Pejam celik, bangun tidur, tergolek-terlanggang..kita dah nak masuk tahun 2012. Jadi, aku rasa ada banyak perubahan yang berlaku pada diri aku dan juga orang disekeliling aku. Aku rasa aku tak banyak berubah. Tapi rakan-rakan aku kata aku dah banyak berubah. Jika dulu aku ni orangnya serius, sekarang mereka kata aku berpotensi jadi seorang ahli lawak. Jika dulu aku ni orangnya jahat, kawan perempuan aku kata, aku dah menjadi seorang lelaki yang romantik. Jika dulu aku ni tak pandai berenang, sekarang? Mereka kata aku dah pandai mencuri hati mana-mana gadis yang aku mahu. Jika dulu aku ni suka terajang orang, tapi hari ini..mereka kata, akubukan setakat terajang orang, tempeleng lembu pun aku boleh buat. Entahlah, itu yang mereka kata. Bukan aku kata..
Tahun 2011 ni sebenarnya merupakan permulaan bagi aku untuk lebih serius menjadi lebih matang. Itu aku akui. Mak aku pun dah bising. Bila aku nak berubah. Jadi lebih dewasa sikit. Umur dah 27 tahun, tapi perangai macam kanak-kanak liar berumur 7 tahun. Tapi ada gak perempuan boleh teka umur aku ni 17 tahun. Walaupun aku kurang percaya, tapi aku terima dengan hati terbuka. Ya, aku dah tak leh main-main. Ada hati yang perlu dijaga, ada emak yang wajib disayangi, ada nenek yang perlu dipujuk sentiasa dan ada ayah yang perangainya kool sepanjang masa. Ya, aku terima. Aku cuba berubah walaupun tidaklah 100%.

Bab kahwin. Bukan aku tak nak. Nenek, mak, makcik, adik perempuan aku, kakak aku..paman, ipar duai, mak mertua pakcik aku..atok nenek belah kiri kanan dan juga kawan-kawan kipas susah mati aku semua dok suruh aku kahwin cepat. Cukup-cukuplah jadi kacak tu. Kena jadi lebih kool lepas ni. Bujang itu kacak. Berkahwin itu kool. Yelah, bukan aku tak nak. Cuma aku tak boleh bagi masa yang sesuai lagi. Calon-calonnya ada. Kalau jadi, aku bagitaulah kat korang. Siapa yang pernah komen kat blog aku tak datang masa 4 kali hari kahwin aku nanti, aku bagi buah siku potong kat rusuk kiri dan kanan korang. Grrr..
Aku rasa sebahagian besar dari korang dah tahu sedikit sebanyak tentang Titan dan siapa disebalik nama Titan. Ya, nama sebenar aku pun korang dah tahu. Stalker-stalker aku pun rasanya mungkin dah tahu rumah mak bapak aku. Tak mustahil juga diorang tahu macam-macam pasal lelaki kacak seperti aku ni. Jadi, kalau korang dah tahu. Terima kasih kerana ingin mengenali tentang Titan dan aku. Sungguhpun Titan adalah watak khayalan yang aku reka sejak aku awal menulis blog, aku tak sangka dalam macam-macam watak yang aku wujudkan, nama Titan yang lebih berjaya dan dikenali ramai. Entah dari mana auranya, entah dari mana datangnya kekuatan nama Titan tu, aku rasa korang saja yang tahu. Betul tidak?
Jadi, jika aku ada buat salah pada tahun 2011 ni dan tahun-tahun sebelumnya. Maafkanlah aku. Jika ada aku terkata sampai terguris hati lemah korang tu, ampunkanlah aku. Jika ada kata-kata jahat aku tu menyebabkan korang merajuk dengan bini-bini korang tu, jika ada ayat-ayat manis aku tu menceriakan hati awek-awek korang, jika ada pakwe yang tertekan kerana awek korang hari-hari baca blog aku berbanding blog korang..aku harap korang maafkan aku. Sekali lagi. Untuk tahun 2011 sahaja. Maafkanlah silap-silap aku yang lepas. Tapi tahun 2012, aku tak berani jamin aa. Haha..
Sekian, filem pendek 2011 telah tamat dalam versi kata-kata. Nama filem pendek ini adalah Tentang Titan. Insya-Allah akan ada sambungan filem pendek Tentang Titan pada tahun 2014 nanti.
keterangan gambar: Gambar hari raya tahun ini ketika di Sekolah Mak aku buat jamuan raya. Tak aku sangka, ramai juga cikgu-cikgu perempuan muda yang comel-comel. Lupa, inilah gambar disebalik nama Titan yang korang kata kacak tu. Bukan senang aku nak tunjuk siapa sebenarnya orang yang mencipta nama dan watak Titan ni. Haha..
Ps: Tema untuk tahun 2012 - Hidup untuk lebih kacak.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














