Ya, aku tahu korang dah jumpa macam-macam pertandingan. Tapi kali ini aku nak kongsikan dengan korang satu lagi pertandingan yang dianjurkan oleh salah seorang blogger tempatan iaitu blogger Pacifista. Salah seorang peminat Anime One Piece dan Naruto seperti aku. Haha..

alexareview@pacifista.my  Sertai Contest: Review Alexa @ Pacifista.my


Ya, beliau ada menganjurkan satu pertandingan. Pertandingan itu ada namanya. Apakah namanya? Contest: Review Alexa @ Pacifista.my. Haa..itu dia. Tapi macam mana nak sertai pertandingan tersebut? Mudah sahaja. Kalau korang pernah sertai mana-mana pertandingan menulis ulasan atau review blog, Contest: Review Alexa @ Pacifista.my pun sama. Korang cuma perlu tulis review tentang blog Pacifista.my di ruang Alexanya.

1. Mula-mula, pergi melawat ke entri tentang Contest: Review Alexa @ Pacifista.my
2. Klik pada kotak review alexa yang berada dalam artikel tersebut.
3. ATAU pergi ke Alexa.com dan taip dan search Pacifista.my.
4. Cari bahagian review dan tulis review korang.
5. Ambil link review korang dan letakkan dibahagian komen di entri beliau.
6. Beritahu Pacifista yang korang dah review. Bagi username atau akaun facebook korang.
7. Macam aku, gunakan akaun facebook untuk hantar review. Jadi, korang pun boleh.
8. Hadiah memang menarik dan best. Mesti korang suka.
9. Tarikh luput contest ini adalah pada 30 September 2011.
10. Kalau korang kacak, jangan join pertandingan ini. Bagi aku menang aje. Haha..

Dahh, jangan nak ngada. Pergi ke blog tersebut dan baca apa yang patut. Patuhi syarat yang diperlukan dan tulislah dengan seikhlas mungkin bila korang buat review tu. Kalau suka, kata suka. Tak suka, kata tak suka. Janji jangan korang mencarut yang bukan-bukan sudahlah. Itu tidak baik. Jika korang buat, itu maknanya korang ada ciri-ciri dan sifat mazmumah dalam diri korang. Tak best kan?

Ok. Macam mana aku leh kenal mamat Pacifista ni? Sejujurnya, aku tersesat ke blog beliau. Entah bagaimana jadi, jangan tanya aku. Aku tak nak paksa otak aku yang dah banyak karatnya ni untuk refresh banyak kali dalam memori otak aku. Asyik-asyik refresh, mahu bernanah otak aku dibuatnya. Kang kena kanser, korang nak jaga aku kat hospital? Tak nak kan? Mak aku juga yang sanggup jaga. Huh..

Dan aku pernah menang pertandingan yang beliau anjurkan ketika beliau masih menggunakan blogspot sebagai platform untuk berkarya. Dapat nombor 2. kira oklah tu kan dari tak dapat apa-apa langsung. Blog dia ni, ada macam-macam benda dia cerita. Cuma aku tak nampak sangat niche utamanya. Lebih kepada personal bagi aku. Apapun, blog ni tetap tempat aku datang selalu. Cuma bila aku keluar berkursus, susah sikit nak masuk blog dia. Line memang semput. Ohh celcom broadband..

Cukuplah tu. Nanti korang baca review aku kat Alexa rank Pacifista.my ni nanti ye. DAn kali ini, aku mengajak korang semua yang ada banyak masa tu untuk sertai pertandingan ini. Bukan susah pun, tulis review dan ulaslah apa yang patut. Mana tahu, ada rezeki kali ini?

Sumber: Pacifista.my

Ps: Ok, aku dah buat entri ini. Dah tertangguh lama dahh.. icon smile Sertai Contest: Review Alexa @ Pacifista.my


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 18 comments. Apa plak komen korang?
cik tom - 17 Sep 11 at 04:54:13
wah dh prnh menang..mn tahu kl ni rezeki no 1 plk kan?good luck!
akazuma - 17 Sep 11 at 06:04:04
hoho.. ada pertandingan baru la.. :)
Ronaldmohoni - 17 Sep 11 at 06:56:22
Nak cuba nasip. Manalah tahu, mampu menewaskan Titan. hehe.
cikguden - 17 Sep 11 at 07:53:19
huhu. tak pernah join apa2 contst pun. boleh menang ke kalau join nie. hehehe
yas - 17 Sep 11 at 09:42:18
la ni musim berehat bersama kitkat jap…so berehat dulu…hehehe
SS - 17 Sep 11 at 14:31:36
sy pun mencuba nasib :)
g’luck bro. semoga dapat hadiah misteri dari pacifista
tehr - 17 Sep 11 at 14:46:35
bulan ni aku rehat masuk kontes
mungkin bulan depan kalau ada yang menarik
nizamghazi - 18 Sep 11 at 02:46:57
I like pacifista. Nice like u titan
Suka buat contest. gud luck titan
farahaznil - 18 Sep 11 at 03:35:54
wah..byk plak review contest skrng ni..
zik - 18 Sep 11 at 03:49:35
tak tahu contest mana nak join dah…. ikut masa n keadaan…. nak ikut bro teh.. berehat japp..hehe
akazuma - 18 Sep 11 at 05:29:01
wahh, semuanya mahu berehat ye.. :)
merahkatak - 18 Sep 11 at 06:58:29
tak nak join sebab aku pun memang dah lama tak update blog. suka komen aje. haha..

apapun, harap titan menang. :)
farahaznil - 18 Sep 11 at 07:51:03
huhu….semua dah nak berehat…masyuk2 dah kot..hehe
Pacifista - 18 Sep 11 at 17:12:27
terima kasih titan.apapun jangan lupa review pulak :D
Fahmi - 19 Sep 11 at 09:55:08
erm, aku tak subscribe lagi kat blog tu lepas dia guna domain.my ni… masa blogspot dulu aku subscribe la… nanti… usha-usha semula… :D

Aku tak pernah lagi sertai mana-mana pertandingan review alexa… huhu…
bEe - 20 Sep 11 at 01:25:02
bEe newbie di blog Pacifista :-)
Sdg mencuba huhuhu
farahaznil - 20 Sep 11 at 09:35:26
erk..mamat staging ni spam ke apa?haha
akazuma - 23 Sep 11 at 11:49:45
pehh..edwin van der sar pun ada cerita sekali. haha



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011