Hemm..antara salah satu hobi yang dah cukup lama aku tinggalkan. Aku sayang betul nak tinggalkan hobi ni dulu. Tapi kekangan masa, kekangan keadaan dan masa yang tidak mengizinkan membuatkan aku leka dan terlupa dengan hobi ini. Huhu..

Benda ni harganya RM4.90. Murah. Dulu, paling teruk pun..harganya dalam Rm10 macam tu. Kalau yang Audley punya, dalam RM10-RM20. Tapi kalau brand Tamiya..mahu beratus juga harganya. Lom lagi bab enjin. Itu lagi mahal. Lom lagi peralatan lain. Dan sebagainya. Lom lagi bila aku gila modified enjin agar jadi lebih laju. Hoho..

cyclonemagnumtaf Hobi seorang blogger separuh masa.

cyclonemagnumtaf2 Hobi seorang blogger separuh masa.

cyclonemangum Hobi seorang blogger separuh masa.

magnumcyclone Hobi seorang blogger separuh masa.

cyclonemangum3 Hobi seorang blogger separuh masa.

magnumcyclonetaf Hobi seorang blogger separuh masa.

cyclonemagnumtaf3 Hobi seorang blogger separuh masa.


Tada! Dah siap! Benda ni popular dulu. Masa aku darjah 6 dulu. Siap bawa gi sekolah kereta Black Horizon dan Super Emperor aku tu.Tapi Super Emperor aku kena rampas dan Black Horizon aku kena buang dengan mak aku. Jadi..aku hilang arah sementara disebabkan mak aku bising suruh aku study. UPSR nak dekat katanya. Terpaksalah aku reda dan tabah. Macam lagu Hazami tu..

Aku dah ada Magnum Cyclone TRF. Korang ada? Sila jeles sekarang.

Ps: Ok, apa pula hobi korang? Aku malas nak main tag-tag ni. Hehe..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 25 comments. Apa plak komen korang?
azura - 15 Nov 11 at 15:30:18
dah lama tinggalkan darjah 6, kalau boleh ulang memang nak ulang zaman sekolah tapi tak nak ulang musim peperiksaan, malas belajar balik…
sukacuka - 15 Nov 11 at 16:36:17
hahahahahahaha…dulu ada mainan ni. Siap lumba dalam longkang lagi tu/
Juan - 15 Nov 11 at 17:22:48
ko ni buat aku teringat masa zaman gilang gemilang permainan nih, banyak juga aku beli masa tuh, siap wayar dalam engine aku pakai kaler biru tuh, nk menunjukkan power, hehehe
sjiehan - 15 Nov 11 at 18:17:42
wahhh teringat muda2 dulu nk pau pic boleh x? ehhehe
sjiehan - 15 Nov 11 at 18:18:53
kete ni org pgl dashang kuro
Sya Isya - 15 Nov 11 at 23:23:53
tak pernah ada kereta mainan. kereta betul je ado. haha
emet - 16 Nov 11 at 00:34:43
Aku ada dancing Doll. heheh
Fazreen - 16 Nov 11 at 02:29:36
Aku dulu memang gila benda ni. 1st time beli brand tamiya dua biji. disebabkan mahal sgt aku beralih ke audley. byk juga kereta aku ada. penuh satu tool box besar. spare part bhgn atas kereta disusun kt bwh. petang2 angkut pergi race.
yas - 16 Nov 11 at 02:51:45
Hobi yg dah lama aku tinggalkan nih….
merahkatak - 16 Nov 11 at 03:46:28
dah lama gila wehh aku tak kereta mini. betul..aku pun guna audley aje. tamiya tak mampu derrr..

tapi enjin paling mahal aku beli harganya rm50. itupun aku dah rasa macam rm500 aje mahalnya. haha..
wandisini - 16 Nov 11 at 06:37:25
dash yakuro. itu tajuk cerita kartun jepun yang cerita pasal kereta ni kan.
dulu aku pun ada gak kereta ni. siapa ada track buatan sendiri, ada ramp untuk kereta melompat
faiz - 16 Nov 11 at 07:06:45
mmg hobi aku gak dulu time sekolah rendah dulu…siap lawan dgn org lain lari dekat jalan sambil kawal kereta pakai kayu..
tehr - 16 Nov 11 at 07:44:16
pernah gak aku pasang benda ni
tolong anak aku, masa tu dia masih kecil
bila dia tido… aku yang main
haha
titan - 16 Nov 11 at 11:51:26
azura. Mana boleh ulang. Tak leh, tak lehhh..

sukacuka. Haa..tau takpe. Aku siap main kat long kang sekolah lagi..hehe

Juan. Hehe..masa dah kerja ni la aku ada duit nak beli menda-menda macam ni. haha

sjiehan. Hehe..janji ko bagi kredit sudah la. ko nak buat apa dengan gambar-gambar nih haa??

Sya Isya. Ehh, semua orang kena ada satu la. gi beli cepat.

emet. Huh..tu kereta orang perempuan la. Gi beli yang jantan punya. haha

Fazreen. Aku pun ada satu box. Tapi mak aku dah buang semua. Menangis aku masa tu. haha

yas. Mehh..join aku balik hobi ni. hehe

merahkatak. Hehe..audley ajelah yang kita mampu masa tu. nak angkat tamiya..mahal giler. haha

wandisini. Hehe..betul. Itulah kartun yang punya angkara..

faiz. Hehe..aku pun pernah gak buat kerja gila tu. Siap cari kayu lagi. Nak tiru punya pasal. Kawan aku siap tibai kayu hoki bapak dia lagi. haha..

tehr. Hehe..ye ke nih. Ye ke. Hehe.. :D
Fahmi Raazali - 16 Nov 11 at 12:14:15
aku masa permainan ni tengah popular tak ada peluang nak main… bila permainan ni dah tak terkenal baru ada peluang main… hehe…
chii - 16 Nov 11 at 15:28:01
tamiyaaa..bestnya..dulu masa umo 11 thn..mmg layn ar anime dash yan kuro…nak beli..mak x kasi..hanya mampu tgk kawan2 main je…

chii nya hobi membaca,menyanyi,tdo..errr…boleh kan :p
bukit gambang - 16 Nov 11 at 16:07:12
bro, beli la sekali dengan track, baru lah gempak.
zik - 16 Nov 11 at 16:44:35
beli track mahal tuh… aku pun minat jgua masa darjah 5,6 gitulah… sekolah menengah dah stop main…
sjiehan - 16 Nov 11 at 17:21:31
nak update jugak la cite cam ni.. dulu main kete dalam longkang sekolah je! hahahaa
semasa - 16 Nov 11 at 18:54:53
mainan aku masa darjah 3 sampai 6 ni.. sanggup xmakan nak beli mainan ni.. hehehe.. nostalgia betul
Hazmin Hamudin - 17 Nov 11 at 00:37:04
fuh… kenangan betul entri ni… memang legend… aku pun terjebak jugak dengan kereta ni. tp dulu memang body tamiya la aku pakai… paling cikai pun audley. rasanya beratus dah abis…ada lagi simpan..tp enjin dah takda dah…
Mejuez - 17 Nov 11 at 06:33:14
Kau buat aku teingat zaman kereta emperor aku laaaaa…. teringat plak aku main benda ni atas jalan dengan member2 aku zaman budak2 main siap buat kayuuu dia untuk kawal kereta ni macam dalam katun dash yon kuro tu… hahaha

wehhh lepas zaman ni zaman digimon yang boleh lawan dua orang tu… alah digimon divice yg petak petak tuuuu….

pastu layan beyblade plak.. haha
hafidz - 17 Nov 11 at 09:26:25
pergh terbaek la dulu ada Super Emperor.
tempat aku takde jual la pulak kereta tamiya ni. nak cari jugak la huhuhu :P
Isu Panas - 19 Nov 11 at 10:09:17
bez2.. kadang2 aku cabut enjin buat bnde lain plk..haha
Danial Razali - 02 Dec 11 at 00:58:33
memang sengal lah.. teringat balik zaman kumpul duit sekolah beli kete ni..haha..TQ bro igtkan zaman kanak2 :)



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011