Aku ingat nak tulis pasal benda ni malam tadi. Sekali tak boleh masuk pula. Pergi masuk Netkl, rupanya ada invois yang perlu aku selesaikan. Patutlah semalam blog ni jadi putih dan keluar muka surat 404 tu. Sabar ajelah dibuatnya. Jadi, aku bayar apa yang patut dan pagi nih dah boleh pula masuk.
Ok, ini hasil dari Innity yang aku dapat. Memang tak banyak tapi ianya menunjukkan peningkatan yang ketara. Aku yakin akan meningkat dari bulan ke bulan. Yang penting, aku kena teruskan usaha untuk gandakan trafik kat super-super blog aku. Hoho..

Untuk buat duit dengan Innity, tak ada cara lain. Trafik memainkan peranan penting. Kalau trafik sikit jangan mimpilah nak buat duit dengan Innity semudah yang kita mahu. Kena lebih banyak usaha, hasilkan lebih banyak artikel yang panas dan menarik, kupas isu-isu panas dan penuhkan dengan video yang dicari oleh para pelawat. Itu sahaja yang aku buat tetapi dah membantu aku buat duit dengan Innity ni. Walaupun tidak sebanyak otai-otai yang lain, sekurangnya aku membuktikan bahawa blogger kacak di Malayia boleh buat duit dengan blog masing-masing. Apa yang penting, usaha.
Untuk blog kita lulus dengan Innity pula, benda yang sama juga. Oleh kerana trafik merupakan salah satu sebab utama untuk pihak Innity meluluskan blog kita, jadi kita kena ikut flow mereka. Teknik yang aku buat, buat sebanyak mungkin artikel yang aku mampu, blog walking, ping sana-sini dan tackle pelawat melalui trik-trik yang aku pancing dengan harapan ramai pelawat akan masuk ke blog kita. Trafik aku lebih banyak dari search engine memandangkan banyak super blog aku memang mesra dengan search engine. Jadi, bila dah mesra dengan search engine, apa jenis artikel dan isu yang kita kupas, kalau kena pada masa dan tempatnya, memang senang nak masuk ke muka surat pertama dalam search engine. Kena triknya, memang boleh potong semua entri yang sebelum ni conquer muka surat pertama. Banyak kali gak jadi artikel yang aku tulis potong artikel blog dan otai lain dan maintain dok tempat pertama dalam search engine. Itu yang aku buat. Kalau aku boleh buat, tak mustahil korang juga boleh buat. Tak ada yang berbeza antara aku dan blogger kacak yang lain. Haha..
Ok. Nak panaskan piza yang banyak cheese aku beli semalam. Masih sedap lagi rasanya.
Ps: Esok mahu pergi Johor. Sape nak jumpa aku??
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ketiga dari Peer Gomez | Komisen kedua dari RO2.biz »
















Ikhwan. Bukan lupa bayar bil la. Ni aku bayar topup space dengan bandwidth aje..hehe..
akazuma. Ntah, aku pun tak tahu macam mana aku leh dapat. haha..
izwannizam. Best kalau ada innity nih. Hehe..
MR.Z. Trafik kena banyak. Baru senang nak buat duit dengan Innity nih..
Shack@AnjungMaya. Harap ko pun berjaya menjadi kacak. hehe..
zik. Kekadang, aku pun dapat singgit dua aje setiap hari. Kalau dapat lebih..lebih la. kalau sikit, sikitlah. terima aje seadanya..
Afiffudin. Haa..sila apply secepat mungkin.
Kodet. Memang tak banyak. tapi lebih baik ada, daripada takde kan?
Lizz. Aku malas nak lawan dengan orang perempuan nih. Tak adventura. Haha..
bukit gambang. Aku tak tahu bulan berapa. Tapi yang terkini la..
sjiehan. Takde. Aku tak seterer tu lagi. Kena belajar lagi gigih untuk dapat sebulan 1k. Bukan aku tak leh capai..tapi nak capai cara tu..kena buat banyak cara tak berapa elok. So, biarlah aku dapat sikit, janji cara aku tu tak buat aku benci diri aku sendiri. haha..
ada lagi tak pizza tu? hehe nak sikit
oklah tu ada jugak dari takde langsung, insyaallah lepas nie mesti boleh dapat lebih lagi, pemilihan iklan pun kena pandai juga yang yang perlu dan mana yang perlu, selainnya baru tafik, perasan tak trafik tinggi tapi earning sikit, itu kerana pemilihan iklan yang tidak berapa tepat