Malam ni aku nak update ringkas. Masih dalam berita sukan tanah air. Pertamanya adalah kita kalah dalam perlawanan persahabatan kedua. Pertarungan Harimau Muda menentang Central South Mariner berkesudahan dengan harimau muda bolos satu gol. Kita tewas dengan 1 gol yang dijaringkan oleh kapten pasukan Central South Mariner.

ongkimsweebulat Central South Mariner menang tipis


Jadi, kira-kira mudah. 1 menang dan 1 kalah. Dari 2 perlawanan. Lebih baik dari kalah atau seri dua-dua perlawanan bukan? Dan macam biasa, dalam perlawanan ini juga mungkin Ong Kim Swee mencuba benda baru dan mencuba beberapa pemain simpanan yang dah lama tak digunakannya. Asyik nak harap pada skuad utama susah juga. Kita sudahlah kekurangan pemain simpanan yang berkaliber. Jadi, sekiranya pemain utama cedera, tak adalah rasa sakit hati sangat macam perlawanan menentang Bahrain dulu bukan? Hampir 2/3 dari pemain skuad utama cedera. Nasiblah Khairul Fahmi tak cedera. Kalau tak..terpaksalah harap kepada gol keeper simpanan yang kadang-kadang jarang diturunkan.

Ok. Itu berita pertama. Berita kedua, Safee Sali diharamkan dari mewakili negara gara-gara berlakunya krisis dalam tentang Liga Premier Indonesia dan Liga Super Indonesia. FIFA dan AFC haramkan mana-mana pemain dari mewakili negara mereka jika bermain dalam Liga Super Indonesia sebab mereka menganggap Liga Premier Indonesia ini adalah liga yang sebenar di Indonesia. Huh, aku masih tak berapa pasti dalam hal ini. Tapi macam itulah bau-bau beritanya. Kalau ini benar, kesian juga aku dengan Safee Sali. Nak tak nak, dia tetap kena main. Sudahlah dia dah jadi ketua pasukan Pelita Jaya. Takkan nak blah macam itu aje. Aku yakin Selangor akan tetap menerima Safee. Tapi tak bestlah kan kalau jadi macam ini. Nasib baik tak ada perlawanan terbesar dalam waktu terdekat ini. Aku harap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kenapa agaknya FIFA dan AFC buat onar macam ini ye? Ada sebarang jawapan?

safeesalisedih Central South Mariner menang tipis


Ok. Itu aje nak update untuk malam ini. Perlawanan terakhir dalam siri perlawanan persahabatan di Australia ini adalah menentang Newcastle Jets. Aku harap perlawanan terakhir ini boleh menang. Insya-Allah, Harimau Muda boleh. Harap Ong Kim Swee dapat menemui formula kemenangan ketika dalam perlawanan persahabatan ini dan menjumpai intan permata seperti Nazmi untuk membantu kecemerlangan bola sepak negara.

Untuk peminat manga seperti aku. Jika korang minat juga dengan bola sepak. Aku ada beberapa manga yang sesuai untuk korang baca selain Captain Tsubasa tu. Salah satu mengapa Jepun berjaya dalam Piala Dunia dan disegani oleh seluruh dunia adalah manga dan anime Captain Tsubasa ni. Kalau korang perasan, ada kartun ni kat tv dulu. Tajuknya Kickers. Lepas tu, baru tukar ke Captain Tsubasa. Dan manga Captain Tsubasa ni ada banyak siri. Yang aku list kat bawah ni adalah antara yang terkini dan juga beberapa manga lain yang aku masih follow sampai hari ini.  Kalau korang bosan, leh la baca manga-manga ni.

1. Fantasista
2. Giant Killing
3. Area No Kishi
4. Captain Tsubasa International Overseas Games en La Liga
5. Captain Tsubasa - Golden 23
6. Kattobi Itto

Malaysia cuma ada Supa Strikers aje. Dah ada majalah dan ada keluar kat tv kalau tak silap aku. Tapi mengapa aku tak berapa suka Supa Strikers ni? Sebab jalan ceritanya tak best. Tak ada watak yang sama macam Oozoro Tsubasa. Aku harap syarikat yang buat Upin dan Ipin leh cipta satu animasi baru tetapi dalam niche bola sepak. Percayalah, mesti orang Malaysia support punya. Cadangan ini adalah tidak berbayar.

Ok. Pasukan Central South Mariner memang kacak hari ini. Huhu..

Ps: Dam haji. Aku ingat nak taip pendek. Sekali cerita pasal manga dan animasi sekali pula. Dowh..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 19 comments. Apa plak komen korang?
tehr - 14 Dec 11 at 15:59:07
biar pun kalah
harimau mudah masih nampak kacak
pelik juga
akazuma - 14 Dec 11 at 16:34:26
ehmm..takpe.
harimau muda tetap nampak kacak. :D
Bloggua - 14 Dec 11 at 16:44:38
takpe..ni perlawanan persahabatan..kim swee pun bukan turunkan semua pemain utama..yang penting pendedahan macam ni buat team harimau muda lebih garang dan mapan..
Afiffuddin - 14 Dec 11 at 17:18:12
Yes! Aku suka baca Captain Tsubasa. Terima kasih kongsi link bro. Pasal Safee Sali tu, erm.. bila dah naik ada la org buat onar. Komen aku: Cilakak!
merahkatak - 14 Dec 11 at 20:44:45
takpe. kalah pun takpe. pengalaman tu, pengalaman..lepas ni mesti leh menang punya.

dah lama tak baca manga. :
sabree hussin - 14 Dec 11 at 23:29:58
cerita anime Whistle! pun best jugak, psal sukan budak sekolah sampai la ke world cup
adamfaiz - 15 Dec 11 at 00:50:31
Kalah takpe jgn jadi belasahan..
yas - 15 Dec 11 at 00:52:54
Kalah tipis jee…still ok pe..:D
suri - 15 Dec 11 at 01:10:28
ha..kita blh buat lagi bgus lagi pcyalah
suri - 15 Dec 11 at 01:11:13
cuba dan cuba lagi klu asik menang jer pyah gak ssli kalah tak salah sb kita blh tahu mana kesilapan kita..
Wizurai - 15 Dec 11 at 01:51:42
baru mengharapkan kemenangan berturut-turut…….
zik - 15 Dec 11 at 02:44:30
untuk 1st half..tak semua pemain utama yang main. dan untuk 2nd half ong kim swee guna pemain simpanan… pasal safee sali tuh sebenarnya itu khabar angin.liga isl tuh sah sebenarnya.. sumber dari fb page dia sendiri.. tapi yang maklumkan dia punya manager zack rahim…
faiz - 15 Dec 11 at 04:49:11
lyn anime bola ni mmg best..
Lizz - 15 Dec 11 at 05:25:01
tak ada rezeki lah tu. hehehehe!!!
azura - 15 Dec 11 at 05:37:07
lepas tu keluar kat paper Australia puji Fakri hebat….
Sepaku - 15 Dec 11 at 07:58:50
Semangat kesukanan!!
apaajanews - 16 Dec 11 at 03:09:08
apapun semoga pasukan bola malaysia terus maju
chii - 16 Dec 11 at 13:25:56
captain tsubasa? mcm pernah layan je…
titan - 18 Dec 11 at 02:03:25
tehr. Hehe..tapi CCM lebih kacak pada hari itu. hehe..

akazuma. Tauu takpe.

Bloggua. Harapnya begitulahh..

Afiffudin. Hehe, mari membaca manga.

merahkatak. betul, pengalaman itu lebih penting.

sabree hussin. Aiseh, terlupa plakk..

adamfaiz. Hehe..betul tu.

yas. Yap, kalah tipis aje..

suri. betul, mereka boleh buat lebih baik lagi pada masa yang akan datang.

Wizurai. Nak buat macam mana, langit tak selalunya warna putih..kekadang warna hitam juga.

zik. Harap khabar angin itu tidak benar. Tak best la kalau safee tak main..

Lizz. Hehe..nak buat macam mana kann..

azura. Oklah tu. Fakri pun kacak gak. Cuma tak berapa menjadi aje sebelum ni.

Sepaku. yehh!!

apaajanews. Mudah-mudahan. :D

chii. Mesti pernah punya..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011