Aku nak sambung cerita semalam. Cerita aku gi Kuantan. Gerak dari tempat kursus aku dalam jam 2 petang. Sampai dalam jam 5. Lambat sikit sebab jalan raya penuh dengan lori-lori. Ntah apa lori ni angkut, aku pun tak tahu. Kawan aku pula jenis malas nak rush. Jadi dia jadilah pemandu yang super berhemah untuk hari semalam. Kalau selalu, memang dia potong semua lori. Tak kiralah double line ke triple line ke dia potong. Masa ada kereta polis aje baru nak slow. Jadi, semalam perjalanan bolehlah dikatakan aman dan damai ditemani oleh hujan yang sepoi-sepoi bahasa.

ikansiakap3rasa Ramadan 2011   Berterawih di Bangladesh


Sampai di Kuantan, terus gi tempat makan ikan bakar. Kalau korang tahu simpang nak masuk ke Mael Ikan Bakar atau Ana Ikan Bakar, korang mesti tahu tempat yang aku pergi ini. Namanya tanjung apa ntah. Kawan aku ada sebut. Tapi sebab RAM otak aku basah dok redah hujan semalam, jadi aku gagal ingat nama tanjung tu. Yang dekat dengan laut tu. Kitaorang book tempat dulu. Juadah berbuka, ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, kangkung masak belacan dan air pula masing-masing order air kelapa laut manakala aku order air manga sahaja.

Lepas tu, kita orang terus ke MC. Tak sempat singgah Kuantan Parade sebab niat kita orang sebenarnya nak teman kawan aku tu untuk beli mesin urut. Kerusi urut untuk perkataan yang lebih tepat. Jadi, kawan aku dan aku pun cubalah masuk kedai Ogawa. Nampaknya memang best jugaklah kerusi urut Ogawa ni. Jenama lain aku tak tahu. Tapi memang aku dari dulu suka barang Ogawa ni. Aku try yang kononnya harganya berbelas ribu ringgit, tapi Ogawa bagi offer baik punya harganya dalam 8 ribu kalau aku ambil dalam bulan Ramadan ni. Oleh sebab aku takdelah teringin sangat, aku tolak mentah-mentah. Kecewa abang tu. Haha..Tapi kawan aku, ambil yang harganya dalam RM3 ribu tu. Dia dok bincang dengan bini dia dalam 15 minit. Lepas tu, dia sengih-sengih, dapat green light dari bini. Hari ini dia akan gi MC sorang-sorang untuk confirmkan benda tu.Dengarnya dia nak bayar ansuran 3 kali. Dah habis bayar ansuran tu, barulah kerusi urut tu akan dihantar ke rumah beliau di Temerloh. Aku ingat, kalau ada duit lebih nanti, aku nak angkat satu, letak kat rumah. Leh la mak abah aku pakai kalau aku dengan adik aku takde kat rumah. Yelah, nak harap aku dengan adik aku aje nak urut mak abah aku, manalah sempat. Aku dengan adik laki aku ajelah yang selalu jadi tukang urut kat rumah. Kalau aku takde, adik aku la mangsanya. Kalau dua-dua takde kat rumah..sapelah nak urut diorang. Kesian gak tengok mak aku dok hari-hari bagitau kaki lenguh. Aku dah cakap, gi sekolah jangan pakai kasut tumit yang tinggi tu. Pakai selipar aje. Tak pasal-pasal aku kena ketuk dengan mak aku. Haha..apakehalnya cikgu pakai selipar pergi sekolah?

So, salah satu niat aku dalam tahun ini, nak hadiahkan mak abah aku satu kerusi urut Ogawa yang harganya dekat 8 ribu tu. Harap tercapai sebelum bulan September ni. Kononnya nak bagi hadiah hari jadi kat mak aku. Sebab ulang tahun hari jadi beliau adalah pada bulan tersebut. Kalau tak cukup, aku pau adik yang dua orang tu sorang 1 ribu, akak aku tu aku pau lagi 2 ribu..dah ada 4 ribu. Lagi 4 ribu..aku koreklah tabung aku kat bank-bank di Malaysia nih. Korang doa-doalah aku dapat banyak job dalam bulan ini dan bulan depan. Leh la aku bagi hadiah special sikit kat mak aku. Sekurangnya, leh la mak abah aku guna kerusi urut tu kalau kaki tu lenguh atau badan penat walaupun mesin urut tu takdelah setanding sangat dengan urutan aku dan adik aku. Huh..

Ok. Masuk cerita terawih. Ini dah cerita kerusi Urut Ogawa dah ni. Haha..habis berbuka, terus balik. Masa balik tu, sempat singgah Isyak jap dekat satu surau bila nak balik lalu jalan ke Ibam. Pastu sambung Terawih. Habis Isyak tu, baru aku perasan. Rupanya-rupanya dekat 3/4 orang dalam surau tu adalah orang Bangladesh. Kiranya dekat 2 saf jugalah. Yang warga Malaysia ni cumalah ada 1 saf separuh. Kalau campur aku dan kawan aku, adalah penambahan 3 orang warga Malaysia. Itupun masih tak leh lawan bilangan orang melayu kat dalam surau tu. Aku dah rasa macam pergi solat Terawih kat Bangladesh aje. Nasiblah imam dan bilal tu orang kita. Kalau orang Bangladesh, aku rasa mesti kawan aku ikut shortcut nak balik ke Muadzam ikut highway kat Bangladesh. Cepat sikit kot agaknya. (Ok, ni dah mengarut). Dan ini juga kali pertama aku jumpa surau yang buat 8 rakaat sahaja untuk terawih. Sambung 3 witir, pastu kita orang pun beransur. Sampai rumah dalam jam 12 tengah hari. Itupun sempat lagi singgah minum kopi dalam setengah jam kat rumah kawan aku. Dia singgah sebab mak dia kirim buah. Jadi, aku dengan kawan aku pun sempat gak la pau buah tu dalam kereta. Haha..

Itu sahaja siri awal dalam cerita-cerita dalam bulan ramadan ni. Biasa-biasa aje. Aku tahu korang ada lagi banyak cerita yang lebih istimewa berbanding cerita ni. Tapi layankan aje. Aku tahu korang kacak sebab selalu datang blog ini dan baca cerita aku yang merepek ni. Yang baik dan berguna tu, korang ambil. Artikel aku yang merepek-kepek, sila abaikan. Sebab tak masuk periksa UPSR atau SPM pun.

#Aku akan teruskan siri Ramadan 2011 ini untuk hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan ni. Kalau korang perasan, setiap tahun aku ada buat siri-siri macam ini. Ke korang tak perasan??

Moral dari cerita hari ini adalah, baca artikel aku sampai habis.

Ps: Okeh, esok cuti. Siapa pandai? Esok kita cuti sebab apa?


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 53 comments. Apa plak komen korang?
Pacifista - X - 16 Aug 11 at 17:59:58
ceh…ingatkan betul2 ko pergi bangladesh.hehe…
akazuma - 16 Aug 11 at 21:01:13
haha..bangladesh mari.. :)
nizamghazi - 16 Aug 11 at 22:12:21
Kerusi ogawa mmg superb mahal kot.
Yg ak beli pun cap ayam je.
Bangla mesti bangga baca post ni ;)
Good job, teruskan menulis cerita2 mcm ni.
Nice thoo!
farahaznil - 16 Aug 11 at 22:13:21
esok kita cuti nuzul al quran…ok aku pandai..ada nak bg hadiah??ho ho ho…alah gi mn2 pun bangla mmg byk..kan dah dpt 6p..hi hi…btw,mana org mlayu??even solat jumaat pun mmg byk org asing…huhuhu
titan - 16 Aug 11 at 22:37:46
Pacifista-X. Haha..serius, aku ingat aku kat bangladesh semalam. Masa sampai kat surau tu, aku baru bangun tido..sedar-sedar, baru perasan ramai tol orang bangladesh kat surau tu..

nizamghazi. Hoho..memang mahal. Tapi aku suka skill-skill mesin urut tu. Leh tahan gak sakit dan bestnya guna mesin tu. Kalau ada duit dalam dompet aku 8 ribu masa tu, memang aku angkat dahh..

farahaznil. Haa, pandai. Hadiahnya adalah nasi lemak di banting. Cuma esok aje aku tawarkan. Kalau tak gi sana, hadiah tu kira burn. Ko dah sampai, dah makan, masa nak bayar..suruh makcik tu call aku. Nanti dia bagi free punya. Haha..
farahaznil - 17 Aug 11 at 00:57:20
haha…tak nak makan sorang..ko mst ada…aku nak abc,cendol,ayam golek dan sbginya…br adil
titan - 17 Aug 11 at 03:46:35
farahaznil. Banyak benar. Ko ni nak makan ke nak melantak???
puanbee - 17 Aug 11 at 04:27:21
adoi tk mampu nk beli kerusi ogawa tu , kalau ada 8 ribu ingat nk buat downpayment beli rumah je .. hehe ikan tu sedap nyeeee….. kesian negara kita memang dh kurang “orang kita ” faham 2 sudah
titan - 17 Aug 11 at 05:12:16
puanbee. Wahh, 8 ribu dah boleh bayar downpayment rumah ye? rumah kat mana tu? Hehe..

ehh, camana tau ikan tu sedap rasanya? :)

Memang dah kurang. Tu yang orang perempuan pun selamba je pilih orang luar.. :|
farahaznil - 17 Aug 11 at 06:50:36
haha..makan la..nak tggu ko blnje lain hari..mst ssh..jd masa tu la hantam kaw2..

erk..apa katako blanje mesin al jabbarrrr ke…lg best kot..hi hi
merahkatak - 17 Aug 11 at 07:02:19
macam sedap aje ikan siakap tu.. :D
hairul hissam - 17 Aug 11 at 07:35:44
baik betul la titan nie hadiahkan kerusi agawa tu… 8 ribu tu….
Pacifista - X - 17 Aug 11 at 09:09:20
@titan: aku pun ada jugak sekali jumpa surau macam ni.tak ingat pulak kat mana…
Ronaldmohoni - 17 Aug 11 at 10:50:44
Semoga impian nak beli kerusi ogawa tu termakbul. :)
Fahmi - 17 Aug 11 at 13:25:30
Indahnya Islam, dari negara mana pun still boleh amalkan… sebab amalannya sama dan seragam…

kalau agama lain mereka mungkin ada masalah bila nak buat kat tempat lain… :-)
Fahmi - 17 Aug 11 at 13:26:40
ooo lagi satu… pakai kerusi urut mmg sedap… aku pun teringin nak belikan untuk mak aku jugak….

semoga berjaya kumpul duit nak beli hadiah tu…
muhammad fakhruddin - 17 Aug 11 at 13:59:43
Saya doakan agar niat murni tu cepat dicapai. Amin :)
sjiehan - 17 Aug 11 at 16:34:13
ogawa mmg mahal pon
sjiehan - 17 Aug 11 at 16:55:18
apsal tajuk tarawih…tp pusing ke ogawa pulak.. hahaha
sjiehan - 17 Aug 11 at 18:06:08
ade rezeki lebih belikan la utk parents… bagus abg titan ni eaaa…
sjiehan - 17 Aug 11 at 20:47:45
kat masjid putra putrajaya pon byk pendatang asing….
sjiehan - 17 Aug 11 at 20:50:29
Sampai rumah dalam jam 12 tengah hari?? pastu minum kopi? hahahaha…
sjiehan - 17 Aug 11 at 20:52:25
cuti sbb nuzul quran… kl x cuti kot…
sjiehan - 17 Aug 11 at 20:52:50
buah apa yg korang paw nih? sana musim durian ke?
sjiehan - 17 Aug 11 at 21:00:09
ade ke jalan triple line? heheeeeee

double ade laaa
Wan Namidah Wan Abdullah - 17 Aug 11 at 23:46:04
Mengapa sampai rumah kat pukul dua belas tengahari? Silap tu. Tengah malam tu tuan, kalau tak macamana boleh minum kopi lagi? Kan bulan puasa ni…hahaha . Oh lupa! RAM awak basah kena hujan petang tu kan! (maaf sekadar usikan saja). Best juga travelog ni.
farahaznil - 18 Aug 11 at 00:41:42
higway ada triple line kan??hahahahaha
farahaznil - 18 Aug 11 at 00:43:14
*highway………………….
farahaznil - 18 Aug 11 at 00:43:39
Wan - dia mamai kot pas pekena kopi..hahahahaha
akazuma - 18 Aug 11 at 14:06:28
rajin benar farah dengan sjiehan ni mengomen ye. Hehe.. :)
akubiomed - 18 Aug 11 at 16:23:22
Ingatkan keluar 40hari :-)
sjiehan - 18 Aug 11 at 22:39:45
3 lorong, triple line la~
sjiehan - 18 Aug 11 at 22:40:46
wan die typo la tuh… hehehe..
sjiehan - 18 Aug 11 at 22:41:31
akuzuma - rajen la.. nk membodek tips2 menjana pendapatan dari blog!… hehehe
sjiehan - 18 Aug 11 at 22:43:52
akubiomed - kuar 40 hari dah macam jemaah tabligh je… hehehe
sjiehan - 18 Aug 11 at 22:51:34
akubiomed- kawan saya jemaah tabligh pnh kuar g bangladesh… hahaha.. 40 hari jugak tuh…
titan - 18 Aug 11 at 23:48:27
farahaznil. Mesin? Malas aku. Ko beli sendiri la wehh..

merahkatak. Memanglah sedap. Segar lagi tu. Haha..

hairul hisam. hajat dihati. Itupun kalau berjaya kumpul. Kalau tak berjaya..kene kumpul duit dululah jawabnya..

Pacifista-X. Ko jumpa kat mana? area mana? negeri mana? Yang aku jumpa ni kat pahang.

Ronaldmohoni. Aminnn. :)

Fahmi. Itulah indahnya Islam. Hehe..bab kerusi urut tu, aku rasa semua orang nak ada satu kat rumah. hehe..

muhammad fakhruddin. Mudah-mudahan. Hehe..

sjiehan. 5-6 komen? cubalah tulis semua dalam 1 komen. Berpinar mata aku ni. Tak kesian ke kat mata aku haa? Haha..

Wan Namidah Wan Abdullah. Hehe, biasalah. Tersilap taip. Memang jarang nak betulkan kalau bila baca semula ada kesilapan. Biar aje macam tu. Ada seninya tersendiri.

farahaznil. Ni lagi sorang. Bukannya tak boleh combine 3 komen dalam 1 komen. Ni lagi sorang wat mata aku penat hari-hari baca komen korang. Haha..

akazuma. Tau takpe. :)

akubiomed. Hehe..takdelah. Dulu aku pergi 3hari aje..

sjiehan. Haha..apa kata ko yang pegi??
farahaznil - 19 Aug 11 at 00:45:47
akazuma- tu lah…tgn gatal sngt nak menaip….blog titan la jd tempatnya…wakakakakaka
farahaznil - 19 Aug 11 at 00:51:19
sijehan- weh……type 1 je komen ko..penat gak aku naklayankomen ko satu2….jgn makan line aaaaaaaaa…hahahaha..brp byk line dah ko mkn ni??wahahahaha =p
farahaznil - 19 Aug 11 at 01:00:43
titan - hahaha..gua ikut rentak beb..si jehan ni post kemain byk..blmsmpt aku reply..dia dah tulis lg 1…hahahaha =p..jgn maraaaa aaaa jehan
bEe - 19 Aug 11 at 01:04:48
Lorrr..
Ingat kursus ke Bangla ke…
Ceh! :twisted:
merahkatak - 19 Aug 11 at 14:33:41
sampai bangladesh aje? myanmar takde? india ke? bosnia ke??
sjiehan - 19 Aug 11 at 15:22:50
o0o0 ngumpat aku ye farah! selamat aku puasa!..hehhee
sjiehan - 19 Aug 11 at 15:24:40
titan : ok la..pasni saya kumpulkan semua dalam 1 komen… T_T
sjiehan - 19 Aug 11 at 15:39:07
sudah la tu farah, mengampu titan je kejenya, nak salahkan aku kan..pdahal die top komen…

huuhhh…saya berpuasa…saya berpuasaaaaaaa
sjiehan - 19 Aug 11 at 15:50:53
merahkatak: slalunya org tablgh pergi pakistan, india, bangladesh… itu je yg aku taw~
titan - 19 Aug 11 at 20:36:56
farahaznil, ko dengan sjiehan sama aje. Haha..

bEe. Mana ada sampai ke sana. haha :D
Buat Duit Mfadhly - 21 Aug 11 at 07:31:14
elok juga bro hadiahkan org tua mesin urut…
Fasha Sandha - 21 Aug 11 at 07:35:32
seronok kan kalau betul-betul berterawih di Bangladesh?
ainun - 25 Aug 11 at 23:20:53
bertuah mak bapak titan…dpt anak yang baik
sjiehan - 26 Aug 11 at 02:36:03
sama apa tuh bang titan ,==


fasha sandha ni artis ke?
farahaznil - 27 Aug 11 at 00:40:12
fasha sandha ni artis celup..ekekekekekeke
ainun - 29 Aug 11 at 15:57:51
hehehe…nama glamor dia la tu



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011