Aku rasa semua orang kecewa dengan keputusan perlawanan antara Malaysia dan Bahrain. Perlawanan ini penting kerana jika Malaysia kalah dalam perlawanan ini, sudah tidak ada peluang untuk layak ke peringkat seterusnya. Kekalahan juga bermakna 3 baki perlawanan selepas ini cumalah sebagai pelengkap jadual sahaja. Jadi, bila dah kalah, tak ada apa boleh kita kata. Dah tak boleh diulang. Terima sahaja kekalahan ini dengan perasaan yang kurang kacak.
Punca kekalahan?
1.
Nazmi Faiz Mansor. Tak ada pemain yang berjaya mengawal kawasan tengah padang dengan baik selepas Nazmi kelaur akibat tercedera. Bila Nazmi keluar, kita cuma bergantung pada Affizie, Irfan dan Fandi sahaja. Ketiga-tiga orang ni pula tak berapa menjadi. Affizie nampak bermain dengan baik bersama Nazmi. Tapi bila Nazmi keluar, tiga-tiga orang ni gagal mencipta peluang demi peluang dan menjaga kawasan tengah padang. Akibatnya, 3 gol berjaya dikutip oleh Bahrain.
2. Barisan pertahanan. Bila kita leading 2 gol, kita nampak barisan pertahanan kita tampak hebat dan kacak. Tapi bila Bahrain dapat gol pertama, semua kelemahan pemain Malaysia dibogelkan. Satu demi satu pertahanan gagal mengekang pemain Bahrain. Kena pula Bahrain main dengan lebih baik selepas mereka cuma ada 10 orang pemain sahaja. Nampak sangat mereka lebih mahukan kemenangan berbanding Malaysia. Muslim tak main. Dengarnya cedera. Nampak dia kat tempat duduk pemain tadi. Dia tak ada, terasa lain kan?
3.
Khairul Fahmi. 3 gol. Walaupun nampak macam bukan salah beliau 100%. Tapi kalau dah sampai 3 gol, nampak sangatlah Khairul Fahmi kena buat sesuatu lepas ni. Tak boleh nak salahkan saja pada pemain pertahanan, memang pemain pertahanan banyak buat silap, tapi Khairul Fahmi mesti boleh mengurangkan risiko untuk dijaringkan gol. 3 gol Bahrain, semuanya lawa-lawa belaka. Terutamanya gol pertama dan gol kedua. Gol ketiga tu sepatutnya boleh dihalang, tetapi keadaan tengah kelam-kabut, jadi..Bahrain berjaya memperolehi gol ketiga tak sampai seminit selepas mereka dapat gol kedua. Dan satu lagi, dia ketua pasukan sepatutnya dia kena buat sesuatu selepas Bahrain dah leading 1 gol. Nampaknya tak ada arahan tegas dari beliau dan aku tahu sukar dia nak bagi arahan pada pemain yang tengah kacau bilau ni. Ternyata, rata-rata pemain kita gagal menyerap tekanan serangan pemain Bahrain dalam 10 minit terahir tadi.
4.
Sikap pemain Malaysia. Kalau korang perasan, dalam mana-mana perlawanan, asalkan kita mendahului terlebih dulu, biasanya pemain Malaysia ni akan mengamalkan sikap rilek dan bertenang mereka. Dengan aksi kool yang tak berapa menjadi, passing yang kurang kemas, striker yang malas buka ruang dan minta bola jadi, 3 gol tadi sudah buka mata para pemain agar jangan LEKA dan LALAI apabila sudah mendahului pihak lawan. Bila pemain Bahrain cuma tinggal 10 orang pemain, pemain Malaysia pasti yakin yang mereka akan menang. Jadi, aspek pertahanan, kawalan bola di kawasan tengah padang semuanya diabaikan. Semua mahu menyerang. Tapi bila bertahan, lambat untuk patah balik dan berharap sahaja pada pemain pertahanan untuk bertahan. Malas kejar bola. Berbeza sangat ketika lawan dengan Indonesia.
5. Thamil Arasu. Aku tak salahkan dia seratus peratus. Tapi dia seharusnya buka ruang dan minta bola dari pemain tengah. Minta bola dari Nazmi, Irfan, Afizie dan Fandi. Jangan dok mengharap bola sampai ke kaki. Kalau dia terer macam Safee tu tak apa juga. Pada waktu macam ini, memang aku harap Fakri atau Izzaq Faris masuk menggantikan beliau. Bukan Ferris Danial tu.
6. Err..kenapa Badrol Bakhtiar tak main ye?
7.
Strategi Bahrain menjadi. Semua pemain yang injured sebelum ni, semuanya dicederakan kembali. Contoh, Nazmi. Dihentamnya habis-habisan sampai keluar padang dibuatnya. Fandi Othman, mamat ni pun injured. Sebab tu dia main tak perform hari ini. Irfan Fazail. Dia ni lagilah. Masih lagi injured. Tak sembuh sepenuhnya. Tapi dah kena kerah main. Bila main, memanjang kena tendang dan tackle. Mahu tida kecederaan lama bertambah teruk lagi? Syamsul Azwari pula, bila masuk aje, terus kena terjah kat buku lali dia. Aku rasa, memang diorang dah kaji betul-betul pemain Malaysia. Cuba tengok Thamil Arasu. Bukannya diorang jaga sangat. Tapi kalau Fakri atau Izzaq. Aku percaya..ramai yang dok kejar diorang berdua ni. Sebab berbanding dengan Thamil, dari segi menjaringkan gol, Fakri dan Izzaq lebih bahaya berbanding Thamil. Dan banyak lagi. Strategi mereka berjaya pada 20 minit terakhir. Separuh masa kedua..memang milik Bahrain. Separuh masa pertama, memang milik Malaysia.
Tapi 10 minit terakhir, adalah zaman kegelapan skuad harimau muda. Huh..
Ok. Cukup. Yang lain, korang tambah sendiri.
Ps: Geram. Tapi aku harap mereka akan belajar sesuatu dari permainan hari ini. Bukan kita tak kacak. Kita kacak. Pemain kita kacak. Corak permainan kita kacak. Cuma malam ini, pemain Bahrain lebih kacak. Oleh itu, pemain kita kena sedar yang mereka belum cukup kacak lagi untuk bermain dalam Sukan Olimpik.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content