Ok. Aku sudah balik.
Aku juga nak minta maaf sebab banyak perkara. Pertama, masih ada beberapa orang yang aku tak bayar lagi sempena pertandingan Earncent Review 2011. Malam ini aku akan sudahkan juga banner dan urusan yang sepatutnya. Memandangkan celcom broadband aku linenya dah ok semula semalam, aku rasa aku boleh buat review blog untuk mereka yang terpilih. Hadiah ebook akan aku hantar malam ini sebolehnya. Ini pun tengah buat apa yang patut walaupun aku masih ‘carleg’ lagi. Sudahlah esok kena pergi lipis sebab pakcik aku ada kenduri doa selamat sempena beliau akan menunaikan haji tak lama lagi. Lusanya pula, akan singgah sebentar ke Jerantut sebelum aku kembali ke tempat kursus aku tu. Jadi, aku cuma ada tak kurang 8-10 jam untuk uruskan hal ini semua. Doakan agar aku dapat setelkan apa yang patut.
Ok. Ringkas aje tentang Buffered Earning terbaru yang aku dapat dari Nuffnang ini. Dalam bulan Julai, ada 2 biji BE aku dapat. Dalam bulan Ogos, tak ada langsung dan pada bulan September ini, aku dapat 1 BE yang ditunggu sekian lama. Sudahlah blog Earncent ini sudah cukup lama tak dapat BE, kali ini dapat pula sebijik. Terima kasih kepada Coklat Cadbury dan Nuffnang sebab bagi BE pada blog yang kacak ini.

Tadaa.
Baru dapat. Biasalah, earning pun macam siput aje. Kena usaha lagi supaya lebih ramai orang klik iklan Nuffnang kat blog-blog aku yang berdaftar dengan Nuffnang ni. Macam mana? Hentam aje. Haha..janji tak menyusahkan orang lain dan diri aku sendiri. Kalau dapat, dapat. BE ni semacam satu bonus jika aku dapat. Tak dapat pun tak apa. Aku tak marah. Cuma aku pelik aje. Bila aku pelik, aku akan gatal tangan dan tanya pada pihak Nuffnang. Bila dah tahu sebabnya, barulah aku tersengih macam kerang busuk. Ohh..
Okehla. Lepas ini, mungkin akan ada artikel yang keluar macam hari biasa. Artikel tu semua mungkin yang telah aku karang malam ini tetapi akan keluar pada hari-hari yang aku tetapkan memandangkan aku bukannya percaya sangat dengan kebolehan Celcom broadband aku untuk kekal kacak sepanjang masa ketika aku ditempat kursus. Masa kacak, ok. Masa tak kacak. Memang rasa macam nak tumbuk pokok kayu Jati pun ada. Huh.
#Ada kontest baru dari MILO. Milo Cans? Apa kejadahnya tu??
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















