Archive for October 2011


Haha, ingat aku aje yang kacak? Ingat Hairuddin Omar aje yang kacak? Tapi hari ini, aku terpaksa mengaku yang Lee Chong Wei juga turut kacak kerana berjaya menjadi Juara Badminton Super Siri Terbuka Perancis 2011. Tahniah pada Chong Wei kerana berjaya mengalahkan Jaguh Badminton dari Jepun iaitu Kenichi Tago dengan 2 set sahaja dalam masa 39 minit. Kira cepat juga tu..memang gelojoh juga Chong Wei ni. Nak menang cepat aje. Hehe..

kenichitagovsleechongwei Lee Chong Wei juga Kacak.


Ya. Chong Wei menang straight set. Bukan senang nak bawa Chong Wei main sampai 3 set. Dulu, Kenichi Tago pernah kalahkan Chong Wei. Ada gak 1-2 kali. Ke tiga kali. Tapi selepas itu, memang dah tak pernah dah Tago menang dengan Chong Wei sampailah ke hari ini. Memang bukan rezeki Tago lagi dahh..rezeki lebih kepada Lee Chong Wei yang lebih kacak. Aku harap Chong Wei boleh jadi pemenang pingat emas dalam sukan badminton dalam Sukan Olimpik 2012 nanti.

CHong Wei menang 2 set. (21-16, 21-11) icon smile Lee Chong Wei juga Kacak.

Ps: Haha..lepas ni siapalah yang kena penangan kacak lagi. Haha.. icon biggrin Lee Chong Wei juga Kacak.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Akhirnya, Chong Wei berjaya mengalahkan Chen Long dalam badminton super siri terbuka Perancis malam tadi waktu tempatan. Selepas Hairuddin Omar menjulang nama N.Sembilan sebagai Juara Piala Malaysia 2011, aku pun bosan sebab tak tahu nak tonton apa. Bila main tukar-tukar channel, termasuk channel 811. Ada plak badminton. Live lagi tu. Apa lagi..sebagai peminat kipas susah mati sukan Badminton, aku pun tontonlah. Kena pula ketika itu Lee Chong Wei sedang menentang Chen Long.

Bagi aku, memang ketara yang Lee Chong Wei berusaha keras dan memang mahu menang dalam perlawanan kali ini. Berpeluh juga dibuatnya. Berbeza dengan Chen Long. Dia main siap gelak-gelak dan tersengih-sengih. Rasa nak tumbuk pun ada. Asal Chong Wei buat silap atau smash keluar gelanggang, mesti dia tergelak-gelak. Senyum kambing. Kalau aku Chong Wei, mesti nak smash muka budak ni. Haha..

Apapun, malam tadi memang malam Chong Wei. Bukan sahaja malam Hairuddin Omar yang kacak. Malah, ianya juga bukan malam untuk N.Sembilan sahaja. Chong Wei berjaya mengalahkan Chen Long dengan 3 set. (23-21), (17-21) dan (21-15).

Set ketiga memang memihak kepada Chong Wei. Chen Long dapat mata pun sebab Chong Wei memanjang smash ke base line dan ke out. Chen Long rasanya memang tak ada smash sangat. Banyak cuba perangkap Chong Wei agar Chong Wei buat silap. Tapi itu strategi zaman purba. Menyerang adalah strategi paling berkesan dalam badminton. Jadi, peluang itu digunakan oleh Chong Wei untuk terus mendesak dan menyerang Chen Long. Kelam-kabut juga Chen Long aku tengok kejar semua bola yang Chong Wei bagi. Sampai satu tahap, sudah tak ada senyuman kat muka Chen Long. Haha. Padan muka.

Apapun, tahniah pada Chong Wei kerana berjaya balas dendam setelah 2 kali dikecewakan di final. Final terbuka Jepun dan terbuka Denmark. Kali ini, aku kurang pasti. Dia jumpa siapa masa kat final. Jika selain dari pemain China, aku yakin Chong Wei boleh menang mudah. Tapi kalau pemain China selain Chen Long dan Lin Dan, aku yakin Chong Wei bakal jadi Juara Terbuka Perancis 2011 ini. Sekarang ni, cuma Chen Long dan Lin Dan sahaja yang boleh kalahkan Chong Wei. Yang lain bukan tak boleh. Tapi terlalu sukar..

Ps: Seronok tengok Chong Wei smash. Aku sendiri pun tak terangkat nak angkat smash dia. Gila laju. 10 kali ganda kelajuan aku smash agaknya. Nampak sangat dah lama aku tak main badminton. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Haha..seperti yang aku duga dulu. Negeri sembilan menang menentang Terengganu. Sama seperti tekaan aku. 2-1. Jaringan Kunanlan terus menyuntik semangkat kepada pemain N.Sembilan untuk terus mengatur serangan dalam 10 minit terakhir pada perlawanan yang aku rasa agak menarik ditonton. Dan Hairuddin Omar begitu bersahaja untuk meledak gol kemenangan dan tidak dicabar oleh mana-mana pemain ketika dalam kotak penalti tu. Kalau ada orang challenge, mungkin tak gol. Aku rasa Sarbini dah perasan bola tu. Kalau dia sempat cabar Hairuddin, mungkin tak gol. Tapi sebab dia ingat pemain pertahanan boleh challenge, dia biar aje. Akibatnya, gol kedua Negeri Sembilan berjaya diperolehi.

Ok. Aku gembira. N.Sembilan menang. Sebab diorang kalahkan pasukan yang mengalahkan Selangor. Kiranya, jiran senegeri balas dendamlah. Hehe..

Keseluruhannya, bagi aku N.Sembilan memang patut menang. Mereka menguasai 60% perlawanan. Tidak patut untuk tidak menang. Tapi mungkin 80 minit pertama itu menjadi asbab untuk mereka menang pada perlawanan malam ini. Banyak siri-siri serangan N.Sembilan tidak menjadi dan tidak ada penyudah. Sarbini dan pemain pertahanan Terengganu sentiasa mengekang Hairuddin Omar. Tapi sayang, 80 minit terakhir, pertahanan Terengganu tersangatlah longgar. Mereka banyak bagi peluang pemain N.Sembilan untuk sepak bola ke kawasan gol. Cuba kira, berapa kali Hairuddin menang dan dapat tanduk bola tadi? Hampir setiap hantar ke Hairuddin, beliau dapat tanduk walaupun tersasar. Sepatutnya, mereka kena halang bola dari disepak. Kalau mereka berjaya buat. Takkan ada gol malam ini untuk N.Sembilan. Tetapi tak boleh nak salahkan mereka juga, pemain tengah N.Sembilan memang berfungsi dengan baik. Pemain sayap S.Kunanlan juga sangat menjadi walaupun gol yang beliau jadikan itu memang tuah yang tidak disangka-sangka. Secara jujur, Kunanlan memang sangat berjasa malam ini walaupun aku lebih memilih kepada Hairuddin Omar sebagai pemain terbaik malam ini. Hoho..

Ashaari? Nampaknya populariti beliau terus jatuh bila Hairuddin menjaringkan gol kemenangan N.Sembilan. Kalau tidak, surat khabar esok, pasti nama Ashaari akan terpampang didada akhbar. Namun, ianya dinafikan oleh Hairuddin. Pasti nama Hairuddin Omar akan lebih popular esok pagi disepanjang blog dan juga surat khabar. Hoho..

Aku dah tak tahu nak kata apa. Tahniah kepada Negeri Sembilan sebab menang Piala Malaysia 2011. Tahniah juga pada S. Kunanlan dan Hairuddin Omar. Dua pemain senior yang menjaringkan gol malam ini. Malam ini, malam pemain senior. Pemain junior..memang tak berapa menjadi malam ini. Manaf Mamat? Abdul Hadi? Tak boleh nak kata apa. Bukan rezeki mereka. Rezeki Hairuddin Omar. Hairuddin Omar paling kacak malam ini.

#Rujuk kat entri Tahniah Terengganu, Tahniah N.Sembilan. Aku dah teka yang N.Sembilan akan menang 2-1 ataupun 5-4 (penalti). Tak sangka tepat pula jangkaan aku kali ini. Hehe..

Ps: Ok. Salah satu malam yang menggembirakan pada tahun 2011. icon smile Hairuddin Omar paling kacak malam ini.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Manga Naruto dah makin best. AKhirnya, Musang sembilan ekor dah bersetuju memilih Naruto sebagai tuannya. Sebab dia benci dengan Uchiha Madara. Daripada dikawal oleh Madara, Musang oren ni lebih rela bagi Naruto cakranya dan memilih Naruto sebagai hosnya. Haha..akhirnya. Berkat kesabaran Naruto, Musang oren ni akhirnya akur dan memilih Naruto. Korang nak layan Naruto, leh baca kat Mangareader.net. Percuma aje. Khususnya bagi peminat Naruto seperti aku. Haha..



Ok. Sebagai peminat Naruto, kalau korang nak jadi kacak macam aku. Sila tonton video ini. Perlawanan antara Naruto dan Sasuke versi manusia. Biarpun mungkin agak amatur, tapi berjaya membuatkan aku tersengih sorang-sorang kat bilik ni. Haha..

Ps: Dari aku darjah berapa dahh aku baca Naruto ni. Tak habis-habis sampailah hari ini.. icon smile Naruto dan Musang Oren Sembilan ekor

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011