Dec 22

Kenangan PMR 1999

36 comments - Post a comment


Hari ini, hari yang gembira. Terutamanya bagi mereka-mereka yang merupakan calon PMR tahun 2011 yang akan mengetahui keputusan PMR mereka. Saya yakin ramai yang gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Ada yang dapat 8A dan 9A. Saya yakin ada juga yang cukup gembira walaupun mendapat 1A. Mana tahu, itulah kali pertama beliau mendapat 1A dalam hidupnya? Itu juga satu berita yang menggembirakan bukan?

Ya, kenangan aku ketika PMR pada tahun 1999 juga turut membuatkan aku kagum dengan diri aku sendiri. Sejujurnya, aku bukan pelajar yang pintar. Aku juga bukanlah pelajar yang malas. Malah, aku juga sangat nakal ketika dibangku sekolah. Cuma aku mengaku, aku ni pendiam. Cuma kalau ada orang kurang ajar, baru aku mengganas. Kat sekolah, aku diam menikus. Tapi luar sekolah, ada hal orang buat hal, ada orang kacau kawan aku..siaplah. Satu taman kejar orang yang buat onar tu. Begitulah akrabnya aku dan kengkawan satu taman dulu. Ada aje orang kampung luar atau buat kacau, kami bersatu padu mengerjakannya. Haha..itu kenangan yang kurang baik bagi sesetengah orang. Tapi masa itulah korang akan kenal siapa kawan sejati korang dan siapa yang talam empat belas muka.

pmr2010 Kenangan PMR 1999


Ya. Untuk PMR pada tahun itu, itulah kali pertama aku belajar betul-betul. Ya, betul. Aku study. Sampai malam hingga ke pagi. Aku lupakan juga bab bermain bola petang-petang. Hujung minggu, gi tusyen. Ada masa petang-petang lepas sekolah, sanggup datang semula sekolah kul 3-4 petang untuk buat discusion group. Dan macam-macam lagilah. Hinggakan disekolah, aku selalu terlelap. Ada peluang, memang aku tidur dalam kelas. Mengantuk punya pasal. Tapi alhamdulillah, aku tak pernah lagi fail semua subjek yang aku ambil. Setakat dapat C dan D, itu perkara biasa. Tapi memang aku nekad, aku nak buktikan pada diri aku, pada sekolah dan pada kawan-kawan aku yang dok pandang rendah pada aku yang aku juga boleh dapat banyak A. Dekat 15 orang dari kelas pertama telah menjadi target sekolah untuk score dengan cemerlang dalam PMR. Yelah, semua stok pandai-pandai belaka. Jadi, aku ni yang memanjang dapat C dan D, dipandang dengan sebelah mata ajelah. Siapalah aku kan? kan?  Tapi sekurangnya, diorang masih pandang aku la walaupun sebelah mata. Kira kacak juga tu kan? Dari diorang tak pandang langsung.

Jadi, pada hari ambil keputusan kat sekolah. Datang saja lewat. Dalam kul 11 macam tu. Malam tu, aku tak tidur. Main game sampai ke subuh. Risau dan cuak punya pasal. Memang aku cuak tahap cipan sebab kalau aku wat kira-kira sendiri masa kat rumah, aku boleh dapat 7A paling maksimum. Itupun kalau semua jawapan aku tu betul belaka. Kalah salah, 1A pun belum tentu dapat. Yang aku kurang yakin cumalah subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. 2 subjek ni, memang aku tak boleh pergi walaupun aku study 25 jam sehari. Aku tak tahu kenapa aku anti betul dengan 2 bahasa ni. Tapi memang tak boleh pergi. Tak tahu kenapa. Dan bila aku sampai ke bilik guru..cikgu yang bagi result tu boleh pula tanya aku soalan tak puas hati..

“Hemm, awakkk. Awak rasa awak dapat berapa?” Dengan gaya menyindir selepas bertanya nama aku dan mula menyemaknya. Nampak macam tak puas hati bila jumpa slip aku. Dengki dengan kekacakan akulah tu. Menyampah dengan perangai aku dan menjeling semacam tak puas hati..

Cis. Mentang-mentang aku bukan pengawas. Bukan pelajar harapan sekolah. Apatah lagi ketua kelas. Macam itu aje cikgu tu tanya aku. Tapi sebab dia cikgu. Aku pendam aje hati aku. Aku diam aje. Sambil menghulur tangan mengambil slip keputusan PMR aku. Sudahlah tu saja diterbalikkan tak bagi aku tengok.

“Tahniah. Awak dapat 7A!” ucap cikgu tu lembut tapi tersenyum.

Terkedu. Tekaan aku tepat. Masin mulut aku. Aku tak yah tengok slip. Aku tahu 2 subjek yang mengkantoikan aku adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Nahh, dua-dua dapat C. Jadi, keputusan penuh pertarungan aku dengan 9 subjek dalam PMR adalah 7A dan 2C. Dari segi ranking, aku duduk dibelakang 3 orang pelajar terbaik sekolah kerana ada 2 orang yang dapat 9A dan seorang pelajar perempuan dapat 8A dan 1C. Kiranya, aku masuk Top Ten sekolah pelajar terbaik PMR. Haha..terasa kacak aku masa itu. 2 orang yang dapat 9A tu memang aku tak boleh lawan. Dua-dua tu memang pelajar kacak dan pelajar pintar dari awal tahun hingga akhir tahun. Aku buat camana pun, aku tetap dibawah mereka. Seorang namanya Ali dan seorang lagi Anhar. Sekarang dengarnya, dua-dua jadi doktor. Haha..

pmr1999 Kenangan PMR 1999


Dan pada awal tahun tingkatan 4, terbocorlah rahsia aku dapat 7A dan bebudak yang dok hina aku dulu, semuanya ucap tahniah dan tak kurang yang jeles. Time tu jugaklah saham aku naik dan dikenali dikalangan gadis-gadis cantik dikalangan tingkatan 4 dan junior aku ditingkatan 3. Mana tidaknya, nama aku tersenarai dalam sejarah sekolah yang dapat keputusan bagus pada PMR. Sekolah ni dulu, tak ramai yang cemerlang dalam PMR. Yang dapat 9A pun kekadang 1 atau tak langsung. Biasanya paling tinggi 8A dan 7A. Tapi zaman geng-geng aku, kita orang dapat pecahkan tradisi sekolah tu. Dan semua pelajar cemerlang PMR tahun itu, semuanya pindah sekolah. Aku bersama 3 orang kawan aku yang lain, masuk ke sekolah berasrama penuh di Subang Jaya. 3 lelaki dan 1 orang perempuan. Oklah tu..ada kawan gak. Haha..

Dah habis cerita pasal PMR dan kenangan-kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Aku sangat berterima kasih kepada cikgu-cikgu aku yang bertungkus lumus merotan, mendenda, melempang, menampar dan mendera aku sejak aku darjah 1 sehingga tingkatan 5. Maklumlah, pendiam-diam aku ni pun, kekadang aku terajang juga orang. Apapun, terima kasih cikgu-cikgu semua. Kalau tidak, aku tak jadi macam aku hari ini. Setakat lempang terajang tu semua, aku tak kisah. Asalkan jangan tikam aku dengan pisau sudahlah. Aku tahu, mereka memang niat nak mengajar aku. Bukan sahaja tentang pelajaran tetapi juga tentang disiplin kehidupan. Mengajar erti survival dan juga mengajar aku tentang keindahan menjadi seorang pelajar dan kekacakan sekolah dalam kehidupan kita.

Ps: Satu lagi karangan panjang dalam hidup aku. HOho..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 36 comments. Apa plak komen korang?
rina - 22 Dec 11 at 04:27:43
eleh..nakbagitau dia terer la tu. nyampahhh. grrr.. hehe
eiela - 22 Dec 11 at 04:45:10
tahniah.. huhu saya tak pernah ambil arab tapi sekarang bdk thn satu pun dah belajar bahasa arab.
fiezaradzi - 22 Dec 11 at 05:23:24
tahniah.. ok tu 7A.. haha.. ooo, pmr tahun 1999 ye.. tima tu kite nak spm.. hehe
farahaznil - 22 Dec 11 at 05:25:20
hahaha…..tiba2 aku ingat balik kenangan pmr dulu aku dpt brp…tp taklah sebanyak ko..huhu…tp aku pun antara yg top..cewah..perasan plak…kah kah kah
yas - 22 Dec 11 at 06:36:47
Tahniah dgn result ko yg cemerlang tu…ganas gak ko nih…terajang org??
adamfaiz - 22 Dec 11 at 06:40:16
Time aku SRP.. boleh tahan la.. belajar pun kt asrama penuh jadi nak menandingi orang lain tu susah sket ar..
kimmie - 22 Dec 11 at 08:42:54
serius terer dpt 7A, aku dari dulu smpi skrg hanya 3 yg melekat kat aku
faiz - 22 Dec 11 at 08:55:42
aku dpt 8A1C..same la kita arab dpt C..padahal aku plg yakin bahasa arab..
Izzat Aziz - 22 Dec 11 at 08:59:18
Aku masa 2 minggu sebelum PMR minta dengan warden kata nak balik duk rumah sebelum PMR, sebab nak belajar kat rumah kononya.. bila dah duk rumah banyak lak benda nak buat, haram tak study apa pun.

Tapi mujurlah berkat doa dan usaha sikit-sikit boleh dapat 8A.
suri - 22 Dec 11 at 09:18:44
alah sal titan tak mau ksi tendang selain A tu hee… baru npk kacak..
suri - 22 Dec 11 at 09:19:59
satu kenangan yg tak akan di lupakan.best gak pindah sek mesti time tu ramai2 aweks2 cun hee..
hafidz - 22 Dec 11 at 09:45:31
aku segan la nak kongsikan kenangan PMR aku. (sebab result tak bagus) kui3 :lol:
zik - 22 Dec 11 at 09:56:55
kacak2… 7A tuh…. aku takda A langsung..haha.. teruk seyhh
akazuma - 22 Dec 11 at 10:05:09
aku dapat 3A aje. Oklah tu..ada modal nak tukar sekolah. Haha..
CMRatu - 22 Dec 11 at 11:30:00
wah.. pelajar cemerlang ni.. saya arab E.. penyumbang % gagal utk sekolah.. PMR 2000
sabree hussin - 22 Dec 11 at 11:36:21
aku pun anti dengan subjek bahasa Arab dan subjek tu jugak yang buat aku punya slip PMR.

Huh jarang nampak titan taip panjang2
zool - 22 Dec 11 at 12:19:30
Kira pandai lah juga ko ni.. Aku memang budak sederhana je.
tehr - 22 Dec 11 at 15:11:23
aku dah lupa
mungkin aku dulu2 top 100 je
haha
Juan - 22 Dec 11 at 20:59:21
hebatlah ko titan, x sangka aku, apsal x story kat kami sblm nih…:)
samdaddycool - 22 Dec 11 at 22:05:00
memang kacak!
mommy nana - 22 Dec 11 at 23:20:26
Eceh… Okay le tu..
Kt pmr 94… Mmg masuk top ranking gak.. Hahaha.. Alhamdulillah.. PMR kacang jer.. SPM tu yg gigil otak nk mikir mjawab.. Huhu…. Apa pun education is very important! :)
adele - 22 Dec 11 at 23:44:31
teringat kenangan PMR..9A alhamdulillah :D
Mekar - 23 Dec 11 at 01:21:53
er.. hilang pulak komen tadi!

PMR masa tu masih jawapan objektif lagi ker? Apa2 pun mmng kamu kacak walau sentiasa terajang org
jedi - 23 Dec 11 at 01:44:32
nakal x semestinya xpandai…btol x bro…

ko amin PMR sama tahun ngan aku…
nizam - 23 Dec 11 at 02:20:28
ini budak pandai jugak la nih..hehe…
aku dulu dapat 4A je… :)
syahrilhafiz - 23 Dec 11 at 02:21:26
haha, pandai jugak ek bro ni
tak sangka….semua bidang boleh ni. bila nak bukak kursus :)
kakyong - 23 Dec 11 at 07:30:31
sek kakyong dulu ramai budak2 cerdik pandai.. maka hanya mampu berada top 20 jer drp 100 orang.. hehheh..
akubiomed - 23 Dec 11 at 13:10:53
Tahun 99 saya sudah berpindah tempat kerja dari Sabah untuk Kuala Lumpur. Tentu ketika tahun tersebut saya lebih kacak :-)
ahmad kamil - 23 Dec 11 at 16:08:44
Wah..kira hebat ni titan…Apa pun kita berterima kasih pada guru2 yang telah memberi ilmu pada kita.

ehem..teman masa PMR xde A..kuang2
sharinginfoz - 24 Dec 11 at 01:51:25
seronok gak bila ambil keputusan, alamak pmr tak ambil tapi srp adalah tapi lupa le pula berapa
wazy - 24 Dec 11 at 05:53:32
eh samalah,aku pun ambik PMR tahun 1999,keputusan agak memberangsangkan jugak la
bukit gambang - 24 Dec 11 at 11:45:56
bro titan memang kacak dari pmr lagi rupanya..hehe
Sobri Mansor - 24 Dec 11 at 16:05:40
Aku taknak ingat kenangan PMR aku. Bajet boleh dapat banyak A tapi bila result betul keluar, cuma dapat 1 A jer. Sedih betul
sjiehan - 24 Dec 11 at 16:33:14
sama la ngan kita. 7A~
Dulu Lain Sekarang Lain - 30 Dec 11 at 15:59:27
time kawe belom adaa der PMR lagi… :D
sjiehan - 30 Dec 11 at 18:23:55
pmr sng sikit.. ada ABCD ,main nasib je hahhaha



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011