Hari ini hari Isnin. Satu hari yang cukup sesuai untuk buat kerja. Tak kiralah korang buat kerja apa, asalkan anda bekerja, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Baik. Anda pernah meniaga ataupun pernah tidak menjual barang? Tak kisahlah anda hendak jual karpet ke, jual keropok lekor ke, jual baju ke, jual tikar ke, jual cincin berlian ke ataupun jual minyak wangi, pastinya korang semua memerlukan produk. Jadi, nak dapatkan produk ni sebenarnya senang. TAPi untuk mencari dan mendapatkan satu produk yang boleh dijual dan ada pasarannya, adalah satu perkara yang sukar. Jadi, bagaimana nak selesaikan masalah ini? Inilah konsep bisnes dropship overall yang cuba dibawa oleh Sinar Niaga sebagai penyedia servis dropship.
Ya. Sinar Niaga ada jalan penyelesaiannya. Walaupun aku tak kata ianya terbaik. Tetapi jika menjadi ahli Sinar Niaga boleh membantu sesetengah orang untuk mendapat hasil dari RM500 - RM2000 setiap bulan, bukankah itu satu perkara yang mengagumkan? Sinar Niaga menyediakan platform dan medium untuk sesiapa yang mahu menjual barang atau produk panas yang sentiasa dicari oleh semua orang. Tetapi ianya menjadi satu evolusi dropship yang dilakukan secara online di Malaysia. Korang tak perlu mengkaji barang yang mudah dijual, korang tak perlu nak buat survey untuk mengetahui produk mana yang diminati oleh rakyat Malaysia dan korang tak perlu tercari-cari apakah barang yang sentiasa dicari oleh orang ramai. Semuanya sudah disediakan melalui Sinar Niaga yang mempunyai sistem dropship yang boleh aku katakan agak mudah dan boleh diterima oleh orang Malaysia.
 Antara produk-produk Sinar Niaga. Ada juga produk yang jarang orang terfikir untuk dijual seperti Kit Jenazah dan Quran Digital pun turut dijual. Baju Muslimah dari Sinar Niaga juga merupakan produk panas yang sentiasa dicari. Maklumlah, baju muslimah tu memang cantik dan ramai perempuan suka berhabis untuk produk sebegini. Baju melayu untuk kanak-kanak pun ada! Produk GLAYMORE tu pun ada juga dijual. Hoho..


Setakat ini sudah 809 ahli Sinar Niaga dan RM213,152.16 transaksi telah berlaku sepanjang Sinar Niaga memasuki pasaran Malaysia. Lihat, orang Malaysia ni memang suka berbelanja secara online. Semuanya dihujung jari. Nampak baju yang menarik, nampak patun beruang yang comel dan nampak minyak wangi yang kacak-kacak, tup tap. Klik klak. Dah siap order. Tunggu dalam 2-7 hari. Barang sampai ke depan rumah. Silap hari bulan, tak sampai 48 jam, dah sampai. Dan dari segi kualiti, memang produk yang ada dalam sistem Sinar Niaga ni bagus. Ada tudung shawl, ada baju muslimah, ada Quran Digital, ada minyak wangi yang sukar dijumpai, macam-macam lagi. Secara jujur, aku sendiri agak rambang mata bila tengok produk yang dijual. Silap hari bulan, aku sendiri akan beli untung orang-orang tersayang. Hehe..
Yang uniknya dalam dropship ni, korang boleh main harga. Kalau harga asal adalah RM20, anda boleh mark-up harga ke RM30 atau RM40. Yang penting, anda tahu cara untuk promosi produk tersebut. Pandai-pandailah sediakan umpan dan gunakan joran atau jala yang sesuai. Kat Malaysia ni, ramai orang boros berbelanja. Jadi, sasarkan pada golongan seperti ini. Cara paling mudah, promosikan di facebook. Jika korang ada 1000 kawan di facebook yang sudah korang add, kena pula cara promosi korang kreatif dan menarik, tak ada masalah nak dapat sales setiap hari. Yela, dah ada produk bagus, dah ada sistem dropship yang kacak, kena pula promosi pula mampu mencairkan hati-hati para pembeli, cuba bagitau aku, sebab apa mereka tak nak beli??

Jika berminat dengan bisnes dropship Sinar Niaga, daftarlah disini >> Sinar Niaga
Dan disini, aku tawarkan pada korang 2 akaun Sinar Niaga yang boleh korang gunakan selama 3 bulan secara percuma. Ini contoh kedai online yang korang akan dapat. Titan Mall. Jadi, macam mana nak dapat kedai online macam ini secara percuma? Jawab slogan ini..
Saya perlukan akaun Sinar Niaga KERANA..
Bagitau aku mengapa sebab korang perlukan akaun Sinar Niaga ni. Tak perlu tulis panjang-panjang. Just bagitau sebab-sebabnya sahaja. 2 komen terbaik akan dipilih dan akaun Sinar Niaga itu akan menjadi milik korang. Tak susah kan? Even korang tak nak sekalipun, cuba sahaja. Mana tahu, ini rezeki korang hari ini?
Ps: Ok. Siapa cepat, dia dapat. Tarikh tutup, hari Jumaat ni. Lambat, kira nasiblahhh. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Chong Wei dikecewakan lagi.. | Bila aku marah, air sungai jadi merah. »
















nak susun ayat dulu.
apapun, terima kasih atas penerangan ini..
halimm. Haa..susun. Susunnn..
wandisini. Bolehlah mula promosi. Mana tahu, boleh dapat sales ke nanti. hehe..
Nanti saya intai-intai peluang yang bro cadangkan ini.
Aku belum kesempatan nak masuk sinar niaga lagi…
takpe aku fokus kat kraftangan online je.. kalau ada dropshipp bahan kraftangan baru nak join.
aku nak akaun sinar niaga sebab aku nak kacak macam ko. Jadi, sila bagi aku menang. Boleh?
saya perlukan akaun sinar niaga sebab saya memang suka menang contest kat blog ni pun..nak bolot semua hadiah..ha ha ha !!! ( tangan kat bahu , mata kat atas ) heheh !
boleh macam tu?
Saya perlukan akaun Sinar Niaga KERANA ini merupakan langkah bijak untuk memulakan online business serta peluang untuk menambah pendapatan.
“Saya perlukan akaun Sinar Niaga KERANA..
saya dah fed up sebab orang asyik promote aku sama ada nak beli barang, atau nak join the program. So kalau saya dah ada akaun dengan sinar niaga ni boleh la pulak saya promote dekat orang yang selalu sangat duk promote dekat saya tu :p”
Saya perlukan akaun Sinar Niaga KERANA saya amat berminat untuk berniaga secara online terutamanya barangan yang berkaitan dengan muslimah spt tudung muslimah, baju muslimah dan sebagainya.
hope boleh dapat la..aminn..
thanks..
Saya perlukan akaun Sinar Niaga Kerana saya ingin memcuba dahulu bagaimana menjalankan bisnes dropshipper melalui sinar niaga. Sekiranya berbaloi, confirm saya akan teruskan sebab dah lama saya subscribe email dari sinar niaga cuma tak sempat nak test bulan ramadhan punya promosi sebab bajet kurang. Lagipun peluang macam ini tak selalunya ada.
Saya perlukan akaun Sinar Niaga KERANA nak meniaga dah senang produk dah ade banyak pulak tu lagi tak perlu simpan stok, duit sendiri tak payah keluar dahulu sebab pembeli yang keluarkan duit, yuran bulanan paling murah dari beli topup bulana.
ini bukan majalah utk internet marketer ke?