Ok. Rasanya dah berkurun aku tak dapat duit dari Bidvertiser ni. Nak buat macam mana kan, bukannya ramai yang dok klik iklan Bidvertiser yang terpampang kat blog-blog aku tu. Kena pula aku letak kat 3-4 blog sahaja. Jadi, memang cukup susahlah aku nak cashout duit dari Bidvertiser. Bila dah dapat bayaran terbaru dari Bidvertiser ni, dah cukup mengharukan aku. Lagi-lagi korang. Mesti lagi terharu kan?


1. Ini bayaran yang ke 3 dan ke 4 dari Bidvertiser. Bayaran kedua dari Bidvertiser, aku dapat pada bulan 11 tahun 2010. Ini bermaksud, aku perlukan 1 tahun untuk dapat bayaran dari Bidvertiser? Ohh, ini tidak kacak langsung. Aku kena berusaha untuk dapat sekurangnya 2 bulan untuk 1 komisen. Itu baru blogger kacak namanya. Haha..
2. Minimum bayaran dari Bidvertiser adalah 10usd. Kali ini aku dapat 2 bayaran. Tapi setiap bayaran tak cukup 10usd. Jadi, gabungan bayaran ke 3 dan ke 4 membuatkan aku layak untuk dapat bayaran dari Bidvertiser kali ini. Nampak sangatlah earning Bidvertiser aku lembab gila..
3. Bidvertiser boleh bayar kita melalui cek ataupun akaun paypal. Jadi, kalau korang jenis sentimental macam aku, bolehlah tunggu cek Bidvertiser sampai ke rumah. Aku tak mahu. Tak mahu aku tunggu dekat setahun untuk cecah payout dan kena tunggu pula 1-2 bulan untuk dapat cek. Jadi, aku memilih paypal untuk terima duit dari Bidvertiser. Cukup 10usd, diorang akan transfer pada hujung bulan. Itu lebih bagus.
4. Cara nak buat duit dengan Bidvertiser ni sama sahaja dengan program-program lain. Memandangkan Bidvertiser lebih kepada Google Adsense yang mana kita akan dibayar bila ada orang klik pada iklan kita, jadi modus operandinya sama. Teruskan usaha untuk dapatkan lebih banyak klik walaupun aku tahu memang tak banyak iklan yang boleh merangsang nafsu blogger untuk klik iklan kat blog orang lain.
5. Bila Bidvertiser pun ada iklan popup. Ini membuatkan aku sedikit menyampah. Tapi aku malas nak buat apa-apa. Biarlah keluar popup. Yang susah bukan aku. Tapi pembaca aku. Haha..kalau korang rasa menyampah dengan iklan popup tu, korang klik pada pangkah sahaja. Terus hilang. Bukan susah mana pun. Betul tak?
Ok. Dah. Pi main kat Bidvertiser kalau mahu>> Bidvertiser
Iklan
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 3 dari RO2.biz | Komisen ke 27 dari Paid-to-Promote.net »
















bro, iklan CPM untuk target visitior international yang mana best eh?
sikit pun kacak, kalau banyak lagi kacak
Sobri Mansur. Jap, yang mana satu tagline blog nih? Aku sendiri tak berapa tahu tagline blog aku. hoho..
Orang Akaun K. Adbrite memang aku susah sikit. Dah menghampiri tahap mustahil bagi aku sebab aku sendiri tak berapa suka paparan iklan diorang. Tak tahulah kenapa..haha
hasif yusuf. Alhamdulillah, adalah juga hasil sikit-sikit..
sjiehan. leh la. tak untung mana. Penat lebih adalah. ahhaha..
lanuncyber. Hehe..
nuriz. Biasalah, langit tak selalunya cerah. Kekadang mendung..kekadang datang hujannya. hehe..
tehr. La..takkan tak tahu. Aku kan memang kacak sejati..
hairul hisam. Hehe..ni baru lubuk. lom jumpa kolam lagi..laut lagi. hehe..
GM. Yap, dah ada image. Tapi tetap tak banyak. Diorang takut bayar kita by cpm. Kalau tak..bankrupt diorang. haha..
chii. Setahun gak la. Sebab nilai klik memang ciput. Memang ramai orang malaysia yang klik..tapi kalau 1 klik dapat $0.01..memang sakit jiwa jugaklah..
zik. Ohh..ko dah buang ye kat blog ko tu? Kekadang, selalu gak aku klik iklan bidvertiser kat blog ko tuu. hehe..
hafizmd. Aku memang kacak apa. Haha..
hafidz. Memang kureng. Aku pun rasa nak buang pun ada. Bertahun gak tunggu. Haha..