Ok, baik aku dah kebah sikit. Bolehlah main lompat-lompat dan berlatih free kick petang-petang kalau mahu. Hoho. Hari ini aku nak kongsikan satu lagi bayaran komisen yang aku dapat selamam. Sedar tak sedar, dah masuk pula bayaran dari buatcoklat.com. Untuk pengetahuan korang, aku ada join dua program affiliate yang hampir mempromosikan benda yang sama iaitu Gurucoklat.com dan Buatcoklat.com. Kedua-dua adminnya adalah orang yang berbeza. Jadi, aku cuba promosikan dan akhirnya dapat juga komisen dari buatcoklat.com ini. Jadi, bayaran yang aku dapat ini adalah dari Buatcoklat.com. Bukan Gurucoklat.com.

komisenbuatcoklat Komisen pertama dari Buatcoklat.com


Tak kisahlah dari program affiliate yang berbeza atau tidak, tetapi kedua-dua program ini kadang-kala aku promosikan dalam artikel yang sama. Jumlah artikel yang berkaitan dengan program Gurucoklat atu Buatcoklat sudah melebihi 10 artikel. Jadi, tidak mustahil untuk dapat sales dari kedua program tersebut. Kiranya, aku campak batu, ada potensi untuk kena ayam atau itik. Janji, keduanya mempromosikan cara untuk buat produk berasas coklat. Tak kiralah kek coklat ke, nak buat kuih coklat ke biskut coklat ke, janji coklat. Bagi yang suka coklat ni, bolehlah join affiliate Gurucoklat atau Buatcoklat. Dua-duanya memberikan peluang untuk buat duit melalui affiliate masing-masing. Tak payah pening kepala. Kalau dah pening kepala sampai demam macam aku ni, pilih aje salah satu dan cuba promosikan.

Aku tak berniat nak tulis panjang-panjang untuk artikel kali ini. Cuma aku nak tekankan, program affiliate tempatan macam ini berpotensi untuk memberikan kita peluang untuk buat duit. Memang nampak sikit, tetapi peluang tu tetap ada. Ini lebih baik daripada kita mencuri motosikal dalam bulan puasa ini. Masa aku balik banting minggu lepas, motor Bilal kat Masjid Jamek Banting ni, kena curi. Waktu subuh pula tu. Nampaknya kes kecurian motosikal di masjid banting ini semakin menjadi-jadi. Hampir setiap tahun, ada saja kes yang naik. Kali ini, turn bilal pula. Pencuri ini pun satu, dah takde benda lain ke nak curi? Tak reti nak off kerja ke pada bulan puasa ni? Dah tak pasal-pasal bilal kitaorang tu kena naik basikal. Kalau basikal ini pun kena curi juga, memang tak tahulah..

Semalam aku dengan kengkawan aku sempat pergi ke Kuantan. Berbuka ikan bakar disana. Dalam perjalan pulang, sempat juga buat terawih. Surau yang kita orang singgah tu, buat 8 rakaat aje memandangkan memang tak ramai jemaah pada waktu itu. Dalam 2 baris aje. Tapi kalau campur orang Bangladesh dan India yang beragam Islam dalam surau tu, bolehlah penuh 3 baris. Jadi, bila habis 8 rakaat, hampir 90 orang Bangladesh ni buat witir masing-masing. Mungkin atas sebab itu jugaklah surau tu buat 8 rakaat aje walaupun kebiasaannya hampir semua tempat buat 20 rakaat. Tak apalah. Bagi aku 8 atau 20 rakaat bukan masalah besar. Lebih baik ada daripada tak ada langsung. Yang aku sedih, ke manakah budak-budak muda yang ada kat Malaysia ni? Boleh dikira dengan jari orang muda kalau dipertengahan bulan ramadan ni. Nak harap pada bulan biasa? Lagilah, bulan yang mulia macam inilah sepatutnya kita lipatgandakan usaha kita. Tapi saban tahun, beginilah juga situasinya. Takkan nak tunggu rambut dah beruban baru nak gi masjid?

Wokeh, mahu mandi. Biar badan segar. Bila demam ini, mandi adalah perkara yang bagus untuk meredakan kepanasan dalam badan. Sekurangnya aku tidaklah rasa panas aje sepanjang masa. Selepas telan panadol 2 biji malam tadi sebelum tidur, nampaknya demam aku dah kebah sikit. Alhamdulillah..

#Banyak juga bayaran komisen dan bayaran hadiah masuk hari ini. Terima kasih semua! icon smile Komisen pertama dari Buatcoklat.com

Ps: Chong Wei kalah dengan Lin Dan lagi. Aku kesian sebenarnya dah dengan Chong Wei ni. Kena tunggu lagi 2 tahun lagilah gamaknya..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 37 comments. Apa plak komen korang?
bEe - 16 Aug 11 at 00:09:09
Buat coklat pun leh buat duit ker titan?
Sudah bagus ni…. hehehehe

Kalau buat coklat then jual pun tak pasti lagi dpt duit ke tak :-P
Farahaznil - 16 Aug 11 at 00:48:42
ni yang aku nak join ni…hahahahaha…mcm best je…
muhammad fakhruddin - 16 Aug 11 at 02:13:40
Alhamdulillah rezeki. :)

Memang panduan berkaitan coklat menjadi tumpuan masa kini.
muhammad fakhruddin - 16 Aug 11 at 02:15:13
Siap ada 2 panduan buat coklat, memang tengah hangat orang nak berniaga coklat.

Alhamdulillah rezeki :)
Wizurai - 16 Aug 11 at 04:08:32
RM40 kira okey la tu…
faiz - 16 Aug 11 at 04:39:04
aku pernah nak cuba affiliate ni..siap beli cd dari rahman basri..tapi aku tetap xtau cara promosi yg bgus..
akazuma - 16 Aug 11 at 05:33:53
hoho..rm40..banyak tu wehh..leh makan piza tu..
juanita - 16 Aug 11 at 07:44:28
hmm..saya x juga x berapa berjaya la dgn program affiliate neh..hmmm
Esempoi - 16 Aug 11 at 10:19:20
aku pun fail bab2 affiliate ni
tehr - 16 Aug 11 at 10:41:12
buat duit sambil buat coklat
memang dah sangat bagus ni
time raya dua2 benda ni budak2 suka
Farahaznil - 16 Aug 11 at 12:07:30
bg aku rm10 pun dah besar..leh bli air soya time berbuka..hehe
kopisoda - 16 Aug 11 at 15:02:24
Alhamdulillah.
Duit raya tuh bro ;)
Fahmi - 16 Aug 11 at 15:19:09
lepas dh bayar satu domain tu… tak pun beli domain baru utk projek baru…

erm, minggu lepas baru je sport rim moto mak aku dikebas orang… seb baik dia tak angkut dengan motor2 sekali…

tp burn gak la duit nk beli sport rim baru… duit lepas guna utk bayar duit kete sebulan…

erm… pencuri… asal dia nak diusahakan curi… apasal tak difokuskan ke tmpat yg betul…

g cari keje… yg duit gaji dia halal…
Pacifista - X - 16 Aug 11 at 17:57:49
banyak jugak ko dapat kali ni :)
akazuma - 16 Aug 11 at 21:02:23
nak coklat. nak coklat.. :)
nizamghazi - 16 Aug 11 at 22:16:12
X pernah thu program aff coklat n.i
Tpi byk jugak tu ko dpt , RM40
farahaznil - 16 Aug 11 at 22:22:00
hahaha….titan kan dah mnang m&m…takkan xdpt coklat kot??hi hi
titan - 16 Aug 11 at 23:12:10
bEe. Boleh, apa pula tak boleh. Dimana ada jalan, disitu ada highway karak. Haha..

farahaznil. Haa, sila join. Cepat. Sebelum terlambat-lambat..

muhammad fakhruddin. Hehe, ada banyak sebenarnya, tapi 2 panduan ni kiranya famous jugaklah kat search engine. Sebab tu aku promosi 2 program ni. Hehe..
titan - 16 Aug 11 at 23:25:11
Wizurai. Oklah tu, siapa nak bagi kan? Haha..

faiz. juanita. Esempoi. Kenalah belajar, kenalah test power, kena mencuba dan buat ujikaji. Barulah kita tak cara mana yang sesuai. Kalau tak rajin, memang susah sikit nak duit dari program affiliate ni.

akazuma. Takdehal, datang banting ajelah. haha..

tehr. Kalau pandai buat coklat, pandai buat kek coklat..huhu..senang tu nak buat duit. hehe..kalau ada skill, memang ramai orang cari kita.

farahaznil. Hehe..ko, bab minum, bab makan..memang nombor satu. haha.. :D

Fahmi. Itulah, salah satu sifat pencuri yang aku kagum. Kalau dia nak curi gak, dia curi walaupun terpaksa angkut dengan kunci-kunci tu sekali. haha..

Pacifista-X. Bolehlah. Sikit-sikit. Haha..

akazuma. Gi beli la wehh. aku tak jual coklat la..

nizamghazi. Takpe, sekarang dah tahu kan? Cuba letak 1 banner kat blog ko, mana tahu, ada yang sales lekat nanti. hehe..

farahaznil. Hehe..aku tak gi claim lagi benda tu.. :)
Khidhir - 17 Aug 11 at 04:04:30
waa..da dapat duit raya rupanya
cik tom - 17 Aug 11 at 05:26:17
camane kalau nak join promote jgk?boleh dpt duit saku..hehee
merahkatak - 17 Aug 11 at 07:08:40
hoho..semua program ko cuba ye. :D
farahaznil - 17 Aug 11 at 07:16:36
masalahnya..semua jg dia dpt..huhuhu
sjiehan - 18 Aug 11 at 22:46:41
khidir- buat tu mmg makanan die..
sjiehan - 18 Aug 11 at 22:47:32
cik tom - saya pon nk taw jugak camna nk register… titan ni pndai tol die….
sjiehan - 18 Aug 11 at 22:48:59
merah - mcm2 program die dah cuba… bagus betul… ramai yg admirer kan abg titan nih~
titan - 18 Aug 11 at 23:40:29
Khidhir. Leh la. Tapi tak berapa cukup lagi. Kena usaha kuat lagi kalau nak dapat banyak duit raya. Hehe..

cik tom. Boleh pergi ke website buatcoklat.com dan register sebagai agen affiliate. Haa..lepas tu kena promosi dan mana tahu, boleh dapat duit saku. :)

merahkatak. Hhehe, cuba aje. Mana tau, ada rezeki. hehe..

farahaznil. Haha..

sjiehan. admirer tu memang ramai. aku tahu tu. Haha.. :D
merahkatak - 19 Aug 11 at 14:37:53
orang rumah mesti suka kek-kek coklat ni. haha..
sjiehan - 19 Aug 11 at 15:14:17
titan budak perasan :p
sjiehan - 19 Aug 11 at 15:18:57
merahkatak apsal nama pelik2? mercun katak ade x?
Buat Duit Mfadhly - 21 Aug 11 at 07:32:14
sekarang usahawan internet malaysia ada pelbagai produk digital… nampaknya main berkembangla bisnes internet di malaysia..
ainun - 25 Aug 11 at 23:23:26
seronok kan dpt duit banyak…haha
sjiehan - 26 Aug 11 at 06:54:45
oh..rupanya buatcoklat dan guru coklat adalah org yang berbeza…. nak masuk jugak!!
sjiehan - 26 Aug 11 at 07:00:26
apsal website tu di tutup? ala…. sob3
ainun - 26 Aug 11 at 08:57:55
sjiehan….jualan sudah ditutup
farahaznil - 27 Aug 11 at 00:39:44
hahahaha..kuih raya pun dah berbakul2 siap..penat je hang join nnt..tak berbayar pun..hehe
ainun - 29 Aug 11 at 15:58:21
tak bayar ker….



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011