Ya. Benar, hutang ptptn aku sudah habis dibayar. Akhirnya, penantian selama 5 tahun sejak 2007 membuahkan hasil. Sebenarnya, plan membayar habis hutang ptptn aku dirangka untuk habis pada tahun 2012. Jadi, start pada pertengahan 2007, disambung ke 2008,2009, 2010 dan penghujung 2011. Jadi, cincainya adalah 4 tahun setengah walaupun perancangan asal aku adalah plan 5 tahun, tapi kira boleh la tu asalkan matlamat berjaya dicapai. Aku memang selalu percaya kalau kita usahakan sesuatu, tanpa putus asa, tanpa banyak mengeluh dan berhasad dengki secara berlebihan, kita memang akan dapat capai apa yang kita inginkan. Insya-Allah.
Dan buktinya. Mesti kena tunjuk bukti maa. Kalau tak, korang kata aku cakap besar plak walaupun aku tahu sesetengah dari korang percayakan aku lebih dari korang percayakan diri korang. Jadi, aku kongsikan juga baki yang ada dalam akaun PTPTN online aku ni..

Baki masa awal tahun 2011 dulu ada dalam seribu lebih. Memang sengsara nak sampai tahap tu. Tiap-tiap bulan mau dekat 4-5 ratus juga aku bayar. Ada duit lebih, aku pejam mata aje bayar sampai 700 ringgit. Kekadang, bila dah terbayar, rasa menyesal pun ada. Kot-kot duit tu leh guna untuk benda lain. Tapi bila aku amalkan amalan bayar dan buat bodoh aje. Memang akhirnya habis juga hutang ptptn aku sebelum masuk 2012. Jadi, jangkaan aku untuk habiskan pada tahun 2011 ini berjaya. Jadi, cepat. Ucapkan tahniah pada aku. Haha..

Ya. Aku tahu ramai yang masih terbelenggu dengan masalah hutang PTPTN ni. Kalau tak habis, nak keluar negara pun tak boleh. Kena buat memacam, barulah boleh lepas. Itupun kalau kes urgent. Kalau setakat melancong biasa-biasa, memang tak bagi lepas punya. Bayar sikit dulu hutang ptptn tu, barulah leh lepas. Itulah yang aku dengar. Kiranya macam kes-kes khas la. Jadi, janganlah sampai korang kena tahan sebelum nak terbang, barulah nak terhegeh-hegeh nak bayar. Bayar aje rm100-rm200 setiap bulan. Pejam mata aje. Jangan dirisaukan duit tu akan hilang atau rasa duit perbelanjaan harian tak mencukupi. Kalau korang boleh beli laptop mahal-majal, leh call awek berjam lamanya, leh beli kereta yang sampai buat pinjaman 70-80 ribu tu..apa kes tak leh bayar hutang ptptn yang tak sampai 30 ribu tu? Itu belum lagi rumah? Aktiviti melancong ke sana-sini bersama awek tersayang. Berapa banyak kos terbang. Untuk awek, sanggup berhabis. Untuk bayar hutang ptptn, lu tunjuk muka kelat sama gua? Lepas tu, siap mintak pinjam duit lima ratus? Lu mahu kena terajang ka? Bila gua tanya lu nak bayar hutang apa. Lu cakap nak bayar hutang sewa rumah dengan hutang bil telefon. Wahh, lu macam mintak gua terajang lu dua kali ka??
Haha..ya. Itu yang terjadi dengan kawan aku. Berbelanja bagai nak rak. Tapi management pasal duit, hancur. Pandai pula cari aku bila dah tersesak. Ingat aku ni kawan baik ko ke? Bila ko takde duit, ko cari aku. Bila ko ada duit, takde plak cari aku. Ko cari juga awek bergetah ko tu. Apa best sangat ke awek ko tu sampai ko kena belanja sakan untuk dia? Hutang PTPTN ko ada lagi 20 ribu tak berbayar. Personal loan ko tu? Duit beli kereta persona ko tu? Ni lagi cadangnya nak buat loan lagi untuk kahwin dengan awek bergetah dia tu..campur semua..aku rasa paling cikai pun..mahu ada 100 ribu lebih hutang dia. Aku bukan nak burukkan kawan aku tu. Tapi aku nak dia sedar. Gaji dia lagi tinggi dari aku. 3-4 ribu juga. Muka hensem. Tapi tak sekacak aku. Itulah masalahnya bila orang tak kacak. Harap hensem aje lebih. Tapi akal masa belajar kat sekolah tu, entah simpan kat mana. Bila dah susah, mulalah susahkan hidup orang lain. Cuba belajar fikir sikit. Fikir la dohh.
Ok. Cukuplah hari ini. Siapa yang masih terkial nak bayar hutang. Buat plan. Plan 5 tahun ke, plan 10 tahun ke apa ke. Janji plan korang tu boleh habis dalam masa yang korang rancangkan. Tapi kalau plan tu tak menjadi, itu maksudnya korang kena modified sikit plan tu agar menjadi seperti yang korang mahukan. Memang sakit pada tahun pertama dan tahun kedua. Tapi biasalah. Mana ada orang sihat dan gembira sepanjang tahun. Jadi, bersedia untuk bersedih bila hilang duit untuk bayar hutang sepanjang tahun bila korang sudah mulakan plan membayar hutang. Aku tak kisah kalau majlis kahwin aku tak grand macam orang lain. Aku tak kisah kalau aku kekal pakai kereta Saga BLM aku tu sampai aku mati nanti. Aku tak kesah orang kutuk aku pakai baju yang sama sepanjang 27 tahun ni. Asalkan, aku tak berhutang duit dengan orang lain.
Ps: Aku ada hutang hadiah dengan beberapa blogger. Insya-Allah, akan aku percepatkan hadiah itu dalam masa terdekat ini sebelum masuk 2012. Kalau tak sempat, terpaksalah sambung pada tahun 2012. Hoho..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
















bila dah habis.. jangan buat hutang lain pulak..
Bertambah KACAK anda
BRAVO (sambil tepuk tangan)
TAHNIAH dah habis bayar..
tak semua orang bersifat
begini…
seronok pulak aku baca
aku ada sedut sikit petikan dari entri ni
jangan marah, hah…
berkat ilmu yang belajar tu.. aku baru abis belajar.. mana la nak dan habiskan 15k dalam masa 2,3 tahun
2. Lu mahu kena terajang ka? Mmg ayat tak menahan…kesian mmber ko tu…siap2 boleh muflis muda2 ni…
3. Titan, entri ni mmg superb!
ptptn? aku sekali bayar sekali banyak.bagi beribu. memang sengaja sebab kalau bayar ratus2 ni dia tolak hutang macam ada tak kena je.hehehehee
ke memang nak abiskan..
aku pun nak abiskan akunya bini gak ni..
kalau dah jadi 0, apa plak lepas tu?
sama macam aku. tak kisah tka da baju seluar baru nak pakai asalkan kepala tak pening fikir hutang. start 2012 aku dah nak bayar balik hutang ptptn. harap 2017 setel
Sempat kutuk member lagi tu.. haha. gaji dia besar, tapi pndapatan sampingan earncent banyak kot..
syukur sgt2…
tahniah bro!
wajar jadi model ptptn nih
Perkongsian dari pengalaman peribadi:
http://suaraserak.blogspot.com/2012/04/ptptn-suatu-cabaran-ke-arah-pelepasan.html