Aku sebenarnya jarang join giveaway. Aku lebih suka join pertandingan atau contest sebab lebih mencabar dan mengasah skill. Tapi sebab aku terasa nak join Giveaway yang dibuat oleh Kak jie sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 20, jadi aku pun terasa nak memeriahkan giveaway tersebut. Dan salah satu sebab adalah dah lama aku tak makan Macarons, jadi aku harap aku boleh jadi salah seorang pemenang memandangkan pemenang dari Giveaway Kujie2.com ini akan ditentukan melalui undi di random.org. Jadi, tak salah mencuba kan?

Apa yang perlu aku buat?
Perkara yang disukai di Kujie2.com
1. Header blog beliau. Cukup aku suka. Ringkas dan menarik. Sampai hari ini aku ingat. Lakaran gambar yang mewakili ahli keluarga Kak jie. Biarpun simple, tapi dah cukup buat aku suka dan tertarik. Jadi, tak payah tukar. Kiranya dah boleh jadi identiti untuk blog Kujie2.com
2. Aku suka sebab blog Kujie2.com ada iklan dari Innity. Bukan senang blogger wanita atau golongan makcik-makcik ni nak lepas dari program Innity ni. Blog Kujie2.com ni dah membuktikannya dan aku rasa earning Innity Kak Jie juga bukan calang-calang. Meti tinggi. Nampak macam poyo aje kan, suka blog orang sebab blog tu ada iklan Innity. Mengapa? Sebab kebanyakkan iklan Innity yang keluar kat blog Kak Jie tu, jarang keluar kat blog-blog aku yang lepas kat Innity. Ke itu perasaan aku sahaja? Haha..
3. Aku suka bila dia cerita pasal hal keluarga dia. Aku suka bila kak jie cerita pasal abang kesayangan beliau. Membuatkan aku ingin berkahwin secepat mungkin. Haha..
4. Blog Kak Jie kacak walaupun blog aku ni lagi kacak. Seriusly, bukan senang aku nak mengaku blog orang lain kacak. Betul. Aku tak tipu.
Kelemahan dan cadangan untuk dibaiki di kujie2.com
1. Jangan letak chatbox. Menyemak aje. Menyusahkan dan membebankan kelajuan untuk loading blog. Jadi, kak jie jangan letak ye. Ok?
2. Jangan letak banyak banner yang mengarut-ngarut tu. Nanti jadi beban dan memberatkan blog. Biarlah blog orang lain letak iklan atau banner yang berat-berat tu. Blog kak Jie? Tak perlu. Cukuplah iklan Innity yang menari-nari tu. Dah cukup bagus untuk buat orang lain jeles.
3. Mungkin boleh tukar theme wordpress. Ringkas sangat.
4. Jangan letak lagu. Berat.
5. Kurang dah artikel pasal blogging dan buat duit dengan blog. Mungkin boleh perbanyakkan memandangkan ramai yang ingin tahu kehandalan Kak Jie buat duit dengan blog. Leh kan? kan? Hehe..
————
Ok. Dah cukup. Aku tulis banyak-banyak pun, bukannya korang baca sangat kan? Tapi inilah yang aku rasa walaupun aku boleh tulis macam-macam lebih dari 5 muka surat kertas kajang depan belakang macam aku buat karangan SPM dulu. Huhu..
Kepada Kak Jie, semoga kekal kacak sempena ulang tahun ke 20 perkahwinan ini. Pesanan akhir, bagi saja saya menang Giveaway ini. Dah lama betul tak makan kuih Macarons tu. Boleh kan? kan? Hehe..
Ps: Ini rasanya kali pertama aku join contest atau giveaway yang Kak Jie buat. Yang dulu tu, memang aku tak ada masa nak join. Nak kata sibuk tidak juga. Tapi memang masa agak terkekang dulu. Hoho..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Buffered Earning yang ke 23, 24, 25 dan 26 dari Nuffnang | Komisen Pertama dari RO2.biz »
















moga berjaya..
blog kak jie kacak ke jelita?hehe
akubiomed. Sebab tu aku kata jangannn. Mana tahu..ada orang cadangkan ke kat blog diorang. hehe..
fiezaradzi. kacak la..takkan jelita kot. haha..
bukan senang encik titan kita nak nak join GA mcm ni…kira catit sejarah le ni
aku tetap juga akan baca selagi ada kesempatan
dapat hadiah nanti, edar2 la…
hehe