Pagi ini aku cuma nak update bayaran terbaru yang aku terima dari program Innity. Aku sebenarnya masih pelik sebab ini dah 2 bulan berturut Innity bayar. Selalu kena tunggu dalam 45 hari lebih untuk dapat bayaran seterusnya. Jadi, aku bersangka baik. Mungkin kerana Innity ni nak bagi duit raya awal untuk semua pemain Innity menggunakan duit itu untuk membeli barang untuk menyambut hari raya nanti. Walaupun tidaklah banyak yang aku dapat kali ini, tapi kira oklah daripada tak dapat langsung bukan? Rendah gila kali ini dapat. Takpe, takpe. Bulan depan mesti tinggi. Hehe..

Kalau korang masih ingat tentang 1 blog baru aku yang lepas ujian dalaman Innity tu dulu? Kalau ya, aku cuma nak bagitau bila blog tu masuk dalam senarai blog aku, memang income Innity aku meningkat. Memang blog yang aku jaga dengan baik sejak tahun lepas, berjaya boost earning Innity ni yang selama ni macam mahu tak mahu aje dengan aku. Jadi, aku yakin bayaran yang ke 10 dari Innity nanti angkanya adalah angka yang berbeza dan mampu buat aku tersenyum lebih lebar berbanding sebelum ini. Haha..
Habis cerita pasal Innity. Aku sebenarnya tengah sengsara dengan selsema ni. Demam aku dah ok. Tapi bila masuk pakej selsema ni, memang aku rasa tak berapa selesa. Malam tadi aje, aku terbangun hampir setiap setengah jam. Sampailah waktu sahur tadi aku boleh terlepas. Bangun aje..dah jam 6 pagi. Tak apalah, aku sempat minum air kosong masa aku terbangun-bangun tu. Sempat gak aku niat sahur. Kot-kot tak terbangun masa kul 5. Sekali betul aku tak bangun. Hoho..
Ini belum cerita pakej batuk pula. Habis selsema ni, biasanya batuk akan menjelma. Memang berat juga dugaan aku dalam minggu ini. Demam dah ok, selsema baru nak mula, batuk pula sedang menanti. Ni belum masuk kaki semut-semut, badan sengal dan segala bagai lagi. Jadi, sabar ajelah. Ini semua ujian. Ini semua dugaan. Mesti ada benda yang aku buat silap dalam beberapa hari ini.
Apapun, puasa aku masih kacak lagi. Tak pernah lagi ponteng puasa lagi. Harap, semua puasa aku diterima dan aku masih mampu untuk terus berpuasa pada bulan ini. Insya-Allah.
Ps: Huhu..sakit hidung. SAkit tekakk..warghhh!!
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Masalah iklan Nuffnang dan Intensif 1.0 | Ramadan 2011 – Pemain Mercun Mancis Professional »
















kalau yg tu, memang mantop la sebab ari2 org masuk…
farahaznil. Boleh aje. Cuma nuffnang tu nanti hilanglah status glitterati. Itu aje.. sikit la banding income program yang lain. Hehe.. tapi tetap banyak kalau nak beli benjo.
Leh dapat 58 biji benjo tu. haha..leh sahur 58 kali tu..Haha
zool. Berbulan? Dah berapa lama ko tak dapat duit dari innity nih??
but kli pertm ku kn dpt duit dri 01pndun… hujung buln nie… tdi di dh emel dh…
sy pun baru baik demam,selsema,batuk n sakit tekak..mmg tak mampu berpuasa..smoga cpt sembuh k
tahniah kerana mendapat duit raya. Satu yang paling saya suka mengenai Innity ialah kerana proses pengeluarannya yang tidak perlu dilakukan oleh pengiklan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam akaun kita. Sebab itu saya telah setkan pengeluaran minimum sebanyak Rm500 setiap kali transaksi.
Buat masa ini sememangnya tengah rancak dan rasanya ini peluang kita menambah sebanyak mungkin pendapatan darinya. Oh ye, ini kunjungan pertama saya ke blog saudara, izinkan saya melihat kandungan dalamnya ye.
kalau aku, sikit ni dalam 15 sen je
eh, bro titan tak makan ubat ke?
MR.Z. Takpe, nanti dapatlah lagi. Kena usaha lagi kuat aje la..
W.R. Takpe, nanti ko dapatlah bila dah ada akaun Innity nih. hehe..
Faizal Fredley. Takpe, ko terer. Mesti lepas nih boleh dapat lebih dari rm50 plakk..
Fahmi. Tahniah, harap lepas ni boleh punya dapat lagi banyak gakk..
adele. Alala, kesiannya dia. Demam juga ye..
farahaznil. Biasalah tu..kalau hilang status glitterati, maknya BE takkan dapat. Silap hari bulan, BE pun yang dah dapat pun boleh hilang macam tu aje..so..pilih la. Nak dapat BE atau tidak..
sjiehan. Insya-Allah. Boleh..
Mama Murai. Yap, kalau dah lulus dari Innity, inilah masanya menambah pendapatan. Tak boleh lepaskan peluang. Yap, selamat datang dan boleh aje terokai blog ini. Hehe..
akazuma. Sebab tu la aku terus gak berpuasa nih. Hehe..
tehr. Makan. Tapi demam aje dah ok. Selsema aje yang belum. Aku memang tak suka kalau kena selsema nih. Banyak kerja nak buat, semuanya tak menjadi..
neo. Haha..kena usaha lagi gigih la jawabnya. Hehe..
sjiehan. Dia memang sibukkk memanjang.
Duit
Duit
Duit
Hohohohoho~~~*
bEe..banyaknya duit dia..
Sya Isya. Ni kes bangun lewat la nih. haha..
ub3y. Baca aje artikel-artikel dalam blog ni. Insya-Allah leh tau camana aku buat duit dengan blog. Hehe..tak faham, leh tanya nanti.
kopisoda. Aku makan ubatlah. Tapi ambil masa sikit la nak sembuh sepenuhnya. Hoho..
merahkatak. Harap-haraplahh.. tak best demam-deman camni..
sebulan dpt berapa eh dari innity?