1. Aku baru balik dari tempat kursus aku. Penat badan, penat hati, penat rasa, dahaga, lapar dan macam-macam ada. Kerja banyak kena selesaikan sebelum aku pulang bercuti sehingga hari Ahad ini.
2. Aku tahu ada yang tertunggu-tunggu artikel dalam blog ini.
3. Aku juga tahu korang tengah tunggu bayaran hadiah dari pertandingan Earncent Review 2011 yang telah aku umumkan minggu lepas. Maaf sebab lewat. Bukan aku mahu begitu, tetapi keadaan aku agak terkekang dalam minggu ini.
4. Talian internet memang menyedihkan. Celcom broadband memang agak kurang baik fungsinya ditempat aku. Lain ceritanya kalau aku masuk bandar. Masa tu memang laju. Tapi takkan aku nak pergi bandar X tu. Jauh bandar X tu. Mahu ambil 1 jam lebih perjalanan. Tapi tak apa, aku dah pulang.

5. Insya-Allah, aku akan selesaikan bayaran melalui Maybank pada malam ini. Esok pula bayaran melalui CIMB. Pukul rata, semua bagi no. akaun Maybank dan CIMB. Maybank aku boleh transfer online. Tapi CIMB, aku akan transfer kat mesin ATM.
6. Hadiah ebook akan aku hantar samada selepas jam 12 malam ini atau esok.
7. Banner iklan sedang aku siapkan. Kalau dah siap, aku akan beritahu korang samada melalui email ataupun aku tulis satu artikel khas untuk beritahu tentang hadiah korang tu.
8. Tahniah buat yang menang. Jangan lupa join pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com. Masih ada separuh bulan lagi untuk korang sempurnakan misi ini. Tapi jika tidak ada sekurangnya 15 orang yang hantar menyertai pertandingan ini, mungkin aku akan bawa ke bulan seterusnya dan sudah tentu, hadiahnya akan bertambah. Haha..
9. Review dari aku akan menyusul. Cepat atau lambat sahaja. Tunggu.
10. GPS untuk hadiah hari jadi mak dan abah aku yang aku order sudah sampai. Aku masih pening nak setting Papago ni. Yang Garmin senang aje. Kena belajar lagi manualnya ni..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















xpe slow2…
erk, 15 penyertaan? harap2 cukup laaaa 15
Just nk ckp ak salute kt hang
yang lain2 belum pernah
Penaja Pertandingan bila nak update. Lepas update baru promote kat blog. hehehe.