Archive for September 2011


Semalam aku sibuk. Jadi aku tak tulis apa-apa. Kena pula 2 hari lepas aku kena serangan bandwidth bertubi-tubi diemail aku. Setiap beberapa jam, aku akan dapat notifikasi yang beritahu aku bandwidth blog ini akan habis. Jadi, bila aku bangun paginya. Sah, memang habis dah bandwidth. Aku biarkan dulu sebab aku ada urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Lepas dah setel beberapa perkara dan aku ada masa untuk online sekejap, aku terus add-on bandwidth sebanyak 4GB untuk tempoh 3 hari ini. Jangan habis sudahlah. Kalau habis, memang korang punya angkara. Haha..

komisen701panduan Komisen ke 7 dari 701panduan


Ok, ini bayaran terbaru dari program 701panduan Ad Network. Aku dah join lama dah benda ni. Dari awal Januari 2011 sehinggalah ke hari ini. Masih tidak gagal bayar aku setiap bulan dengan kacaknya. Aku sangat berterima kasih kepada mereka yang klik dan terklik iklan-iklan 701panduan yang ada dikebanyakkan blog-blog aku tu. Kalau korang tak klik, aku tak dapat 10 sen tu. Haha..

Aku tak ada tips yang bagus untuk digunakan buat buat duit dengan 701panduan ini. Tapi dalam mana-mana program trafik adalah perkara pokok yang perlu anda selesaikan. Ini masalah umum tetapi tidak dipandang secara khusus oleh para blogger. Kalau kita berjaya hasilkan trafik yang agak berkala setiap hari, itu sudah cukup bagus. Biarlah bermula dengan 10-20 uv sehari, kemudianya meningkat ke 10-50 uv sehari dan akhirnya membawa ke 100-200 uv setiap hari. Itu dah cukup bagus kalau dapat kekalkan. Kalau dah sampai tahap 1000-5000 uv setiap hari, itu dah cukup bagus. Kalau korang letak iklan 701panduan, Nuffnang, Advertlets dan Innity. Memang tiap-tiap bulan boleh dapat duit dari 4 program tu. Syaratnya, trafik kena mantap.

Jadi, dalam hal ini nak tak nak korang kena usaha dan belajar lebih banyak benda untuk menghasilkan trafik yang konsisten. Kalau tidak, jangan gatal tangan nak tulis kat blog yang program ini menipu, program itu berat sebelah, program ini jahat dan segala bagai. Cuba korang duduk kat tempat mereka. Apa rasa??

#Tawaran gila dari Jobscentral. Korang dapat cari kawan dan kawan korang tu dapat kerja setelah apply melalui Jobscentral. Korang akan dibayar RM500. Fuhh, gila. Tak pernah aku jumpa program referral macam ni kat Malaysia. Haha..

Ps: Wokeh.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Beberapa hari lepas, aku sempat menonton perlawanan badminton secara langsung di Astro. Perlawanan antara Chen Long menentang pemain nombor 1 dunia dan juga pemain nombor 1 di Malaysia iaitu Lee Chong Wei. Nampaknya, tidak ada rezeki untuk Chong Wei menang dalam terbuka Jepun kali ini.

leechongweiallengland2011 Penulis blog Professional di Malaysia


Masa set pertama, hati aku agak gundah dan rasa serba-salah. Apalah yang Chong Wei buat sampai Cheng Long boleh menang. Tetapi aku tak nafikan yang Chen Long lebih berhak menang pada set pertama. Semangat untuk menang kali ini memang tidak boleh dinafikan. Bersungguh-sunnguh.

Set kedua, macam biasa. Kebangkitan dari Chong Wei. 21-10. Chong Wei memang bermain dengan lebih serius untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Masa ini aku dah boleh senyum. Dah bolh sambung makan nasi kerabu yang aku beli masa tu. Kalau kalah, mesti aku takde selera makan. Hoho..

Set ketiga, selera makan aku kejap naik, kejap turun. Kejap Chen Long leading, kejap Chong Wei leading. Masing-masing tak mahu kalah. Beza pun tak berapa jauh. Siap main tukar-tukar kedudukan. Sampai satu masa, 19-19. Masa tu, dalam hati aku berkata:

“Siapa dapat 20 dulu, mesti dia menang..”

Masin mulut aku. Chen Long dapat dulu. Dan dia menang. Chong Wei sekadar berpuas hati dengan tempat kedua. Tak apa, hadiah tempat kedua pun banyak. Ribu-ribu juga dalam ringgit Malaysia. Fuhh, dah tahap jutawan juga aku rasa Chong Wei ni. Duit dari menang setiap kejohanan tak kiralah dapat johan ke atau nombor dua, mesti banyak. Mesti akaun bank Chong Wei ni orang bank tengok. Tiap kali ada kejohanan badminton, mesti ada duit masuk. Haha..

Apapun, aku puji Chen Long kali ini. Dia membuktikan bahawa dia boleh mengalahkan jaguh nombor 1 dalam Badminton. Lagipun dia muda lagi. Banyak masa nak cantas Chong Wei dan Lin Dan dalam badminton nih. Jika dia berusaha, tak mustahil jadi macam Chong Wei dan Chen Long. Kat sini, aku nak beritahu korang semua, jika kita berusaha, tak ada apa yang mustahil selagi benda itu tidak mustahil untuk dicapai atau dilakukan. Lainlah kalau orang lelaki, memang mustahil untuk mengandung. Haa, itu kalau usaha macam mana pun, memang takkan boleh jadi punya. Begitu juga dengan air tebu. Kalau kita minum, mesti rasa macam air tebu. Mustahil rasa air sirap kan? Hoho..

Apapun, tahniah untuk mereka berdua. icon smile Penulis blog Professional di Malaysia

Ps: Teringin jadi pemain badminton professional dulu. Tak apalah, jadi penulis blog professional di Malaysia pun ok jugak kan? Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Huh. Selangor menang besar semalam. 4 gol berbalas 1. Tahniah kepada AmirulHadi, Safiq, Rosdie dan Amri Yahyah yang menjaringkan gol semalam sekaligus membuka peluang untuk Selangor mencuri tempat ke suku akhir Piala Malaysia 2011 kali ini. Kalau kalah atau seri semalam, memang terkuburlah impian mereka untuk merealisasikan misi 33 tu..

Apapun, untuk perlawanan terakhir ketika Selangor menentang Kuala Lumpur nanti, nak tak nak, Selangor kena menang. Seri tak boleh, kalah lagilah tak boleh. Kalah bukan lagi satu pilihan. Mesti menang. Kalau tak, rasa macam tak best aje kalau tak ada pasukan Selangor dalam kempen Piala Malaysia ni kat suku akhir. Paling teruk pun, mesti masuk separuh akhir maa.

selangoramriyahyah Selangor   Win or Die


Walaupun K.Devan dah meletakkan jawapan, rasanya penggantinya Maniam, boleh menggalas tugas dengan baik dan mencatur strategi yang lebih berkesan untuk menghadapi Kuala Lumpur. Pastinya Kuala Lumpur juga mahu menang. Jika seri, itupun sudah memadai. Jadi, Selangor. Sila gempur habis-habisan dan aku harap ada siaran langsung kat television ketika Selangor menentang Kuala Lumpur nanti.

Okeh..aku sebenarnya kat Jerantut ni. line internet laju sikit. Insya-Allah, sempat. Aku hantar semua hadiah terutamanya panduan TNX tu. Maaf sebab dah terlampau lambat. Ini baru ada sedikit masa untuk setelkan hal itu. Sesiapa yang tak ada banner dan tak hantar banner lagi. Sila berbuat demikian dengan secepat mungkin. Tapi kalau mahu aku buatkan banner ringkas korang tu, sila beritahu awal-awal agar aku boleh buat bayaran secepat mungkin. Kepada yang belum bagi no akaun untuk aku transfer duit hadiah sempene Pertandingan Earncent Review 2011, sila buat demikian secepat mungkin ya. Terutamanya bekas budak UIA tu. Huh..

#Lee Chong Wei tengah ketinggalan 8-13 menentang Chen Long sekarang. Aisehh..

Ps: Mahu tonton filem Drive Angry 3D. Macm menarik aje.. icon smile Selangor   Win or Die

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebelum aku pergi ke Bandar Lipis, aku nak update tentang Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent. Jadi, mungkin ada yang gembira dan mungkin juga ada yang kurang gembira dengan berita kali ini.

1. Pertandingan ini disambung sehingga bulan depan. Ini bermakna, tarikh tutupnya dipanjangkan sehingga 30 Oktober 2011. Pertandingan komen juga turut dipanjangkan. Aku akan campur jumlah komen untuk 2 bulan ini. Takpe, kira secara manual pun aku sanggup. Takde hal punya.

2. Mengapa disambung? Sebab masih ramai yang nak join tetapi tak ada masa. Pendek kata, sibuk. Aku pun sibuk dan tak banyak artikel yang dapat aku sumbangkan dalam bulan ini. Insya-Allah, bulan Oktober ini adalah bulan yang kurang sibuk dan ramai orang boleh sertai pertandingan ini.

3. Ya, hadiah akan aku tambah. Walaupun tidaklah banyak, tetapi tetap ada penambahan. Sesiapa yang berminat untuk sponsor, bolehlah email aku atau hubungi aku diruang contact.

4. Aku minta maaf sebab terpaksa panjangkan tempoh pertandingan ini.

superbusy Update Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com


5. Aku tak sempat nak naikkan banner sebab blog ini down malam tadi. Bukan sebab habis bandwidth ke apa. Tapi memang website Netkl sendiri tak leh masuk semalam. Pagi ini barulah boleh masuk. Jadi, aku tak sempat buat apa-apa hari ini. Kalau sempat, malam ini atau esok akan aku cuba usahakan. Secara jujur, kekangan masa dan faktor kesibukan menyebabkan benda ini menjadi panjang dan tak selesai-selesai. Aku benci keadaan ini. Huh..

Senarai peserta yang sudah menghantar artikel:

1. Sjiehan - 3 Artikel Berpengaruh Earnteam
2. Ohbuku - 3 Artikel Berpengaruh blog Earncent

Senarai hadiah terkini:

Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

1. RM50 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125x125 di Ronaldmohoni.com + Pengiklanan Banner 125x125 di ArtisMalaysiaterkini.com
2. RM40 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125x125 di Ronaldmohoni.com
3. RM30 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125x125 di Sayacomel.com
4. RM20 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125x125 di Sayacomel.com
5. RM10 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125x125 di Sayacomel.com

Pertandingan Komen Terbanyak bulan September dan Oktober 2011

1. RM50 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125x125 di ArtisMalaysiaterkini.com
2. RM30 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125x125 di ArtisMalaysiaterkini.com
3. RM20 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125x125 di ArtisMalaysiaterkini.com
Senarai penaja terkini:

Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Ronaldmohoni.com, Sayacomel, ArtisMalaysiaTerkini.com, Hazman Fadzil, Abrablog.com dan PanduanTnx.com.

Setakat ini, itu sahaja yang aku dapat update. Sejujurnya, memang aku sibuk sangat dalam 2-3 minggu ini. Harap aku tetap boleh update macam biasa. Ok, babai.

Ps: Korang dah tengok Secret Life of Nora? Best ke tak benda tu??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011