Betullah apa yang orang kata, kalau kita berusaha, kita akan dapat apa yang kita mahukan. Begitu juga apa yang aku target. Sejujurnya, aku tak pernah bermimpi untuk dapat ranking sebegini dalam Alexa rank. Tapi akhirnya aku berjaya. Tidaklah sesusah mana. Tapi ianya berbaloi bila kita cuba. Hasil yang tak seberapa ini hanyar berlaku pada tahun ini. 2011. Dulu, aku nak mimpi macam ini pun susah. Tapi akhirnya tercapai juga.

top500malaysia Earncent.com masuk Carta 500 Website terbaik Alexa Rank di Malaysia


Bukan senang nak lawan site-site yang bernichekan personal, isu semasa, teknologi, sukan dan hiburan. Tapi akhirnya blog personal aku yang tak seberapa ini berjaya masuk ke dalam ranking 500 terbaik dalam Alexa rank. Semalam dalam tangga ke 487. Hari ini, pergi ke angka 492. Tak kisahlah, tapi dah masuk seminggu juga aku lepak dalam ranking 500 ini.

alexarankearncent Earncent.com masuk Carta 500 Website terbaik Alexa Rank di Malaysia


Dan yang aku terkejut, dengan Alexa Traffic rank dapat 108092 untuk hari ini, aku juga berjaya dapat 702 site linking in. 702 tu. Bukan satu angka yang kecil dan mudah untuk mencapainya. Susah dan aku rasa aku lom jumpa lagi mana-mana site tempatan yang ada dalam 500 ke atas dia punya sites linking. Kalau korang ada jumpa, sila beritahu aku. Nak gak aku belajar macam mana diorang dapat lebih sites linking. Aku rasa mungkin ini penangan pertandingan Earncent Review 2011 yang aku buat dalam sebulan ini. Trafik naik mendadak, ranking naik mendadak dan backlink pun boleh tahan juga naiknya. Hoho..

Jadi, raya kali ini memang menggembirakan hati aku. Korang pun rasa gembira kan? Kalau korang gembira, ini bermakna korang pun turut sama kacak macam aku. Haha..

#Entri ini aku buat untuk menambahkan satu lagi entri bersejarah untuk blog Earncent.com. Bukan senang aku nak masuk ranking bawah 500 dalam Malaysia. INi bermakna blog ini juga dalam senarai 500 blog yang selalu dicari dan dimasuki oleh rakyat Malaysia. Haha..entah betul ke tidak. Aku tak pedulik. Janji aku happy..

Ps: Aku tahu korang sibuk tengah beraya. Tapi tak apa. Biar aku happy sorang-sorang. icon smile Earncent.com masuk Carta 500 Website terbaik Alexa Rank di Malaysia


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 36 comments. Apa plak komen korang?
izwannizam - 03 Sep 11 at 12:13:12
wah.encik titan bertambah kacaklah…dah masuk top 500.dah mcm fortune 500 plak :P
ainun - 03 Sep 11 at 12:14:09
wah…hebat lah titan..tahniah! moga terus naik lagi rank..
titan - 03 Sep 11 at 12:26:35
izwannizam. Hehe..memang kacaklah. Haha..

ainun. Sama-sama. Moga-moga akan terus naik lagi ranking ni.. :)
afiq aiman - 03 Sep 11 at 12:37:33
mantap! aku punya alexa ranking dah jatuh. nampak sangat blog aku belum kukuh 100%. aku kena banyak belajar ni terutama yang top 500 hehe
Sya Isya - 03 Sep 11 at 12:41:15
pergh! linking in tu..memang dahsyat. tahniah
rina - 03 Sep 11 at 13:08:04
huhu..702 linking. mesti power nih.. :)

apapun, tahniah kepada titan dan earncent.com
muhammad fakhruddin - 03 Sep 11 at 13:34:06
Ok…moral of the story untuk saya, kalau nak buat contest kena buat post bertajuk contest/pertandingan :)

Saya jauh lagi tu…masih juta2 rank saya.
Hati Batu - 03 Sep 11 at 13:53:06
ok dah tu hehe…tapi sy nk tnya…alexa sy makin kurang tapi .my x kurang2 sebab apanya?

kalau nak di ikut visitor, tak semua la dtg dari .my, ad juga dari negara lain…
titan - 03 Sep 11 at 14:02:22
rina. Ok la. Sama-sama. hehe..

muhammad fakhruddin. Hehe..buat aje pertandingan. tapi susah nak monitor kalau macam pertandingan komen macam ni. Tapi takde masalah kalau nak mencuba.

Hati Batu. Itu aku sendiri susah nak jawab sebab alexa ada cara diorang sendiir nak tentukan ranking .my atau global. Pendek kata, perbanyakkan lagi trafik dari malaysia..

ranking malaysia aku sebenarnya dah kira jatuh ni. 2-3 lepas rank kat 487 dan kebawah..sekarang..dah naik ke 492. hoho..
farahaznil - 03 Sep 11 at 15:55:45
haha..tahniah…jeles haku…..takpe…ko tetap idola aku.. =D
Pacifista - 03 Sep 11 at 16:17:03
tahniah bro.cepat ko naik :D
Razif Yusof - 03 Sep 11 at 19:26:50
Congrats bro! :)

Menjejak tangga 300 pula!

InsyaAllah…

~ Selamat hari raya bro titan!
samdaddycool - 03 Sep 11 at 19:32:36
terbaeeekkk!
tehr - 03 Sep 11 at 22:01:33
tahniah untuk titan
aku pun tumpang happy gak sebab nak tumpang kacak sama2

blog aku masih 1k+
huhu
YukisYuli - 04 Sep 11 at 01:23:19
Tahniah…Aku nak cecah MY RANK 2k pun jenuh gak cari backlink. Ayuh kawan2 teruskan usaha jagan cepat mengalah. TQ
titan - 04 Sep 11 at 02:29:21
farahaznil. Idola ekk? Amboiii..

Pacifista. Sama-sama. Hehe..naik apa nih haa??

Razif Yusof. Insya-Allah. Boleh. Selamat hari raya.. :D

samdaddycool. Baik punyerrrr. :)

tehr. Hehe, kita semua kacak. Haha..
shaharil - 04 Sep 11 at 03:09:42
Tahniah bro. Bukan senang sampai ke tahap tu. blog aku rankingnya, masih lagi berjuta-juta.
zool - 04 Sep 11 at 03:36:15
Memang hebatlah kalau camtu.. aku nak masuk ke 1000 pun lum tentu lagi…. :(
puanbee - 04 Sep 11 at 03:55:15
wah banyak tu site linking .. blog puanbee baru ada 300lebih je uhhh
akazuma - 04 Sep 11 at 06:17:59
pehh, tadi aku usya..dah 107 lebih..naik lagi tuuu.. :)

tahniah, tahniah..
W.R - 04 Sep 11 at 07:04:02
perghh mantap sgt ni bro…hihihi tahniah…
hazwan dot com - 04 Sep 11 at 07:06:59
tahniah bro..pas ni boleh dok atas lagi tu
Ronaldmohoni - 04 Sep 11 at 07:19:55
Tahniah Titan. Harap2 satu hari nanti berjaya menewaskan ko. hehehe
nizamghazi - 04 Sep 11 at 08:51:32
Tahniah titan.
Ak nye dah lama x cek, masih beribu lagi kot ranking. Kira hebat lah klu bawah 500 tu.
sjiehan - 04 Sep 11 at 11:51:43
tahniah bro… hebat… sya 1k lgi
titan - 04 Sep 11 at 16:30:00
shahairl. Yap, aku tahu. Bukan senang tu. Sebab tu kena usaha lagi kuat lagi ni. hehe.

zool. Boleh. Semua tu boleh. Cuma kena usaha lagi aje..

puanbee. Hehe..setakat ni, denaihati antara yang terbanyak. Dekat 500 lebihh kalau tak silap..

akazuma. Hehe..dah naik ek?? :)

hazwan dot com. Insya-Allah..

Ronaldmohoni. Ehh, tak leh. tak lehhhh.. :D

nizamghazi. Aku rasa macam nak cek semalam. Tu la aku share benda ni. Kalau tak, aku sendiri pun tak tahu. HOho..

sjiehan. Takpe, leh usaha lagi tu.. :)
sjiehan - 04 Sep 11 at 22:32:31
hahaha.. tgh usaha ni.. jenuh jugak laaa
neo - 05 Sep 11 at 01:15:53
segak ko bila dah tersenarai :)

apa pun tahniah
bukit gambang - 05 Sep 11 at 15:29:21
aku tumpang gembira sekaki..hehe.. anyway Tahniah bro…
eiela - 06 Sep 11 at 02:52:25
tak tau sangat pasal nih, main tulis je ikut suka.
bEe - 06 Sep 11 at 09:01:59
Wah….
Bestnyer :cool:
bEe tumpang sekaki & seRM boleh tak??? :-P
ProfHariz - 06 Sep 11 at 13:23:15
Tahniah bro titan.. Akan ku jadikan blog ko sebagai inspirasi untuk blog.hariz :)
debtrunner - 06 Sep 11 at 15:50:50
wahh
lama tak datang sini, macam-macam dah berlaku. tahniah bro titan. :D
farahaznil - 15 Sep 11 at 23:06:26
haha…blog titan ni tak boleh tinggal..kluu tinggal mmg mcm2 melepas
faiz - 16 Sep 11 at 02:56:32
mantop gile ko bro..makin byk byk aku baca blog ko ni makin kagum aku kat ko..
akazuma - 16 Sep 11 at 04:09:36
blog ni memang best. jarang jumpa blog macam titan nih..hheheh :)



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011