Kita kalah lagi. Malaysia kalah lagi. Sedih woo.. icon sad Kenduri Gol Australia

Aku malas sangat nak ulas tentang permainan Malaysia malam ni. Sejujurnya, memang langit dengan bumi juga bezanya.Kita cuma ada buat beberapa cubaan yang langsung tak merbahaya kat pintu gol pihak lawan. Itupun semuanya cubaaan liar dan ada satu cubaan tepat ke penjaga gol. Tak boleh nak harap tinggi sangat. Aku ingatkan akan kalah 1-2 gol sahaja, tak sangka Australia pesta gol sampai 5 biji. Sabar ajelah. Sabar..

kendurigolaustraliavsmalaysia7oktober2011 Kenduri Gol Australia


Tapi aku tak nafikan yang Australia layak menang. Hampir kebanyakkan pemain Australia baik yang pemain full time dan pemain gantian mereka tinggi-tinggi belaka. Ada seorang tu, aku rasa macam dekat 2 meter saja tingginya. Yang pemain pertahanan tu. Tak silap aku, nombor 22. Kalau silap..ahh, lantaklah nombor berapa. Tapi memang majoritinya mereka menguasai ruang udara dalam perlawanan petang tadi. Striker tinggi, pemain tengah tinggi, pertahanan tinggi dengan penjaga gol pun tinggi belaka. Apa lagi yang tak tinggi??

Dan permainan Malaysia memang serba tak menjadi. Aku tak leh nak komen banyak sangat sebab kita semua maklum dengan corak permainan Malaysia. Malam tadi, memang bertahan sajalah. Asal jumpa team luar, bertahan dan bertahan. Nak menyerang pun susah. Aku rasa masa lawan Arsenal, Chelsea dan Manchester dulu, ok aje main walaupun kena gol banyak. Sekurangnya, banyak kali juga mereka menyerang. Tapi kali ni, memang teruk kena. Nak menyerang pun susah.Bagi aje bola tinggi, semua kena control oleh pemain Australia. Jurulatih Malaysia, K.Rajagopal pun tak senyum-senyum dibuatnya. Baju dia dah cukup kacak. Tapi aku rasa perasaan dia petang tadi memang tak kacak-kacak..

Apapun, ini satu pengalaman yang baik untuk mereka. Walaupun aku tahu tak berapa baik kalau asyik kalah, kalah dan kalah sahaja. Tak kiralah skuad senior atau bawah 23 tahun. Tapi mesti buat sesuatu. Aku rasa, mulai sekarang, semua jurulatih negeri dan kelab mesti cari pemain tinggi lampai. Paling teruk pun mesti 180m. Kalau jumpa mana-mana pemain bola keranjang yang tinggi lampai tu. Tarik sahaja mereka dan latih mereka main bola sepak. Demi Negara. Demi Malaysia. Ini salah satu taktik yang selalu digunakan dinegara-negara luar. Mereka cari pemain yang tinggi lampai dari skuad bola keranjang dan bola tampar, mereka cari pemain dari pemain futsal. Mereka cari pemain dari pasukan lumba lari dan sebagainya. Malaysia. Bila nak buat macam tu?? Minat tu boleh dipupuk. Ganjaran boleh dibagi. Dah menang nanti, minta tanah pun boleh dapat punya. Dan macam-macam imbuhan boleh diberikan. Janji, latih, main elok-elok dan buktikan dengan menjadi pasukan yang disegani. Kalau tidak,sampai macam itulah skuad bola Sepak Negara. Nak masuk Sukan Olimpik? Bukan tak boleh. Tapi payah yang amat. Umpama membuka kunci rumah tetapi guna batang penyapu. Bukan guna kunci yang betul. Huh.

Dah, cukup aku mengarut. Korang komen aje apa yang patut kat bawah ni. Aku nak gi makan. Mak aku masak daging masak lada hitam hari ini. Rasa lada hitam tu, pehh. Pekat menyengat. Cicah pula dengan sambal belacan sejuk. Memang naik selera dibuatnya walaupun aku memang penat betul hari ini. 3-4 hari. Dalam kereta sahaja. Mau tak gila dibuatnya.

Ps: Malam ini malam untuk tidur. Waktu untuk bermesra dengan bantal dan tilam. Ohh..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 31 comments. Apa plak komen korang?
rina - 07 Oct 11 at 14:59:42
kesian tengok tadi. Asyik menjerit aje anak tadi. heheh..gol..gollll.. :)
nizamghazi - 07 Oct 11 at 15:18:37
Tak apa, boleh cuba lagi walau pun perbezaan antara langit dgn bumi. ;)
Tapi betol jgk mcm langit dgn bumi.
titan - 07 Oct 11 at 16:15:25
rina. Wahh, menjerit anak ye..

nizamghazi. Memang macam langit dan bumi pun. :)
hai-kal - 07 Oct 11 at 16:55:36
ambik player rugbi badan besar2 semua..hehe
hairul hissam - 07 Oct 11 at 17:46:40
saya pun dah kurang suka tonton bola nie.. asyik kalah je….. lemah semangat..

best lagi tonton squash… :D
sjiehan - 07 Oct 11 at 18:13:32
mmg sayor habis…. hhahaha.. kesian2
MR.Z - 07 Oct 11 at 18:27:40
sedih juga malaysia kalah teruk.. tapi apakan daya, mereka lagi professional.. harap negara kita dapat ambil iktibar dan mantapkan lagi pasukan bola sepak kita :D
Juan - 07 Oct 11 at 19:03:53
kalah teruk, siot betullah, kalau kalah 1-0 ok la jugak, ermmm
merahkatak - 07 Oct 11 at 23:09:10
Malaysia belum cukup bersedia untuk menghadapi dunia bola sepak yang kejam. Kita terlalu baik hati.
paw - 08 Oct 11 at 04:03:58
apani…. kangaro baham rimau, juara asia tenggara, harimau malaya..kesian.klu yer pon x yahla sampai 5 bolos..
aktechpage.com - 08 Oct 11 at 04:41:07
Australia nampak main bersungguh2 dan serius sekali… sentiasa membuat peluang dan menyerang apbl ada peluang… kita masih jauh ketinggalan… di harap kekalahan ini memberi pengajaran kpd team kita… kita pun baru je 2 tahun kebelakangan ni naik prestasi bola sepak, masih banyak lg yg perlu dilakukan utk mencapai taraf Asia…
akazuma - 08 Oct 11 at 04:53:56
pemain semua tinggi betul. Nak tanduk senang aje. Pemain Malaysia main lembut sangat. Tak cukup ganas..
Sobri Mansor - 08 Oct 11 at 07:57:31
Tak tengok pun game tu. Tapi instinct kata memang kalah….memang betul kalah pun….
wazy - 08 Oct 11 at 09:31:10
Hmm
sedih jugak la,tapi ank buat macam mana ye tak ?
faiz - 08 Oct 11 at 12:10:55
bersabar je la…
debtrunner - 08 Oct 11 at 14:08:08
sedih aku tengok semalam. Apek la paling kesiann sekali.. :(
cik tom - 08 Oct 11 at 14:50:01
ada bertanding mesti ada kalah n menang..tp kl selalu kalah tue kena perbaiki balik rentak permainan..
tehr - 08 Oct 11 at 18:47:00
nampak macam kita ni selalu kena jemput makan kenduri je
huhu
farahaznil - 09 Oct 11 at 05:38:41
hahaha..malaysia kan mmg pemurah der…..selalu buat kenduri..hi hi
akubiomed - 09 Oct 11 at 09:55:05
Saya tidak mahu komen prestasi semasa skuad negara tapi ingin berkongsi ketika sekolah dahulu cikgu sekolah akan form pemain seperti bro cakap ada sprinter, ada pemain ragbi dan pelbagai
bukit gambang - 09 Oct 11 at 14:00:41
rileks la bro baru 5..:-)
farahaznil - 09 Oct 11 at 15:12:55
sampai ada ura2 suruh tukar si raja tu..huhuhuh
yas - 10 Oct 11 at 02:00:19
jiran sebelah makin menaik…kita makin menurun je gayanya nih…
wandisini - 10 Oct 11 at 03:31:09
tinggi je pun munkin tak cukup.aku rasa yang paling lemah munkin mental.dia orang gugup.pemain jepun pun bukan tinggi mana, tapi mampu bersaing gak di peringkat antarabangsa

paling penting, mental kena kuat
ahmad al-bab - 10 Oct 11 at 06:03:05
Jika datang jauh-jauh untuk dibelasah buat apa ???? cita-cita rajagopal untuk berlawan dengan Australia menjadi kenyataan sejak dulu lagi tapi apa dah jadi bak kata pepatah ‘MENCONTENG ARANG KE MUKA’ dahlah hitam semakin hitam.

Sekarang segala-galanya sudah ‘hitam’ bermula kalah dengan Liverpool, Mu, Calsea, Singapura dan Australia. Jumlah jaringan kurang lebih dibolosi 16 biji. Padahal pemain Austria tu adalah yang pemian simpanan bukan yang jaguh-jaguh. Pemian tiada keyakinan diri hanya Safee Sali saja yang ok. hantaran Safee Sali di sia-siakan.

Manakala beteng Malaysia sejak dari dulu lemah selemahnya dan makin lemah selemah-lemahnya. Dari dulu dah bagi tahu benteng Malaysia jadi penonton, tidak banyak bergerak.
Rajagopal perlu mencari benteng seperti Santok Sing yang digelar ‘kereta kebal’ badan tegap2. Kalau badan keding-keding macam Muslim tengoklah apa dah jadi 6-0, 5-3, 6-2.

Sekarang Rajagopal fikir sendiri, apabila ketiadaan syafeq Rahim apa dah jadi ??????????????? yang di singkirkan…..

Fikir2lah rajagopal.
ahmad al-bab - 10 Oct 11 at 06:10:58
Satu lagi jepun juara Asian yang kalahkan Australian BUKAN tinggi2 pun. Tapi permainan mereka laju2 mat salleh pun tak larat nak kejar. Jepun dulu mernah melangkah kesuku Akhir piala dunia. BADAN DIA ORANG MACAM KITA JUGAK.

Mereka ni jaga makan, banyak minum air kosong bukan makan nasi lemak dan teh tarik atau roti canai. Banyak makan syuran2 badan sihat, lari pun kencang.

Cuba tengok pemian veteran Selangor -Malaysia badan semua buncit2. Zainal Abiddin masyallah, cuba tengok Singapura badan ok.
hafizmd - 10 Oct 11 at 07:00:42
as salam titan,

aku kalau pasal bola ni, mmg kadang2 tensen jugak…mana taknya…

macam yg bro titan cakaplah…lagi ok masa lawan big 3 epl hari tuh…walau kalah tp tak sakit hati sgt…

kali ni, aku terpaksa juga mengaku yg defender kena cari yg tegap2 sikit….kalau tak…tengoklah macam mana mereka senang jer guna fizikal mereka nak masuk kawasan kotak penalti..

mmg tak dinafikan, player jepun taklah besar mana, tapi mereka taklah sekecil player kita…

taktikal mereka cukup baik..baik dari segi kawalan bola, passing dll….

player kita? aku tgk kadang2 ok, kadang ko…kadang2 tko terus…

tak konsisten…mungkin jugak bukan salah player, iyelah…asyik2 player yg sama main dgn jumlah perlawanan yg cukup byk (jadinya, alasan tak cergas masih lagi akan diguna)

akhirnya kata coach, puas hati dan jgn risau sbb kita hanya nak uji pemain…

titan, maaf yer…panjang pulak daah…

aku tetap sokong harimau malaya sampai bila2 :D
kopisoda - 11 Oct 11 at 03:55:17
berat sebenarnya tugas rajagopal ni.
dan yang boleh harap safee sali sorang jer.
cabaran dan tanggungjawab makin tinggi sebenarnya skuad Harimau Malaya. jangan putus asa.

tengok jer lah cabaran nak jadi juara piala AFF. sikit punya lama kita nak menang.
farahaznil - 11 Oct 11 at 06:37:23
sedap mulut bercakap..sedap lagi beban org yg memikulnya…..bukan senang kita nak latih pemain2 bola…lagi2 time pemain2 tu bermain..mungkin arahan yg di bagi lain..tp bila dah di padang…lain jadinya….mcm lah kita tak pernah masuk apa2 game….haha..susah wooooo….apa2 pun mungkin rajagopal perlu perbaharui taktik serangan dia….
Kodet - 13 Oct 11 at 09:09:56
Mungkin ini ujikaji Rajagopal untuk perlawanan yang lebih penting dari perlawanan persahabatan ini.

Dia nak test kebolehan pemain baru dan memberi peluang untuk pemain muda menunjukkan bakat. Tetapi kehilangan Amirulhadi dan Safiq Rahim membuatkan serangan Malaysia tumpul dan Safee Sali langsung tidak mendapat bola.
bEe - 14 Oct 11 at 02:10:18
Mungkin di suati hari nnt Msia akan menang jua :-)



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011