Siri Ramadan 2011 ini diteruskan lagi ini dibawah satu tajuk yang agak popular iaitu Terawih Revolution. Haa, tajuk pun gempak. Macam dah nak bagi ceramah selepas solat Isyak pun ada walaupun aku bukan ustaz yang bertauliah. Tapi sebagai peringatan dan nasihat, mari kita baca sedikit sejarah terawih dulu dan sekarang yang mungkin kita tahu dan kita tak tahu mengikut tulisan aku ini.
1. Dulu, terawih biasanya dilakukan dengan 23 rakaat. 20 rakaat untuk terawih dan 3 rakaat untuk witir. Biasanya ditempat aku, itulah yang dilaksanakan sehingga ke hari ini. Jadi, diwaktu aku kanak-kanak yang kacak dulu, jumlah itu yang aku lakukan kerana pada waktu itu aku tidak tahu yang kita boleh lakukan dengan 8 rakaat sahaja. Malah, masjid-masjid dibanting ketika itu tegar dengan membuah 23 rakaat. Sungguh jarang aku lihat mereka buat 8 rakaat dan pulang tanpa menikmati moreh. Pasti habis sampai 23 rakaat dan memang meriah masjid ketika itu. Kanak-kanak pun turut berjemaah sama walaupun mereka tak tahu apa-apa..boleh kata penuh sampai ke 10-15 saf jugalah dibuatnya.
2. Sekarang, bila solat terawih 8 rakaat menjadi popular. Aku lihat ramai yang buat 8 rakaat. Bagi aku tidak ada masalah. Jangan ada yang tidak buat sudahlah. Yelah, terawih ni kita buat setahun sekali. Itupun dalam 1 bulan. Peluang yang tidak ada dalam bulan-bulan. Mengapa kita tidak rebut untuk buat ramai-ramai walaupun kita tahu solat yang wajib pun tidak sampai 10-15 saf? Alhamdulillah, di Banting, solat subuh masih berjaya mengekalkan 3-5 saf pada bulan ramadan ini. Kagum aku dengan mereka. Kesungguhan mereka memang bukan level darjah 6.
3. Aku kenal solat terawih 8 rakaat ketika aku belajar diasrama penuh di Subang. Ketika itu, pihak sekolah dan asrama membenarkan kami solat di surau yang berdekatan. Kena bertapak dalam 15-20 minit juga ke surau tu. Kalau nak berbuka disana pun boleh. Tapi aku biasanya berbuka diasrama beramai-ramai dengan kawan yang lain dan bergerak ke surau selepas itu. Dalam jam 8 lebih. Habis terawih 8 rakaat, semua biasa pulang dan biasanya aku dan kawan akan singgah dikedai makan untuk char kew tiaw atau roti canai disebuah kedai yang memang selalu jadi tempat lepak budak asrama kami sampai jam 11. Balik asrama, warden dah menunggu dengan rotan ditangan. Aduhh..masih aku ingat lagi libasan warden aku dulu tu. Muka nampak kacak dan kiut. Tapi bila melibas, aku rasa kalau ada orang toreh muka warden tu, tak keluar darah pun. Platlet apatah lagi..
4. Dan sekarang, memang aku selalu maintain Solat terawih walaupun tidaklah sampai ke 23 rakaat. Ada masanya aku akan solat sampai 23 rakaat. Tapi biasanya memang 8 rakaat ajelah. Aku risau ianya akan jadi kebiasaan aku dan korang semua. Aku juga risau pada tahun 2020 nanti, 8 rakaat ini menjadi kebiasaan bagi kita semua. Bukan aku kata 8 rakaat itu tidak bagus atau 20 rakaat itu sangat bagus, cuma..ahh, aku tau korang faham maksud aku kan?
5. Budak-budak zaman sekarang ni memang berbeza.
Pergi ke masjid bukan untuk solat terawih. Aku tahu diorang datang ke masjid untuk berjumpa kawan. Bila dah jumpa kawan, agenda ketika dirumah sudah berubah. Nasihat mak abah sudah lari. Elok-elok mahu bersolat, akhirnya jadi bersilat di belakang masjid. Tak pasal-pasal ada yang makan pelempang sulung aku dalam bulan puasa hari ini. Nasib bapak budak tu tak saman aku. Kalau tak, keluar kat surat khabar esok, seorang blogger separuh masa melempang anak guru di masjid Jamek Banting. Kalau keluar betul-betul, aku cari wartawan tu, aku bagi pelempang lagi sebiji. Isu macam ini pun mahu dibesar-besarkan?
6. Kenapa aku lempang budak tu? Masa aku habis solat dan mahu beransur keluar. Elok sahaja aku bangun dan mahu keluar dari masjid..terus aku nampak kelibat dua orang budak yang sedang rancak berlari dan menjerit keriangan macam baru dapat pizza. Dan tidak tersangka-sangka,
salah seorang budak tu terkena sepakan padu maut dari kawannya. Terjatuh jugaklah budak yang kena sepak tu. Muka macam nak nangis. Tak nampak macam gembira pun bila kena sepak. Kawan yang seorang lagi, tersenyum bangga dapat buat sepakan ala-ala Suria Baja Hitam. Siap bercekak pinggang lagi berlagak kacak. Lantas, dengan tenang aku melangkah ke budak tersebut. Budak tu pandang aku dengan muka tak bersalah. Apa lagi, panggg!! Mahu terduduk budak tu kena pelempang sulung aku.
“Dikk, kalau nak bersilat. Gi kat luar. Cari gelanggangnya. Ini rumah Allah. Bukan tempat nak terajang orang. Ko terajang orang lagi, aku terajang ko 12 kali. Nak??”
7. Lepas abis tu..aku pun keluar dan meninggalkan dua orang budak yang seorang kena terajang dan seorang kena lempang yang terkebil-kebil. Kagum aku, dia tak menangis pun lempang. Kawan dia pula, tak menangis pun bila kena terajang. Kuat juga budak-budak zaman sekarang ni ye. Sampai kurang ajar begitu sekali kat Masjid. Itu baru 1 kes. Belum lagi kes-kes yang lain. Alhamdulillah, esoknya bila aku gi ke masjid..memang aku dah tak dengar budak menjerit atau mana-mana budak main kejar-kejar dalam masjid. Biasanya mahu ada 3-4 kumpulan yang buat onar macam tu.
8.
Bukan aku tak suka budak-budak ni datang masjid. Tapi kalau datang masjid untuk terajang anak orang lain. Itu sudah buat aku rasa mereka tidak hormat dengan masjid. Itu belum lagi yang main mercun kat luar masjid. Jadi, mak abah budak-budak, kalau boleh jeling-jeling sikit kat anak korang yang dok kat belakang tu. Kalau liar sangat, balik rumah. Rotan aje 30 kali. Biar sedar sikit budak tu. Abah aku dulu..asal dia nampak aku tak ada kat belakang bila dia toleh setiap 2 rakaat. Aku akan kena 2 rotan. Korang bayangkan. Kalau 12 kali dia toleh kat belakang, aku tak ada? Berapa kali aku kena rotan malam tu? Kali pula dengan 30 hari? Mahu tak bercalar badan aku yang kacak ni?? Jadi, kepada bapak-bapak, sila rotan anak anda. Kalau tak ada rotan, jumpa aku. Aku belikan percuma untuk bapak-bapak sorang satu. Mahu?
9. Kepada bapak-bapak, jangan bawa budak yang baru berumur 2-5 tahun ke masjid. Bukan aku menghalang atau tidak mengalakkannya. Cuma, ada beberapa sebab yang membuatkan aku risau. Yang pertama, aku risau ada bapak-bapak teringatkan anaknya yang dibelakang. Kecil aje. Tak ada yang jaga. Dibuatnya budak kecil tu mengikut budak-budak yang tak betul, kena culik ke, terjatuh tangga ke, kena langgar basikal ke..tak ke naya? Dah pula salahkan orang masjid kerana ada kes budak kecil kena langgar basikal ketika orang solat terawih. Tak best kan kalau masuk surat khabar? Bukan aku tak suka korang bawa anak korang, tapi tunggulah waktu yang sesuai. Budak kecil ni, asal jumpa kawan satu kepala, memang dia naik gilanya. Paling jahat pun, mesti main kejar-kejar punya keliling masjid.
10. Zaman aku terawih dulu, bukannya aku tak main. Tapi tidaklah sedahsyat budak-budak sekarang. Dulu, ada team yang pihak masjid tugaskan untuk jaga bahagian budak-budak ni. Mereka juga yang tukang sediakan moreh dan juga team yang tolong susun kuih dan air. Mereka juga yang tolong lempang budak-budak yang main kejar-kejar atau buat bising dalam masjid. Sampai satu tahap, tak ada budak dah yang buat bising kat dalam masjid dan luar masjid. Sebab memang mereka ni akan kejar budak tu sampai dapat. Mak bapak masa tu pun bagi kebenaran. Lepuk aje kalau perlu. Tapi jangan sampai nazak sudah la. Hasilnya, aman masjid. Mak bapak boleh berterawih dengan selesa. Budak-budak pun tak jadi nak buat gila dan tak ada yang jadi gila. Sekarang? Cuba lepas korang habis solat isyak? Korang toleh belakang? Budak-budak tu kat mana??
11. Program khatam Al-Quran selepas terawih pun masih berjalan. Aku rasa kat tempat lain pun masih berjalan macam biasa. Cuma jumlahnya tidak seramai dulu. Dulu, ada ramai budak-budak yang ikut program ini kat tempat aku. Biasanya budak-budak sekolah yang ikut. Siap diberi upah lagi walaupun diorang tak minta. Tapi sekarang, aku lihat geng-geng pakcik-pakcik aje yang terlibat. Ada satu kali aku join, aku rasa aku la yang paling kacak dan muda dalam program tu. Yang lain, pakcik-pakcik yang kurang kacak sikit aje dari aku. Budak-budak yang comel mana? Semua hilang balik rumah layan tv dan bunga api. Tak kurang juga ada yang merempit dan gi kedai mamak layan EPL.
12. Aku tulis ni bukan bermakna aku ni baik dan anak-anak korang jahat. Aku pun jahat dan liar jugak dulu. Tapi seliar aku dulu pun, tak adalah jadi macam budak-budak zaman sekarang ni. Aku risau mereka jadikan perangai liar diorang ni sebagai satu kebiasaan. Depan mak bapak, jadi pelakon terbaik di Bumi. Tapi belakang budak-budak, diorang jadi gengster Bumi.
“Ini Banting, tempat gua. Lu brader, jangan masuk campur”
Apa ingat korang cakap macam tu aku takut? Sudahlah tak solat terawih. Lepak luar masjid hisap rokok. Lepas tu, gi kacau anak dara orang balik terawih. Tak cukup dengan tu, korang main mercun sesuka hati sampai terkejut aku dibuatnya. Nyaris aku jatuh parit. Dah kurang kacak aku malam tu. Bila dah tegur dan nasihat. Korang nak tumbuk muka aku yang kacak ni? Tak pasal-pasal 5-6 budak tu aku bagi pelempang sekor-sekor. Takkan nak bagi korang tumbuk muka aku yang kacak ni kan? Ini gengster apa main mercun depan masjid? Nak main, depan balai polislah. Itu baru gengster. Yang lagi hampeh, 5-6 orang tu tak menang pula lawan aku yang dah tua ni. Bilang gengster. Tapi tumbuk pun tak kena, terajang nyamuk pun tak kena-kena? Lebih baik korang gi terawih. Lagi bagus.
13. Kes kecurian. Aku rasa tiap-tiap tahun berlaku. Pencuri ni, kalau dia nak mencuri, dia dah tak kira dah. Matlamat mesti tercapai walaupun banyak rintangan berlaku. Even kalau masjid tu dikawal oleh pasukan RELA ke, polis ke, askar wataniah ke, kalau pencuri ni memang nak curi. Dia akan curi juga. Tak kiralah dapat atau tidak. Itu yang tak pasal-pasal motor Bilal masjid pun kena rembat. Bukan bilal tu tak kunci. Siap kunci rantai lagi. Aku rasa, pencuri tu bawak lori..dia angkut terus dalam lori tu. Itu yang berjaya rembat tu..
14. Dulu, kawasan parking kat masjid memang selalu penuh pada bulan puasa. Dekat kul 10 malam, masih tak luak-luak. Sekarang, kul 9 lebih..dah separuh ruang kawasan masjid tu kosong tanpa kereta. Motor dan basikal pun sama. Kul 9 lebih, dah hampir clear kawasan motor dan basikal. Nak kata kena curi, mustahil pula. Aku tak nampak pun ada lori masuk masjid. Nampak sangat kurang meriah dah masjid berbanding zaman aku kecil dulu-dulu..
15. Kepada budak-budak sekarang, belajarlah solat terawih. Bukan main ikut-ikut atau nak jumpa kawan aje. Kekadang, aku sedih bila ada budak-budak ni bila ditanya, al-fatihah pun tak tahu. Doa qunut pun lintang pukang. Selawat yang simple-simple pun tak tahu. Baca doa lepas solat lagilah. Apatah lagi bacaan dalam sembahyang. Sedih gila. Dah tak kacak kan diorang ni? Bukan aku ni nak riak sebab aku tahu tu semua. Tapi kita ni beragama islam. Khalifah kat muka bumi ni. Dalam rukun Islam, Solat ni perkara nombor 2 yang kita kena kuasai. Aku tahu memang susah nak belajar semua tu. Sebab tu abah aku hantar aku gi sekolah. Masa aku belajar tentang solat dulu pun susah. Tak ingat bacaan dalam solat, kena rotan dengan ustaz. Tak hafaz dan baca surah al-fatihah dengan tajwid yang betul, kena rotan. Salah ambil wuduk pun kena rotan.
Abah aku memang bagi lesen besar kat ustaz dan cikgu-cikgu untuk rotan dan lempang aku. Jadi, kalau aku mengadu dan suruh abah aku saman ustaz dan cikgu, memang satu percaturan yang silap. Silap hari bulan, mahu kena terajang dari abah aku. Abah aku memang serius benda-benda macam ni. Tak tahu la pula kalau abah orang lain yang lagi serius banding abah aku. Nak kata kejam. Tak pula, sebab aku sayang abah aku. Nak kata tak sayang aku, aku tahu dia sayang aku. Nak kata dia benci aku, dia selalu belanja aku makan nasi lemak pagi-pagi dulu. Jadi, kesimpulannya, abah aku sayang anak dia yang kacak ni. Hehe..
Kesimpulan dari apa yang aku tulis ni, yang bagus dan baik, korang fikir-fikirkanlah. Walaupun panjang berjela dan kadang-kadang macam info kosong aje, tapi apa yang aku tulis ni apa yang aku nampak, apa yang aku rasa dan apa yang aku rasa alami. Mungkin ada yang kata aku riak, mungkin ada yang rasa aku sombong, mungkin ada yang rasa aku perasan bagus. Terpulang. Aku cuba sampaikan apa yang aku rasa untuk kebaikan bersama. Aku bukan manusia yang sempurna. Tapi aku cuba sedaya-upaya untuk membantu mengikut cara aku sendiri. Walaupun cara aku mungkin kurang kacak dan kurang sempurna dimata korang, tapi jika apa yang aku kata itu boleh berikan korang 1 kebaikan, itu sudah cukup bagus bukan?
Moral untuk hari ini:
Terawih itu kacak.Â
Jika korang baca sampai habis artikel ini, aku ucapkan tahniah sebab ini salah satu artikel terpanjang yang aku pernah karang. Tapi kalau korang bosan, bolehlah gi baca majalah Mangga yag lepas terhibur dan lebih kacak berbanding artikel aku ini. Wohhaa!!!
Ps: Err..panjang pula aku merepak hari ni. Aduhh..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content