Semalam aku cerita pasal Nuffnang. Bini no.1. Tapi hari ini aku nak cerita pula bini aku yang agak bongsu yang selalu dicemburui oleh si Nuffnang. Yelah..cek dari Nuffnang dah 13 kali. Bayaran dari Innity baru 11 kali. Jadi..of course bini pertama lagi banyak sebab aku kenal dia dulu kan? Huh.
Ok. Ini bayaran ke 11 dari Innity. Tak banyak yang aku dapat. Tapi kira bolehlah untuk aku beli apa yang patut dan bayar apa yang patut. Campur duit Nuffnang dan duit 701panduan yang aku bakal dapat nanti, leh la bayar segala bil yang tertunggak tu. Gaji aku, aku tak nak kacau. Hahahaha..

Nasihat aku. Kalau nak buat duit dengan Innity. Pastikan blog korang ada taraf Superblog. Kalau korang sendiri dah rasa dan layak iktiraf blog korang tu sudah masuk tahap Superblog. Sila apply Innity. Tapi kalau belum cukup afdal dan korang rasa blog korang belum akil baligh lagi. Jangan mengada nak hantar ke Innity untuk cuba nasib. 99% takkan diluluskan. 1%, kira tuah memang memihak pada korang jika pihak Innity pilih blog korang untuk masuk senarai blog-blog kacak yang boleh memaparkan iklan kacak Innity tu.
Jadi, usaha lagi kuat. Tips mudah untuk korang menyasarkan blog korang melepasi syarat-syarat Innity..
1. Pastikan sehari korang boleh dapat sekurangnya 1000 unik visitor sehari.
2. Bila dah lepas 1k unik visitor, impression biasanya akan 2-9 kali ganda dalam sehari.
3. Korang boleh pilih cara mudah atau cara susah. Dua-dua boleh lepas. (Nanti aku cerita)
4. Pastikan korang update artikel setiap hari tanpa gagal.
5. Pastikan sehari paling teruk pun, 2 artikel diupdate.
6. Target untuk 3-6 bulan.
7. Biasanya kalau korang tak hilang tumpuan dan fokus. Bulan 6 tu, insya-Allah blog korang diluluskan oleh pihak Innity dengan syarat, korang buat dan dapat setelkan 6 point yang aku tulis tu.
Dah. Gi buat. Sekurangnya, tips aku ni mampu bagi korang buat duit dari Innity antara RM50-RM300 sebulan. Kalau korang nak lebih, kena usaha lebih. Itu sahaja.
Iklan: Adakah korang seorang yang Player?
Ps: Ngantuk. Lepas tengok cerita Licence to Grill ni, aku tidur. Babai.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















lepas dah submit pemohonan dalam seminggu dapat la email dari pakcik innity… depa kata aku nya blog tak cukup syarat… uuhhhhh pedih kena setempek…. aku lupa nak close or hide post lama aku…
moga makin murah rezki ko titan..murah hati kongsi tips2 nmpak mudah tp ramai yg gagal tengah jalan
titan, aku nak tanya pendapat satu, kalau ko ada satu blog yg uv nye tak sampai 200 uv/day, nuffnang ke innity yg ko tempek?
haaa..sila jawab dgn kacaknya
bila la agaknya nk kuarkan duit plak ye :p
p/s: tapi nak buat artikel hari2 tu yg lemah.. nak spin plak.. rasa tak sedap hati je..