem dashboard mereka apabila kita login. Kita cuma boleh letak 10 blog sahaja untuk letak iklan Advertlets nih. Tapi pada bahagian category atau tag tu..kita dah tak boleh update. Even kita update, status masih sama seperti yang lama. Kedua, bila ada blogger atau sesiapa yang cashout, aku harap ada notification terus ke orang-orang penting Advertlets. Terutamanya yang terlibat dengan hal pembayaran. Takkan 1-2 orang sahaja yang uruskan hal ini. Aku tengok, event Advertlets ni bukan murah-murah punya. Ada aje penaja yang sewa iklan kat mereka. Iklan baru sentiasa ada. Takkan diorang tak dapat 1 sen pun.

Kalaupun ada masalah kewangan, takkan tak boleh setelkan. Advertlets ni, bukannya satu syarikat kecil. Tapi dah cukup popular di Malaysia. Dah ramai orang merungut tentang program Advertlets ni, tapi mereka masih buat sardin aje..nak juga aku tukar baju baru. Asyik-asyik pakai baju lama aje. Kekadang, terasa gak sedih bila ada awek comel perasan yang aku asyik pakai baju sama aje. Walaupun niat aku nak berjimat. Tapi biasalah, orang perempuan suka salah tafsir. Yang korang selalu pau tu..pakai duit siapa? Cuba jawab? Kalau Advertlets tak mahu bayar? Camana aku nak belanja korang lagi? Wahai perempuan comel, kadang-kadang tolonglah faham sikit situasi lelaki kacak macam aku ni. Diluah mati pulua kerbau jantan Pak Malau.. Tak diluah, mati pula anak kambing biri-biri jiran sebelah.

Kepada para blogger semua, aku nak bertanya. Ada sesiapa antara korang pernah dapat bayaran dari Advertlets sejak bulan Julai yang lalu sehingga sekarang? Jika ada, sila tampil dan komen diruang komen dibawah ini untuk kongsikan pengalaman korang dan beritahu sejak bulan berapa korang tunggu bayaran tersebut. Bukan apa, saja nak buat survei sikit.

Aku bukan nak burukkan Advertlets. Setakat ni, dah 2 kali diorang bayar. Korang pun nampak dalam gambar tu kan? Tapi sekarang ni..aku tengah tunggu 3 bayaran yang dah cukup syarat untuk dicashkan. Aku bukannya kesah sangat dengan duit banyak tu. Tapi, aku cukup kisah bila ada orang tak tepati janji mereka. Contohilah sistem pembayaran yang dibuat oleh Nuffnang dan Innity. Biarpun Nuffnang bayar guna cek, tapi jarang sekali kita dengar Nuffnang tak bayar kan? Innity? Lagilah kacak. Setiap 45 hari, cukup syarat, duit kita akan ditransfer ke akaun bank tanpa banyak bicara. Tak kacak lagi ke kalau begitu? Jadi, cik Advertlets, sila contohi mereka. Tak salah pun. Kalau bab-bab pembayaran ni berjalan dengan lancar, tak mustahil ramai orang akan sokong balik korang. Lagi-lagi blogger melayu. Memang jenis sensitif dan cepat terasa. Jadi, aku cuma nak pesan. Bila nak bayar duit aku tu??

Ps: Cukup untuk hari ini. Tak mau cerita banyak-banyak. Nanti korang jeles pula. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini ringkas aje. Malas nak buat artikel panjang-panjang. Aku baru aje dapat bayaran komisen terbaru dari program CPM.biz. Jadi, kalau korang masih ingat artikel tentang CPM.biz, bolehlah baca pada artikel yang lepas-lepas. CPM.biz antara salah satu program yang bayar kita melalui klik dan impression. Walaupun tak banyak yang aku dapat, tapi kira boleh tahanlah bagi sesetengah program yang kadang-kadang langsung aku tak dapat. Jadi, program ini boleh tahan bagi aku. Sesiapa nak cuba, dialu-alukan. Risiko, tanggung sendiri. Aku tak jamin korang boleh dapat sama macam aku. Tapi tidak mustahil korang boleh dapat lebih banyak dari apa yang aku dapat.

komisenketigacpmbiz Komisen ke 3 dari CPM.biz


Ok. Kalau ada sesiapa yang dah sertai program CPM.biz, bolehlah share dengan aku dan kawan yang lain tentang pengalaman korang sepanjang dengan CPM.biz. Baguskah, terukkah, mari kita kongsikan bersama. Ada yang dah dapat bayarankah atau ada yang langsung tak dapat. Kalau masih belum dapat, kena terus berusaha. Kalau dah dapat, kena gandakan usaha. Supaya boleh dapat lagi banyak lagi pada bulan-bulan yang akan datang.

Overall, terima kasih kepada korang yang ucap tahniah pada aku tentang berita hutang ptptn semalam. Walaupun mengambil masa yang agak lama, tapi aku berjaya habiskan hutang ptptn tersebut. Ya, sebahagian besar hutang ptptn aku tu dibayar dengan duit hasil berblogging. DAn sebahagian lagi adalah dari kerja offline aku dan juga hasil kerja dengan kerajaan. Gabung sana sikit, sini sikit, akhirnya mahu dekat 5 tahun aku berjaya habiskan hutang aku yang satu ni. Hutang kereta aku..dalam masa 2 tahun setengah..aku dah bayar lebih dari 10 ribu..jika dulu totalnya dekat 40 ribu lebih..sekarang dah berbaki 30 ribu lebih. Kiranya, 10 ribu lebih dah aku bayar untuk kereta Saga BLM aku tu.

Memang setiap bulan aku kena bayar dekat rm450 untuk kereta. Tapi biasanya aku bayar dalam rm500 atau rm600 untuk langsai cepat. Dan kekadang, ada duit lebih, aku buat bodoh je agar hutang aku yang satu lagi ni habis dengan cepat. Plan aku, sebelum aku masuk umur 30 tahun, hutang ini akan habis. Masih ada 2 tahun lagi sebelum aku capai umur tersebut. Haha..insya-Allah, aku boleh habiskannya. Dengan keyakinan yang ada dan sokongan rakan-rakan semua.

Oh ya, Minat nak mencuba program CPM.biz. Cuba daftar disini: CPM.biz

AKu yakin pada satu benda. Jika kita nak capai sesuatu, kita kena usaha. Jangan mudah putus asa, jangan hiraukan pandangan orang lain, dan bertawakal sentiasa. INsya-Allah, kita akan dapat apa yang kita minta. Memang tak semua perkara kita boleh dapat kat dunia ni, tapi kalau dari 10 perkara, 2 dan 3 perkara daripadanya berhasil, itu sudah cukup kacak bukan?

Ps: Wokeh..penat. Aku nak mandi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Benar, hutang ptptn aku sudah habis dibayar. Akhirnya, penantian selama 5 tahun sejak 2007 membuahkan hasil. Sebenarnya, plan membayar habis hutang ptptn aku dirangka untuk habis pada tahun 2012. Jadi, start pada pertengahan 2007, disambung ke 2008,2009, 2010 dan penghujung 2011. Jadi, cincainya adalah 4 tahun setengah walaupun perancangan asal aku adalah plan 5 tahun, tapi kira boleh la tu asalkan matlamat berjaya dicapai. Aku memang selalu percaya kalau kita usahakan sesuatu, tanpa putus asa, tanpa banyak mengeluh dan berhasad dengki secara berlebihan, kita memang akan dapat capai apa yang kita inginkan. Insya-Allah.

Dan buktinya. Mesti kena tunjuk bukti maa. Kalau tak, korang kata aku cakap besar plak walaupun aku tahu sesetengah dari korang percayakan aku lebih dari korang percayakan diri korang. Jadi, aku kongsikan juga baki yang ada dalam akaun PTPTN online aku ni..

ptptnhabis Sah! Hutang PTPTN aku dah habis..


Baki masa awal tahun 2011 dulu ada dalam seribu lebih. Memang sengsara nak sampai tahap tu. Tiap-tiap bulan mau dekat 4-5 ratus juga aku bayar. Ada duit lebih, aku pejam mata aje bayar sampai 700 ringgit. Kekadang, bila dah terbayar, rasa menyesal pun ada. Kot-kot duit tu leh guna untuk benda lain. Tapi bila aku amalkan amalan bayar dan buat bodoh aje. Memang akhirnya habis juga hutang ptptn aku sebelum masuk 2012. Jadi, jangkaan aku untuk habiskan pada tahun 2011 ini berjaya. Jadi, cepat. Ucapkan tahniah pada aku. Haha..

ptptnlatest2012 Sah! Hutang PTPTN aku dah habis..


Ya. Aku tahu ramai yang masih terbelenggu dengan masalah hutang PTPTN ni. Kalau tak habis, nak keluar negara pun tak boleh. Kena buat memacam, barulah boleh lepas. Itupun kalau kes urgent. Kalau setakat melancong biasa-biasa, memang tak bagi lepas punya. Bayar sikit dulu hutang ptptn tu, barulah leh lepas. Itulah yang aku dengar. Kiranya macam kes-kes khas la. Jadi, janganlah sampai korang kena tahan sebelum nak terbang, barulah nak terhegeh-hegeh nak bayar. Bayar aje rm100-rm200 setiap bulan. Pejam mata aje. Jangan dirisaukan duit tu akan hilang atau rasa duit perbelanjaan harian tak mencukupi. Kalau korang boleh beli laptop mahal-majal, leh call awek berjam lamanya, leh beli kereta yang sampai buat pinjaman 70-80 ribu tu..apa kes tak leh bayar hutang ptptn yang tak sampai 30 ribu tu? Itu belum lagi rumah? Aktiviti melancong ke sana-sini bersama awek tersayang. Berapa banyak kos terbang. Untuk awek, sanggup berhabis. Untuk bayar hutang ptptn, lu tunjuk muka kelat sama gua? Lepas tu, siap mintak pinjam duit lima ratus? Lu mahu kena terajang ka? Bila gua tanya lu nak bayar hutang apa. Lu cakap nak bayar hutang sewa rumah dengan hutang bil telefon. Wahh, lu macam mintak gua terajang lu dua kali ka??

Haha..ya. Itu yang terjadi dengan kawan aku. Berbelanja bagai nak rak. Tapi management pasal duit, hancur. Pandai pula cari aku bila dah tersesak. Ingat aku ni kawan baik ko ke? Bila ko takde duit, ko cari aku. Bila ko ada duit, takde plak cari aku. Ko cari juga awek bergetah ko tu. Apa best sangat ke awek ko tu sampai ko kena belanja sakan untuk dia? Hutang PTPTN ko ada lagi 20 ribu tak berbayar. Personal loan ko tu? Duit beli kereta persona ko tu? Ni lagi cadangnya nak buat loan lagi untuk kahwin dengan awek bergetah dia tu..campur semua..aku rasa paling cikai pun..mahu ada 100 ribu lebih hutang dia. Aku bukan nak burukkan kawan aku tu. Tapi aku nak dia sedar. Gaji dia lagi tinggi dari aku. 3-4 ribu juga. Muka hensem. Tapi tak sekacak aku. Itulah masalahnya bila orang tak kacak. Harap hensem aje lebih. Tapi akal masa belajar kat sekolah tu, entah simpan kat mana. Bila dah susah, mulalah susahkan hidup orang lain. Cuba belajar fikir sikit. Fikir la dohh.

Ok. Cukuplah hari ini. Siapa yang masih terkial nak bayar hutang. Buat plan. Plan 5 tahun ke, plan 10 tahun ke apa ke. Janji plan korang tu boleh habis dalam masa yang korang rancangkan. Tapi kalau plan tu tak menjadi, itu maksudnya korang kena modified sikit plan tu agar menjadi seperti yang korang mahukan. Memang sakit pada tahun pertama dan tahun kedua. Tapi biasalah. Mana ada orang sihat dan gembira sepanjang tahun. Jadi, bersedia untuk bersedih bila hilang duit untuk bayar hutang sepanjang tahun bila korang sudah mulakan plan membayar hutang. Aku tak kisah kalau majlis kahwin aku tak grand macam orang lain. Aku tak kisah kalau aku kekal pakai kereta Saga BLM aku tu sampai aku mati nanti. Aku tak kesah orang kutuk aku pakai baju yang sama sepanjang 27 tahun ni. Asalkan, aku tak berhutang duit dengan orang lain.

Ps: Aku ada hutang hadiah dengan beberapa blogger. Insya-Allah, akan aku percepatkan hadiah itu dalam masa terdekat ini sebelum masuk 2012. Kalau tak sempat, terpaksalah sambung pada tahun 2012. Hoho..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011