Sebelum aku berbuka ni, aku nak tulis artikel yang berkaitan dengan program Tnx ini. Macam biasa, aku cuma nak update bayaran terkini dari program Tnx. Nampaknya lagi 19 kali bayaran akan menggenapkan aku dapat bayaran yang ke 100 dari Tnx. Sebahagian besar bayaran yang aku terima dari Tnx adalah lebih dari 10 usd ke atas. Kadang-kadang, dapat 3-4 kali bayaran dalam masa sebulan. Kadang-kadang, 1-2 kali sahaja. Tak apalah, banyak pun aku terima, sikit pun aku terima. Janji ada. Hehe..

Ya, aku akui sekarang ni agak susah sikit nak buat duit dengan Tnx. Ada yang dah cuba, dah beli ebook Panduan Tnx 2.0 aku tu, tapi masih gagal. Aku sendiri pun kadang-kadang gagal lepas bila hantar blog baru kat Tnx. Jadi, kita jangan putus asa. Cuba dan teruskan mencuba sampai korang dapat apa yang korang mahukan. Aku cuba program Tnx ini dah lama. Lama sangat. Dari penghujung 2007. Dan akhirnya dah nak hujung 2011 ni, aku masih berjaya buat duit dengan program Tnx ini. Usaha kena teruskan dan jangan kita putus asa. Kalau korang dah putus asa dengan program Tnx, aku dah tak boleh buat apa. Itu hak korang. Kalau dah sampai tahap itu, korang cubalah program lain yang boleh bagi korang income yang lebih masyuk. Aku yakin korang boleh dapat jika itulah bahagian yang sepatutnya korang dapat. Dengan syarat, sentiasa berusaha.
Untuk yang berminat, boleh daftar disini: Tnx.net
Ada yang tanya aku, setiap bulan aku dapat berapa dari semua blog aku? Aku tak pernah bagitau seorang pun sebab aku sendiri pun tak tahu. Aku cuma boleh main agak-agak sahaja sebab aku tak pernah tengok atau buat kajian berapa aku boleh dapat dari blog aku dalam sebulan. Benda ni sangat subjektif sebab mana-mana blogger atau IM tak boleh semak dengan tepat berapa mereka dapat dalam sebulan. Kalau nak anggar pun, boleh dikatakan anggaran kasar sahaja. Tapi kalau korang tanya aku boleh dapat berapa angka dalam sebulan? Jawapan aku, aku pernah merasa dapat 3 angka sebulan, 4 angka sebulan dan 5 angka sebulan. Tapi 6 dan 7 angka, belum tercapai lagi. Ingat, aku kata pernah. Bukan SETIAP BULAN aku dapat 4-5 angka. Yang pasti, 3 angka tu confirm dah dalam tangan sebulan.Jadi, korang bolehlah buat hipotesis sendiri berapa aku dapat dalam sebulan. Jawapan ini membantu, bukan?
#Masih ada 10-11 hari lagi untuk menyertai Pertandingan Earncent Review 2011. Sesiapa yang berminat, bolehlah tulis review dengan segera dan hantar link review disini.
Ps:
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 22 dari Paid-to-Promote.net | Ramadan 2011 – Awek Kad raya. »
















lama tak datang sini.
wah.. nie kalo campur semua income bro dari sana dan sini… beribu gak tu.. tahniah bro… terasa gak nak cuba..
aku nak try la TNX nie…amcm ?