Ya, entri ini berkaitan dengan persembahan Maharaja Lawak Mega minggu ke 7 malam ini. Aku berkesempatan pula untuk tonton malam ini selepas menunggu mak abah aku balik dari Melaka yang tak dok sampai-sampai lagi dari petang tadi. Hemm, janji melayu. Kata nak balik petang, ni malam tak balik-balik lagi. Mana sotong bakar aku nih..
Ok. Seperti yang aku duga, kebangkitan kumpulan Osbon dan Boboi dalam minggu ini kita dapat lihat ketara dari 2 persembahan mereka pada malam ini. Untuk pengetahuan korang yang tak menonton atau tak pasang piring Astro kat atas bumbung rumah korang tu, malam ini mereka kena buat persembahan meniru aksi orang lain dan juga silence comedy. Jadi, bagi aku agak menarik dan mencabar tugas mereka kali ini terutamanya part silance comedy.
Kumpulan osbon
Kumpulan BP
Kumpulan BOboi
Ternyata..dari banyak-banyak persembahanan meniru aksi orang lain. 3 kumpulan memang berjaya menarik hati aku iaitu kumpulan Osbon, kumpulan BOboi dan kumpulan BP. Tak percaya, korang layan 3 video dibawah ini. Aku tak nak letak banyak-banyak sebab yang lain memang tak best.
Dan dari persembahan komedi senyap. Hanya 2 kumpulan yang berjaya buat aku gelak iaitu kumpulan Osbon dan kumpulan Boboi. Yang lain, sejujurnya, aku rasa hampeh. Termasuklah kumpulan BP yang pada mulanya nampak menarik pada persembahan pertama tetapi jatuh terlungkup kerana persembahan kedua memang cincai habis. Mungkin mereka tak ada idea untuk menjadi santapan penonton malam ini.
Malam ini, tidak ada penyingkiran. Semua selamat. Tapi minggu depan, 2 kumpulan akan kena tendang keluar. Siapa yang kena tendang? Kumpulan itulah yang tidak kacak. Adlin dan kumpulan Syok, kira oklah. Tapi kumpulan Pi Mai dan kumpulan Saehu memang diparas bahaya. Sebab juri ada markah lebih banyak berbanding juri sms. Dan dari apa yang aku lihat, siapa yang tak perform bagus dalam sesuatu minggu itu, biasanya kumpulan itulah yang akan kena tendang.
Jadi, siapa yang akan terkeluar? Aku kurang pasti. Kalau Osbon cacat persembahan mereka pada minggu depan, tak mustahil mereka yang terkeluar. Tapi aku yakin Osbon dan Boboi akan ke final. Cuma aku tak pasti siapakah kumpulan ketiga yang akan mengiringi mereka ke final. Mungkin antara kumpulan Syok dan BP. Atau pun sebaliknya. Kita tunggu dan lihat.
Ps: Korang kena layan video-video ni dulu. Baru korang tahu kenapa aku tulis macam ini.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Happy Feet 2. Ok, filem ni memang kacak. | Komisen ke 29 dari Paid-to-Promote.net »
















lawak betul bila buat suara chef wan..
tak apa, aku pakai apa yang aku baca je
sedih aku sbb Pi Mai semakin hilang bisanya
yas. Haha..aku pun bukan tengok semua video. Aku main pilih aje. kalau mula-mula tak best..hujung dia tak best..aku tak tengok dah tengah-tengah..
acapz. Betul tu.
ciksembang. Hehe..pandai boboi tiru suara. haha..
farahaznil. Itulah kerja ko ye..
rina. Tau takpe.
tehr. Takpe, baca pun boleh faham apa.
Lizz. Saehu makin lama, makin teruk la. Harap diorang leh buat sesuatu..
zik. Adlin dan BP dah terkeluar dahh..
chii. Minggu ni pun, boboi dengan osbon tak berapa menjadi juga..
Bukit Gambang. Hehe..nak ke astro panggil aku..
zool. Betul, silent comedy..habis hancur kumpulan BP..
blackrosehunter. Takpe, lepas ni tengok final terussss
sjiehan. Dah nama pun otai. Biasalah tuu..