Semalaam aku dengar kat tv yang keputusan UPSR akan keluar 17 November ini. Kalau tak silap aku, hari Khamis minggu depan. Bila aku fikir balik tentang UPSR, peperiksaan pertama yang pernah membuatkan aku rasa cuak seketika..hati ini rasa gembira. Ada perasaan yang berbunga kembali bila mengenangkan kembali peperiksaan bersejarah dalam hidup aku tu. HOho..
Antara kenangan UPSR yang macam takde kaitan dengan hidup aku. Ahh..korang baca ajelah apa aku mengarut ni. Tak ada idea sangat bila tengah demam nih..
1. UPSR memaksa aku untuk belajar lebih tekun. Percaya atau tidak, aku jenis pelajar yang malas. Yang membezakan aku dengan budak dalam kelas aku, aku ketua kelas. Diorang ana buah aku. Ketua kelas cuma boleh ada 1 orang sahaja dalam kelas. Jadi, itu perbezaan aku dengan budak dalam kelas aku. Jadi, untuk aku belajar dengan lebih rajin dan tekun serta score dalam UPSR, itu satu perkara yang cukup sukar. Emak aku sendiri pelik bila aku study untuk UPSR walaupun ramai orang sedar yang aku ini ada kepada dua orang cikgu. Mak aku dah habis daya suruh aku belajar. Abah aku dah puas kunci pintu tak bagi aku main bola petang-petang waktu UPSR dulu. Sewajarnya anak cikgu patutnya pandai dan rajin, kan? Tetapi ianya terbalik. Aku cuma malas dan kuat bermain. Tapi aku tetap genius dan kacak dalam kelasnya tersendiri. Haha.. (Ok. Aku tahu korang tengah gelak. Jadi, mari gelak sama-sama dengan aku)
2. Masa aku darjah 6, aku tak dapat masuk kelas pertama. Sebab pertama, sebab aku lemah dalam bahasa english. Yang masuk kelas pertama, english mesti A masa peperiksaan akhir tahun darjah 5. Jadi, aku tak dapat masuk. Aku masuk kelas kedua. Ya. Aku agak lemah dalam bahasa english. Korang mesti tak percaya bukan? Dan aku tak pernah dapat A dalam subjek bahasa inggeris baik ketika UPSR, PMR dan SPM. Kat matrikulasi pun tak dapat. MUET pun dapat Band 2 aje. TAPI, masa aku dekat universiti, aku kena ambil subjek bahasa inggeris selama 3 sem berturut-turut. Dan 3 semerster itu, aku dapat A. Berturut. Kini, jumlah blog aku yang ditulis dalam bahasa english lebih banyak berbanding dalam bahasa melayu. Korang mesti tak percaya kan? Aku sendiri pun masih tak berapa nak percaya.
3. Aku benci subjek bahasa english sampailah aku tak suka dengan cikgu bahasa english aku. Semuanya mesti orang cina dan india. Dari dulu sampailah sekarang..cikgu english aku mesti terdiri dari orang cina atau india. Yang melayunya, adalah sekali dua. Dan sampai hari ini, aku masih benci subjek ini. Tapi untuk berjaya dalam dunia blogging di Bumi, bahasa english adalah bahasa utama yang membantu aku menjana pendapatan yang lumayan diinternet. Jadi, nak tak nak, aku kena tahu bahasa english walaupun secara jujur, aku masih benci bahasa english. Huh..

4. Ketika tahun 6, aku pernah mendapat 100% untuk subjek matematik untuk seluruh darjah 6. Bukan sekali..tetapi 3 bulan berturut-turut. Maksudnya, setiap bulan ada gerak gempur matematik. Jadi, memang kelas Pertama, 6 Cempaka akan fight dengan kelas kedua, 6 Kenanga. Yang menjadi kebanggaan aku dari dulu sehingga sekarang, memang matematik kat sekolah Sri Langat tu, aku yang pegang. Haha..memang gembira sangat bila dapat tahu budak-budak pandai dalam kelas 6 cempaka yang kononnya tergolong dalam geng-geng elit sekolah yang bakal mengharumkan nama Sri Langat dan mendapat 4A dalam UPSR. Itulah saat terbaik dan terkacak yang aku masih ingat. Sampai guru matematik kelas 6 cempaka buat sesi mengamuk kat kelas mereka sebab aku beat 30 orang lebih budak-budak elit dalam kelas diorang. Sampai satu tahap, budak kelas diorang mengadu kat aku suruh aku jangan dapat 100% markah lagi. What??
5. UPSR zaman aku adalam yang terakhir ada 4 subjek. BM penulisan, BM pemahaman, Matematik dan Bahasa Inggeris. Tahun 1997, subjek Sains dimasukkan dalam UPSR. Jadi, ada 5 subjek.
6. Keputusan UPSR aku sangat teruk berbanding trial. Trial, aku dapat 3A 1B. Keputusan UPSR sebenar, aku dapat 2A 2B. A untuk BM pemahaman dan Matematik. B untuk BM penulisan dan English. Ciss…tu la. Bajet genius sangat lagi. Grrr..
7. Kepada semua budak UPSR tahun 2011, aku harap korang dapat semua A. Jangan jadi aku. Menjadi pembenci subjek bahasa english yang tegar. Belajar betul-betul dan jadilah orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Yang lebih penting, hormati ibu bapa kita.
8. Even mak dan abah aku seorang guru. Mereka tidak pernah mengajar aku subjek di sekolah secara formal. Maksud aku, takde didikan khas tentang silibus sekolah. Yang abah aku ajar, dia ajar aku ngaji aje. Salah sikit, kena rotan. Lepas darjah 6, barulah aku dihantar ngaji kat rumah ustaz lain. Prinsip abah aku, dia tak suka mengajar anak sendiri. Dia suka orang lain ajar anak dia. Dan dia bagi LESEN besar untuk ustaz, ustazah atau cikgu untuk rotan atau pukul atau tempeleng aku kalau aku buat-buat nakal masa belajar.
9. Yang aku paling tak suka masa UPSR, bila budak-budak yang dijangka boleh dapat 4A tetapi tak dapat 4A, semuanya pakat nangis. Ada juga rasa mau kena tempeleng rasanya. Kalau korang dapat 4A, logik sikit kalau menangis. INi tak dapat 4A, apa tengkoraknya nak nangis? Aku betul-betul tak faham. Kalau perempuan tu, mungkin aku terpaksa terima hakikat mengapa mereka nangis. Tapi kau lelaki, apa bangangnya ko menangis sebab tak dapat 4A??
10. Dan yang paling aku suka, bila habis aje UPSR. Seminggu lepas tu, budak-budak yang top masa ujian akhir tahun seramai 40 orang akan melancong ke Pulau Pinang. Time ni memang seronok. Terasa diri tu remaja gila. Maklumlah, kalip pertama keluar Banting BUKAN dengan mak bapak. Abah aku bagi aku RM100. First time aku pegang 2 keping duit RM50 untu buat belanja. Korang leh bayangkan tak apa aku nak beli dengan duit banyak tu? Maklumlah, budak tengah pening pegang duit banyak. Kepala masuk air dibuatnya. Tak, tak. Salah yang korang semua fikirkan tu. Haha..aku bukan beli apa pun. Balik dari Penang, duit baki aku terus beli pistol air yang jenis pump gun tu. Tak sampai seminggu. Pistol air tu rosak. Hampeh.
11. Berita sedih masa kem UPSR kat sekolah. Salah seorang abang kawan aku dan juga merangkap cikgu kat sekolah kitaorang tu meninggal dunia dalam kemalangan. Aku tak sedih sangat masa tu. Tapi aku sedih sebab kawan aku tak bagitau aku pun yang cikgu tu sebenarnya abang dia. Bila dah meninggal baru aku tahu. Huh..
Ps: Dah..datang balik penyakit aku mengarang panjang-panjang. Ni semua demam punya pasal..




Aku sampai sekarang buta BI.. Kalo ada kursus BI kat tempat kerja aku ni, konfirm aku MC..ha3
Aku nak adu kat bro, jangan tulis panjang-panjang lagi. ehehe! Gurau je bro. Kenangan masa darjah 6 memang best! Pasal kenangan Matematik bro sama dengan aku, cuma aku sempat, cuma 1 kali je dapat 100%. Peksa akhir tahun lepas UPSR. hahaha!
Aduhhh aku lupa lah kenangan UPSR aku.. ahahaha
ko dah try jana pendapatan ko dengan http://www.ad4game.com tak???
Cuba laa… pembayaran melalui Paypal..
adeh.. mau keluar dah result UPSR.. Hero kat rumah tu relax jer
oppsss.. my upsr.. malu nak bagitau keputusan.
Bro kira kacak kerana seorang yang pintar. Saya ini perlu berusaha berkali ganda tapi belum tentu cemerlang macam bro.
Orang tua saya tidak pernah hantar tution macam anak-anak jiran lain. Ulangkaji sendiri dirumah.
Saya berjaya menamatkan jurusan Kejuruteraan Elektronik Perubatan pada hal disekolah Menengah aliran Sastera bukan Sains atau Perdagangan. Pelikkan
Saya pun heranlah kenapa seawal pra sekolah sudah hantar tution rasanya anak kecil terlalu diberi harapan tinggi pada usia muda.
ko tua aku setahun..aku upsr 1997…aku pernah amikbalik kertas exam math dekat cikgu aku..dgn penuh yakin aku cakap dekat cikgu,”cikgu saya ada silap satu je cikgu”..nasib cikgu tu baik dgn aku..dia bagi balik kertas tu dkt aku nak btolkan..last2 memang aku dpt 100%..hehe..kenangan lama..
memang teringat sangat kenangan UPSR…. aku benci matematik! huhuhu
wah mmg kacak heee.. 4A bro mas adpt mmg bangga bagai heee
sy tak suka subjek matematik heee..tapi mujur lulus alahai…
erk….walaupun BI kat UIA ni tahap cipan maban tingginya..aku ttp di tahap cool2 aje..lulus suda…jgn smpi fail..maintain pointer aje..hahaha..aku pun bnci BI…aku rasa,aku paling bangang BI dlm kelas..tp bila result keluar..Alhamdulillah ..Yg nmpk top takdelah top sngt..huhu…tp klu ckp maths..aku pun suka..hehe…dulu math aku pun dlm kalangan top2 student..tp skrng hampeh..haha…
saya time sekolah pun sangat… sangat benci dengan mata pelajaran BI. Tapi bukan comprehension atau writing semua tu, sebaliknya asas BI iaitu Grammar. Entahlah… pada saya speaking jauh lebih senang daripada menghafal rule-rule yang ada dalam Grammar…
Bayangkan, saya serius belajar pasal grammar, hanya selepas mengambil MUET tingkatan 6, mungkin atas dasar itu saya hanya dapat band 4…
Menariknya speaking saya dapat markah penuh… hehe~
haha..dashat…muet band 4..mantop tu
harap2 ko cepat sembuh dan tak demam lagi esok2
letih aku nak baca
hahaha
agaknya begini la yang terjadi kan bila org demam..idea mencurah2 untuk bercerita tentang hal lama2..bukan tentang duit..ehehe..okla..nice story..
budak menangih x dpt 4A sebab frust la kot. takut kalo balik umah..mak atau ayah dok hambat ngan rotan..
hurm..dulu ada blaja alam & manusia la kan…
owh,semoga lekas sembuh ye..nanti leh sambung cite pasal duit lagi..ehehe…pasni nak cash out dari program apa plak
wah hebat tu 100% markah penuh matematik, pandai kira duit ni heheh selalu masyuk je
Kak Long gelak sampai rasa nak guling-guling baca kenangan awak ni. Bukan sebab suka yang awak demam, tapi seronok sungguh baca tulisan orang tengah demam.
Jai. Tak baik MC ni..haha..boleh plak ko MC bila benda-benda macam tu plak ye. haha..
Afiffuddin. Haha..aku suka tulis panjang-panjang.
Mejuez. Aku dah try program tu. Cuma kurang minat na serius aje. hehe..
Dulu Lain Sekarang Lain. Biasalah tu. Yang risaunya mak bapak budak-budakk..
gambang resort. Wahh..mesti mantap ni.
akubiomed. Aku rasa takde salahnya kalau diorang mampu nak hantar anak diorang ke kelas tusyen. Cuma kalau tak menjadi..jangan disalahkan si anak dan orang sekeliling..
faiz. Hehe..nak juga dapat 100% tu. Tapi memang bukan senang nak dapat markah penuh kan? sekarang ni, lagilahh..
hafidz. Best woo matematik nih..
suri. Ehh..aku tak dapat 4A la..
farahaznil. Aku tahu ko memang hampeh. Haha..
Mama Murai. Hehe..tak nak kalah gak tu. hoho..
farahaznil. Tau takpe. Bukan cam ko..
tehr. Haha..tau takpeee!!
chii. ada ke budak kena rotan sebab tak dapat 4A? pelik wehh..
nuriz. See the leg la wehh. haha..
Kak Long Mawar Merah. Ehh, tak baik gelak-gelak macam tu. Hehe..
hahaha…sekali sekala boleh layan entri panjang2 gini..kalau byk kali, mau pening aku…hahhaa (nasib baik ko guna point2
)
yg paling sama dgn aku ialah no.7..budget result power, sekali teruk dari trial..
adui…tp aku rileks jer time tuh.. huuuuh
wahh baru tau ang tua setahun je dari aku haha,time zaman aku upsr dah start 5 subjek huhuhu, tahniah bro
ahahhaa ade typo lagi.. maklumlah, kalip pertama keluar banting… hehehe..
farah leading… budak uia la katakan… demmm
aku pon x terer bi