Kalau nak cerita pasal kad raya, aku rasa ramai yang dah dok bercerita tentang kad raya ni. Dah pupuskah? Dah hilangkah serinya dan macam-macam lagi. Jadi, persoalannya sekarang, masih relevankah hari raya dengan hari raya pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang?
Aku rasa, masih relevan. Aku belum lagi dapat kad raya. Tapi kad puasa aku ada dapat. Ada kawan-kawan rapat yang hantar kad puasa. Siap tulis lagi..
pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.
Haha, aku hantar sms. Selamat berpuasa.
Haa, kan dah balas. Tapi aku balas dengan sms. Bukan dengan kad. Jadi, kita boleh kata macam sms puasa yang meraikan kita berpuasa. Kalau sms raya, kita ucap selamat hari raya, bukan? Jadi, kalau masa puasa, kita panggil kad puasa lah kan? Tapi aku rasa, kad raya ka, kad puasa ka..sms raya ka, sms puasa ka..semuanya orang anggap macam kad raya. Betul ke tidak tu?

Kalau nak cerita tentang kad raya dan kad puasa ni. Aku ada banyak kisah. Kisah masa sekolah dulu. Maklumlah, aku ni kan kacak seperti yang diakui oleh korang semua. Jadi, memang berpuluh gak kad puasa dan kad raya aku dapat dulu. Entah mana aku simpan kad-kad tu semua, aku pun dah tak ingat. Kalau aku selongkar kotak lama aku tu, aku rasa ada lagi kad-kad tu melainkan mak aku dah buat operasi. Operasi membersihkan sampah lama. Kalau mak aku buat ketika aku berkursus, nampaknya memang dah kena buanglah. Buat menyemak bilik aje. Jadi, dah kena buang atau tak. Aku tak pasti sebab aku tak check lagi.
Ok. Ini kisah masa aku darjah 6 dulu. Maklumlah, aku ketua kelas untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Jadi, calon-calon awek memang ramai. Awek? Aku tak nak ceritalah. Nanti korang tak percaya. Nak kata playboy masa zaman sekolah dulu, tidaklah pula. Tapi ada gak la yang terkesan dengan kecomelan aku masa darjah 6 dulu. Maklumlah, jejaka kacak.Haha..
Kawan-kawan aku memang jeles sebab dapat kad raya. Manakan tidak. Sampai awek diorang pun hantar kad raya pada aku sedangkan diorang tak dapat kad raya dari awek diorang. Jadi, salah akukah itu? Salahkah aku kacak? Tapi aku minta maaf pada mereka semua yang comel-comel tu. Aku jenis yang kedekut. Nak beli kad raya pun malas. Jadi, aku tak balas langsung kad raya pada mereka yang hantar kad aku. Nak beli duit setem lagi, nak upah posmen hantar kad ke meja diorang lagi. Jadi, aku biarkan aje.
Ada 1 kisah. Aku memang minat sorang awek ni. Tapi dia tak tahu aku minat kat dia. Dia pun aku tak tahu minat kat aku ke tidak. Tapi selalu gak kita orang main jeling-jeling mata. Maklumlah, dia cantik dan berbudi bahasa, aku kacak tapi pemalu. (Haha, aku tahu korang tengah gelak guling-guling kat lantai) Macam manalah tak tertarik kan? Jadi, aku tekad mahu hantar kad raya dan meluahkan apa yang aku rasa dalam hati. Yelah, darjah 6. Waktu tu memang semua orang punya hormon mencanak nak ada makwe. Kena pula masing-masing tak nak kalah ada makwe dan pakwe. Jadi, aku nak hantar kad raya ke rumah beliau. Dah tulis kaw-kaw dah. Berapa kali aku praktis tulis ayat-ayat cinta dalam kad raya tu. Beli siap yang ada lagu raya yang versi monotone tu lagi. Penat aku kumpul duit. Harganya dalam 10 ringgit lebih tu. Besar punya. Tapi, sebab keberanian aku cumalah level darjah 6, aku tak hantar kad tu walaupun aku dah berdiri tercongok kat depan rumah awek tu. Kaku. Lidah kelu. Macam kena sembilu. Jadi, tak tersampailah hajat aku..
You know what? After 7 seven years. Kita orang boleh contact balik. Dia kat matrik Johor, aku kat matrik negeri sembilan. Aku email dia dan dia balas email aku. Masa tu barulah tahu perasaan masing-masing. Dia pun suka kat aku rupanya. Tapi takkan dia nak cakap dulu kan? Nanti orang kata dia gelojoh pula. Katanya juga, aku comel. Haha..rasa nak hantuk kepala kat dinding pun ada. (Aku tahu, korang tengah rasa cam nak muntah. Tapi tahan ajelah ye. Kang batal puasa). Apsallah aku tak hantar kad raya tu dulu. Tapi hubungan ni tak berapa jadi. Sebab sepanjang aku berhubungan dengan dia, aku tak pernah jumpa dia walaupun kitaorang dah beberapa kali membuat percubaan untuk berjumpa. Dan aku rasa memang kami tak ada jodoh biarpun ada orang kata kami sama-sama padan. Dia cantik, aku kacak. Dia bijak. Aku genius. Dia sopan santun, tapi aku dah liar sikit. Err..
Bila aku selidik punya selidik, rupa-rupanya dia dah kahwin dan dah ada anak pun sekarang. Tahniah pada dia dan lelaki yang berjaya mengahwininya. Grrr.
Aku juga yang tak kahwin-kahwin lagi. Huhu..

Jadi, nasihat aku. Kalau korang dah memang tangkap leleh dengan seorang perempuan dan lelaki dan korang rasa itu jodoh korang. Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena kebas dengan orang lain. Aku dah berapa kali menyesal sebab tak ambil tindakan dan cepat putus asa. Aku harap bakal-bakal bini aku nanti, tak lupa hantar kad raya kat aku setiap tahun walaupun dah tidur satu katil nanti. Aku nak kad raya. Tak mau sms raya. Wohaa!!
Moral untuk cerita hari ini: Kad raya lebih mahal dari sms raya.
Ps: Anggap aje aku merepek. Banyak kisah cinta aku berlaku pada bulan Ramadan. Ada yang sedih, ada yang gembira. Tak apa. Aku pasrah. Aku reda. Pasti ada yang terbaik untuk diri aku.



err, ni kisah betul ke tak nih? hehe..
kalau kisah betul..memang antara cerita best aku pernah baca dari blog ko. haha
haha…suka pantun tu.aku dulu guna jugak!
“pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas…”
haha…
hoho..itu pantun, sape yang cipta memang genius woo..
zaman dah berubah, dunia dah maju…tapi pantun “pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas” tetap tak luput dek zaman….
haha giler style…teringat cite aku kecik2 dulu mase form3 di zaman era kegemilangan aku…
..
..
..
..
dah2…xblh nk cite..kan ko muntah plak..haha
Sekarang ni tak ramai dah yang guna kad raya ni. Semua pakat main tag2 gambar raya kat FB je. Ceit. Yang tinggal pakai kad raya sekarang ni, just jabatan-jabatan kerajaan. Tu pun tak semua. Haha.
Ni rasa nak main balas2 kad raya. Asyik hantar kad online je. Bosan.
zaman sekarang banyak pakai sms tak pun tag kawan kat kad raya di fb je.. aku pun makin lama makin kurang pulak dapat kad raya.. haha
keh keh keh.. awal gak hormon hang naik bro? darjah 6 kawe masih giler masuk hutan kuar hutan nak jadi soldier
Kawe rasa hang dgn awek tu mmg tak der jodoh. Kawe pon EXTREMELY pemalu, tapi beberapaa kali dapat awek dan akhirnya dapat jodoh. Kalu nak jadi tu, ada jer yang akan melicinkannya.. Kalau tak, hmmmm ada jer penghalangnya.
bakal-bakal bini?
berapa orang tu, bro?
Pergh titan citer pasal cintalah.
ANYWAY seyes mcm menarik je kisah cinta ko. Tpi ak x leh nk pk pasal cinta lagi ni buat masa sekrang. sayu
KACAK TAPI PEMALU
KACAK TAPI PEMALU haha. statement takleh blah.. time ni zaman baru nak naik haha… muka jambu2 gitu haha
Salah siapa kalau tidak bersungguh untuk menjadikan hubungan berjaya manalah si dia boleh menunggu.
Cerita ini mengingatkan kepada kawan sepejabat akhir sekali terpaksa gigit jari kerana awek yand digila-gila telah ditapau terlebih dahulu sebab sudah terlewat meluahkan perasaan
p/s: pelik beberapa entri dari bro kali ini kalau tidak ada kisah mengenai earning dah. Kenapa erk?
kau comel? dia kata kau comel? ce buktikan sikit.wakakaka
Kad raya dan sms sebenarnya pada saya sama sahaja. Simbolik kepada kita mengingati si penerima. Ia tidak ubah ucapan biasa bertujuan merapatkan silaturahim. Bezanya kad raya boleh disimpan dan mengundang nostalgia. Boleh juga dijadikan hiasan kerana gambarnya yang cantik.
Sedangkan pesanan SMS boleh dipadam. Ditambah pula dengan tulisan ringkas, maka ia tidak ubah sekadar pesanan!
Tak salah menggantikan kad raya dengan SMS, tapi biarlah ianya nampak ikhlas. Keluar daripada lubuk hati mengharapkan keampunan. Kalau perkataan Assalaamu`alaikum pun diringkaskan, ikhlas apa bendanya tu?
Satu lagi kad raya ini boleh dimanipulasikan seperti yang saudara katakan, sebagai pengganti diri menyatakan sesuatu. Banyak faedahnya, salah satu bila si penerima melihat kad tu, dia akan sentiasa terkenang kepada si pengirim.
Kad raya tidak hilang! Kita cuma ada alternatif yang lebih mudah dan cepat sebenarnya.
awak kena cari balik la awek2 lama tu…
mana tau ada yg belum kawen dan jodoh awak dengan mereka…
hehe…
dah jarang guna kad raya. sms raya ajelah. save, jimat..
dah macam cerita majalah ujang pun ya. kahkahakah. ini pasti suka baca majalah gila-gila atau majalah ujang.
sebab apa aku kata macam tu, sebab aku pun suka. haha.
pengalaman yang menarik dan ‘meloyakan’ :p
perghh dala, hati ada taman hihihihi…well done bro..dah nama punjantan kan…semua org buat apa yg bro buat hihihi..:)
Heheheh
banyak kenangan bila sebut pasal kad raya ni,tapi sekarang pakai sms atau email je dah memadai
harga setem pun dah naik…
jadi kos untuk kirim kad raya lebih mahal berbanding kos hantar SMS…
pengusaha kad raya pulak camne? pening kepala depa pikir jualan sykt kad raya makin menjunam…
Hehe, kesian, melepas yer. Hmm, kacak belum confirm dapat yang dikehendaki ya.
banyak tu kenangan kad raya ni… kalau malu ada baiknya guna kad raya.. hehehe
Kah2… Aku guling-guling baca enteri nie… Ak pun ada pengalaman cm kau… Hahaha
Kad raya punye beso beli dah, bagi ngak juga… Hahaha
ahahha..sedey no baca cite nih… sabar je la titan
sy pon rajen dpt kad raya… hahhaa… mmg x balas la kad tu, sbb tulisan x lawa.. ngeh3
aku pun tak dpt kad raya lagi.. tahun ni agak bz. ari sabtu n ahad plak dah penat… tapi cuba gak cari masa beli kad raya ni.
ceh,ayat tak bleh bla lgsung..haha.btul ke kacak? btul ke genius?
em, teringat plak dulu msa skolah menengah,ada peminat hntr kad raya sebesar2 alam..haha..rasa dihargai gitew..
jangan sedih-sedih bro.. kenangan manis tu.. sebab masih ingat sampai sekarang…
aku still hntar kad raye bro.. cume skunk ni x mcm dlu la, anta skit je hehe almaklum la kos dah mahal..hehe…
Saya banyak dpt sms raya daripada kad raya. Tapi tahun ini tak tahu lagi macam mana.
Bro, maknanya tu ada jodoh yang lebih baik le tu
hahaha..bila nak hntr kad raya kat aku??
alamak…silap username plak..rugi 1…wakakakakaka
farah, hang komen kena la ade kualiti! hahahha
wahahahaha…yelah….takkan byk kali kan kan kan??wakakakakakaka…silap type td tu…ghairah sngt…haha
Titan,
Lagi jimat hantar ucapan raya melalui Facebook. hehe, tak sangkah kisah cinta ko amat mengharukan, huhu.
haha…tp guna kad lagi terasa rayanya…bangga wooo dpt kad raya
Apa perasaan Bro selepas melepas awek tu??
apapun dulu Aku pun rasa juga yang kad raya tu macam tak lagi releven buat masa sekarang..Tapi entah la..Tiba2 terasa yg kad raya tu ada nilainya yang tersendiri..
hehe, tu la memang kalau lambat bertindak kena kebas le dek org lain, pompuan ni kalau laki lama sgt bg kata putus tak kan dia nak tunggu lagi kan..laki takpa le lg lama lg naik saham..
kad raya masih lg relevan..ni kawan nak hantar kad raya..tu yg kena pi cari gak nanti tak bls kecik ati lak heheh
ha ha ha….tak thn lps 7 thn tu…leh cntct lagi…..cayalah lu bro…cinta dr zaman skolah rendah tu…hi hi hi
bukan ghairah…gelojoh.. hua2…
farah ni rajin tol komen, bagus2… komen la kat blog aku jugak….!!
hahaha..boleh2…tp nnt la…mggu ni bz la…sibuk lyn kerenah org kat tmpt keja…huhuhhuhu….tensen gua..smpt buka blog titan aje…blog haku pun tak terupdate lg…huuuuu
gua memang sudah jatuh cinta sama lu punya blog laaa.. lu mengandungkan sesuatu yang best utk dibaca (mengandungkan=kandungan.. haha)
gua dulu pun pernah juga dapat kad raya.. tapi sekarang sms raya je yg selalu dapat..
sedih bc kisah ni..cinta xkesampaian ek..hee….eh ingtkan tuan blog ni dh kawin..upenye single lg?huhu..
alahai…rmi peminat dah si titan ni…hahahaha
kihkih bakal2 bini tu , agak2 berapa bini ko titan ? hahaa
klu nak ikut jejak abg salleh…4 la gamaknya….wahahahaha
haha tang pantun dalam kad raya tuh mesti ada. tapi dah tua nih main sound je, xde dh pantun tuh dah, kang guling2 plak diorang ketawa. Kad raya tanda ingatan je.
hahaha….tanda ingatan tu la istimewa…pheeeeewwwiitttt…hehe
farah : hang dah keje ke?
Puanbee : 1 dah la… hahaha
aku keja part time la..tgh cuti sem…hi hi hi…apsal??
menarik kisah ni..byk betul kisah di bulan ramadhan
farah keje kat mana tuh?
boleh la bg duit raya kat aku!!
ainun, mmg la blog otai2 kan
dulu2 mmg org pakai kad raya, skrg org pakai greeting card, letak kat fb gambar, pastu taq ramai2
duit aku dah habis..gi shopping bj raya n bli hp br…tggl duit nak simpan guna tuk kat uia je…hahaha..ko la yg bg aku duit raya..baru kacak bila laki bg duit ry kat pompuan
hahahaha xde la…. bukannya syarat nak jadi kacak kene bg duit kat pmpn… hhahhaha
hahaha..zaman dulu klu nak bercintan cintun mulut manis boleh la pki…zaman skrng..piiiraaaahhh..kim salam le..hehe
ah..skrg tabur je duit!
tabur…wah2…byknya duit