Ok, aku dah ada kat banting. Berbuka puasa dengan mak abah aku. Adik-beradik aku tak balik minggu ni. Mungkin minggu depan depa balik. Tak kisahlah. Berita tak best, kaki abah luka. Lebih tepat, jari kuku ibu jarinya terpaksa dicabut. Dah 3 hari ulang-alik ke hospital cuci luka. Aku baru tahu tadi. Macam mana boleh terjadi? Masa abah aku cuba alihkan moto Lagenda aku tu, kakinya terkena bahagian tongkat yang tajam tu. Tak sengaja. Mak aku kata, banyak gak darah keluar. Abah aku ni, selalu betul injured kat bahagian kaki. Dulu, terpijak paku, terpijak kaca. Naik risau aku dibuatnya. Kang bernanah, satu hal pulak. Tak best bila kaki tercedera macam ni. Nak gi mana-mana pun tak best. Kesian kat abah aku sebab nak keluar rumah pun susah. Nak drive pun susah. Aku tak dapat bayangkan macam mana abah aku drive bawa mak aku gi sekolah. Mesti susah nak drive dalam keadaan kaki yang tak berapa kacak ni. Mak aku reda ajelah. Nak harap aku dengan adik aku. Adik aku jarang balik. Banyak kerja. Akak aku, lagilah. Adik perempuan aku? Kerja swasta lagi susah nak balik. Tapi aku harap sangat diorang selalu balik sebab aku dah jarang ada kat rumah. Harap pada diorang aje. Inipun, aku cuma leh balik hujung minggu aje. 2-3 hari ini aje aku leh sama dengan diorang..
huh, pernah tak abah mak korang kena macam abah aku kena ni?

Ok. aku cuma nak update pasal bayaran terkini dari Paid-to-Promote.net ni. Aku dah tak promosi sangat benda ni. Aku tinggal dah. Tapi sebab aku masih ada banyak blog kat Co.cc dan beberapa blog sokongan, benda ni masih bayar aku setiap bulan. Dua kali sebulan. Bukan sekali. Alhamdulilah, sikit pun ada hasil juga kan? Inilah penangan promosi yang aku buat dulu. Berhempas pulas selama 2 minggu, hasilnya berbulan-bulan.
Aku tahu ada yang tak pandang program picisan macam ni. Tapi program-program macam inilah yang banyak bantu aku kumpul duit dollar-dollar. Sekurangnya dari segi bayaran, mereka bayar tepat pada masanya. Berbeza dengan program tempatan macam ManggaAd dan Advertlets. Kena minta bayar macam along, barulah depa nak bayar. Aku masih tunggu bayaran kedua dari Advertlets dan update terkini dari ManggaAd. Bila agaknya diorang nak buat perubahan??
Abah aku dah tidur. Kakinya sakit lagi agaknya. Mak aku pun sama. Aku aje yang belum. Rasanya nak cover banyak blog yang dah tak berupdate seminggu dua ni. Harap sempat buat. Kalau tak, tak berasaplah dapur paypal dan maybank aku. Haha..
Kepada yang masih berminat nak sertai Pertandingan Earncent Review 2011, sila hantar review secepat mungkin. Jangan tunggu hari-hari terakhir. Takut korang sibuk aje. Aku tak kisah. Bagi yang dah pernah dapat Panduan TNX dan jika korang menang nanti, nak tukar hadiah boleh. Boleh pilih nak Panduan TNX 2.0 atau Panduan 701panduan atau Panduan Says.my. Tapi dua panduan tu tak berapa lengkap. Tapi dah cukup untuk bantu korang boost income 701panduan dan Says.my. Itupun kalau nak. Kalau tak nak, terima aje Panduan TNX 2.0 sahaja.
Ps: Hati aku tak tenteram 2-3 hari ini. Tak tahu mengapa..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Ramadan 2011 – Pemain Mercun Mancis Professional | Komisen ke 81 dari TNX »
















afiq aiman. Boleh aje nak manage banyak. Sempat tak sempat, itu tanggung sendiri la. Haha..
boleh aje. Ko lawan la si farah dengan sjiehan tu. hehe..
merahkatak. Entahlah..beratus gak. tapi berapa..aku tak pasti..
huh..
luka darah tu boleh jadi cagu…
semoga abah awak sihat sebelum raya…
Memang selalu tengok bro update bayaran drpd program-program luar, berbanding program dalam Malaysia. Adverlets yang peliknya, rajin buat event da ada orang yg advertise dgn dia lagi walaupun ada rekod tak baik,hmmm…
Semoga ditenangkan hati, abah cepat sembuh. Amin
Ko kena nasihat sikit abah ko, agar dia berhati-hati. Tahniah dengan komisen terbaru yang ko dapat.