Jam sekarang tepat menunjukkan 4.54 pagi. Waktu ketika aku mula taip perkataan pertama dalam artikel ini. Aku rasa macam malas nak taip sesuatu hari ini. Tapi aku gagahkan juga bagi mereka yang datang untuk baca artikel baru aku setiap hari. Aku yakin ada antara korang yang datang kerana mahu baca artikel baru aku setiap hari bukan? Aku teka aje. Tak perlu nak marah-marah. Huh. Haha. Haa, tuu. Apasal tarik muka lagi??

Wokeh. INi bayaran terbaru dari program Tnx. Sejujurnya, aku dah penat update program ni. Sampai 86 kali dah. Ingat aku tak rasa penat ke? Tapi sebab kewujudan blog ini adalah untuk update bayaran yang aku terima dari mana-mana program yang aku sertai, aku teruskan juga sampailah sekarang. Aku harap korang tak bosan walaupun aku rasa ada orang tengah tersengih macam baru dapat bini baru. Tul tak?

komisen87daritnx Komisen ke 86 dari TNX


Mak dengan abah aku gi Melaka. Melancong. Akak aku kebetulan cuti. Dia pun ikut sekali. Aku? Aku tak pergi. Biarlah diorang berjalan bertiga. Aku dah selalu sangat temankan mak abah aku gi melancong sejak diorang pencen ni. Kakak aku pulang jarang benar dapat cuti. Maklumlah, kerja swasta. Kalau dapat cuti pun, susah nak balik. Sibuk sana-sini. Sempena diorang ada masa, biarlah mereka bertiga bermanja-mesra. Aku manja-manja dengan korang aje. Boleh? Hehe..

Apapun, aku harap target aku untuk capai 100 kali bayaran dari program Tnx ini akan tercapai satu hari nanti. Tak sempat tahun ini, sambung tahun depan. Tak sempat tahun depan, sambung tahun depan-depan. Jadi, berilah sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada aku agar aku berjaya capai salah satu target aku ini. Boleh? Korang kan baik. Kan? Kan?

Untuk menjadi seorang perempuan yang cantik, seorang perempuan itu perlu menjadi seorang perempuan. Untuk orang lelaki, mungkin hanya lelaki yang kacak seperti aku sahaja yang faham maksudnya. Tapi kalau orang perempuan, majoritinya akan tahu. Bagi yang tak berapa faham. Mereka mungkin belum menjadi seorang perempuan. Yang sempurna. Wohaaa!!

Ps: Abaikan perenggan terakhir. Terutamanya bagi gadis-gadis yang rasa diri dia comel. icon smile Komisen ke 86 dari TNX


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
rina - 07 Dec 11 at 21:24:26
hehe. masih maintain. napelah tak ikut sekali. leh jalan-jalan. :)
adamfaiz - 08 Dec 11 at 03:08:53
Tak tau nak komen apa… ko mmg kacak. Ok ke?
tehr - 08 Dec 11 at 04:31:10
rugi la bro titan tak gi melaka
ramai yang serbu kapal selam sekarang ni
mat teropong - 08 Dec 11 at 04:35:36
mak ai..USD10 sekali dapat..syabas!!!
azura - 08 Dec 11 at 05:55:57
kalau saya sah ikut…
zool - 08 Dec 11 at 06:52:28
eh.. alang2 mak bapa ko dtg melaka, ko datang le sekali.. pedehal
fikri91 - 08 Dec 11 at 15:34:21
ko memang power bro, bab duit2 internet…dah 86 kali dapat bayaran..aku belum perbah lagi nak cashout..harpkan nuffnang, sebulan dapat 25 sen..apa2 pun tahniah, dan aku yakin broboelh sampai 100 kali bayaran dari TNX
kimmie - 08 Dec 11 at 16:09:03
wow..bestnyer dpt USD10…boleh g jln2 ke melaka dgn duit ni
Juan - 08 Dec 11 at 18:08:59
10 USD tu sama ngan RM35, rm35 tu plak, kalau ader 10 bisnes yg sama, dapatlah rm350 sebulan, pastu dah boleh bayar duit kereta tuh, hehehe
merahkatak - 08 Dec 11 at 20:28:01
tahniah bro. tahniah..leh makan cendol banyak-banyak tuu.. :)
akazuma - 09 Dec 11 at 11:38:53
hhaha..dapat lagi. leh beli kfc satu set tuuu.. :)
dnoBiz - 09 Dec 11 at 12:42:46
masalahnya aku tak boleh nak abaikan perenggan yang terakhir tu :D
titan - 18 Dec 11 at 02:10:35
rina. Ntah, takde mood masa tu.

adamfaiz. Okla tu. haha..

tehr. Aku tahu..tu yang menyesal kejap masa tu. haha..

mat teropong. Sikit je tu. Aku nak banyak lagi. Hehe..

azura. Perempuan, memanglah suka jalan-jalan..

zool. Haha..aku lupa ko. Kalau tak, leh suruh ko jadi pemandu pelancong kitaorang.

fikri91. Ko pun boleh dapat. Cuma kena usaha lebih sikit la. Aku dapat pun, sebab aku usaha lebih sikit aje dari korang.

kimmie. Boleh. Boleh. Hehe..

Juan. Alhamdulillah, leh la lepas bayar macam-macam..

merahkatak. Hehe..baru semalam aku makan cendol.

akazuma. Boleh aje. Meh datang banting.

dnobiz. Pleaseee..sila abaikan. Haha..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011