Bosan kan asyik dok layan aku cerita pasal duit dan kacak aje. Jadi, hari ini aku nak kongsi sikit cerita pasal perlawanan pertama dalam 3 siri perlawanan persahabatan di Australia. Perlawanan pertama adalah menentang Sydney FC. Korang tahu tak siapa Sydney FC ni? Mula-mula, aku pun tak tahu. Aku ingatkan Sydney FC ni pasukan belasahan kat Australia. Yela..tiba-tiba jadi lauk dengan Skuad Harimau Muda. Kalau 1 gol kosong tak apa. Ini dah 3 gol kosong. Ini bukan lauk sebarangan rupanya. Bila aku selidik. Rupanya, Sydney FC ni merupakan Juara dalam Liga A Australia. Kiranya, pasukan kacak jugaklah macam Selangor, Kelantan dan Terengganu. Tapi apa pasal pasukan kuat dan kacak macam ini boleh kalah?

ongkimswee Sydney FC jadi lauk Harimau Muda semalam.


Ong Kim Swee kata, Sydney FC turunkan barisan pemain simpanan. Kiranya pasukan 2nd hand la. Dan Ong Kim Swee pun lebih kurang juga. 80% pemain yang diturunkan adalah pemain simpanan. Bukan dari skuad utama. Jadi, kalau pasukan simpanan Harimau Muda boleh dok belasah pasukan simpanan Sydney FC, aku rasa kesudahannya sama aje kalau barisan utama kedua-dua pasukan diturunkan. Ini agakan liar aku aje. Tapi aku yakin, 90% penyokong Harimau Muda yang kacak-kacak akan menyokong kenyataan liar aku ini. Betul tak? Korang kacak kan? (Orang perempuan dok diam aje ye. Jangan menyampuk)

Ok. Gol pertama dijaringkan oleh Gurusamy menerusi tendakan percuma. Oklah tu. Ada gak pengganti Badrol Bakhtiar. Risau gak kalau tak ada orang yang leh buat sepakan ke arah pintu gol bila kita dapat sepakan percuma nanti. Aku rasa, semua pemain penyerang dan pemain tengah kena berlatih buat sepakan percuma dan sepakan jarak jauh juga sepakan jarak sederhana untuk buat jaringan gol. Biar potensi untuk pasukan Harimau Muda ni untuk menjaringkan gol akan meningkat sikit. Kalau nak harap sepakan dalam kotak penalti aje, lom cakap ampuh nak kalahkan semua pemain Asia Barat ni. Lagi-lagi macam Jepun, Korea, Bahrain, Syria dan lain-lain lagi. Betul tak?

Dan lagi 2 gol dijaringan oleh Hazwan Bakri. Dia sebenarnya pemain simpanan dan dimasukkan. Dia masuk aje, 2 gol dia sumbat. Haa, ini bagus. Ada ciri-ciri yang bagus untuk ganti tempat Faakri, Izzat dan Thamil. Takkan nak harap kat 3 orang penyerang ini aje. Mesti ada backup striker kan bila kena situasi semua penyerang tak boleh pakai atau semua penyerang cedera. Jadi, striker macam inilah yang kita mahu. Tak kiralah gol tu nampak gol poyo aje, janji gol. Ingat senang ke nak jaringkan gol. Bak kata Faakri, kalau bola tu tak nak masuk, memang takkan masuk punya..

aaronaziz1 Sydney FC jadi lauk Harimau Muda semalam.


Apapun, hari ini perlawanan persahabatan kedua antara Harimau Muda vs Central South Mariner. Siapalah agaknya akan menjaringkan gol dan pasukan mana yang akan jadi lauk. Harapnya, Harimau Muda akan laparkan gol juga seperti semalam. Aku harap lebih banyak jaringan dapat dilakukan pada hari ini. Kalau korang ada jumpa mana-mana live streaming untuk perlawanan Harimau Muda vs Central South Mariner (CSM) ni, bagitau akku kat ruang komen. Semalam aku dah terlepas nak tengok.

3 blog aku. Trafik mencurah-curah akibat berjaya menguasai search engine untuk carian Harimau Muda vs Sydney FC selama 24 jam. Hari ini, aku rasa ada blog lain dah cantas 3 blog tu. Blog mana? Korang cari sendiri. Kalau jumpa. Diam-diam aje. Sebab kalau korang tanya aku, memang aku tak nak mengaku punya.

Ok. Sekian untuk berita sukan hari ini. Majulah Harimau Muda untuk negara.

Ps: Cuba bayangkan kalau Aaron Aziz jadi Jurulatih Bola Sepak Harimau Muda? Mesti smart macam Jurulatih Chelsea tu kan? Aku suruh bayangkan aje. Jangan fikir bukan-bukan ye. Terutamanya kepada gadis-gadis melayu yang asyik menangis bila lepas tengok cerita Ombak Rindu tuu. Kalau benar Aaron Aziz jadi jurulatih, nescaya akan penuhlah stadium Bukit Jalil dan Stadium Shah ALam dengan gadis-gadis seluruh Malaysia. Hoho..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 21 comments. Apa plak komen korang?
rina - 14 Dec 11 at 01:13:51
tak kisahlah pemain simpanan ke apa. janji harimau muda menang.

kalau aaron aziz jadi jurulatih, memang penuh la stadium dengan gegirls. haha.. :)
esempoi - 14 Dec 11 at 01:16:46
tanpa tekanan, kita main memang mantap.. apapun tetap sokong team malaysia
titan - 14 Dec 11 at 01:39:44
rina. tau takpe. Janji kita menang. :D

esempoi. Yahh, tetap sokong team malaysia. Harap hari ini menang lagi.
akazuma - 14 Dec 11 at 02:58:40
tahniah malaysia..tahniah..
menang juga. ingatkan ada live kat tv. lupa plak pasal game ni.
zool - 14 Dec 11 at 03:38:32
Yang pastinya bukan blog aku sebab aku tak main keyword tu………. cari la gol2 tu..
wandisini - 14 Dec 11 at 04:00:35
tahniah HM menang. tapi kalau menang dengan 2nd team kurang best sikit
Wizurai - 14 Dec 11 at 04:19:34
kalau menang ketiga-tiga perlawan memang kacaklah Harimau Muda…
tehr - 14 Dec 11 at 05:23:50
wah, memang gemuk la harimau pulang nanti
harap jangan la gemuk sangat
tak kacak nanti jadinya
akubiomed - 14 Dec 11 at 06:14:55
Ini kebaikan apabila pasukan Harimau Muda kita bermain diperingkat prestasi tinggi. :-)
Ummi Hanie - 14 Dec 11 at 07:39:19
tumpang kmbg idung atas kjayaan HM … hehe :p betul tu.. sume pemain kena brlatih wat sepakan percuma tu atau sepakan profesional ala2 hero baru tu,Nazmi ;)

wah,terer nye menten 3 blog … share sikit tips? sy ade blog niche satu lg tp xsempat jer nk update kencang2
azura - 14 Dec 11 at 11:02:16
suka juga dengar…sama2 tak turunkan skuad utama tapi menang puas hati…
acapz - 14 Dec 11 at 12:05:59
aku xtngok pun =.-. termiss la sial. adih. ape2 pn jnji mng kn :D
Ronaldmohoni - 14 Dec 11 at 12:13:58
Terbaik. hanya sempat menonton jaringan yang dilakukan. :)
Juan - 14 Dec 11 at 12:48:03
tahniah la buat harimau muda, aku bangga dengan pencapaian malaysia skrg
Petua Emak Hot - 14 Dec 11 at 13:37:58
tahniah harimau muda… simpanan2 pun terror2 belaka…
amirulfaiz - 14 Dec 11 at 13:56:48
Yeah, terbaik Harimau Muda. Tahniah.
merahkatak - 14 Dec 11 at 20:50:01
dah satu menang, satu kalah.
takpe. ok tu..satu pencapaian yang baik.

harap lawan newcastle jet nanti leh menang pula.
Hadi Rofiee - 14 Dec 11 at 22:55:57
Wah, terbaik. Tahniah diucapkan buat pasukan harimau muda. Didoakan semoga terus mencipta kejayaan. Amin. ;-)
hdn952 - 15 Dec 11 at 01:47:23
Memang kerja harimau asyik membaham mangsa je..
zik - 15 Dec 11 at 02:52:08
diaorang punya pertahanan jadi kucar kacir bila pemain diaorang kena kad merah… di bengkesnya dari belakang.. siapa tak sure lah…

hazwan nih boleh tahan…
titan - 18 Dec 11 at 01:58:57
akazuma. Ya. Dah menang dahh..

zool. Hehe..

wandisini. Tapi dah kalah pula..

wizurai. Harap mereka kekal kacak.

tehr. Tau takpe. haha..

akubiomed. Harap-harap mereka akan bermain lebih baik selepas ini.

Ummie Hanie. penat tol nak handle banyak blog nih. sakit tulang belakang.

azura. Memang puas hati punya. hehe.

acapz. Ko ni..asyik miss aje..

ronaldmohoni. Takpe, lepas ni kita tengok kat stadium plak. haha..

Juan. Aku pun bangga. :)

Petua Emak Hot. Harap lepas ni kekal menang sentiasa.

amirulfaiz. Yap, terbaik..

merahkatak. Takpe..nak buat macam mana, langit tak selalunya cerah sentiasa.

Hadi Rofiee. Insya-Allah.

hdn952. Dah nama pun harimau..

zik. Yap, dia injured masa sukan sea. Tu yang tak dapat main tu..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011