Aku tahu aku akan lebih sibuk dalam 2-3 bulan ini dan pada penghujung tahun ini. Jadi, aku kena buat sesuatu untuk pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com. Ada beberapa cadangan yang aku sudah fikirkan. Jadi, aku mahu minta tolong korang untuk bantu aku memilih apakah keputusan yang sesuai untuk pertandingan ini.
Ok. Aku ada 3 cadangan. Sila tulis kat ruang komen yang mana korang rasa paling sesuai untuk bantu aku ambil tindakan tentang pertandingan ini.
1. Menamatkannya pada hujung bulan ini. Memandangkan cuma 2 orang aje yang telah hantar artikel atau review untuk pertandingan ini, mungkin cuma 2 orang pemenang ini sahajalah yang akan jadi pemenang. Kalau ramai memilih ini, jadi, aku baling dadu ajelah. Siapa yang muncul 3 kali. Dialah pemenangnya. Hehe..
2. Sambungkan sampai hujung tahun ini dan tambah hadiah. Mungkin juga. Boleh juga aku jadikan pertandingan ini sebagai pertandingan penutup untuk blog ini sebelum kita semua masuk tahun 2012. Hadiah akan aku tambah jika ramai yang minta aku sambung atau tunda tarikh akhir pertandingan ini sehingga hujung tahun ini.
3. Batalkan. Jadi, tak ada yang menang atau yang kalah. Duit sponsor aku pulangkan balik dan yang dah hantar artikel, akan aku bagi hadiah yang aku sendiri rasa berbaloi dan lumayan untuk mereka sebagai saguhati.
Ok. Sila pilih.
Secara jujurnya, aku pun tak promosi sangat pertandingan ini sebab aku sangat sibuk. (Serius, memang sibuk) Kebanyakkan artikel kat sini sudah aku setkan masanya. Jadi, artikel itu akan muncul pada tarikh yang sudah aku setkan. Bukannya pada hari artikel itu dikeluarkan. Tapi ada juga artikel yang aku keluarkan pada hari yang sama. Contohnya, macam artikel kopi nenek yang paling kacak dan juga artikel ini. Aku rasa korang boleh agak mana satu artikel yang aku setkan masanya dan yang mana satu artikel yang aku tulis pada hari yang sama. Tapi aku tahu, korang tak kisah kan? Janji ada artikel baru kat blog ni, mesti korang baca. Betul tak? Hehe..
Apapun, sekali lagi. Aku harap korang leh bantu aku buat keputusan. Walaupun benda ni macam remeh dan aku tahu ada yang memperlekehkan apa yang aku buat ni, tapi aku tak kisah. Nak tolong, tolong. Tak nak tak apa. Nak komen atau kutuk aku lebih-lebih pun tak apa. Aku takde hal punya. Sebab aku kacak, aku maafkan aje. Haha..
#Sesiapa yang berminat nak sertai, boleh baca infonya kat sini: Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
#Memang aku kata aku sibuk. Aku betul-betul maksudkannya. Tapi sesibuk pun, aku sempat gak curi masa update 5-6 artikel untuk backup artikel kat blog ini dan blog-blog aku yang lain. Serius, aku sibuk. Aku tak ada alasan lain nak bagi dahh..
Iklan: The Hit USA (Jangan mengada nak klik. Aku saje nak test aje benda ni. Haha..)
Ps: Wokehh, aku nak mandi. Penat drive 4 jam hari ini..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














