Ok. Aku baru aje balik dari masjid. Sebab apa aku pergi masjid, aku rasa korang dah tahu. Tak perlu nak dipersoalkan ke apa. Penat minggu ni memang tak habis lagi dan ada banyak kerja luar yang kena aku selesaikan dulu. Minggu ini aku tak balik tapi sebaliknya aku kena pergi 3 kenduri kahwin pada hari esok. Jadi, tak dapatlah nak balik Banting. Tak apalah. Aku online aje kat mana-mana yang sempat memandangkan aku ada celcom broadband ni. Lambat pun lambatlah. Janji dapat online sekejap dua. Tentang bayaran dan claim hadiah untuk pemenang pertandingan Earncent Review 2011 akan aku tunaikan dalam masa terdekat ini. Paling cepat minggu ini, paling lambat dalam minggu depan. Harap korang semua sabar menunggu ye. Hehe..
Ok. INi butiran tentang 2 pertandingan baru yang bermula pada hari ini dan sah berkesan pada bulan September 2011 sahaja. Baca dan fahamkan betul-betul. Kalau tak faham, jangan segan-silu nak tanya.
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
Apa yang perlu dibuat dan apakah syarat yang perlu dipatuhi? Ok, baca betul-betul.
1. Korang cuma perlu pilih 3 artikel berpengaruh yang korang rasa terbaik dan mampu mempengaruhi korang tak kiralah dari sudut blogging, buat duit, bisnes, personal dan sebagainya. 3 artikel atau entri tu, korang boleh pilih dari 1095 artikel yang ada dalam blog ini. Cari yang korang rasa sesuai dan mampu meninggalkan kesan dalam hidup korang. Aku tak minta 10 atau 100 artikel, cuma senaraikan 3 artikel tersebut dan cerita secara ringkas mengapa korang pilih artikel tu dan mengapa korang rasa ianya mampu mempengaruhi atau merangsang atau membantu hidup korang. Yang penting, 3 link artikel tersebut mesti hidup dan dipaparkan dalam artikel korang ataupun buat backlink ke artikel di blog Earncent.com yang korang ceritakan dalam blog korang.
2. Tentang nak cerita tu, aku harap tak perlulah panjang berjela dan tak perlulah buat secara bersiri. Cukup dalam 1 artikel sahaja. Korang nak letak gambar ke, lagu ke, nak buat video khas ke, nak apa ke, buatlah. Janji menarik dan kreatif.
3. Pemenang akan dipilih berdasarkan cerita disebalik 3 artikel tersebut. Maksud aku, penyampaian yang kreatif, cerita yang menarik, ayat yang kacak, persembahan yang mantap, kreatif dan mampu membuatkan aku rasa cerita korang paling best dan kacak, aku akan nobatkan sebagai pemenang.
4. Syarat yang perlu korang patuhi sangat mudah. Korang cuma perlu pilih nak subscribe blog aku atau, like fan page earncent.com atau follow Twitter aku sahaja. Aku tak suruh korang bayar yuran penyertaan pun. Pilih salah satu, dan bagitau aku diruang komen. Kalau nak buat tiga-tiga sekalipun, takdehal. Tapi kalau korang wat tiga-tiga tu semua, aku yakin korang memang kacak. Haha..
5. Jika korang menyertai pertandingan ini, dengan secara automatiknya korang layak untuk menyertai pertandingan Komen Terbanyak yang akan berlangsung sehingga hujung 30 September 2011. Masa agak singkat berbanding pertandingan sebelum ini. Jadi, pepandailah korang bahagikan masa ye.
6. Artikel terhad untuk bahasa melayu dan bahasa english sahaja. Bahasa lain bukan aku nak diskriminasi. Tapi aku cuma faham dua jenis bahasa ini sahaja dengan baiknya. Bahasa lain, aku kurang kacak sikit. Huh..
7. Jangan lupa, buat juga backlink ke blog ini tentang pertandingan ini. Selepas itu, letak link artikel korang diruang komen artikel ini untuk memberitahu aku tentang artikel korang tu. Aku akan update seminggu sekali tentang artikel yang telah dihantar untuk pertandingan ini.
8. Sekali lagi, aku kata cerita pendek untuk setiap artikel. Tapi kalau korang gian nak tulis panjang-panjang, aku tak menghalang. Yang penting mematuhi peraturan dan syarat pertandingan ini. Janji aku puas hati dan aku suka, itu dah cukup. Tak perlu nak mengarut sangat. Ngarut sikit-sikit aje ye. Kalau korang dah rasa artikel tu cukup kacak, dah molek sangat tu. Hehe..
Pertandingan Komen Terbanyak bulan September 2011
1. Mesti menyertai pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com.
2. Setiap komen diharap menjawab pertanyaan artikel dan komen rakan yang lain.
3. Setiap komen juga diharap tidak mengarut dan merepek bukan-bukan.
4. Komen berturut yang dibenarkan hanyalah sebanyak 2 kali sahaja. Itupun jika bersebab. Jika merepek yang bukan-bukan, komen korang akan aku tolak mengikut suka hati aku. Haha..
5. Korang boleh komen disemua artikel dalam blog ini. Tak ada masalah.
6. Tarikh tutup untuk kedua-dua pertandingan ini adalah pada 30 September 2011. Lepas jam 12 tengah malam 30 September 2011, komen tidak akan dikira dan artikel yang dihantar juga akan ditolak. Jadi, selesaikan urusan korang sebelum tarikh tutup.
Hadiah
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
1. RM50 + Ebook Panduan 701panduan
2. RM40 + Ebook Panduan 701panduan
3. RM30 + Ebook Panduan 701panduan
4. RM20 + Ebook Panduan 701panduan
5. RM10 + Ebook Panduan 701panduan
Pertandingan Komen Terbanyak bulan September 2011
1. RM50 + Ebook Panduan 701panduan
2. RM30 + Ebook Panduan 701panduan
3. RM20 + Ebook Panduan 701panduan
Setakat ini, ini sahaja hadiah yang dapat aku tawarkan. Jika ada penaja ingin menaja, sila emailkan ke titan1[at]earncent.com (Sila gantikan [at] dengan @ ) atau hubungi aku melalui ruang contact ini. Tempoh masa kepada para penaja yang ingin menaja adalah sehingga 15 September ini.
Kepada yang ingin menaja, anda boleh menaja samada dalam bentuk review, duit tunai, produk kesihatan, prepaid, ebook, buku, novel, pengiklanan banner diblog masing-masing dan sebagainya. Sila nyatakan bentuk tajaan anda dalam email tersebut. Bagi yang ingin menaja duit tunai, minimum adalah RM10. Kalau nak bagi lebih pun tak ada masalah punya. Hehe..
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Abrablog.com dan PanduanTnx.com.
#Buat masa ini, ini sahaja yang dapat aku tawarkan. Kalau ada tambahan, aku akan update dan jangan lupa untuk letakkan barisan penaja dalam artikel yang korang buat tu.
Memang tak banyak yang aku tawarkan. Tapi anggap sahaja ini salah satu cara korang untuk mengasah skill menghasilkan review yang baik, menjual dan berpengaruh. Ini juga cara aku dulu mengasah skill menulis ulasan atau review ketika aku aktif di market luar dulu. Dulu, banyak kali juga aku menang review diblog luar dan blog tempatan. Sekarang, ada juga aku menang beberapa kali. Jadi, hari ini turn korang pula. Mana tahu, skill yang dah dok lama terpendam tu, akan keluar semula. Yela, selagi kita tak cuba, selagi itu kita tak tahu, bukan? Jadi, cubalah dan aku sangat mengalu-alukan semua blogger di Malaysia dan di Planet Bumi ini untuk menyertainya.
Ps: Okeh. Kawan aku ajak main karom. Babai..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Pemenang Pertandingan Earncent Review 2011 | Komisen ke 4 dari BahasaInggeris.com »
















Ok, dah faham 1 perkara dari penganjuran contest begini. Dapat backlink free
hahaha
sebab malam tadi aku rasa kacak sangat2
hahaha
selamat bertanding semua
skrg musim contest hee,,,suri bru mmpu buat teka tekik jer huuu…
slmt berhujung mggu bro..
wah… ada lagi contest.
rasa tak berkesempatan laa nak join…
selamat maju jayaa…
silent aje laaa dulu untuk sementara… heheheee
http://sjiehan.com/3-artikel-berpengaruh-earnteam/
ada contest ye
http://ohbuku.com/3-artikel-berpengaruh-blog-earncent/
cc cik ainun~
hahaha
x ramai nk bertuah join benda ni