Hari ini ringkas aje. Malas nak buat artikel panjang-panjang. Aku baru aje dapat bayaran komisen terbaru dari program CPM.biz. Jadi, kalau korang masih ingat artikel tentang CPM.biz, bolehlah baca pada artikel yang lepas-lepas. CPM.biz antara salah satu program yang bayar kita melalui klik dan impression. Walaupun tak banyak yang aku dapat, tapi kira boleh tahanlah bagi sesetengah program yang kadang-kadang langsung aku tak dapat. Jadi, program ini boleh tahan bagi aku. Sesiapa nak cuba, dialu-alukan. Risiko, tanggung sendiri. Aku tak jamin korang boleh dapat sama macam aku. Tapi tidak mustahil korang boleh dapat lebih banyak dari apa yang aku dapat.

Ok. Kalau ada sesiapa yang dah sertai program CPM.biz, bolehlah share dengan aku dan kawan yang lain tentang pengalaman korang sepanjang dengan CPM.biz. Baguskah, terukkah, mari kita kongsikan bersama. Ada yang dah dapat bayarankah atau ada yang langsung tak dapat. Kalau masih belum dapat, kena terus berusaha. Kalau dah dapat, kena gandakan usaha. Supaya boleh dapat lagi banyak lagi pada bulan-bulan yang akan datang.
Overall, terima kasih kepada korang yang ucap tahniah pada aku tentang berita hutang ptptn semalam. Walaupun mengambil masa yang agak lama, tapi aku berjaya habiskan hutang ptptn tersebut. Ya, sebahagian besar hutang ptptn aku tu dibayar dengan duit hasil berblogging. DAn sebahagian lagi adalah dari kerja offline aku dan juga hasil kerja dengan kerajaan. Gabung sana sikit, sini sikit, akhirnya mahu dekat 5 tahun aku berjaya habiskan hutang aku yang satu ni. Hutang kereta aku..dalam masa 2 tahun setengah..aku dah bayar lebih dari 10 ribu..jika dulu totalnya dekat 40 ribu lebih..sekarang dah berbaki 30 ribu lebih. Kiranya, 10 ribu lebih dah aku bayar untuk kereta Saga BLM aku tu.
Memang setiap bulan aku kena bayar dekat rm450 untuk kereta. Tapi biasanya aku bayar dalam rm500 atau rm600 untuk langsai cepat. Dan kekadang, ada duit lebih, aku buat bodoh je agar hutang aku yang satu lagi ni habis dengan cepat. Plan aku, sebelum aku masuk umur 30 tahun, hutang ini akan habis. Masih ada 2 tahun lagi sebelum aku capai umur tersebut. Haha..insya-Allah, aku boleh habiskannya. Dengan keyakinan yang ada dan sokongan rakan-rakan semua.
Oh ya, Minat nak mencuba program CPM.biz. Cuba daftar disini: CPM.biz
AKu yakin pada satu benda. Jika kita nak capai sesuatu, kita kena usaha. Jangan mudah putus asa, jangan hiraukan pandangan orang lain, dan bertawakal sentiasa. INsya-Allah, kita akan dapat apa yang kita minta. Memang tak semua perkara kita boleh dapat kat dunia ni, tapi kalau dari 10 perkara, 2 dan 3 perkara daripadanya berhasil, itu sudah cukup kacak bukan?
Ps: Wokeh..penat. Aku nak mandi..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Sah! Hutang PTPTN aku dah habis.. | Advertlets, bila mahu bayar hutang? Dohh? »
















Tahniah kerana komisen yang diperolehi itu.
aku dah dapat 2 benda best
satu, kita perlu sentiasa kacak
dua, kita buat bodoh je untuk jadi cerdik
memang sangat best