Ok. Aku tahu. Tajuk memang macam hampeh semacam aje. Tapi sebab blog aku, jadi suka hati akulah nak letak tajuk apa kan? Semua benda aku nak tulis kacak. Biarlah..ini salah satu taktik gerila yang aku gunakan dan aku rasa ramai yang dah terkena dengan serangan gerila aku ni. Term kacak ini menjadi mimpi ngeri bagi mana-mana blogger atau pelawat yang masuk ke blog aku. Betul tak? Kalau korang dok rasa menyampah atau dok tersengih bila aku gunakan perkataan kacak itu dalam blog aku, aku yakin taktik gerila aku ni dah berjaya. Jadi, sila ucapkan tahniah pada aku. Cepat. Haha..
Ok. Abaikan perenggan pertama. Kita masuk ke point yang lebih utama. Aku rasa semua orang tahu kalau korang nak buat duit ke korang nak orang beli barang korang ke, korang nak jual produk online atau offline ke, trafik itu sangatlah penting.
Tanpa trafik, duit takkan masuk ke akaun bank korang. Jadi, kalau korang beranggapan bahawa dengan setting blog dan pamerkan barangan yang korang hendak jual tanpa buat promosi, adakah ianya mudah untuk mendapat jualan? Adakah korang buat kedai di facebook, pamer apa yang patut, spam wall kawan-kawan korang boleh boost jualan korang dengan begitu berjaya? Jika ada yang berjaya, itulah kejayaan separuh dari 1% untuk berjaya tanpa buat promosi secara berkala. Maksud aku, kalau korang mahu orang kenal produk korang, orang suka produk korang, korang mesti lakukan promosi. Promosi itu sangat penting dan promosi itu ada banyak cara, banyak taktik dan juga banyak tekniknya. Yang perlu korang cari adalah cari, kaji, usaha dan ulang. Itu sahaja. Nampak macam mudah kan? Tapi sebenarnya ianya adalah super susah.
Dan kelebihan aku pula adalah dari segi buat duit melalui blog. Aku ada dua kepakaran atau kelebihan yang aku rasa aku boleh tonjolkan.Aku cerita satu je dulu.
Bukan mahu riak. Tapi aku cakap berdasarkan apa fakta dan bukti. Ok. Kita ambil benda mudah. Program Nuffnang. Aku berjaya buat duit dengan Nuffnang. Itu fakta. Sudah
13 cek nuffnang aku dapat dari Nuffnang dan cek ke 14 pun tak lama lagi akan dapat. Ini bukti. Kita masuk pula bahagian yang lagi susah. Program Innity. Aku pun berjaya buat duit dengan Innity. Ini fakta. Kejayaan aku? Aku berjaya
dapat duit 11 kali dari Innity. Bayaran untuk kali ke 12 dan ke 13 memang aku yakin confirm dapat. Begitu bulan-bulan yang seterusnya. Cuma kena usaha macam biasalah. Dan semua ini adalah hasil dari kejayaan aku memanipulasikan teknik, cara, tools dan taktik aku untuk mendapatkan trafik yang kacak tak kiralah dengan sengaja atau tak sengaja. Ya, ya aku tahu. Ada orang berpuluh kali dapat duit dari Nuffnang. Ada yang beribu ringgit dapat dari Innity. Aku dapat 13 kali pun nak kecoh ke? Inilah masalah orang melayu. Aku cerita sikit, korang hentam. Aku tunjuk gambar sikit, ko kata aku berlagak. Apa masalah ko sebenarnya? Nak sangat kena terajang dengan aku? Aku rasa ko sendiri faham kan mengapa aku cerita ni semua kan? Untuk bercerita, untuk berkongsi, untuk motivasi dan untuk kebaikan bersama. Itu sahaja. Riak dan bongkak itu adalah tidak kacak.
Ok. Aku bagi bukti trafik untuk salah satu superblog aku.
Blog itu sebenarnya khas aku buat untuk melepasi program Innity yang kita semua tahu memang susah untuk sebarangan blogger lepas. Dan sekarang aku tengok macam senang aje nak lepas dengan Innity. TAPI nak dapat duit dengan Innity setiap 45 hari adalah bukan calang-calang blogger berjaya lakukannya. Ini salah satu bukti trafik untuk salah satu superblog aku.
Trafik jenis macam ini biasanya mampu bagi korang dapat buat duit dengan Innity antara RM50-RM500 sebulan. Bergantung korang selalu paparkan iklan jenis CPM atau CPC. Tapi overall, memang trafik jenis macam ini boleh dapat earning banyak tu setiap bulan. Tak mustahil boleh dapat lebih dari RM500.
Dan ini bukti earning untuk program Advertlets. Aku guna kat salah satu lagi superblog aku yang trafiknya lemah sedikit berbanding superblog aku yang satu lagi. Dalam blog ini, aku letak Advertlets dan 701panduan punya iklan. So far, dari 701panduan biasanya aku leh dapat RM150-RM300 setiap bulan dari superblog ini. Campur dengan earning Advertlets dan beberapa private ads yang lain..bolehlah melebihi RM500 aku dapat dari satu superblog ini pada SETIAP bulan. Tolak kos domain dan hosting..hostgator = 10 dollar setiap bulan. Domain= RM30 setahun. Dan hostgator aku tu berkongsi dengan 3-4 superblog yang mempunyai trafik yang lebih kurang sama dengan superblog ini. Cincai, dalam hostgator aku ada dalam 6 superblog dan 3-4 blog yang bakal dinaiktarafkan ke superblog dalam 1-2 tahun ini. Kos hostgator adalah 120 dollar setahun. Kos domain 10xrm30 adalah RM300. RM300 + RM360 = RM660 yang aku perlu bayar setahun untuk projek superblog aku ni. Untuk makluman, korang perlukan hosting yang boleh support bandwidth, space dan mempunyai kelebihan add-on domain lebih dari 10 domain paling minima. Hostgator leh sumbat banyak-banyak domain. So, aku takde masalah dari segi itu. Bandwidth dan space pun masih bersepah lagi kosong. Jadi, boleh sumbat lagi 100 superblog kalau aku mahu. Itupun kalau takde masalah. Ini belum campur lagi hosting aku kat Onebytes dan Netkl. Masing-masing ada sekurangnya 1 superblog yang trafiknya tak kalah dengan superblog aku di Hostgator. Jadi, korang leh buat kiraan sendiri berapa yang aku mampu dapat dengan apa yang aku cerita ni. Terutamanya pada mereka yang nak sangat tahu berapa aku leh dapat dari blog-blog aku tu.
Sekali lagi. Aku bukan nak riak. Cuma aku nak beritahu situasi sebenar apa yang berlaku dalam projek superblog aku ini.
Semuanya tentang trafik. Trafik korang kacak, duit yang korang dapat pun kacak. Dan selain aku, ada beratus blogger yang lebih baik dari aku. Earning mereka lebih kacak berbanding. Aku ni cuma blogger yang biasa-biasa aje. Memang ada yang kata aku otai. Ada yang kata aku terer dan ada yang kata aku itu aku ini. Tapi aku tetap blogger biasa yang cuma cari duit sampingan melalui blog-blog aku. Cuma mungkin cara aku ini agak luar biasa dari kebiasaan blogger-blogger di Malaysia. Dalam arena bawah tanah, ada beribu blogger yang lebih hebat dari aku. Bila aku tanya earning diorang, memang diorang segan nak cakap. Tapi bila cakap..takde pun ratus-ratus. Semua main ribu dan puluh ribu. Angka ribu ratus ribu ni dah jadi mainan bagi mereka. Terasa kerdil sangat diri aku ni bila dibandingkan dengan blogger bawah tanah ni. Namun, cara, teknik, skill dan teknik mereka memang gila. Tak semua orang boleh ikut dan tak semua orang boleh terima dengan cara gila mereka. Dan mereka ada sebab-sebab sendiri mengapa mereka guna cara tersebut. Ahh, bab ni aku malas cerita. Korang fikir sendiri. Boleh?
Dan sebelum aku akhiri karangan panjang aku ini, aku nak beritahu.
Ini semua earning yang aku tunjukkan adalah berlandaskan kepada Trafik. Ada banyak lagi cara buat duit tanpa memerlukan trafik. Tapi kebanyakan program buat duit adalah berdasarkan trafik. Jadi, sebab itu aku banyak tumpu pada program-program yang membayar kita berdasarkan trafik. Dan sebab itu juga terjadinya artikel ini walhal aku memang tak niat apa-apa nak tulis hari ini sebab aku demam sejak semalam. Demam Malaysia kalah dengan Syria. Grr..
Ada banyak blog yang aku kategorikan superblog. Dan superblog ada nichenya yang tertentu. Ada superblog yang memang mengkhususkan pada trafik. Tapi ada juga superblog yang aku suka berimamkan content dan ayat-ayat kacak mereka. Jadi, terma baru hari ini. Ada 2 jenis superblog. Superblog Trafik dan Superblog Content. Dan ada juga ultrablog. Ultrablog adalah gabungan Superblog Trafik dan Superblog Content. Setakat ini, aku cuma boleh katakan cuma ada 1 blog sahaja kepunyaan aku mencapai taraf Ultrablog. Yang lain, tak leh lagi. Hehe..
Ps: Artikel ini sebenarnya aku buat untuk terangkan kat kawan aku
apa itu superblog. Sebab aku dok jaja superblog ini sejak tahun lepas lagi. Itu yang dia mahu aku jelaskan juga pada dia. Aku harap ko baca. Ko tak baca, aku terajang ko. Penat aku tulis ni wehh..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content