Aku tengah demam ni. Tapi sebab aku rasa macam mengidam nak makan sesuatu yang manis, jadi terjadilah entri ini. Ya..aku terasa nak makan ApamPolkadot. Maklumlah, orang demam ni memang pelik sikit peelnya. Mesti ngidam nak makan benda pelik-pelik sikit. Dulu pernah makan sekali. Sedap, manis dan menggembirakan hati-hati orang yang memakannya. Jadi, untuk korang yang mahu menggembirakan hati-hati orang yang korang sayang, atau mahu menyejukkan hati bos korang yang tengah mengamuk kat office tu, apa kat korang order ApamPolkadot ini dan bagi kejutan kat bos korang tu. Mesti dia sayang korang ketat-ketat punya. Hehe..
Tadi aku bagitau kawan aku, kalau dia pun nak makan Apam yang warna-warni ni. Sekali..ada gambar baru yang diorang dah update. Jadi, aku kongsikan pada korang. Kalau korang terasa lapar, aku syorkan korang gi order Apampolkadot ni. Siap boleh dapat diskaun 10% lagi. Dan jika korang tempah untuk kali kedua, korang boleh mendapat diskaun 15% pula. Haa, tapi ada caranya. Tak susah pun.

 
 
Huhu..ini gambar-gambar Apampolkadot yang kacak ni. Nak makan pun rasa sayang aje. Menambahkan rasa geram pun ada. Masa aku makan dulu, aku biar aje. Sekali kawan-kawan aku tibai satu demi satu. Last-last tinggal dua biji aje. Jadi, nak tak nak aku kena makan gak even rasa macam sayang nak makan. Bila dah makan, aduhh..menyesal pulak rasa tak makan dari awal. Grr..
Dan sekarang, dah 2 hari aku demam. Nak makan pun tak ada selera. Pandang nasi pun macam semut yang sedang kelaparan tetapi takut nak makan gula sebab ada penyakit kencing manis. Kena pula, aku tengah sibuk sangat sekarang ni. Kerja banyak bertimbun. Jadi, kena pekena Apampolkadot ni dulu agaknya. Baru bersemangat nak buat kerja. Betul tak? Hoho..
Kalau korang pun terasa geram nak makan Apampolkadot ni, jangan segan dan malu untuk order Apampolkadot. Kesedapannya takde nilainya. Yang pasti, bila dah habis makan. Korang mesti rasa nak lagi. Jadi, sila order dalam bilangan yang banyak agar korang rasa puas hati. Nanti tak puas hati, korang marah aku pula. Aku tempeleng kang. Baru tahu. Haha..
Ok, leh gi order kat sini: Order ApamPolkadot
Ps: Serius, memang aku tengah demam. Nak update blog pun susah. Ni pun aku struggle nak tulis sesuatu. Kalau tak, aku sendiri rasa tak sedap badan. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















taksampaihati pula aku nak makan…
bak sedekah aku apam ni
kalo beli apam ni..pastu frame kan bleh dk :p sayang plak nak makan
p/s : Pernah makan ke? Sedap?