Mari hamilkan anak dara orang. Haha, aku dapat keyword tu untuk blog ini. Sapelah yang gatal cari sampai masuk blog aku ni. Mesti dia rasa macam tertipu. Lantas, dia hantuk kepala ke laptop dia. Salah parking punya pasal. Sori, jika korang cari benda-benda mengarut dalam blog ini, samada itu hasil SEO mentah yang aku hasilkan ataupun memang korang sah-sah tersesat dalam blog aku ini. Padan muka korang sebab tertipu. Haha..
Yap, aku dapat lagi bayaran komisen dari program affiliate Senanghamil.com. Dah lama dah aku sertai program ini. Tahun lepas kalau tak silap. Kalau silap, mungkin awal tahun ini. Aku dah beberapa kali dapat komisen dari program ini. So far, program ni masih berjalan sampai ke hari ini. Terima kasih kepada admin sebab setia membayar aku setiap kali aku dapat komisen. Tak macam sesetengah program affiliate tempatan yang adminnya gagal dikesan dan hilang entah ke mana. Bukannya admin tu tak famous, tapi mungkin sebab terlampau sibuk, sampai lupalah agaknya nak bayar komisen agen mereka. Bagi semua admin yang ada program affiliate sendiri, jelinglah sikit ke program korang tu. Jangan dok wat sardin tak nak bayar. Kalau ada masalah, jangan diam. Bagitau. Baru orang faham. Kalau tak, kena maki dan caci dari agen sendiri. Kan tak best tu? Menambah dosa kering kepada agen-agen yang mungkin juga kesempitan wang.

Untuk program-program evergreen macam ni. Aku ada beberapa tips untuk korang mungkin boleh gunakan untuk menjana pendapatan dari program affiliate sebegini. Walaupun mungkin tips aku nilainya 80 sen aje, tapi ianya berkesan pada aku. Korang sendiri perasan kekadang aku join program tempatan pelik macam ni, kan?
1. Pilih mana-mana program affiliate jenis macam ini jika korang rasa korang mampu dapat komisen. Kalau tak mampu, jangan gatal nak join. Kuasa memilih terletak pada korang. Bukan pada kucing korang. Kucing tak pandai tekan ctrl C dan cntrl v untuk copy paste banner affiliate. Manusia aje yang boleh buat macam tu.
2. Hasilkan artikel yang agak berkualiti. Nak copy-paste pun boleh. Tapi beri kredit pada tuan punya artikel. Kang ada yang rasa macam hasil yang korang dapat macam tak berkat. Mulalah masa tu buat solat taubat 30 malam. Walhal sebelum ni, solat yang wajib pun kadang-kadang pun miss. Jadi, ambil perhatian dalam isu ini. Buat artikel tu, lebih baik karang sendiri. Lebih handsome dan lebih kacak. Macam artikel-artikel kacak aku yang aku tulis dalam blog ini.
3. Tag, keyword, label dan kategori. Gunakan yang sepatutnya. Nak main SEO pun agak-agak sikit. Janganlah sampai senarai tag tu panjangnya dah macam satu karangan pendek PMR. Biarlah berpada-pada. Tapi kalau korang jenis tak kesah blog korang mungkin kena penalti-kick dari Google, abaikan nasihat aku. Hentam sajalah. Kekadang aku hentam gak. Haha..
4. Gambar. Letak gambar yang sesuai dan gambar tersebutnya pastinya berkaitan dengan artikel dan program affiliate yang korang join. Ini tidak. Join program affiliate taufu fah, tapi letak gambar artis seksi dedah gunung K2. Apa kejadahnya tu?
5. Video. Ini pun penting gak. Pastikan letak video yang berkaitan dengan produk yang korang promosi. Jangan letak video Naruto episode 222, tapi artikel tulis tentang kehebatan senjata lelaki. Apa kes?
6. Boldkan mana-mana keyword yang penting dan berkaitan dengan produk yang korang promosikan. Sesekali gunakan italic dan garisan. Ini juga ada kaitan dengan SEO walaupun pointnya tidaklah setinggi permainan tag. Jadi, buat ajelah. Orang kata macam pelengkap. Tak buat pun tak apa. Bukan aku paksa pun.
7. Pastikan title atau tajuk artikel korang mengancam. Mesti maut punya tajuk. Tapi janganlah 18sx punya perkataan. Kang ada budak yang baru berumur 12 tahun dah suruh mak diorang beli produk yang korang promosi tu. Tak pasal-pasal mak budak tu hubungi korang suruh berambus dari dunia blogging. Nanti ada yang kecik hati sebab hal poyo macam ni. Nanti merajuk sampai 10 tahun. Ada yang mahu kena jentik ke? Dah besar pun nak merajuk ke?
8. Buat blog khas untuk mempromosikan produk-produk rumah tangga macam ini. Aku lihat sudah banyak trend menghasilkan produk senjata dan produk yang menghamilkan anak dara orang ni. Jadi, ambil kesempatan. Beli domain. Baru dalam RM30 aje. Hosting korang dah ada. Kalau tak ada, gi beli. Takde duit? Pakai aje blogspot. Habis cerita. Sekali sales dapat, paling cikai pun RM10. Bayangkan dalam setahun. Kalau paling teruk pun boleh dapat 1 sales setiap bulan, setahun korang dah dapat RM120. Haa, leh beli domain dan hosting baru lepas tu. Aku ada 1 blog khas untuk program macam ni. Tak yah wat artikel pun kekadang sales masuk. Itu kelebihan blog atau website yang cerita bab-bab suami-isteri ni. Jadi, korang nak buat atau tak. Aku tak kesah. Aku dah cadangkan. Kalau korang tak buat, aku tak rugi, korang pun tak untung.
Okeh. Sekian saja tazkirah biasa-biasa dari aku sempena isu rumah tangga ni. Aku lihat trend orang putus tunang dah makin bermaharaja lela sekarang ni. Kes artis putus cinta pun sama. Kes suami bercerai-berai dan main talak pakai sms pun ada. Jadi, ambil kesempatan ini untuk promosi produk evergreen ni. Kekal dan kacak sepanjang masa. Tak kesahlah dapat sepuluh ringgit ke, empat ringgit ke, janji ada hasil. Dosa ke promosi benda macam ini? Bagi aku, jika produk seperti ini ada 1 sebab yang mampu membahagiakan rumah tangga seseorang, aku akan promosikan. Tak perlu 10 atau 100 sebab. 1 sebab dah cukup.
Jangan tanya program suami-isteri yang mana aku promosikan. Banyak. Malas aku nak list satu-satu. Korang google aje. Mesti jumpa punyalah..
Ps: Aku tengok iklan Proton. Dok sibuk promosi Saga FL. Ada 8 kelebihan Proton Saga FL. Fuhh, bab boleh drive sendiri tanpa kaki kita tekan minyak tu buat aku teruja. Tapi aku lebih sayang dengan Black Saga aku tu. Hitam. Tapi tetap kacak. Macam tuannya. Haha..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Hadiah dari Contest Review Alexa @Pacifista-X | Hadiah hari jadi dari Nuffnang.. »
















masa mula2 buka blog dulu, copy paste je… hahhaha… tapi link jugak kat mastercopy…
sape kat google tak bagi? Diorang ok aje. Cuma diorang pun suka gak penalti kick kat blogger-blogger nih. hehe..
farahaznil. Habis, nak harap korang puji aku? Entah bilalah agaknya. Haha..
farahaznil comel n cun… mudah2an berkat bulan ramadan… hehhee
s
suruh titan bagi..kerajaan bagi hafl salary kot…
nak interbiew bukan kat sini ye… malu*
err….
email je la… shahjiehan@gmail.com. hahaha
adele..hehe. Boleh aje kalau mahu. Janji kena usaha lebih sikit la. Hehe..
kopisoda. Memang unik. Memang senang nak cari kat search engine. Memang ada ciri-ciri SEO yang sangat mesra.
farahaznil. Sjiehan. Apa benda yang korang mengarut nih haa? haha..
hehe… keyword yg masuk tu mmg nakal… suka suki je nak hamilkan anak dara orang kan… tak patut sungguh…
sjiehan. Hoho..itu gosip semata-mata..
Budak Sekolah. Jeles plak. Banyak lagi keyword macam tu. Sabar ajela..
hehe
tapi macam tak yakin pulak aku boleh jadi kacak
aa..aa..camne nak tau penalty kick dari google
lizz. Hehe..apsal nak segan plakkk..
Mr Rileks. Hehe..tau takpeee..
juanita. Camana? Haa, bila dapat kad kuning dari google la. Haha..
?
tahniah laa untuk komisen tersebut. aku pun baru dapat komisen seketul. hehehe
wah… makin laju cik farah kalo komen mengkomen…
susungguhnya saya berpuasa~