Ya, bukan aku tak kutuk atau merendahkan filem Ombak Rindu. Tapi disebabkan aku dah terlalu banyak menonton drama dan filem melayu, jadi aku berani kata filem ni biasa aje atau filem ini tak lari dari drama-drama dan filem melayu yang lepas-lepas. Kalau nak dibandingkan, filem ini lebih kurang aje dengan filem Cun. Dan kalau nak dibandingkan dengan Nur Kasih. Aku tetap rasa Nur Kasih lagi berganda-ganda bestnya berbanding Ombak Rindu.

1. Ya. Auron Aziz tu kacak. Hensem, badan sedap dan digilai oleh orang perempuan. (Kesian bini dia. Mesti menangis dalam hati sebab lelaki jadi pujaan ramai). Aku akui, beliau boleh bawak watak Harris dengan baik. Memang nampak jahat gak la si Harris ni. Tapi entahlah, aku tetap rasa macam ada yang kurang. So far, dari skala 10, aku bagi auron 7/10. Salah satu Hero kelahiran Singapura tetapi mantap dipasaran Malaysia. Bagi aku, salah satu sebab filem ini sudah mencapai 4 juta setelah 4 hari di pawagam adalah faktor Auron Aziz. Yelah, filem ni MESTI orang perempuan yang paling ramai nak tengok. Orang lelaki? Kalau tak kerana bini diorang nak tengok, awek diorang nak tengok..takdenya diorang nak mengada gi panggung wayang tengok Ombak rindu sorang-sorang. Betul tak?

2. Okeh. Maya karin. Ketaranya, orang perempuan yang datang nak tengok Maya Karin punya lakonan. Bagus ke tak dan macam-macam lagi. Bagi aku, dia dah buat yang terbaik. Aku tahu Maya sendiri tahu yang dia gagal bawak watak Izzah dengan sempurna. Yela, filem dan novel, memang susah nak bagi sama. Tapi walaupun tak sama, aku tak nampak pun filem ini berjaya menarik minat aku untuk kata ianya best. Biasa aje. Mungkin itu lebih sesuai. Perkara yang fail tentang Maya adalah loghat bahasa melayu beliau kurang menjadi. Terserlah telor dan lenggok bahasa Indonesia bila bercakap dalam filem ini. Masih ingat filem pertama Maya Karin dulu? Dulu lagi pekat bahasa indonesianya. Sekarang? Memang dah kurang. Patutnya, yang bawa watak ni adalah orang Malaysia dan oranganya nampak innocent sikit. Cadangan aku, pakai Tiz Zakiah, Fauziah Ghous atau Nora Danish. Ahh, ada banyak lagi yang sesuai. Tapi Maya Karin, totally, kurang sesuai. Tapi aku tetap puji yang dia dah buat yang terbaik. Aku ingat nak cadangkan Fida Ibrahim. Tak dia kurang sesuai plak nak lakon watak ranjang. Maklumlah, dah bertudung walaupun pernah buka kejap.

3. Pemilihan Maya Karin, lebih kepada untuk tarik penonton ke pawagam. Korang suka atau tak suka. Itu hakikatnya. Aku tahu ramai yang tak suka bila aku tulis macam ni. Begitu juga dengan Auron dan Lisa Surihani. Bront pun sama. Ada orang sanggup datang hanya nak tengok Bront berlakon aje. Seperti biasa, dia memang mantap berlakon sebagai watak pembantu hero dalam filem-filem melayu macam ni. Tapi aku tahu, ramai orang perempuan datang nak tengok Auron Aziz. Siap dapat bonus lagi bila Auron Aziz bukak baju tayang badan dia yang mengiurkan orang perempuan. Aku kasihan betul dengan bini Auron ni. Sanggup dia bagi badan laki dia ditontonkan? Huh.

4. Lisa Surihani. Percubaan pertama beliau dalam filem sebagai watak jahat. Ya. Dia agak berjaya. Tapi bagi aku, dia tetap sesuai bawa watak baik. Namun, mana tahu watak jahat lebih sesuai dengan dia? Melalui filem ini, aku nampak sisi jahat Lisa Surihani. Haha..satu lagi. Dalam filem inilah korang akan nampak yang Lisa Surihani lebih seksi dan mungil berbanding filem-fiem yang lain. Filem lain, lisa nampak sopan sikit. Filem ni, lisa nampak jahat dan seksi. Dan salah satu sebab orang lelaki pasrah untuk melihat filem ini adalah Lisa Surihani. Betul tak? Jangan tipulah brader..

5. Peminat novel Ombak Rindu. Bagi orang lelaki macam aku yang jenis baca novel, memang aku harapkan yang terbaik untuk filem ini. Walaupun tidak menepati seperti apa yang aku mahu dan apa yang penulis novel itu mahu, tapi sekurangnya selepas ini banyak filem akan dibuat berdasarkan novel popular. Lagenda Budak Setan sudah keluar. Ombak Rindu sudah keluar. Aku harap novel hasil Ramlee Awang Murshid pula keluar. Tak kisahlah yang mana satu. Percayalah, mesti lagi ramai yang akan tengok berbanding Ombak Rindu ni. Haha..

6. Jalan cerita filem Ombak Rindu berbeza dengan jalan cerita Novel Ombak Rindu. Bagi yang dah baca, mesti korang rasa berbeza sangat. Bagi yang belum baca dan korang pergi pula menonton filem ini, percayalah, 100% korang akan suka terutamanya orang perempuan. Silap hari bulan, ada yang menangis dalam pawagam. Kononnya sedih sangat.

7. Tema cinta bagi sesebuah filem memang mampu membeli penonton. Contoh terbaik, filem Sembilu. Filem NurKasih, filem Lagenda Budak Setan dan kini, filem Ombak Rindu. Bagi pengarah dan penerbit filem diluar sana, sila baca novel. Nescaya, juta-juta yang korang akan dapat. Ini hipotesis tak berbayar dari aku.

8. Overall, aku bagi filem Ombak rindu 6 dari 10. Sebab biasa aje. Bukan tak best. Cuma kurang best. Kurang best dari banyak segi. Tapi tetap salah satu filem komersial bertema Cinta yang berjaya mengumpan rakyat Malaysia untuk menontonnya. Salah satu niche utama untuk menjadikan filem melayu terjual adalah niche cinta, aksi, hantu dan seks. Niche lain? Tak berapa nak jual.

9. Faktor promosi yang berterusan juga merupakan salah satu sebab mengapa ramai orang datang ke pawagam dan support filem ini. Malah, promosi tak sengaja dari para blogger dan media online berjaya menghasut ramai orang termasuklah aku sendiri untuk tonton filem ini. Bukan aku nak tonton sangat, tapi awek-awek perempuan aku yang dok hasut aku tengok cerita ni. Dah la aku yang kena bayar. Grr..

10. Aksi atau babak ranjang yang digembar-gempurkan tu? MANA ADA! Itu aksi biasa-biasa aje. Ada banyak lagi aksi lagi maut, lagi gila, lagi mengiurkan berbanding aksi ranjang yang dipanaskan oleh blogger dan media online dan media cetak tentang filem Ombak Rindu ini. Percayalah, jika korang datang untuk saksikan babak ranjang itu, pasti korang kecewa. Tak sama seperti yang digambarkan dalam dalam promosi yang diorang lakukan. Korang pernah tengok filem 3gp? Haa, itu lagi gila bab ranjangnya. Haha..

Dah cukup. Leh kutuk aku sekarang kat ruang komen kalau tak suka apa yang aku kata. Tapi fikir dalam-dalam apa yang aku tulis. Lebih banyak betul ke lebih banyak kelengtongnya? Ke korang memang jenis suka tipu diri sendiri. Muka tak lawa, korang kata kacak. Badan orang tu gemuk, tapi sebab ko nak jaga hati kawan, ko kata dia kurus. Berdepanlah dengan diri sendiri. Tak salah berlaku jujur. Tapi lebih rasa bersalah bila kita menipu orang lain. Lebih celaka bila kita menipu diri sendiri.

Ps: Ok. Babai. Aku nak buat kerja lain pula. icon smile Filem Ombak Rindu? Biasa aje.


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 79 comments. Apa plak komen korang?
sw33tdarling - 06 Dec 11 at 04:30:49
aihh lom tengok lagi Ombak Rindu tp rasanya citarasa saya tak tinggi..
azura - 06 Dec 11 at 04:52:56
dah maya dibesarkan kat Indonesia lenggok tak boleh lari titan….
suri - 06 Dec 11 at 04:53:35
asal kacak & ctik yg ty jadi aset sesebuh filem heeee. mmg dah ada dunia belrakon..or nnyi
zik - 06 Dec 11 at 04:54:08
tak tengok lagi…malas lah nak layan cerita cintan2 nih.. tunggu kl gangster 2… fuhhh harap gempak lah..
suri - 06 Dec 11 at 04:54:23
yes.aku setuju dgn bro flm nur kasih mmg terbaik setakat ini.ada terap islam dgn telus..di stu mutu jln ctr bgus dri kisah2 ctr yg lain
akubiomed - 06 Dec 11 at 05:20:24
Pelakon-pelakon yang beraksi didalam filem kebanyakkan pernah menang anugerah.
Zaini - 06 Dec 11 at 05:27:08
Gazet memang gempak. Biasalah. Sekali tengok, hampeh.
bEe - 06 Dec 11 at 05:27:54
Huurrrmmm bila novel difilemkan mmg berlainan imaginasi
huhuu
Amry - 06 Dec 11 at 06:15:18
uik…dah ada kontra disini tentang filem ombak rindu ni…hehehehe..tak per tak per…den pun tak tengok lagi
merahkatak - 06 Dec 11 at 07:53:22
memang kurang best bagi aku. Tapi dah orang suka tengok cerita macam ni..so..layankan ajelah. haha..
muhammad fakhruddin - 06 Dec 11 at 08:16:00
Tetapi rasanya sedikit sebanyak jualan novel itu akan meningkat semula, atau dicetak semula.
Zaini - 06 Dec 11 at 08:39:26
Kalau adaptasi biasanya tak ambil semua. Kalau pandai olah memang seronok.
Raisha - 06 Dec 11 at 09:12:38
Suka part orang laki kalau tak kerana bini atau awek yang ajak mesti tak kan pergi tonton.
kyrul - 06 Dec 11 at 10:00:18
aku tak tengok lagi .risau indah khbar dari rupa.
tehr - 06 Dec 11 at 10:37:35
aku nak kata apa ni?
novel aku belum baca
filem pun belum tengok
huhu
hazman aka species1980 - 06 Dec 11 at 10:50:46
Kalau panggil FAZURA pun nice gak bro….lebih natural lakonannya…
alamonline - 06 Dec 11 at 12:29:07
fazura barulah nampak wanita melayu. anyway jalan cerita filem lain dari novel, tu yang buat tak best tu. bila baca novel memang tak boleh stop. terbaiklah imaginasi penulis novel ombak rindu ni.
wazy - 06 Dec 11 at 13:29:21
wahhh tudia,ulasan yang tersangat kacak
shaharil - 06 Dec 11 at 13:34:27
@muhammad fakhruddin, aku setuju. Baru berapa hari lepas aku gi kedai buku. Tengok novel ombak rindu sold out.
Juan - 06 Dec 11 at 14:09:52
ala, aku belum tgk lagi, aku ingatkan drama, rupanya movie, hehe, nice review dari ko, apa pon aku rasa setiap org rasa berbeza pendapat lagi lagi yg dah baca novel, hehe
eiela - 06 Dec 11 at 14:44:48
setuju bab pemilihan aaron tuh kurang sesuai dlm filem nih. lepas tu memang takkan sama mcm novel mustahil dpt adaptasi 100% mcm novel dia. penulis dia pun pasrah je la.
bukit gambang - 06 Dec 11 at 15:01:32
daripada tengik ombak biru baik tengok naruto shipuden..hehe
sabree hussin - 06 Dec 11 at 16:48:58
aik.. orang lain beriya nak promote cerita ni.. titan pulak kata cerita ni biasa je.. respect sebab gi tengok cerita ni jugak :p
bardboo - 06 Dec 11 at 21:48:21
gunakan pelakon kacak n cantik untuk tarik penonton? itu memang lumrah filem melayu..cerita cinta? lumrah lagi…balik2, filem melayu berkisar pada tentang tu jugak…

kalau saya la, orang lain duk tengok muka hubby saya pun, saya akan bengang..inikan pulak badannnya? alahai, tak sanggup den!!

secara kesluruhan, saya boleh katakan kebanyakan filem yang diadaptasi dari novel, takkan berapa berjaya..sebab tak dapat memuaskan hati pembaca yang dah baca novel tu…
mommy nana - 06 Dec 11 at 22:09:33
Mm xterigin nak tgok. Novelnye pernah ku baca. Takpe ada juga review secara telus di sini… ;)
Sya Isya - 07 Dec 11 at 01:06:23
belum tengok lagi ombak rindu. akak aku awal2 cakap, biasanya kalau dari novel, ke wayang, lagi best novel. kalaulah novel RAM ke pawagam, aku prefer ADAM.
Dulu Lain Sekarang Lain - 07 Dec 11 at 01:19:12
wahhhh.. honest review.. tq
tak payah kawe pi panggung cam nie.. he he…
Ummi Hanie - 07 Dec 11 at 03:49:47
terbaek ler review ni .. santai jek ;)
bluedianthus - 07 Dec 11 at 04:11:47
Seriously, dah setahun lebih tak tengok filem melayu kat panggung. Filem terakhir Jin Notti Oktober 2010. Lebih suka dengan filem yang melibatkan kita banyak berfikir. Apapun, itulah asam garam dunia seni lakon..pengarah titikberatkan keuntungan terlebih dahulu, tak nak rugi(logik). Nak cover modal sana sini. Apa yang titan cakap ada kebenarannya. Semua pelakon2 Ombak Rindu idaman kumbang dan bunga semalaya, kecuali aku..haha..
ida - 07 Dec 11 at 05:09:24
setuju ngan pendapat akak sya isya tu..filem yg adaptasi dari novel, mmg g best novel..sbb novel tu olahan penuh perasaan dari penulis asal..so bile perasaan sebenar tu diubah ke filem,dah xsama perasaannye..ida ada novel ni dan masih baca novel ni..n antara banyak2 novel,kalo nak difilemkan,ida cadangkan novel ADAM N HAWA n BICARA HATI..xsure sape penulisnya..tapi mmg best..
mat teropong - 07 Dec 11 at 08:36:54
filem ni tak layanla….
farahaznil - 07 Dec 11 at 16:57:03
haha..tggu mak aku beli cd dia..br aku tgk nnt..tgk cerita melayu kat wayang rasa mcm rugi jer…oppss..haha
kakyong - 07 Dec 11 at 17:25:51
pernah terbaca respond diana halik pasal isu tayang badan aaron nih, di twitter…. nampak spt dia berseloroh yg dia amik komisen 60%.. dlm hati, siapa lah yg tahu kan…

kakyong tunggu kot2 ada DVD yg kuor ker.. kalo ade dload link.. gigih jugak lah.. hihi
Mekar - 07 Dec 11 at 17:40:50
Kacak sungguh review utk filem ni. Sya xbaca novel nya dan mungkin akan tgk filem ni raya tahun depan di astro…haha.

pst: nora danish sangat tak sesuai utk berlakon filem emosi mcm nih. suara manja sangat !
farahaznil - 07 Dec 11 at 17:46:34
hahahaha..nak perempuan kampun sangat?????apa kata ambil elly suriati berlakon..sure polos gila watak maya karin tu..wakakakakakakakakakakaka
faiz - 07 Dec 11 at 20:13:56
best gak kalo novel time aku spm dulu buat movie Konserto Terakhir
rina - 07 Dec 11 at 21:31:01
banyak betul dah orang ulas filem nih. hehe..
zool - 08 Dec 11 at 07:13:44
Aku tak tengok citer ni… Tapi satu je yang menyebabkan aku rasa ko jadi tak kacak..
apsal Auron ????? Sepatutnya Aaron .. kan dah tak kacak keyword ko ni.. Mula2 ingatkan typo tapi semua tulis camtu.. hehehehehe..
fiezaradzi - 08 Dec 11 at 09:29:00
tak g tgk pun, so tak leh komen lebih.. cuma, setuju kot bila byangkan maya karin, mmg rasa die kurang sesuai utk watak ni, sbb slang die.. ape pun, saya peminat novel ombak rindu, tapi tak pergi tgk filemnya.. bolehkah?? ahha
shraqs - 08 Dec 11 at 15:32:15
Takut nak tengok citer canggini. Tertidur kat panggung ada nanti muncung org kat sebelah. he he
acapz - 10 Dec 11 at 08:22:47
bak kate org. cite die lari dri novel die. kn? haha
ciksembang - 10 Dec 11 at 10:01:45
saya belum tengok tapi bila tau Maya Karin heroin nya, sy setuju dengan penulis.. kurang sesuai dengan muka pan asia nya..
aaron aziz-yup sesuai
ciksembang - 10 Dec 11 at 10:06:10
apapun nak jugak tengok filem ni dan nak cari novelnya
Crystal Faustiena - 12 Dec 11 at 07:33:46
cara anda berikan pandangan seolah-olah anda mempunyai banyak pengalaman mengarah filem..
jika anda fikir filem ombak rindu nih teruk sangat..jangan lah sampai sebarkan keburukan nye kat internet..cukup sekadar anda sahaja yang twu..yup!!memang maya karin tu kurang sesuai..tapi dari segi lakonan beliau..saya pasti beliau sudah melakukan yang terbaik..jadi sebelum anda membuat blog ini..fikirkan hati dan perasaan orang lain terutamanya orang yang memegang watak..cuba kalau anda berada di tempat maya karin tu..apa yang anda rasakan sekarang ini??jadi fikir2 kan lah..
Zaqwan Aliff - 17 Dec 11 at 12:07:19
saya sokong 100% cadangan yang dikemukakan oleh crystal…lagi 1 maya pun pernah cakap kalau novel diadaptasi kepada filem harus ada sedikit perubahan..kalau kamu semua tak percaya silakan buka di sebalik tabir ombak rindu..mereka telah nyatakan senyata-nyata nya..jadi bila buat andaian atau pandangan tolong kemukakan andaian anda dengan betul..
maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung hati..
sekian…..
zieqah - 17 Dec 11 at 15:18:15
bet0l lh ape yang k0 ckp tu zaqwan..
bukan sng nk bwk novel ke filem..
msti lh ade yg dye tak ambik kat novel tuh..kalau ambik sah2 lah k0rang kne dud0k kt cinema tu 5 jam..heish..
titan - 17 Dec 11 at 16:06:06
zaqwqn aliff. Saya komen begitu sebab saya ulas dari sudut penonton. Tak ada masalah sebenarnya. Dari sudut saya rasa begitu. Terpulang kalau maya atau sesiapa tak suka. Saya tak kisah punya. Diorang pun tak kisah. Sebab dah 10 juta kumpul. Cuba kalau cuma 100 ribu yang mereka kumpul??

zieqah. memang susah nak bawa..sebab tu aku kata filem ni biasa aje. kalau diorang leh bawa..confirm aku kata filem ni bagussss. walaupun jika filem ni cuma ada 100 penonton sahaja yang tonton..kalau bagus, aku kata bagus, kalau tak bagus, aku kata tak bagus.

crystal..ini pandangan dari sudut penonton. Itu saja. Tak suka, tak apa. Aku tak kisah punya. Kalau aku duduk kat pihak maya, aku tolak watak tu. Sebab kalau aku maya..aku mesti tahu loghat indonesia yang masih pekat kurang sesuai untuk watak izzah. Maya dah lakukan yang terbaik. Itu aku akui. Cuma macam aku cakap, filem ini keseluruhannya biasa sahaja bagi aku. Bagi orang lain, mungkin filem ini bagus. Kira ok la tu. Ingat dari 100 orang, 100 orang akan kata filem ni bagus ke? Takde punya..citarasa setiap orang berbeza maa..

aku takde pengalaman mengarah filem. Tak ada. Tapi aku ada pengalaman menonton filem dan drama melayu. Jadi, dari sudut penonton..aku tahu filem ini tak berapa best. Itu sahaja. Orang suka atau tak suka. Ada aku kisah?
zieqah - 18 Dec 11 at 00:40:06
yelah..titan oi..k0 ni p0n 1..dh twu citer ni x best..wt pe lh hang pi citer kt owg len..k0 kne pikir aty n perasaan owg lain jugak..kalau dh x ske tu..x pyh lh smpai wt blogger kte osman ali punye cite tak bagus..k0 twu ak wahai titan yg t’hormat..cre k0 ckp nih mcm k0 menghasut owg lain supaye owg len tu x tengok citer ni..kalau aku jadik si osman tu aku dh saman k0..memanglah penonton ade hak t0k KOMEN..tpi komen tu msti yg mnjaga aty org len..k0 islam ke tidak???kalau islam msti k0 twu ape adab2 nyekn..kalau tidak..hmMmmmentahlah
sorry yek..
titan - 18 Dec 11 at 01:13:44
Zieqah. Sebab aku fikir perasaan orang lainlah aku buat entri nih. Dan satu lagi..aku tak kata cerita dia tak bagus. Aku kata cerita dia biasa aje. Tak best. Lebih kurang aje macam filem dan drama melayu petang-petang tu. Bahkan ada drama dan filem yang lagi baik dan bagus dari filem Ombak rindu ni. Kurang menarik. Cerita dia bagus. Ada misi, ada visi, ada tujuan dan ada sebab. Cuma BAGI aku, tak best. Faham? Ko faham bahasa melayu tak?

Aku tak pernah tanya orang lain ko ISLAM atau tidak. Tapi hari ini ada pula orang tanya aku. Jadi, aku bagitau aku menganut agama ISLAM. Ko puas hati?

Mana ada komen yang menjaga hati orang lain? Bagitau aku? Setiap kali kita komen. Akan ada pihak yang suka dan ada pihak yang suka. Mesti punya. Nama pun komen, review, ulasan dan sebagainya. Ada positif dan ada negatif.

Kalau Osman tu nak saman aku. Saman ajelah. Aku nak wat macam mana. Masuk penjara ke kena bayar ke..terpulanglah pada dia. Kalau dia BACA artikel ni, aku yakin dia dapat belajar sesuatu dan faham sesuatu. Artikel aku ni ada sesuatu untuk orang-orang macam Osman. Itupun kalau ko faham. Baca dengan hati terbuka dan berlapang dada. Itu sahaja. Harap ko puas hati dengan jawapan aku. Kalau tak suka, aku tak leh nak kata apa.
zieqah - 18 Dec 11 at 01:27:54
susah nk ckp ngn owg yg x reti nk jge aty owg len mcm k0 ni lh..hish..aku teg0r cre baik dye bls cre kasar..k0 kne ingat suatu ary nanty akn t’bls jugak hasil perbuatan k0 ni…
titan - 18 Dec 11 at 01:42:53
Zieqah. Kalau aku terima balasan seperti yang ko doakan ni, aku terima seadanya.

Sat. Siapa yang balas kasar sebenarnya? :D
zieqah - 18 Dec 11 at 11:00:33
siape yg bls ksr??aku rse k0 ley jwb sndiri..1 more thing..aku tnye k0 islam ke x sebab aku x nk owg yg bkn islam akn menganggap owg islam ni cetek akal..sesuka aty jek wt bloger t0k skitkan aty owg len..aku tnye k0 eh.
pengalaman menonton filem same ke ngn pengalaman mengarah filem???
sebelum k0 ajar si osman ali tu..lebih baik k0 ajr diri k0 tu dulu..belaj0 adab2 n hukum2 dlm islam ..
owg bagi nasihat tu terima jek lh..
Crystal Faustiena - 18 Dec 11 at 11:05:10
maaf jika komen saya melampaui batas .tapi awak juga yang kata setiap komen ada negatif dan positif betul??
jadi tak salah jika saya komen untuk menyebelahi pihak yang dianiaya..
titan - 18 Dec 11 at 12:18:31
zieqah. Kan aku dah terima nasihat ko tu. Sebab tu aku tak padam semua komen ko. Ko baca ke tidak ayat yang aku tulis tu? Yang ko tak leh terima nasihat dan pandangan aku kenapa??

Siapa Osman Ali tu? Hebat sangat ke dia sampai tak ada orang leh tegur dan ajar dia? Dia manusia biasa juga. Ada banyak buat silap juga. Ingat dia manusia sempurna ke? Kan aku dah kata, aku komen sebagai penonton. BUKAN sebagai pengarah filem. Kalau aku pengarah filem, aku akan komen sebagai pengarah filem. Masalahnya, aku komen sebagai penonton.
Dan aku tanya SALAH aku komen sebagai penonton yang tidak puas hati dengan filem OMbak rindu ini?

Crystal Faustiena. Takde masalah. :)
Zieqah - 20 Dec 11 at 03:20:00
aku p0n nk bgitwu k0..aku ckp CARA k0 komen tu lebih2..aku cume ksik k0 nasihat eh..ok.aku x nk tmbh DOSA kt sni sbb gdoh ngn owg yg mcm k0..jt0h saham aku!!!
len kali kalau owg len kasik nasihat cube hang pikir dulu..jgn d0k melenting x tentu pasal..
salam..
Zaqwan Aliff - 20 Dec 11 at 03:23:49
kalau awak terasa saya mintak maaf lah sangat2..tak bermaksud pun nak sakitkan atau lukakan hati awak..just sokong apa yang crystal cakap itu aja..jadi awak jangan salah faham pulak ye..
sekali lagi saya nak mintak maaf kat awak..
Zieqah - 20 Dec 11 at 03:36:04
oi!!zaqwan aliff dan crystal faustiena..k0rang b’2 ni pehal..dh salah DYE..yang nk mintak2 maaf ni kenapa???korang bukan nye salah..
korang cume bagi pandangan jek kan..
baik bet0l aty korang ni..heish..
titan - 20 Dec 11 at 05:31:48
zieqah. Masalahnya, siapa yang melenting tak tentu pasal sekarang?
MohdJohnson - 20 Dec 11 at 13:23:04
aku dah tgk filem ni, tak best langsung dan membosankan.
aku pun pelik kenapa org suka tgk filem ni? memang la lain org lain citarasa, tapi serius filem ni tak best. takde feel langsung, oh bukan takde feel, tapi feel tak berapa nak menjadi, orang yang kuat touchy je kot suka filem ni. sikit2 touchy sikit2 touchy, kena cakap bodoh gagal exam pun touchy. xkan maju negara ni mcm ni.
Zieqah - 20 Dec 11 at 14:11:47
mamat 1 x selesai lgi..timb0l plak mamat 1 ni..heish..komen tu biar lh b’tapis..mcm pengarah yg punye bnyak pengalaman plak..aku nk bela filem ni sebab korang komen ni melampau sesangat..komen kalau negetif p0n jangan lh smpai keluar ayt ‘tak best langsung dan membosankan’ape kejadah nye ayt cm tu..bagi aku lh ayt mcm tu dilabelkan sebagai ayt yg KURANG AJAR!!!..kalau bosan sangat filem ni bagi kau MohdJohnson..x pyh lh smpai nk tulis kat blogger si titan ni..aku x twu mcm mne nk ckp lgi dh..x phm2 bahase bet0l..
kalau dah ter0r sngt bab2 filem ni smpai owg yg buat filem ni k0 p’lekehkan..cube lh buat 1 drama yg MENARIK sangat2..buat sume owg yg tengok drama tu menangis sebulan..
TITAN:k0 leh tanye lgi sape yg melenting x tentu psl..hey k0 bace komen aku n k0 dri A ke Z lh..bagi k0men panjang melebar sampai bagi status lagi..mcm lah k0 tu prnh wt filem..k0 twu ke susah senang wt filem nih??kalau k0 ni pengarah filem yg prnh menang anugerah wt blogger t0k menilai hasil kerja owg len tu boley lh aku terima..ni x psl2 kuar blog ‘ombak rindu??biasa aje’..menyakitkan aty banyak pihak k0 twu!!!
memang aku x nafikan hak k0 sebagai penonton t0k menilai filem2..tpi aku x suke care k0 memberi k0men..ckp osman ali boley belaj0 dari kesilapan lh.
mcm2 k0 kuar kn t0k k0 menutup kesalahan k0 tu..hish!!!geramnye aku..
aku x twu lh mcm mne nk sedarkan k0 ni..
boley kalau nk b’komen or kasik pandangan..tpi biar b’mutu jgn merapu..
care k0 ni dh menghasut owg len supaye diorang x pegi cinema t0k teng0k citer nih..
k0 x pikir ke hasil blogger k0 ni akn dilihat oleh sume owg..dn disebabkan perangai k0 ni akn merugikan pihak2 yg t’tentu..kalu nak wt blogger..cube jadi owg yg mtg..jgn jadik mcm budak kecik..ckp main lepas jek..x pikir perasaan owg len..kalau ye p0n si osman ali tu nak pilih maya karin kenape??dh itu maya karin punya sumber rezeki..longat indonesia konon..
mungkin sebab ape osman ali pilih watak maya karin sebagai izzah.sebab lakonan dye tu lebiy menyarlah..kalau artis2 len tu longat melayu jek pekat tpi diorang punye lakonan mungkin x sehebat maya karin..itu yg k0 patut pikir..bukan menilai sesuka aty jek..
MOHDJOHNSON:
x kn maju negara??
mne k0 twu negara ni x kn maju??
x de fell langsung ke..k0 memang x de perasaan??aku bagi twu k0 eh..owg len suke filem ni sebab diorang masih ade sifat perikemanusiaan..ade hati..
n masih ade perasaan..
aku x twu lh sama ade k0 ni ade perasaan ke x??
s0..bile nk bagi k0men tu fikir dulu..
kalau bernas n bermutu bagi k0rang..
owg len mcm mne plk??
ape2 p0n aku dh kasik nasihat secukup2nye..kalau k0 rase x cukup lagi aku p0n x twu..
assalamualaikum..
fikir2 kan lh ape yang aku ckp kn ni..
ade kebaikan nye jugak..
Zieqah - 20 Dec 11 at 15:01:55
lgi 1 bab ranjang2 ni..sebab ape diorang buat babak or aksi2 panas tu biase jek..sebab diorang twu batas2 nye sebagai owg islam..x lh melebih sangat sampai langgar hukum islam..
lagipun kira ok lah tu pengarah masukkan babak2 yang mcm tu daripada x de langsung..
s0..kire diorang dh berusaha lah tu..
k0 twu x kalau nk buat aksi2 mcm tu bukan nye senang mcm yang k0 ckpkan tu..reti ckp..tpi cube kalau k0 yg lak0nkan watak2 tu..adakah berjaya 100%..ingat 1 hal..setiap MANUSIA itu ade kelemahan n ade kekurangan ..
jgn ingat kalau pengarah nye pilih artis len boleh tarik b’juta2 penonton..
rezeki tu Allah yg kasik..
kalau ramai yg suke..Allah kasik rezeki banyak ..tpi kalau sebaliknye??
sudah2 lh mengutuk filem2 melayu ni..yg dpt malu nanti k0 jugak..
k0 p0n owg melayu kan..jdi x malu ke komen negetif kt filem kaum sendiri??
lagi2 kat internet..memang 1 malaysia bace..heish..
think more..jgn komen jek yg lebih..
merahkatak - 20 Dec 11 at 16:21:56
ala zieqah..ko dendam sangat dengan titan ni apasal?

dari awal aku tengok, ko yang melenting semacam. kalau 10 orang baca artikel titan ni..10 orang nak separuh akan berminat nak tengok filem ombak rindu ni. jadi..ni bagi untung juga kat osman tu.

bagi aku, ulasan titan ni takde masalah apa-apa. tak menyusahkan orang lain. osman ali takkan terasa punya sebab filem ni dah nak kat 10 juta. apa dia kesah dengan artikel titan ni. lainlah klaau filem ombak rindu cuma mampu dapat 10 ribu ke.100 ribu ke..haa..masa tu..kalau dia tak puas hati..leh la cari blogger pastu saman semua blogger yang kutuk dan komen tak puas hati pasal filem ni.

ok guys..korang rasa..sape yang melenting sangat sebenarnya? titan or budak zieqah ni?
farahaznil - 20 Dec 11 at 16:30:30
panjang gila babas minah ni berleter..aku duk kat blog ni..tak pernah pun berleter mcm tu…wakakaka…syabas lah titan !!!!ko dah ada peminat tuuu…wewiiitttttt..tp tak nak ngaku..ahahah

p/s - tak payah lah nak gaduh bagai pasal filem ni..tak bawak duit pun…….har har har….taksub bagai duk back up film ni..
farahaznil - 20 Dec 11 at 16:32:35
merah katak - hahahaha.. pejam mata sebelah..u already knows who gonna win babe….mcm dlm politik juga…org kuat melenting ni..mmg emosional smpi terbabas…
farahaznil - 20 Dec 11 at 16:34:13
BTW ,

“gi 1 bab ranjang2 ni..sebab ape diorang buat babak or aksi2 panas tu biase jek..sebab diorang twu batas2 nye sebagai owg islam..x lh melebih sangat sampai langgar hukum islam..”

tahu batas2nya…wakakakaka…gua gelak guling..cakap serupa samy veluuuuu….PARAAAMMM JAADUUU..haha….tgk aurat bukan muhrim pun dah dosa..inikan berlakon..bersentuh…merasa….haha..lu pikir la sndri….
farahaznil - 20 Dec 11 at 16:36:07
ps - oppsss….aku saje je nak komen lagi…haha..gila kuasa……………nak gelak guling bagai dah ni…..wakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakaka….menangis aku gelak..syahdu drama kat sini..sentap hati gua bro…

pssssss lagi - oppss..cukuplah…xnak komen byk..nnt kebudak-budakan! Ehu..!
merahkatak - 20 Dec 11 at 16:44:42
betul tu farah. cite bab ranjang tu..jangan buat cerita kalau tak tahu cerita sebenarnya..ni tak pasal-pasal melenting. apa daa..

la. memang ko suka komen banyak-banyak ke..ko kan budak-budak lg..
farahaznil - 20 Dec 11 at 17:06:33
hahaha…..ni lah kalau pentingkan sangat “pandangan kaum lain” tentang komen ombak rindu oleh cik zieqah ni..haha..sampai berlakon gitu pun tak melampaui batas2 agama…hehe..klakor2..taksub dah tu….

hehe..tpi komen byk2 kat artikel ni ada aura lain sikit..ngeh3x……aura nganjing (bahse klate ganu )..hehe…kang dia salah paham kata aku ckp dia anjing plak..haha

pss - mmg la bdk lagi…..tp kat sini aku nmpk ada rmi lgi budak2…opssss..tak sayang mulut kan..nnt kena sman plak..hahah
Zieqah - 21 Dec 11 at 01:52:45
nilah dak2 zmn skunk..x boley ke bgi pndangan yg bernas sikit..
k0 ingat aku p0n suke sangat lh tengok citer ni??aku marah k0 p0n TITAN sebab t’lmpau lampau komen k0 tuh..yg len jgn seb0k nk cmp0r urusan aku..pedulik lh aku nk ckp ape..k0rang susah ke???x kn..yg aku nk ckp sekarang ni k0rang bandingkan komen aku yg x seberape ni dengan k0men si TITAN tu yg pnjg melebar…
aku ulang eh…JANGAN JADI ORANG YANG TAK MATANG BILA KASIK KOMEN!!!
memang penting pandangan kaum lain cik FARAH!!!
tersangat penting..
cik FARAH kalu x twu ape2 jgn nk d0k seb0k kt cni..
menggedik plak..
menyampah aku bace komen yg tidak Bernas k0 tu..
menyakitkan aty…
k0 lh yg budak..tangan tu gatal taip yg bukan2..
otak masing2 dh senget agak nye!!!
Zieqah - 21 Dec 11 at 02:00:24
lagi 1 wahai cik FARAH yg KURANG AJAR!!!awak ni owg melayu ke owg gila??anda lh sebenarnye yg kebudak-budakkan…k0men mcm taik!!!!
aku rase k0 patut belaj0 sivik lh..
kesiasn aku tengok..
makin lame karang makin parah..
kalau nak twu encik MohdJohnson..negara maju ke tidak..
tengok lh budak2 nye yg konon pndai ni..entah mcm mne negara kalau diorang yg jadi pemimpin..hancur!!!!!
budak2 ni twu k0men2 jek..
kalau aku x melenting..
ade k0rang pikir x psl2 aty ni??
x de kn..
s0 jgn meletakkan sume kesalahan pada aku..
tengok diri k0rang tu dulu..
perangai mcm taik!!!!
rina - 21 Dec 11 at 06:33:07
zieqah. baca artikel baru titan ni: http://earncent.com/blog/2011/12/20/jangan-nak-mainmain-dengan-aku/

Sudah-sudah la tu zieqah. Tak yah la nak buang masa kat sini..
farahaznil - 21 Dec 11 at 15:55:01
kah kah kah kah……….aku rasa ko yg budak2 zieqah oi…ko nak ajar aku subjek sivik plak.. yg ko tu sila pergi belajar “SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BALIK”…..kalau ada masa lebih…gi jumpa “dr psychiatry”…aku rasa ko ni byk wayar putus…ha ha ha..mcm budak2 komen…emo lebih !!! Ehu..!!

pss - ko ni bajet betul je..padahal ramai dah gelakkan ko…haha =p….
rina - 21 Dec 11 at 16:21:32
farah. dia mesti tak berani punya nak komen dan masuk blog titan ni lagi. hehe..
farahaznil - 22 Dec 11 at 05:27:32
rina - dia berani jengah je kot…tak pun try komen guna nama baru…wakakakaka..bajet org tak tau
rina - 22 Dec 11 at 05:30:55
hari ini senyap aje? haha, tembelang sudah pecah maa..mana berani mahu muncul. haha
adamfaiz - 22 Dec 11 at 07:22:13
blog dengan blogger pun tak tahu beza… banyak plak komen..
azmer - 27 Dec 11 at 16:48:01
filem tu ok2 je la.. bagi aku citer macam tu emm atas sket dari cerekarama kat tv3 je

azizah mahzan langsung tak sesuai, sebab lakonannya terlalu real maksud aku real nampak dia berlakon tak nampak semulajadi. verdict 3/10

part yg paling aku tak leh terima part lisa surihani baru balik dari oversea tu kat airport tu,, part yg paling bodoh pernah aku tengok.. verdict 1/10

wartawan tv tu pulak takde ke orang lain, kenapa la pilih orang yg suara camtu>? memang la watak kecik tapi impaknya nampak bodoh laa.. verdict 0/10

lisa surihani tahap lakonan dia memang jatuh merudun, nampak sangat di buat2.. 5/10

maya karin punya lakonan boleh di banggakan walaupun slang bahasa dia kadang2 macam indon kadang2 macam mat salleh, verdict 8/10

aaron aziz pun boleh di banggakan lakonannya walaupun nampak macam nakal separuh masak dan watak sedih nampak mcam letak eye-mo.. verdict 8/10

bront palare, walaupun watak pembantu je tapi dia bagi lakonan habis-habisan, jelas nampak di raut wajah dia.. ada peluang dpt pelakon pembantu terbaik verdict 10/10

normah damanhuri pun bagus lakonannya walaupun watak kecik tapi pengaruhnnya besar, itu keistimewaan pelakon lama.. 9.8/10

zaidi omar pun bagus walaupun watak pembantu, memberi lakonan dengan ikhlas nampak jelas di airmukanya cara dia membawa watak.. tahniah 9.9/10

watak2 lain2 tu cuma pelengkap cerita, dan memeriahkan suasana..

satu lagi err kenapa dlm filem melayu, kalo ada part kat disco atau pub, muziknya teng tong teng tongg lebih pakai keyboard je?? lepas tu tgk orang menari menggila padahal muzik dan lagu tak setara mana.. remix je la lagu2 popular yg ada sekarang ni bagi meriah,, takkan ler tu pun nak cut cost jugak..
juwar - 02 Jan 12 at 02:37:40
setuju dengan pandangan ko…filem ni biasa2 je, tak banyak lari dari drama2 cerekarama yang dh banyak tayang kat TV. cuma tarikan dia is Aaron Aziz la..tapi aku tetap rasa watak AA sbg Harris tak menyerlah sgt berbanding Maya. Tapi lakonan Maya x berapa konsisten la. tengah2 filem mcm lost sikit, awal2 je yg best. certain part mmg terkesan dgn watak izzah yang humble tu…tapi ada jugak yg mcm x berapa nak kuasa bila tgk.storyline again tipikal drama melayu yg senang nk predict..watak mak org kaya yg x suka anaknya dgn org sebarangan..ada bbrp scene x brp nak logik dan krg kemas dlm citer ni. patutnya awal2 dia tnjuk sket yg Harris tu sepatutnya laki jahat yang ada keinginan nak berubah..ni tiba2 jumpa izzah terus berubah dr jahat jd baik..mana kawan2 yg pengaruh dia sblm ni..takkan lost contact kot..hehe..kurang terkesan di situ..pastu kesedihan Maya masa kena halau tu mcm x lengkap scene dia…climax filem ni masa mak dia sedar yg harris bkn anak dia sbnr very the typical kan drama melayu..tp nk wat camana, everything maybe kena follow novel..

aku rasa filem ni kalau x terlalu ikut acuan novel mgkn boleh jadi lagi best..aku rasa lebih krg setaraf dgn filem Kabil Kusyri Kabil Igam je..cuma sinematografi dia better la…
serb - 02 Jan 12 at 04:34:05
saya rasa filem ni diselitkan dengan lagu-lagu ala-ala awal 80 an..mcm langit petang, tiada esok bagimu..tu yg unik sikit..tapi aron aziz nampak mcm tiba2 dia jatuh cinta…..sedangkan dengan mila dah lama dia berkawan…tak adil juga untuk mila. mcm cth cinta elisha..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011