Ok, jap lagi aku nak balik kampung. Mak aku suruh. Dah alang-alang cuti ni, baik balik kampung. Jumpa nenek terkacak aku tuh. Lagipun, dah lama juga aku tak balik. Kang tak balik, mahu kena bebel dengan nenek aku. Cukuplah mak aku membebel. Aku malas kena dengan nenek aku pula. Tapi aku tahu, dia sayang aku. Haha..
Cerita pasal nenek aku ni. Aku rindu dengan kopi nenek aku. Dulu masa aku kecil, memang selalu aku minum kopi nenek ni. Yelah, belakang rumah nenek aku ni ada kebun kopi. Walaupun tidak seluas mana, tapi cukuplah untuk satu keluarga. Siap boleh bagi kat semua anak-anak dia. Dan dari kecik, memang aku dah terbiasa dengan kopi nenek ni. Â Sarapan kopi, minum petang, kopi. Waktu nak tidur pun bantai kopi gak. Kalau balik kampung, memang aku suruh mak aku buat. Nak suruh nenek aku buat, mahu ada yang kena tendangan padu maut dibuatnya. Hehe..
Yap, masa kecil aku dijaga oleh nenek aku. Tak lama. Adalah dalam 1-2 tahun sebelum aku masuk tadika masa umur 5 tahun. Yelah..masa tu dah ada aku, kak long aku dan adik perempuan aku. Yang bongsu lom keluar lagi. Jadi, mak aku kerja. Abah aku pun kerja. Bila abah aku sambung belajar, nak tak nak, rumah nenek la jadi mangsa. Nak upah orang jaga, tak mampu lagi agaknya. Tapi masa aku umur 2-3 tahun dulu, mak aku cakap anak saudara aku yang jaga kita orang. Bila jumpa orang yang jaga aku dulu, memang aku malu-malu. Haha..
Sekarang, aku kononnya dah besar. Jadi, dah kerjalah seperti orang besar yang lain. Begitu juga adik-beradik aku yang lain. Dah tak minta duit kat mak abah aku. Teringat masa abah bagi duit belanja, dari seringgit sehinggalah ke dua ringgit. Jarang aku dapat lebih melainkan ada keperluan nak beli buku. Itupun kalau cikgu suruh. Kalau tak, memang tak berani aku nak minta duit belanja lebih-lebih. Tapi kalau tak cukup, selalu gak aku pau duit adik dengan kakak aku. Yela, takkan aku nak minta duit kat jiran aku pula kan?
Oklah..cukup kisah pendek hari ini. Aku nak balik kampung kul 5 nanti. Siapa mahu ikut? Mehhh..aku angkut korang. Leh rasa kopi nenek aku yang paling kacak sekali tuu..
Ps: Errr..mandi dulu.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Komisen ke 84 dari TNX | Update terbaru Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com »
















kampung encik kacak ni kat mana je…
tak elok minum selalu la kot… unless minum kopi tanpa gula…
belum pernah aku merasa kopi asli macam ni
eh, aku ikut! boleh la nanti pekena kopi
Masa kecil pernag dijaga oleh nenek, tpi ak panggil nenek aku as tok.
Ps: dia cakap kopimtu mak dia yang buat
#Gamaknya laaa…aku teka jerr