Ya. Aku tahu. Aku tahu. Korang bosan. Masuk hari ini, dah 5 hari berturut aku tulis dan cerita pasal komisen sana komisen sini. Well. Dah ini salah satu sebab aku cipta blog ini, salahkan aku capai salah satu misi blog ini tanpa dibenci dan dikeji oleh sesetengah orang? Aku tak kata korang. Aku kata sesetengah orang. Jangan perasan pula tau. Kalau yang terasa tu, mesti tak kacak orangnya. Huh. Menci.
Okey. Ini bayaran terkini dari program 701panduan. Tak banyak. Ciput aje. Semakin hari, semakin ciput yang aku dapat setiap bulan. (Dalam definisi blog ini ciput=banyak, jadi sila memahami). Ini satu peningkatan yang agak mengagumkan walaupun kalau korang tengok bayaran yang aku dapat dari 701panduan ini cuma naiknya beberapa ringgit sahaja, tapi itu dah cukup buat taman-taman bunga dalam hati aku mekar sentiasa. Tak perlu dah nak letak baja atau siram bunga hari-hari.

Wokeh. Tips untuk buat duit dengan 701panduan. (Gantikan 701panduan dengan Nuffnang, Innity, Advertlets, Adsense, Bidvertiser dan 1001 macam program yang sama waktu dengannya)
1. Buat blog baru.
2. Target untuk blog baru ni jadi superblog korang.
3. Bukak surat khabar online atau gi je blog2 popular.
4a. Copy paste kalau ianya dari surat khabar atau Bernama.
4b. Copy paste macam tips 4a TAPI tambah ulasan kat bawahnya.
4c. Karang ayat sendiri tetapi isinya tetap korang tiru dari surat khabar tu.
4d. Pilih antara 4a, 4b atau 4c. Aku cadangkan 4b atau 4c. Kalau malas. Buat aje 4a. Kekadang aku buat 4a kalau aku dah malas sangat. Ingat aku rajin sangat ker??
5a. Berlatih untuk publish artikel sehari 1 artikel. (level 1)
5b. Berlatih untuk publish artikel sehari 2 artikel. (level 2)
5c. Berlatih untuk publish artikel sehari 5 artikel. (level 5)
5d. Berlatih untuk publish artikel sehari 10 artikel. (level otai)
5e. Berlatih untuk publish artikel sehari 20-30 artikel sehari. (level Son Goku)
5f. Berlatih untuk publish artikel sehari 100 artikel (level Madara)
5g. Sila pilih antara 5a hingga 5f. Setakat ini, aku baru sampai level Son Goku.
6. Maintain selama 3 bulan atau 90 hari. Skip 1-2 hari takde hal.
7a. Bulan pertama. Letak Nuffnang.
7b. Bulan kedua. Letak Advertlets. Buang Nuffnang.
7c. Bulan ketiga. Letak 701panduan.
7d. Setahun kemudian. Letak Innity. (Masa ni, trafik 1k sehari dalam tangan). Confirm. Kalau tak dapat, maknanya sah korang tak kacak. Huh.
8. Korang dah jadi kacak macam aku.
9. Ulang step 1 sehingga step 7 dengan blog baru.
10. 1 blog misalnya dapat RM300. 10 blog. RM3000. Ok. Korang dah kaya.
11. Kalau gagal juga, ini bermaksud korang tak kacak. Itu sahaja.
12. Awas, benda ni akan gagal jika korang malas.
Aku seorang yang sangat pemalas. Lebih tepat, super pemalas. Rakan sekerja pun kata aku malas. Tapi yang mereka puji dengan aku, aku buat kerja tip top. Walaupun aku jarang basuh kereta, kawan aku semua mengakui bab rajin buat kerja dan ketelitian menyelesaikan masalah adalah kepakaran aku. (Sila baca dalam hati yang bengkak). Bukan aku nak riak apa. Ini kawan aku cakap. Aku copy dan paste aje. Dalam hidup aku, nisbah malas dan rajin adalah 9:1.
Dan dalam keluarga aku, akulah orang yang paling malas dalam pelbagai aspek. Malas bangun tidur, malas memasak, malas basuh pinggan, malas basuh kereta, malas basuh baju, malas lipat kain, malas tidur(Err..), malas mandi, malas segala bagai. Tapi dalam bab komputer, internet, sukan, result peperiksaan, siapa beli kereta dulu dan macam-macam lagi, akulah yang juara. Macam mana aku buat? Memaksimakan sikap rajin sebaik mungkin dan belajar untuk multi-tasking dalam sesuatu masa dengan kreatif dan bijaksana. (Okey, aku tahu korang tengah rasa menyampah kan)
Gambar aku tengah tertidur dalam seminar Speed Adsense. Haha
Trik rahsia aku untuk menjadi seorang yang multi-tasking. Tuk Guru aku adalah Naruto. Belajar satu-satunya ilmu ninja iaitu Kage-bunshin No Jutsu. Jadi, korang boleh buat klon masing-masing untuk buat banyak kerja dalam masa satu yang sama..bla..bla.. (Ok. OKKK!. Aku melawak lagi)
Sebenarnya, korang tak perlu jadi blogger super atau menjadi seorang blogger yang tahu serba-serbi untuk dapat duit yang kencang melalui blog atau mana-mana program. Asalkan korang fokus dan stick pada cara yang aku tulis ni, insya-Allah. Tak mustahil korang boleh capai level Madara. Setakat ni, aku cuma mampu capai level Son Goku. Itupun kadang-kadang jatuh balik ke level 1 atau level 2.
Ini bukti aku dah sampai level Son Goku. Sila cari yang paling kacak. Bukan photoshop punya tauu..
Ok. Itu aje tips untuk hari ini. Tips ini mencadangkan korang ceraikan Nuffnang dengan talak 3 dan korang boleh beristeri dengan Advertlets, 701panduan dan Innity pada masa yang sama. Tapi kalau korang takut berlaku adil. Pilih salah satu atau berbini dua sahaja. Kebanyakkan blog aku, berbini dua. Advertlets dengan Innity atau 701panduan dengan Advertlets. Blog aku yang jenis setia ada beberapa sahaja dan yang paling setia adalah blog ini. Setia dengan Nuffnang.
Wokey. Aku dah cerita apa yang korang patut buat. Tinggal ikut dan buat. Tak nak buat tak apa. Aku tak paksa. Tapi kalau nak cuba dapat RM300-RM500 setiap bulan selepas 6-12 bulan berusaha, tak salah korang cuba cara yang aku cadangkan ini. Berkesan pada aku. Tapi aku tak tahu kat orang lain.
**Tak semestinya apa yang aku tulis ni betul. Ada yang aku tokok-tambah untuk bagi penyeri artikel ini. Tapi apa yang aku cerita kebanyakannya adalah dari pengalaman 4 tahun lebih sepanjang aku menulis blog. Ini aku tak tipu.
Ps: Babai. Aku bercuti sampai hari Isnin. Jadi, tak ada post untuk 2 hari.






wah..banyak tu. bukan ciput la..
ehhemm. ehemm..kacaknya dia..
rina. ciput je la. orang nak banyak lagiii.
baru tau ke aku kacak? Haha..
haha untunglah kalau dapat sampai level madara tu..tapi kalau guna tips 4a sampai c,aku tak rasa payah pun
perkongsian ilmu paling iklas pernah aku jumpa hahahah
aku tak bosan tapi dengki dengan kekacakan kau… sedangkan aku pun kacak juga heheheh
ni over bnyk ni ko dpt. amboi. pnuh ikln aku nk psng ni kng. haha. terbaik bro
apsal 701 panduan x aprrove lagi? pelik2
wahhh..dapat lagi. dengki juga kat ko broo..
memang sangat kacak cara kerja
eh, ko pakai tali pinggang putih ke merah?
izwannizam. boleh aje sebenarnya. Sapa-sapa pun boleh. Kena rajin je. Aku nak sampai level madara pun boleh. Tapi masalahnya, aku ni super pemalas..Grr..
dnobiz. Ehh, selama ni tak ikhlas ker??
acapz. Dah orang dok sibuk tanya macam-macam. Aku bagitaulah. Ada lagi yang dok sibuk tanya pasni..aku bagi tendangan padu maut. Huhuh..
sjiehan. Emm..contact diorang. Banyak kali. Hari tu diorang email aku, minta aku bagi no ic sebab sistem pembayaran sekarang berbeza. So, aku reply balik aje email yang diorang bagi tu.
akazuma. Ko dari dulu mana penah tak dengki dengan aku. Hehe..
tehr. Hehe..itu cara kerja cincai aje tu. Yang teliti punya, tak larat aku nak tulis kat dalam blog ni..
dalam silat cekak ustaz hanafi, ada 3 kaler aje. kuning, merah dan putih. kuning tu untuk guru utama aje. Sorang aje leh pakai warna kuning. Yang merah ni, biasanya pembantu jurulatih atau jurulatih, atau orang yang layak dapat. Ada syarat-syaratnya. Ada sijil lagi tu. Hoho..aku? la..tak nampak ker? tu warna merah tu..cari yang paling kacak sekali. Itulah aku. Haha..
Putiih ni bukan taraf paling rendah. Orang yang dah tamat atau habis silibus aje dan dapat buah rahsia aje yang leh pakai uniform dan bengkung putih tu. Yang lom tamat, pakai t-shirt silat dengan seluar sukan aje. Hehe..
teringat masa aku nak tamat dulu..dekat 2 tahun jugaklah sampailah dapat buah silat yang terakhir tu dan juga satu-satunya jurus serangan dalam silat cekak hanafi.
seronok sebenarnya belajar silat ni. Hehe..sekarang aje aku tak aktif. kat ums dulu aktif.
halamak… macam menyampah aje laa… meluat aku tengok komisen tu… hahahaaaa…
ciput yang lumayanzzzz
aku nak jugak laaa… lalalalalalaaaa…
halamak… kod dia aku belum letak dekat blog macam mana nak dapat… update blog pun malas macam mana nak dapat…???? hehehehee
hahaha..income ko memang kacak..aku nak tiru kekacakkan ko nnti..haha
Patutlah banyak income, tuan blog kacak rupanya. Hehe
giler lah..kena cuba ni..weh
adoi byk tu….phewww tak mo blanje mkn ke bro… huhu…kentanglah punye tips….
Entri Terkini | Rambut panjang, pendek mana lebih kacak?
erm, aku dapat jawapan yang aku cari dekat dalam entri ni… hehe… terima kasih…
sekarang ni aku langsung tak ada income online… dulu adalah sikit… huhu… kena mula kayuh balik perlahan-lahan…
Memang kacak boleh tidur kat seminar.
Baru tahu, macam tu rupanya nak dapat income online yang kacak macam blog ni!
Den tak reti la nak cek berapa jumlah terkumpul skang ni. Buleh cek 2 bulan je kan.
Keseluruhan tu den tak tau
dahsyat la tips ko.patut la ko banyak buat duit ni
xnak cita psl chitika ke?ke duk kaji lg nih?kui2
wooo…bes tul la tetiap hari dapat komisen
AKu paling tinggi pun 4 artikel je sehari.. Kalau lebih aku jadi biol..ha3..
hehe, aku ingatkan, lepas level Son Goku, level Super Saiya.
1 blog pun terhegeh-hegeh update titan sekarang bijak sikit guna shedule kalau tak ada depan pc post ada je…
ikut kemampuan sendiri.. jangan paksa sendiri….. apepun aku lagi suka originality…
asyik msk blog ni cerita psl duit..jeles 1000x!! ;P
huhuhu susahnya nak jana wang dr blog…
x pernah cuba g panduan701 nie.. banyak gak masyuk tu…
abdfatah. haha..cubalah rajin sikit..
blackrosehunter. Sila. sila jadi kacak.
Miss Yati. Hehe. baru tahu ker..
kazen. leh je. meh datang banting.
Fahmi Razali. Haa, apa yang ko dapat. Meh citer sket. hehe
Kak long mawar merah. Banyak cara lain. ini salah satu aje. hehe
GM. ko kira aje setiap bulan. lepas tu tambah la. senang aje. hehe..
Pacifista. Dah orang tanya, aku bagitau ajelah apa yang aku buat. hehe..
ultraman_88. Chitika? Lom cukup bagus lagi. Aku kena usaha lagi kuat lagi.
Shahrul. Hehe..aku pun terasa best gak.
Jai. Yang aku buat ni pun dah buat aku jadi gila. So officially. Aku dah leh masuk kategori orang gila gak. haha..
amirulfaiz. Hehe..tak sesuai. hehe.
azura. Hehe..kena jadi bijak dan inovatif. hoho..
zik. Betul. Jangan paksa diri. Hehe..
cik tom. Err..boleh tambah bilangan 0 tu lagi??
aktechpage.com. memang susah.
Mr Rileks. Ha.leh la cuba lepas ni.
Aku dah ada akaun 701panduan.. tapi aku tak ingat script dia… bro macam mana nak dapatkan script dia yea?
kakyong dah letak adverlets sejak may 2011.. 1st cash out jun 2011.. sampai skrg ni depa tak abayr lagi.. dah jenuh follow up.. email.. tp xde respond pun.. rasa nak buat adver tu.. tp nak claim juga sbb ade rm400++ yg adver tak pernah bayar tu.. huhhh..
kene hantar email? aduhai… susah la cam tu….
Sambil menulis sambil berkongsikan tips. Terima kasih Bro.
Gambar Bro yang mana 1 ya? Pakai kaca mata?
Salam;
Tahniah bro; makin banyak komisyennye. Yang penting ilmu dikongsi ini menambah lagi masyuuk; amin!
Apa pilihan si dia
Hahaha.. Sengal tol entri ko ni.. Entri berbentuk tips tapi dalam keadaan sengal + santai.. Hahha.. Best2..
Aku rasa mcm nak cuba 701panduan la.. Tapi ni 1st time aku dengar pasal tu..
tips yang bagus untuk aku gunakan ni. memaksimakan kerajinan dan jadikan naruto idola.hehe..
aku pasti ko mesti mempunyai hati yang suci, sebab boleh naik awan guling macam goku.haha..
jenuh la wehh nak update banyak camtuhh..haha
Level 2 tu pernah sampai kot, suatu masa dahulu.
Tapi waktu itu zaman jahil bab buat duit dan trafik ini, tulis for passion sampai pernahlah keluar artikel kat IluvIslam
Sekali itu trafik naik. Superblog hmmm…
tips terbaik bro… aku baru dapat bereksperimen dengan 701panduan ni. nak kena ikut gaya bekerja en titan lah. barulah hasilnya ciput yang lumayan…
dah sampai tahap super saiyan ke berapa bro?..hehe anyway bagitau jalan berblogging tinggal lagi nak kayuh jer tu.
satu je aku nak cckp ! artikel ni kacak !!!
Tak salah langsung dan tak ada masalah kalau titan nak tulis pasal komisen hari-hari kat blog titan sendiri. Entri pasal duit-duit ini sepatutnya menjadi “booster” untuk orang yang membaca dari sudut positif.
Belum berjinak dengan 701Panduan ni. Blog-blog yang ada belum mencapai tahap superblog macam titan, semuanya masih berstatus babyblog..hehe..Apapun, menghasilkan superblog tentunya satu pengalaman yang menarik untuk seorang blogger simpan sebagai kenangan sepanjang berblogging.
Keep up the good work!
alhamdulillah..duit lagi!!
duit le….klu tak duit..bukan earncent.com !!haha
hehehehehehhehe
2 je aku mampu komen…
lawak lu
rajin buat lawak..
aku dah jumpa point rajin ko
amboi….mcm2 nyer cara nk dpt income dr blog…tp cam pening je nak tukar2 adv tu…nti klu terlebih masa nak try gak..
http://drieannastop.blogspot.com
memang tahap son goku ni..jom cuba
Mejuez. Cuba ko tengok inbox ko. Mana tahu ada dalam email yang diorang bagi. Kalau tak dapat, ko kena email diorang dan mintak kod banner tu.
kakyong. Yap..dah lama gak tak dapat duit dari advertlets nih.
sjiehan. Dah itu aje caranya. Nak buat macam mana..
Hadi Rofiee. Haa. yang tu la..
musi. Betul. Betul..
Umar Faruq. Benda sengalnya. Haha..
wandisini. Awan guling dah naik langit balik dahh..waa…
OrangAkaun. Memang jenuh pun. Aku sendiri dah tak berapa larat dahh..
muhammad fakhruddin. Hehe..ada masa, kita rajin. Ada masa, kita tak berapa rajin. Biasalah tu.
alamonline. Memang kena kerja keras pun. Hoho..
bukit gambang. Yapp. Tinggal nak kayuh aje lagi..
mat teropong. Alhamdulillahh..
farahaznil. Hehe..
topiJerami90. Aku memang suka benda-benda kelakar nih. Haha..
cinta. Hehe..jom. jom.
Pehh…super blog maaa…aku lom cobe,so lom tau kemampuan aku nak jadik apa..Son Goku ataupun Madara…hehehe
wahh bnyk jugak tu .. hikhik
thanks bro,nnti Wan nak buat satu blog lagi dan tiru apa y ko kasi ni.Terbaikkk…
aku dah buat dah satu super blog titan,dan sekarang ni aku tgh berlatih nak buat level otai punya…