Aisehh, camana pulak Pilihan Selangor ni boleh kalah. Kena pulak gol sendiri dari Asharudin malam tadi. Memang kecewa gak sebab kalah. Terlepas Piala Sultan Selangor dan terlepas juga hadiah Rm50 ribu tu. Dapat ke Singapura pula. Tapi Veteren Selangor menang pula lawan Veteren Singapura. Tahniah pada Veteren Selangor. Dollah Salleh siap sumbat 2 gol lagi. Masih berbisa lagi rupanya Dollah Salleh nih..

Malam tadi, Safiq serba tak menjadi. Banyak sepakan liar dari beliau. Aku tahu beliau sedang cuba memperbaiki prestasi beliau. Berbeza sangat masa Piala Suzuki AFF dan masa kelayakan Piala Dunia. Mungkin malam tadi tak berapa menjadi. Safee pula..pun tak berapa menjadi. Mungkin beliau dikawal rapi oleh pemain pertahanan Singapura memandangkan beliau memang seorang Striker yang sungguh berbisa. Kalau dia dapat peluang baik..memang dia akan sumbat gol punya. Malam tadi, memang tak banyak peluang yang beliau dapat. Berbeza pula dengan bekas pemain Malaysia iaitu Amri Yahyah. Beliau lebih banyak dapat peluang masa separuh masa pertama. Tapi gagal memanfaatkan peluang yang datang pada beliau. Aku lihat Amri Yahyah ni dari awal penglibatannya dengan Selangor sampai hari ini, beliau cukup setia dengan Selangor. Tak pernah pindah mana-mana negeri lagi. Beliau antara penyerang berbisa Selangor dari dulu sehingga hari ini. Berapa banyak dah gol beliau sumbat sehingga ke hari ini. Sayangnya, beliau tak menjadi seperti Safee. Mungkin peluang tak datang beliau dan nasib tak menyebelahi beliau. Tapi aku akui, beliau memang berbisa sebagai penyerang handalan Selangor. Huhu..
AmirulHadi pula memang menjadi. Cuma apa yang beliau cuba laksanakan dihalang oleh pemain pertahanan Singapura. Aku tak nafikan beliau cukup berbakat menjadi pemain sayap kiri dan kanan. Tapi bila beliau cuba main di kawasan tengah macam malam tadi, tak berapa menjadi. Mungkin posisi asal beliau lebih sesuai untuk menonjolkan bakat beliau. Bila Amirulhadi bawa bola..aku selalu lihat dia berjaya memboloskan diri dari kepungan pihak lawan. Malam tadi pun sama. Tapi semua hantaran beliau digagalkan oleh pemain Singapura. Sayang sekali bukan? Kalau tak, kita boleh dapat 2-3 gol malam tadi.
Pemain import yang 2 orang tu, aku rasa kurang menjadi sangat malam tadi. Tapi aku tak nafikan penglibatan mereka tidak memalukan diri mereka. Sorang kat pertahanan, seorang kat atas. Cuma mungkin cara mereka bermain tak seperti kita mereka bermain dalam EPL dulu. Maklumlah, faktor usia memang memainkan peranan bagi pemain bola sepak. Yang aku cukup puji, Alexandar Duric. Beliau ni macam kuda tua. Tapi semangat beliau memang tak kalah dengan pemain muda. Striker semula jadi. Dia dapat bola, memang takkan dibazirkan begitu saja. Sudahlah tinggi, badan pun sasa. Nasib baik banyak peluang yang beliau buat gagal berhasil. Kalau tak, sekurangnya 2 gol boleh beliau sumbat malam tadi.
Gol keeper Selangor malam tadi bagi aku bermain dengan baik. Dia cukup suka guna kaki. Selain beliau, aku teringatkan gol keeper kebangsaan yang juga bekas gol keeper Pahang dan Sabah iaitu Khairul Azman Muhammad. Beliau juga seorang yang kerap menggunakan kepala dan kaki untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Khairul Azman Muhammad memang peka dengan keadaan sekeliling. Sampai satu keadaan, beliau boleh buat passing baik punya ke kawasan atas untuk trough pass ke pihak lawan. Pernah dia sepak bola ketika pemain lawan menyerang dan dia tahan menggunakan kaki terus bola melambung ke separuh padang dan pemain penyerang bawa bola dan sumbat gol. Tapi aku tak ingat perlawanan yang mana satu. Bukan senang aku nak ingat nama penjaga gol. Tapi kalau aku ingat, mesti ada elemen istimewa yang membuatkan aku ingat nama pemain bola sepak tanah air. Hoho..
Apapun, kita cuma menunggu perlawanan kedua dalam saringan kelayakan ke Piala Dunia. Menentang Syria dan menang adalah wajib. Kita perlu menang untuk menghidupkan peluang yang cerah untuk menjuarai kumpulan. Nak lawan Jepun memang susah. Tapi ini semua tak mustahil jika semua ahli dalam pasukan Harimau Muda dapat buat sesuatu yang berbeza. Aku harap tahun 2011 ini adalah tahun yang bertuah bagi pasukan Harimau Muda. Mereka sudah buat kejutan untuk layak ke peringkat kumpulan, tak salah jika mereka buat kumpulan untuk layak ke pusingan seterusnya untuk jadi juara atau naib juara kumpulan. Jika Selangor dah cipta kejutan dengan menang 2 game terakhir berturut-turut dalam peringkat kumpulan, tak mustahil juga skuad Harimau Muda untuk berbuat demikian juga. Malaysia ini penuh dengan kejutan dan aku harap ini salah satu kejutan yang akan menjadi hadiah sebelum kita melangkah ke tahun 2012.
Ok, itu aje berita sukan dalam minggu ini. Harap korang suka kalau aku mengulas tentang sukan macam ni. Haha..
Ps: Peminat semua sukan termasuklah bola jaring.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Hadiah kain batik dari PuanBee.com | Komisen ke 6 dari Says.my »
















Malam tadi banyak game. Bukan liverpool aje..Mancherster united pun ada main gakk..
Honestly minat dah kurang ;(
Tapi keep going selangor
ProfHariz. Aku pun, tapi sejak akhir-akhir ni, seronok plak tengok. So, aku layankan aje. hehe..
zool. Yang piala dunia tu skuad senior yang aku maksudkan.
nizamghazi. Ya, go go Selangor!!
Juan. Gol sendiri. Tak leh wat apa. Memang tak sengaja Asarudin masa tu..
aku memang minat dengan dia ni
satu lgi, hrap kita layak ke olimpik nanti
‘Apapun, kita cuma menunggu perlawanan kedua dalam saringan kelayakan ke Piala Dunia. Menentang Syria dan menang adalah wajib. Kita perlu menang untuk menghidupkan peluang yang cerah untuk menjuarai kumpulan. Nak lawan Jepun memang susah. Tapi ini semua tak mustahil jika semua ahli dalam pasukan Harimau Muda dapat buat sesuatu yang berbeza. ’ bukan kelayakan ke Piala Dunia bro.. kelayakan ke Olimpik 2012 ..
kelayakan Piala Dunia dah kalah ngan Singapura ari tu….
zool. Aku tahu maksud ko. Tapi yang aku maksudkan pada piala dunia tu memang merujuk kepada skuad piala dunia. Cuma ayat aku tunggang terbalik. Aku ni memang jenis tulis ayat tunggang terbalik dan broken saja. Hehe..
cik tom. Takpe. Kalah tu dah lumrah. Tak klah, menang. Hehe..
seri pun ok dah sebenarnya…