Haha..seperti yang aku duga dulu. Negeri sembilan menang menentang Terengganu. Sama seperti tekaan aku. 2-1. Jaringan Kunanlan terus menyuntik semangkat kepada pemain N.Sembilan untuk terus mengatur serangan dalam 10 minit terakhir pada perlawanan yang aku rasa agak menarik ditonton. Dan Hairuddin Omar begitu bersahaja untuk meledak gol kemenangan dan tidak dicabar oleh mana-mana pemain ketika dalam kotak penalti tu. Kalau ada orang challenge, mungkin tak gol. Aku rasa Sarbini dah perasan bola tu. Kalau dia sempat cabar Hairuddin, mungkin tak gol. Tapi sebab dia ingat pemain pertahanan boleh challenge, dia biar aje. Akibatnya, gol kedua Negeri Sembilan berjaya diperolehi.

Ok. Aku gembira. N.Sembilan menang. Sebab diorang kalahkan pasukan yang mengalahkan Selangor. Kiranya, jiran senegeri balas dendamlah. Hehe..

Keseluruhannya, bagi aku N.Sembilan memang patut menang. Mereka menguasai 60% perlawanan. Tidak patut untuk tidak menang. Tapi mungkin 80 minit pertama itu menjadi asbab untuk mereka menang pada perlawanan malam ini. Banyak siri-siri serangan N.Sembilan tidak menjadi dan tidak ada penyudah. Sarbini dan pemain pertahanan Terengganu sentiasa mengekang Hairuddin Omar. Tapi sayang, 80 minit terakhir, pertahanan Terengganu tersangatlah longgar. Mereka banyak bagi peluang pemain N.Sembilan untuk sepak bola ke kawasan gol. Cuba kira, berapa kali Hairuddin menang dan dapat tanduk bola tadi? Hampir setiap hantar ke Hairuddin, beliau dapat tanduk walaupun tersasar. Sepatutnya, mereka kena halang bola dari disepak. Kalau mereka berjaya buat. Takkan ada gol malam ini untuk N.Sembilan. Tetapi tak boleh nak salahkan mereka juga, pemain tengah N.Sembilan memang berfungsi dengan baik. Pemain sayap S.Kunanlan juga sangat menjadi walaupun gol yang beliau jadikan itu memang tuah yang tidak disangka-sangka. Secara jujur, Kunanlan memang sangat berjasa malam ini walaupun aku lebih memilih kepada Hairuddin Omar sebagai pemain terbaik malam ini. Hoho..

Ashaari? Nampaknya populariti beliau terus jatuh bila Hairuddin menjaringkan gol kemenangan N.Sembilan. Kalau tidak, surat khabar esok, pasti nama Ashaari akan terpampang didada akhbar. Namun, ianya dinafikan oleh Hairuddin. Pasti nama Hairuddin Omar akan lebih popular esok pagi disepanjang blog dan juga surat khabar. Hoho..

Aku dah tak tahu nak kata apa. Tahniah kepada Negeri Sembilan sebab menang Piala Malaysia 2011. Tahniah juga pada S. Kunanlan dan Hairuddin Omar. Dua pemain senior yang menjaringkan gol malam ini. Malam ini, malam pemain senior. Pemain junior..memang tak berapa menjadi malam ini. Manaf Mamat? Abdul Hadi? Tak boleh nak kata apa. Bukan rezeki mereka. Rezeki Hairuddin Omar. Hairuddin Omar paling kacak malam ini.

#Rujuk kat entri Tahniah Terengganu, Tahniah N.Sembilan. Aku dah teka yang N.Sembilan akan menang 2-1 ataupun 5-4 (penalti). Tak sangka tepat pula jangkaan aku kali ini. Hehe..

Ps: Ok. Salah satu malam yang menggembirakan pada tahun 2011. icon smile Hairuddin Omar paling kacak malam ini.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 21 comments. Apa plak komen korang?
tehr - 29 Oct 11 at 17:03:02
memang sangat kacak
nampaknya penyu terus je sambung menangis lagi
huhu
Kak Long Mawar Merah - 30 Oct 11 at 00:06:19
Kacak betullah Hai-O jaringkan gol. MB Negeri Sembilan lagi kacak dengan pesanan dia, pasukan mana yang dapat sesuaikan keadaan lebih cepat, pasukan tu akan menang.
Yea…NS menang.
zik - 30 Oct 11 at 01:40:14
kacak memang kacak…. jenama hai o akan laku minggu ini hehe…..
farahaznil - 30 Oct 11 at 02:56:32
eh…dah hbs ke?????cis melepas aku…huhuhuhuhuhuhu
rina - 30 Oct 11 at 03:41:25
yeye..n.9 menang! :)
bukit gambang - 30 Oct 11 at 03:47:57
oh tekaan saya silap, apu pun tahniah N9 dan TT..
Pacifista - 30 Oct 11 at 05:20:33
tahniah la negeri 9.tak kusangka.haha… :D
EddyGeek - 30 Oct 11 at 08:08:55
aku xtengok pun just dengar pengunjung kedai sebelah rumah aku menjerit time gol. hehe
faiz - 30 Oct 11 at 08:21:24
nogori monang mmg kacak la…
debtrunner - 30 Oct 11 at 11:14:01
hai-o memang kacaklahh. :)
nizamghazi - 30 Oct 11 at 14:33:44
Lol, hairudin omar ke.
hehe. Yes dia mmg kacak
puanbee - 30 Oct 11 at 15:40:45
seronok baca review blogger kacak ni hakhak
Dulu Lain Sekarang Lain - 30 Oct 11 at 23:36:02
Gol yg cantik dari Hairuddin - layak utk menang Piala Malaysia. Sedikit luck utk gol pertama. Then, again semua pasukan yg berjaya mmg perlu sedikit luck pun… Glory Glory Man Utd :D
adamfaiz - 31 Oct 11 at 02:04:05
Kacak mlm tu je ke? hehehe
Shah Blogger - 31 Oct 11 at 02:51:36
Hai-o punya jaringan powahhhhhhh awesome. congrats nergeri sembilan ..
akubiomed - 31 Oct 11 at 04:37:03
Pengalaman adalah kelebihan kepada Hai-O. Lepas ini ramai meniru gaya Hai-O nanti :-)
shima zaman - 31 Oct 11 at 08:43:24
Jaringan 2 x first timer memang susah nak diselamatkan oleh goal keeper. Tahniah Negeri Sembilan. And thank you for being ‘polite’ (Hai O) and civilised (the whole NS team) - sikap kesukanan sejati. Kalau tak kerana jaringan kedua oleh Hai-O, sudah tentu Kunalan pemain terbaik. Thank you Macha! And of course thank you Hai-o - nampak macam zidane lak malam tu.
nuriz - 31 Oct 11 at 12:47:06
hehe saya terlepas semalam..buat apa ye..oo smlm keluar makan hehe
sjiehan - 31 Oct 11 at 17:29:05
hai o! hahaha dia padu….!
mat teropong - 01 Nov 11 at 03:45:31
jaringan terhebat!!
Farahaznil - 09 Nov 11 at 18:29:00
hahahaha…penyu balik nengok telur je la..hi hi



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011